Matanya mula terbuka dari lenanya. Tubuhnya direnggangkan sedikit kerana tidur di kerusi lalu matanya yang kabur digosoknya. Dia melihat sosok tubuh isterinya dengan mata yang sembab kerana semalaman dia menangis sambil berdiri.
"Assalamualaikum sweetlove, abang."Mencium umbun-umbun isterinya.
Izrael menatap jam tangan miliknya yang menunjukkan pukul 5.10 pagi. Dia terus menuju ke tandas untuk membersihkan diri dan mendirikan solat sunat tahjud yang sudah menjadi kebiasaannya.
Selesai sahaja membersihkan diri dia terus mendirikan solat sunat sementara menunggu waktu subuh menjelma. Di dalam sujud terakhirnya, Izrael merintis kepada Illahi agar isterinya kembali sedar dan berada di sisinya lagi. Sungguh dia tidak kuat untuk semua ini. Begitu juga di dalam doanya, juga terselit akan permintaannya ini untuk isterinya kembali sedar. Itulah permintaannya yang tidak terhenti kepada Illahi.
"Hanya kepadaMu aku memohon pertolongan. Amin ya rabbi allamin." Mengaminkan doanya.
Izrael menatap isterinya segenap agar isterinya kembali tersenyum kerana dia cukup merindui senyuman itu. Beberapa minit sebelum masuknya waktu subuh, Izrael membuka Al-Quran untuk membaca dan mengulang hafalannya. Tetapi, ketika dia membaca sebuah surah, air matanya mengalir tanpa dia sedari. Surah Ar-Rahman. Surah yang isterinya selalu diminta baca ketika dia menjadi imam di masjid. Juga surah yang menceritakan tentang Allah yang Maha Pemurah.
Surah itu cukup memberi makna yang dalam kepada setiap hambaNya agar sentisa bersyukur atas pemberian Allah kepada kita. Surah ini juga membuat Izrael sedar akan kesedihan yang melampau akan dirinya kepada isterinya. Seharusnya dia kuat agar isterinya juga turut kuat dan bersyukur atas peluang yabg diberikan Allah kepadanya untuk bersama isterinya kembali bukannya mengeluh dan bersedih seperti ini. Mungkin, ramai lagi para suami yang tidak dapat peluang sepertinya ini. Seharusnya dia bersyukur atas nikmat Tuhan yang Maha Pemurah ini.
Izrael meletakkan Al-Quran di atas meja lalu bersujud. "Nikmat apa yang aku dustakan ini, ya Allah? Seharusnya aku bersyukur atas nikmat dan peluang yang berikan kepadaku ini. Bukannya aku mengeluh dan bersedih. Terima kasih, ya Allah. Dan ampunkan kekilafan aku, ya Allah."
Dia bangkit dari sujudnya apabila azan Subuh di laungkan. Segera dia mengambil air wuduk sekali lagi untuk menenangkan hatinya dan mendirikan solat fardu.
"Allahuakbar!"
Jari tangan yang pucat dan berkulit mulus milik tubuh yang terbaring di atas katil, mula bergerak dengan pelahan.
Raeliz
Jam sudah menunjukkan pukul 6.45 pagi, Izrael yang sedang mengait sambil tersenyum melihat isterinya yang terlantar itu. "Cantiknya, isteri abang."Puji Izrael.
DRR....DRR...
I-phone milik Izrael berbunyi lalu dia mencapai dan menjawabnya. "Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam, Abang Miens dah sampai rumah ke? Sekejap lagi Atie gerak. Hari ini mummy tak dapat nak temankan sebab ada meeting dengan Datin Khairiah fasal perkahwinan anak dia. Jadi Atie yang jaga Kak Iz hari ini."Terangnya.
"Oh, kalau sudah macam itu tak apalah. Abang pun dekat hospital lagi ini."Katanya sambil mengait.
"Kat hospital lagi? Abang Miens, sudah pukul berapa ini? Nak dekat pukul tujuh. Abang nak pergi kerja pukul berapa? Nak balik rumah. Bersiap lagi. Baju sudah iron belum?" Bebel Izzatie akan abangnya ini.
Izrael menatap jam tangannya."Allah! Dah lambat. Okaylah, Atie. Abang matikan dulu. Assalamualaikum." Mematikan telefonnya.
Segera Izrael menggait dengan pantas dan mengemaskan hasil kaitan yang dibuanya tadi. "Siap."Dia terus berdiri dan membiarkan hasil jahitannya di atas kerusi dan mencapai dompet dan telefonya untuk pergi.
"Bye, sayang. Abang pergi kerja dulu, ya. Assalamualaikum." Mencium tangan isterinya lalu pergi.
Raeliz
Izrael yang segak dengan pakaian uniform tenteranya berjalan ke arah Luth dengan senyuman yang cukup bahagia. "Luth."Menepuk bahu Luth.
Luth yang melihat sahabat sekerjanya yang bahagia, membuat keningnya terjungkit sebelah. Aik! Semalam bukan main sendu hidup. Hari ini, senyum sampai ke telinga. Ada apa hal mamat angel ini?
Dalam benak fikiran Luth, semestinya ada perkara yang baik berlaku kepada Izfarni."Iz dah sedar?"Soal Luth.
Izrael hanya menggeleng sambil senyum tawar."Belum, Luth."
Luth menepuk bahu Izrael."Banyakkan bersabar. Inshaallah, Iz akan sedar."Dia turut perkara itu berlaku juga.
Izrael hanya mengangguk.
"Tapi, apa yang buat kau bahagia sangat ni? Senyum sampai ke telinga."Tertanya juga.
"Salah ke aku nak senyum. Senyum itukan adalah satu sedekah. Juga sunnah Rasul Allah SAW." Ada benar bukan katanya. Dapat pahala.
"Sallallahualaihiwasallam. Betullah apa yang kau cakap tu. Tapi, kalau KAU yang tersenyum macam ini aku pelik. Sebab kau tu malaikat maut. Susah nak tersenyum."Perkataan kau itu sengaja ditekankan untuk perli kawannya itu.
"Tak ada apalah, Luth. Cuma, aku nak happykan diri aku ini. Sampai bila aku ini nak sedih sahaja. Sepatutnya aku terima ketentuan yang Allah beri kepada aku. Bukannya mengeluh. Jadi, aku kena kuat. Sebab aku tahu, ada hikmahnya sebalik semua ini."
Luth yang menatap Izrael jadi terkesan dengan kata-kata lelaki itu. Terus dia memeluk Izrael."Kau hebat, Rael. Aku bangga dengan kau."
"Kau tu kena kuat juga."Membalas pelukan Luth. Tetapi apabila Luth memeluknya lama dia rasa lain macam sahaja.
"Aku sayang do kau."Mahu mencium Izrael. Bibirnya sudah muncung ke arah pipi izrael. Terus Izrael menolak muka Luth.
"Woi! Kau gila ke?"Menjauh dari Luth dan membaiki pakaiannya.
"Aku terharu dengan kau."Mahu mendekat dengan Izrael dan segera Izrael menghulurkan kakinya di hadapan Luth seperti sedang bertaekwondo.
"Selangkah kau mendekat. Kaki ni melekat dekat muka kau." Amaran keras.
"Wa tak nak fight." Luth mengangkat tangannya.
"Apasal, lu takut?" Soal Izrael.
"Ah, wa bukan takutlah. Wa lover. Wa not a fighter. Muah cikit. Muah!!!" Memberi Izrael flying kiss.
Muka Izrael sudah cemberut kerana rasa jijik. Manakala, kadet-kadet yang memerhatikan mereka dari jauh hanya bercakap tentang mereka.
"Aku ingat, mak hilang anak je yang meroyan. Rupanya, laki hilang bini pun meroyan juga ya."Katanya kepada sahabatnya yang berada di sisinya.
"Itulah. Risau pula aku tengok tuan-tuan kita ini."Katanya lalu pergi bersama.
Raeliz
Dayeana Izzatie yang tersenyum bahagia sambil membalas mesej Rayden Si Cinta Hati. Sungguh bahagia yang dia rasakan dengan kata-kata manis dari lelaki ini.
Tiba-tiba, nafas Izfarni mula tidak teratur dan dadanya mula turun dan naik. Izzatie yang melihat kakak iparnya seperti itu segera meletakkan telefonnya dan menuju ke arah kakak iparnya.
"Kak Iz. Doktor!"Panggil Izzatie sambil menekan butang kecemasan yang tersedia untuk memanggil doktor.
"Kak Iz."Muka Izzatie mula cemas dan mahu menangis.
Beberapa minit kemudian doktor dan beberapa jururawat hadir untuk merawat Izfarni.
"Cik, sila tunggu di luar dahulu."Minta salah seorang jururawat itu kepada Izzatie.
Izzatie segera mengangguk lalu keluar dari bilik itu. "Ya Allah, Engkau selamatkanlah kakak iparku. Amin."
Raeliz
Luth Mahfuz yang baru sahaja keluar dari tandas itu disapa oleh Izrael. "Luth."Panggilnya.
"Eh! Mana-mana ada muka kau. Memang kita ini ditakdirkan bersama ya. Atau kita ini jodoh sebenarnya." Kata Luth dengan loyar buruknya.
"Ah! Aku tak ada masa dengan perangai gila kau tu. Sekarang ini, asal kau tak bagi tahu aku yang ada kadet-kadet yang baru masuk?" Kenapa dia tidak tahu hal ini?
"Aku rasa, dah lama sudah bising fasal benda ini yang kem sudah buka tawaran untuk kadet-kadet baru masuk. Kau duduk mana selama ini? Dalam perut ikan paus?" Benda sudah kecoh satu Malaysia di dalam media sosial. Apalah yang dia tidak tahu ini.
"Asal aku tak tahu?"Kenapa dirinya yang ketinggalan zaman?
"Tentera yang tidak prihatin."Straight Luth.
Mata Izrael sudah menjeling tajam Luth. Namun, apa yang Luth kisahkan. Memang kenyataan pun. Kalau bumi ini mahu hancur pun dia tidak akan sedar.
"Sekarang ini, Tuan Hamdan minta kita conduct kadet-kadet baru tu. Kau dah tengok ke dia orang tu?"
"Belum. Hari itu, aku memang nak tengok tapi tak sempat."Sibuk sangat dengan kerja yang lain.
"Dahlah. Jom."Ajak Izrael untuk ke tempat kawad bagi para kadet baru itu.
Luth Manfuz yang melihat Damiens Izrael yang melangkah pergi hanya mengikuti dari belakang.
Mereka berjalan sehingga di padang kawad. Dari jauh mereka melihat kadet-kadet sedang berkawad di situ.
"Senang diri!"Arah Staf Fadli yang sedang yang menguruskan kadet-kadet baru itu. Semua kadet patuh kepada arahnya.
Terus Staf Fadli itu menghampiri Izrael dan Luth yang berdiri di hadapan kadet-kadet.
"Tuan!"Hormatnya sambil tabik. Terus Izrael dan Luth tabik dan menyampaikan tujuan asal mereka.
Dengan rasa hormat Staf Fadli hanya mengiyakan sahaja untuk berpindah tugasan kepada tuan-tuannya. Dia kembali tabik dan mentampaikan pesanan kepada kadet-kadet itu bahawa tugasannya telah diambil alih oleh tuan-tuannya dan segera dia menyambung kerjanya yang lain.
Leftenan Damiens Izrael terus memberi arahan kepada kadet-kadet itu sementara Leftenan Luth Mahfuz sedang memerhati setiap kadet-kadet itu. Sehingga matanya bertentangan dengan seorang kadet wanita yang cukup dia kenali. Bagaikan retak seribu hatinya melihat wanita itu.
Wanita yang melihat Luth di hadapan matanya sudah membulat matanya. Sungguh dia tidak menjangkakan dapat bertemu dengan lelaki yang dia kenali ini. Juga lelaki yang bergelar suami yang sah kepadanya. Hampir tidak fokus Luthfiya Mellisa dengan arahan Izrael.
Izrael yang memehatikan Luthfiya yang tidak fokus dan prihatin dengan arahannya mula berasa tidak puas hati. "Yang di sebelah sana itu! Kau berangan apa?! Kalau nak berangan, duduk rumah! Fokus dengan arahan! Faham?!"Tegur Izrael dengan tegasnya.
"Faham, tuan!"Balas Luthfiya.
"Selamat pagi semua! Saya, Leftenan Damiens Izrael dan Leftenan Luth Mahfuz yang akan menguruskan kamu semua! Jadi, saya nak kamu fokus dengan arahan! Faham?!" Kata Izrael.
"Faham, tuan!"Balas para kadet.
"Jangan nak berangan. Faham?!"
"Faham, tuan!"
"Sekarang, saya akan berikan kepada Leftenan Luth Mahfuz untuk conduct kamu semua!"Terus Luth berdiri tegak dan mula memberi arahan.
"Jaga, sedia!"Semua kadet mematuhi arahan Luth. Manakala, Izrael hanya memantau gerak geri kadet-kadet itu.
Izrael mula memerhatikan kadet yang dia tegur sebentar tadi. Kenapa dia merasakan kadet itu cukup familiar baginya? Sehinggalah memori dan sel-sel otaknya kembali berhubung.
"Luthfiya. Isteri Luth."Terus dia memandang muka Luth yang cukup tegang itu dan dia dapat melihat Luth sedang memerhatikan wanitanya itu.
"Apa masalah kamu ini?! Langsung tidak fokus!"Marah Luth kepada Luthfiya meskipun dia tidak berbuat apa-apa kesalahan.
"Maafkan saya, tuan!"Mohon Luthfiya.
"Turun 100 kali! Sekarang!"Arah Luth.
"Luth."Terkedu Izrael melihat Luth yang mengarahkan isterinya sendiri untuk tekan tubi 100 kali. Sungguh ini perkara gila.
Terus Luthfiya turun untuk tekan tubi akan dendanya yang diberikan oleh Luth. Namun, di dalam hatinya. 'Macam ini kau layan bini kau?'
"Abaikan dia, kalau tak nak jadi macam dia! Fokus! Faham?!"
"Faham, tuan!"
Izrael yang melihat Luth yang dikawal oleh rasa marahnya hanya diperhatikan. Selagi Luth tidak berkasar dan menggunakan bahasa yang cukup tajam. Dia masih boleh berdiam, meskipun hukuman yang diberikan kepada Luthfiya agak melampau tanpa kesalahan. Dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana masalah ini adalah hal rumah tangga mereka sendiri.
Raeliz
Seperti biasa kehidupan berulang setiap hari bagi lelaki yang bernama Damiens Izrael, ulang-alik dari tiga tempat yang sama. Kini, tiba waktunya dia harus berada di hospital menemani isterinya.
Izzatie telah pulang petang tadi dan meninggalkan bekal kepada abangnya untuk mengisi perut. Kebelakang ini, cara pemakanan Izrael cukup tidak teratur membuat kerisauan kepada Datin Ilya. Oleh itu, Datin Ilya sentisa mengirimkan bekal kepada anak lelakinya agar menjaga pemakanan dan mengikut waktu makan yang sepatutnya.
Selesai solat isyak dan membaca surah Al-Mulk, Izrael menatap isterinya sambil memegang tangan isterinya itu. Tangan itu diciumnya.
"Sayang, sayang nak dengar tak cerita abang?"Tanya Izrael seperti seorang anak kecil dengan nada yang manja.
Meskipun dia tahu pertanyaannya tidak akan dijawab dia tetap akan menceritakan apa yang berlaku pada hari ini.
"Sayang tahu tak? Hari ini, abang kena conduct kadet wanita. Sayang jangan salah faham. Abang bukan nak cerita fasal kadet wanita tu. Tapi, siapa yang ada dekat kadet wanita tu. Sayang tahu tak, siapa yang abang jumpa."Kembali imbas di ingatannya kejadian pagi tadi.
"Isteri Luth, Luthfiya. Sumpah abang tak percaya. Tapi, apa yang abang tak percaya lagi adalah. Luth bagi denda dekat isteri dia suruh turun 100 kali. Gilalah. Tapi, abang fahan apa yang dia rasa."Dia cukup memahami perasaan kawannya itu. Geram dan cukup kecewa.
BERSAMBUNG......
Luth dah jumpa isteri dia..... Izrael???? next....
Share this novel