Pang! Pang! Pang!
Berkali-kali libasan tali pinggang di badannya namun riak wajahnya langsung tidak memberi reaksi padanya. Sakit, sedih mahupun marah. Langsung tidak memberi apa-apa rasa baginya melainkan riak wajah yang kosong dan dingin.
Baginya ini sudah biasa yang dirasakan olehnya. Pukul dan dirotan itu sudah lali dalam hidupnya. Kerana dia tahu semua yang berlaku padanya adalah kesalahan dan disebabkan itu dia hanya pasrah.
Datin Ilya Dhiya menarik tangan suaminya dari memukul putera kedua mereka itu. Sungguh dia sebagai ibu tidak sanggup melihat anaknya terus dilebas dengan tali pinggang itu.
"Abang, stop! Kesianlah anak kita ni."Halang Datin Ilya.
Pantas tali pinggang yang berada ditangan Dato Danial Izham dicampak jauh. Wajahnya diusap untuk meredakan dirinya yang dikontrol dengan emosi.
Datin Ilya pantas menuju ke anaknya lalu memeluk. "Mien okay?" Rambut coklat milik anaknya dibelai lembut.
Tanpa sebarang kata dari mulut anaknya dan hanya anggukan untuk menjawap soalannya.
Dato Danial menatap kembali anak keduanya dengan wajah yang tegas. " Hujung minggu ini, daddy akan antar Mien ke kampung dan jaga opah. Ini sahaja cara yang terbaik untuk ubah sikap buruk Mien tu. Tiada bantahan." Terus Dato Danial melangkah menuju ke anak tangga untuk ke biliknya.
"Mummy harap Mien dengar kata daddy kali ini, ya sayang." Umbun-umbun rambut anaknya dicium dengan lembut.
Damiens Izrael yang mendengar kata-kata dan sekaligus rayuan mummynya hanya mengangguk. Sebelum dirinya pergi, dia menyalam dan mencium pipi mummynya. "Mien, minta maaf." Terus dia pergi menuju ke biliknya.
Itulah tabiat Izrael setiap kali dia dimarahi oleh daddynya dan di-back up oleh mummynya, dia pasti akan meminta maaf atas kesalahannya.
"Kanapa Mien buat macam ini?"Tenung Datin Ilya melihat anaknya yang pergi.
Namun, sebalik kejadian yang berlaku tadi hanya disaksi oleh Darren Iskandar disebalik dinding. Setiap kali apa yang dilihat olehnya hanya rasa sebak di hati melihat adiknya dipukul oleh daddynya. Tiada apa yang dia mampu buat sekiranya daddynya yang marah. Tapi, bukan dia tidak tahu. Apa yang berlaku tadi semuanya adalah salah adiknya yang selalu buat kes di sekolah. Lari dari asrama, ponteng kelas dan membawa telefon bimbit ke asrama. Sudah berbuih bibirnya menasihati namun, apa yang boleh diterima oleh adiknya yang bernama Damiens Izrael itu yang sangat dingin dan keras kepala, noting.
"Apa sebab kau buat macam ni Mien?" Keluh dirinya.
"Along." Panggil Dayeana Izzatie melihat abangnya seperti penyangap yang menyuruk dari sesuatu.
Darren yang melihat adik perempuan yang entah dari bila berada disini agak terkejut. "Bila Atie dekat sini?"
"Dah lama dah. Along buat apa dekat sini?" Izzatie memandang pelik akan abangnya.
"Tak apa ada, jom." Pantas Darren mendukung adik perempuannya itu seperti seorang budak kecil.
"Along, Atie dah besarlah! Tak perlu nak berdukung Atie."Izzatie menolak dada abangnya yang selalu mendukungnya seperti budak kecil meskipun dia sudah hampir ke alam remaja.
"Tapi, bagi mata along. Atie tetap macam adik along yang kecil lagi." Darren mencuit hidung Izzatie.
"Tapi, Atie dah 12 tahunlah along. Dah berat."
" I don't care, glory. " Terus Darren pergi membawa adik perempuannya pergi.
Inilah kasih sayang seorang Darren Iskandar terhadap adik-adiknya. Meskipun mereka sudah besar tetapi di mata Darren adiknya tetap masih kecil di matanya.
Raeliz
Pakaiannya dicabut lalu dicampak ke dalam bakul pakaian. Cermin dijadi tempat utama arah tujunya untuk melihat libasan yang berada di belakangnya. Berbirat dan merah dengan libasan daddynya tadi dipandang dengan kosong.
Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. "Assalamualaikum, adik abang!" Berlari Darren ke arah katil milik Izrael.
Izrael yang melihat abangnya yang berada di dalam bilinya terus mencapai tuala dan menutupi tubuhnya.
"Asal kau masuk bilik aku?" Muka Darrem dipandang dinggin
"Salah ke nak melawat bilik adik sendiri? Cantik juga bilik kau ya dik. Bersih."Setiap sudut bilik Izrael dipandang.
Pantas Izrael menendang abangnya yang baring di atas katilnya kerana dia sangat tidak tidak suka orang menyentuh barang miliknya dan masuk ke dalam biliknya. Sangat pantang larang bagi Damien Izrael.
"Aduh! Biadap betul adik dengan abang ya."Darren menggossok punggungnya agak sakit apabila ditendang hingga jatuh dari katil.
"Berambus sebelum aku herek kau keluar. Aku nak mandi. Lepas aku mandi aku tak nak kau ada dekat sini lagi." Pantas dia menuju ke bilik air.
"Kisah pula abang dengan amaran adik."Bangkit Darren lalu kembali merebah badannya ke atas katil milik Izrael.
"Ush, empuk betul katil ni. Lain dengan katil aku." Menikmati baring di atas katil milik Izrael sangat selesa sehingga terpejam mata Darren.
20 minit berlalu, Izrael keluar dari bilik air dengan sehelai sepinggang dengan kain tuala berwarna putih sambil melihat Darren yang sedap beradu di atas katilnya.
"Aku suruh kau berambus kau tak berambus. Kau boleh lena dekat sini. Ini innalillah jawapnya." Izrael menuju ke almarinya mencapai sehelai hoodie dan seluar lalu menuju ke arah Darren dan sekali lagi di menendang kuat abangnya hingga jatuh katil sekali lagi.
"Aduh! Melampau betul adik." Darren menggosok kepalanya yang pening.
"Berambus, aku nak tidur." Pantas Izrael menerak sambil memeluk bantal untuk memelapkan matanya. Sungguh dia penat hari ini.
Darren yang melihat adiknya begitu bangkit dan mengeluarkan minyak gamat yang berada di poket seluarnya untuk disapu kepada adiknya.
Baru sahaja baju Izrael ditarik, pantas Izrael bangkit. "Kau nak buat apa?" Dengan nada yang marah.
"Abang nak sapu ubat dekat adik." Lembut nada Darren menjawap apabila adiknya marah.
"Tak perlu, aku okay."
"Abang nak adik cepat sembuh." Senyum Darren. Izrael yang melihat Darren seperti itu hanya diam dan memebalikkan tubuhnya sambil mengangkat bajunya ke atas.
Darren yang melihat kesan lebam yang berada di badan Izrael terasa agak sedih namun kesedihannya hanya ditutupi dengan sikap seorang lelaki. Minyak gamat itu disapu dengan lembut di badan adiknya.
Setiap sapuan minyak gamat pada lebamnya tiada riak sakit sedikitpun pada seorang Izrael melainkan Darren yang menahan sebak di hati melihat adiknya. Ibarat cubit paha kanan, paha kiri yang terasa.
"Dah." Baju Izrael diturun kembali untuk menutupi tubuhnya.
"Emm." Izrael kembali menerak untuk merehatkan tubuhnya yang lelah.
Darren melihat adiknya sudah lelap bangkit lalu pergi dari bilik Izrael.
Izrael yang melihat Darren yang sudah pergi dari beliknya tersenyum kecil. "Terima kasih, abang." Kembali baring dan tidur dengan lenanya.
Raeliz
Seperti kata Dato Danial pada hujung minggu ini, Izrael akan di hantar ke kampung dan hari itu adalah hari esok.
Pada malam ini, Izrael sedang mengemas barang untuk persiapan. Kesemua barangnya disimpan ke dalam luggage. Sedang fokus sahaja dengan kerjanya, Datin Ilya memasuki biliknya.
"Mien." Berpaling Izrael memandang mummynya.
Datin Ilya menghampiri Izrael lalu membantu anaknya melipat baju untuk di bawa ke sana. Izrael yang melihat mummynya yang membantu menarik bajunya ke arahnya dengan rapat.
"Tak apa mummy, biar Mien buat sorang. Inikan barang Mien."Lembut Izrael berkata pada Datin Ilya.
"Apa salahnya mummy nak tolong Mien?"Senyum Datin Ilya dengan penuh manis.
Izrael yang melihat senyuman syuranya itu hanya mengangguk dan meneruskan kerjanya.
"Mien." Datin Ilya mencapai tangan putera keduanya.
Izrael memandang mummynya dengan wajah tanda tanya. "Ya, mummy."
Rambut Izrael dibelai lembut. "Maafkan mummy. Mummy dah pujuk daddy tapi daddy tetap nak antar Mien ke kampung."
"My, Mien tak kisah pun. Jangan risau Mien okay je. Lagipun Mien boleh tengokkan opah dekat kampung."Senyum Izrael sehingga terlihat kedua-dua lesung pipitnya.
Pantas Datin Ilya memeluk susuk tubuh anaknya sambil mengusap rambut anaknya. "Jaga diri dekat sana dan jangan menyusahkan opah. Mummy sayang Mien sangat-sangat."
"I love you so much my heaven." Peluk Datin Ilya dengan eratnya.
Namun disebalik kemesraan ibu dan anak itu, ada seorang yang sedang mengintai di sebalik pintu bilik anaknya iaitu Dato Danial yang risau akan anak dan isterinya untuk menghantar anak keduanya ke kampung tinggal bersama ibunya.
"Bah!"Sergah Dafeal Isaac melihat daddynya yang sedang sekondeng mummy dan abangnya dari jauh.
Terkejut Dato Danial dengan sergahan anak bongsunya hingga hampir sahaja menyabut nyawanya. "Astafirullah, Dafeal. Gugur jantung daddy."
"Ha, you buat apa kat sini dad? You sekondeng ye?" Muka Dafeal tersenyum sambil mensyakki daddynya.
"Mana ada I... dad nak tengok pintu ini elok lagi ke tak je." Mengetuk pintu sambil membelek pintu sama ada elok atau sudah rosak.
"Hah, elok lagi ini. I nak pergi buat kopi. Hauslah pula tekak ini." Pergi meninggalkan Dafeal seorang di hadapan pintu bilik abangnya.
"Yelah haus, takut kantoilah itu." Menggeleng melihat daddynya yang ego itu.
Dafeal melihat abangnya sedang bermanja dengan mummynya dari pintu yang terbuka kecil itu, mula untuk melangkah masuk. Tetapi apabila mengingati ini bilik abang malaikat maut. Terus berpaling Dafeal tidak jadi niatnya untuk masuk.
"Umur aku baru 10 tahun. Awal lagi nak mati kerana dibunuh." Menutup bilik abangnya dengan perlahan dan pergi kebiliknya.
Raeliz
Kesemua barang untuk dibawa ke kampung sudah disimpan di bonet kereta. Sekarang hanya untuk berangkat sahaja.
Rapuh hati Datin Ilya apabila suaminya tidak mengizinkan dirinya menemani anaknya pulang ke kampung kerana suaminya mahu anaknya berdikari.
Hari ini, Izrael akan pergi ke kampung hanya ditemani driver, itu pun sampai di kampung nanti dia akan tetap akan berseorangan untuk menemani opahnya.
Tangan mummynya disalam dan dicium. "Mien pergi dulu my."
"Jaga diri dekat sana ya nak."Umbun-umbun Izrael dicium.
Izrael hanya mengangguk lalu menghampiri Darren yang tersenyum untuk menutup rasa sedihnya kerana akan berpisah dengan adik sulungnya meskipun mereka selalu bergaduh dan berdebat angkara perangai Izrael yang dingin namun di dalam hati seorang Darren dia tetap menyayangi Izrael. Bagi Darren, Izrael lah adik yang cukup memahaminya dan Izrael antara adiknya yang selalu dia bersama dari umurnya setahun hingga kini walaupun ego seorang Izrael tidak akan dapat diturun.
"Jaga diri adik baik-baik. Abang sayang adik." Baru sahaja Darren ingin memeluk Izrael terus Izrael menolak Darren dengan kuat.
"Jijik." Muka geli ditayang oleh Izrael.
"Ala dapat pahala apa. Merapatkan hubungan adik beradik."Kening Darren menjungkit sambil berpeluk tubuh.
"Pahala tak pahala. Lebih baik aku peluk Al Quran dari kau. Lagi banyak pahala." Tangannya dihulur untuk menyalam Darren.
"Lah, ingat sombong sangat."Tanganya menyatukan salaman mereka.
Setelah tangan mereka telah menyatu, Izrael segera menarik tangannya namun digengam oleh Darren. "Cium tangan abang. Ambil berkat seorang abang."Izrael menjuling matanya ke atas.
Dengan penuh rasa paksanya Izrael mencium tangan Darren. Cium? Oh tidak. Menjilat tangan Darren plus meninggalkan air liurnya di tangan Darren.
"Ush, pengotorlah dik. Annazofatul minal iman."Tangannya di lap dihujung bajunya.
"Barokah."Senyum sinih Izrael.
Datin Ilya yang melihat perangai anak-anaknya hanya tersenyum. Biarlah mereka mahu bergurau manja. Selepas ini sudah sudah susah untuk bergurau seperti ini.
Izrael menghampiri adik perempuannya. "Atie."Kepala yang dilapik dengan tudung itu diusap dan dicium seketikan.
"Ingat pesan aku. Jangan tinggal Al Quran. Jaga solat. Jaga aurat. Jaga maruah kau seorang wanita. Kau kena ingat. Nabi angkat darjat seorang wanita cukup tinggi. Jangan kau rendahkan darjat kau disisi itu. Paham?"Izzati hanya mengangguk lalu memeluk tubuh Izrael dengan eratnya.
"Atie sayang Abang Mien. Kenapa Abang Mien kena tinggalkan Atie? Lepas ni siapa nak ajar Atie mengaji. Siapa nak jadi imam Atie? Suara Abang Mien sedap bila mengaji."Menangi Izzati di dalam pelukan Izrael.
Berkali-kali kepala Izzati dicium oleh Izrael. "Alongkan ada. Dia boleh tolong kau." Pelukan dilepas oleh Izrael lalu mengelap air mata Izzati.
"Tapi tak sama dengan Abang Mien."
Jari kelingking Izrael dihulur. "Dengar sini. Janji dengan aku. Kalau kau dapat habiskan hafal Al Quran. Aku akan lakukan apa sahaja untuk kau."
"Tapi, Atie baru hafal surah basic. Mana nak macam Abang Mien dah 30 juzuk."Bibir Izzati muncung kehadapan sambil memeluk tubuh.
Hidung Izzati dicuit lembut. "Yakin dengan diri kau, Ati. Aku percaya kau boleh. Sebab aku boleh. Apa tah lagi kau yang budak pandai."Senyum Izrael buat pertama kali dihadapanku keluarga.
Izzati melihat abangnya yang terlalu yakin dengannya membuat dirinya tersentuh dengan kata-kata abangnya. "Atie janji." Jari mereka menyatu untuk ikatan sebuah janji.
"Good girl. Man jadda wajaddah. Ingat tu."Izzati mengangguk lalu memeluk Izrael untuk kali terakhirnya sebelum berangkat.
"Jaga diri ya abang."Izrael hanya mengangguk.
Sekarang mata Izrael bertumpu kepada adik bongsunya, Dafeal a.k.a musuh sejatinya yang paling dia anti. Dia menghampirinya. "Feal."Dinggi suara memanggil.
Dafeal yang melihat Izrael yang bertentang mata dengannya mula merasa menggigil. Takut bertemu dengan malaikat mencabut nyawa ni.
BERSAMBUNG.....
Share this novel