Izrael menghulurkan tangannya lalu Izfarni menyalam dan menciumnya. Turut diikuti oleh Izrael kepada isterinya untuk rasa hormat dan cintanya akan isterinya. Kemudian, dahi, pipi dan batang hidung isterinya dicium.
"Aku pergi dulu ye. Nanti aku balik kerja, jangan lupa sambut aku."Pesan Izrael.
"Baik, tinte." Jawab Izfarni dengan nada comel seperti kanak-kanak.
Senyum Izrael mendengar kata yang keluar dari isterinya. Rasa tidak mahu pergi kerja dan hanya mahu berkepit dengan isteri tercinta sahaja. Tetapi, kalau tidak disebabkan tugas dan amanah dia tidak akan tinggalkan isterinya.
"Aku malaslah nak pergi kerja."Kata Izrael.
Mata Izfarni sudah menenung tajam. "Kalau kau tak rasa puas latihan dekat kem tu. Kau nak rasa pula ke latihan aku?"Mukanya cukup main peranan.
Izrael menelan air liurnya. Lain macam aura isterinya ini. Rasa kena pijak kaki tadi masih terasa. Perut yang ditendang berapa hari yang lepas masih kuat diingatannya. Sakit woi! Ini latihan dimaksudkan Isterinya ini bagaimana pula agaknya?
"Ye, aku pergi. Tapi..."Muka Izrael pula yang serius membuat riak wajah Izfarni turut berubah.
"Kalau ada mak ngah dan lilin tu datang. Kau tak perlu hormat dia orang sangat."
"Walau macam mana pun, dia tetap mak cik saudara kau, Rael."Seteruk mana mereka. Dia tetap kena hormat orang itu.
Izrael keluh sedikit. Kenapa baik sangat isterinya ini?"Cukup ala kadar. Sebab belum tentu dia orang akan hormat kau."Izfarni hanya angguk kalau suaminya kata begitu.
"The most important. Be careful and take care of yourself. Because you have to remember that you are precious enough to me, sweetlove."Â Izrael mengelus pipi Izfarni dengan lembut sambil memberi pesanan yang sangat perlu diambil iktibar oleh Izfarni.
"Don't worry, okay? You know how I am. As far as they're concerned, it's only between my legs. There's a chance I'll end up in jail because of them." Giliran Izfarni mengelus pipi Izrael.
"If you go to jail because of them. I will not remain silent. I will get you out of that jail even if it is through dirty roads. And I will burn their graves." Izrael beriak wajah yang sinih.
Melihat Izrael, Izfarni ketawa kecil. "Sejak bila kau jadi redflat ni, Rael?" Sambung ketawanya.
"Entah. Terpengaruh novel yang kau bacalah agaknya."Kemungkinan besar rasanya.
"Ada pula macam itu. Sudahlah, pergi sana. Nanti kau lambat pergi kerja." Makin rancak pula perbualannya.
"Iyalah. Kau ada apa-apa nak pesan lepas aku balik kerja."Mana tahu ada yang diteringinkan.
Izfarni berfikir segenap. Apa yang dia mahukan."Aku rasa. Aku nak benda manis."
"Benda manis? Kau."Izrael menunjukkan Izfarni yang berada di hadapan matanya.
Muka Izfarni sedikit merah. "Sudahlah. Pergi kerja sana. Nanti jem pula."Menolak tubuh belakang Izrael ke arah kereta Audi RS7.
"Eleh. Tahulah blushing."Kata Izrael sambil tersenyum mengejek.
"Sudah. Nanti lambat."Membuka pintu kereta untuk Izrael.
"Baiklah, sweetlove. Assalamualaikum." Masuk ke dalam kereta.
"Waalaikumussalam."Menutupkan pintu kereta Izrael.
Sebaik enjin kereta dihidupkan, Izfarni melangkah beberapa langkah ke belakang untuk jauh dari kereta yang mahu keluar dari halaman rumah Dato Danial.
PON! Izrael menghon kepada isterinya lalu pergi menuju ke tempat kerjanya. Izfarni hanya melambai searah suaminya yang pergi meninggalkan dirinya.
"Sweetlove? Ada-ada sahaja Damiens Izrael ni."Menggeleng akan perangai suaminya itu tetapi dia menyukainya. Dia masuk ke dalam rumah.
Raeliz
Persiapan perkawinan yang akan berlangsung minggu depan itu dipandang dengan perasaan yang menyampah dan benci. Sungguh dia tidak suka dengan perjodohan ini. Kalau tidak disebabkan demi impiannya dia tidak akan terima semua ini.
"Tak sabarnya bonda nak tengok anak bonda kawin. Ada menantu. Lepas itu, cucu pula."Semua angan-angan itu sudah bermain difikirannya.
"Apa bonda ni? Cucu-cucu. Kawin pun tak lagi."Kata Luthfiya sambil melihat Puan Lily yang teruja sangat membuat hantaran untuk perkawinannya.
"Sudah kawin nanti adalah cucu itu, kan?"Memandang anak daranya yang sedang menonton movie Captian Phillips.
"Mimpilah bonda."Berkata tanpa tanpa melihat wajah bondanya. Makanan ringannya disuapkan ke mulutnya.
"Kita tunggu nanti. Silap-silap, sepuluh anak Fiya."
Terus berpaling Luthfiya mendengar kata-kata dari mulut Puan Lily. "Bonda ingat tim bola sepak ke?"
"Kalau boleh. Anak bonda ini sorang sahaja. Apa salahnya bagi bonda cucu ramai." Tiada masalahkan.
Terus tiada mode Luthfiya magu menonton movie. Tidak habis-habis cucu, cucu. Sakit telinga apabila mendengar. "Kalau bonda nak sangat cucu. Pergilah minta dekat abah tu."Perginya masuk ke dalam bilik. Tak ada mode.
"Itu bukan cucu sudah. Itu adik kamu, Fiya. Bonda nak cucu. Cucu,Fiya!"Sengaja dikuatkan suara di akhir kata.
"Minta abah!"Jerik Luthfiya di dalam bilik.
"Bertuah punya anak."Gelrng kepala dibuatnya.
Realiz
"Assalamualaikum!"
Izfarni yang berada di ruang tamu menunggu ibu mentua dan adik iparnya sambil bermain telefon bimbitnya untuk persiapan hari persandingan jadi terganggu dengan salam itu.
"Siapa itu kak Iz?"Soal Izzatie yang baru turun dari tingkat atas.
"Entahlah. Sekejap akak buka."Menuju ke arah pintu lalu membukanya.
"Mak...."Mati kata apabila dia melihat buakan mak longnya yang membuka pintu.
"Kau siapa?"Soal Illy.
Izzatie jadi terbeliak mata melihat dua sosok itu yang masih berani datang ke rumahnya. Terus, dia menghampiri kakak iparnya itu.
"Inilah kak ipar baru Atie, Kak Iz. Isteri kepada Abang Miens. Cantikkan?"Perkataan isteri itu sengaja ditekankan. Biar telinga itu terdengar sedikit. Takutlah kalau telinga itu tersumbat dengan tahi telinga.
Terus Datin Ilyana dan Illy memandang Izfarni dari atas hingga bawah. Agak terbuka juga mulut mereka melihat kecantikan Izfarni. Tidak boleh dinafikan. Sungguh cantik.
"Oh! Ingat orang gaji tadi."Kata Illy dengan egonya.
"Dalam rumah ini tidak pernah ada orang gaji. Kenapa? Selalu datang sini nak jadi orang gaji ke?"Kata Izzatie dengan mulut pedasnya. Walau bagaimanapun, dia tetap akan pertahankan kakak iparnya.
"Atie.."Ingin memarahi anak sedaranya itu tetapi terhenti dengan satu suara.
"Iz, jom."Panggil Datin Ilya yang baru sahaja datang dari biliknya.
"Mak long."Berlari Illy ke arah Datin Ilya lalu memeluknya namun ditahan oleh Datin Ilya.
"Sorry, Illy. Mak long sudah lambat nak keluar. Sekejap lagi, driver nak sampai. Jom. Atie, Iz."Berjalan menuju keluar dengan mengabaikan tetamu yang tidak diundang itu.
"Baik, my." Mengikuti jejak Datin Ilya.
"Akak, jom."Memanggil Izfarni yang masih duduk di tempat tadi.
"Baik."Berjalan mengikuti Izzatie.
Namun apabila dia berjalan di sebelah Datin Ilyana dan Illy, dia mendapat amaran dari mereka.
"Kau jangan rasa kau bahagia duduk sini. Kau itu ibarat menumpang sahaja. Sedar sikit, kau tu budak kampung."Perli Datin Ilyana.
"Betul itu, mama. Budak kampung. Kau tak layak untuk Abang Miens. Pengemis. Abang Miens itu, milik I sorang sahaja."Sambung Illy.
Izfarni yang mendengar itu sedikit pun tidak goyang. Malah, makin membalas. "Menumpang? Sekurangnya dijemput. Bukan jadi tetamu tidak diundang. Pengemis? Sekurang-kurangnya aku bukan pengemis cinta orang. Izrael yang tergila-gilakan aku. Izrael milik kau? Sorry. I marry him."Menunjuk semua cincin yang berada dijarinya yang diberi oleh Izrael.
Melihat jari Illy."Tak ada cincin pun. Tak laku ya."Pergi.
"Kurang ajar. Mama!"Mengadu kepada Datin Ilyana.
"Sabar, sayang. Budak itu memang nak kena. Tunggu.Hari ini, hari kau. Esok, lusa dan seterusnya, belum tentu lagi."Dendam masih terpahat di hati.
"Ha! Tak nak keluar ke? Nak kena kurung?"Kata Izzatie lalu mengunci pintu setelah dua beranak itu keluar.
"Jom, mama."Terus dua beranak itu pergi dari rumah Dato Danial dalam keadaan jiwa yang panas.
---------
SALAM SYAWAL DARI XNQN
"Abang! ketupat dah hidang belum ini?"-DINI IZFARNI
"Sudah, sayang. Kenapa tergopoh sangat ini. Mari sini."-DAMIENS IZRAEL
*datang kepada Izrael*
"Kenapa abang?"-DINI IZFARNI
*keluh*
"Sayang. Hari inikan hari raya. Sepatunya, hari inilah kita kena rapatkan silaturahim sesama insan. Sayang sudah lupa dengan sweetfan kita?"-DAMIENS IZRAEL
"Taklah abang. Cuma Iz busy tolong opah, mummy dan umi dekat dapur."-DINI IZFARNI
"Ala, sian isteri abang. Nanti abang bagi upah. Tapi sebelum itu, kita kena wish dulu dekat sweetfan kita. Boleh?"*mengusap kepala Izfarni yang berlapik tudung*-DAMIENS IZRAEL.
"Boleh."-DINI IZFARNI
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!"-DAMIENS IZRAEL / DINI IZFARNI
"Minta maaf dekat semua kalau hidup kami ini terlalu rumit ya!"-DINI IZFARNI
"I LOVE YOU, SWEETFAN!"-DAMIENS IZRAEL
*cemburu*
"ABANG! Tidur luar malam ini."*merajuk dan pergi*-DINI IZFARNI
"Terima kasih, semua kerana setia dan sport XNQN. Selamat hari raya semua. Rael nak pujuk Iz ini. Kuat betul dia cemburu sekarang. Bye!"*pergi*-DAMIENS IZRAEL
nak lagi komenlah... inshallah ada... nampaknya kuman kuman yang akan merosakkan rumah tangga sudah mendatangi
Share this novel