"Kalau situasi itu terjadi pada kita. Abang tak akan buat sayang macam itu. Sebab abang sayang gila dekat sayang."Mencium tangan isterinya sekali lagi.
"Sebab, bagi abang. Sayang adalah pemanis kehidupan abang yang sangat pahit dengan cinta sayang berikan pada abang. Sebab itu jugalah...."Izrael meletakkan kepalanya di atas katil yang dibaring oleh isterinya.
"I love you, my sweetlove. Abang sangat memerlukan sayang dalam kehidupan abang." Sambung Izrael.
Tiba-tiba, Izrael merasakan ada tangan yang sedang mengusap rambutnya. "I love you too, my angel."
Terus Izrael mengangkat kepalanya menatap isterinya yang sedang senyum kepadany itu. "Iz."Panggil Izrael dengan mata yang berkaca.
"Ya, Rael."Balas Izfarni dengan senyuman manis.
Terus Izrael memeluk Izfarni dengan air mata."Alhamdulillah. Abang bersyukur sangat sayang dah sedar. Terima kasih, ya Allah kerana makbulkan doaku." Izfarni yang mendengar hanya membalas pelukan suaminya itu.
"Bila sayang sedar?"Sambil melepaskan pelukan isterinya. Dari sisi matanya nampak isterinya ini sudah agak segar dan bertenaga. Mesti isterinya sudah lama sedar dari koma.
"Pagi tadi."Jawab Izfarni tanpa rasa bersalah.
"Pagi tadi? Jadi dari tadi......"
"Aku berpura-pura."Sekali lagi, tanpa rasa bersalah.
Apa yang berlaku pagi tadi kerana masalah alat penafasan yang tidak sesuai dengan keadaan Izfarni yang baru sedar, membuat penafasan Izfarni jadi terganggu.
"Sweetlove."Muncung Izrael kerana geram dengan sikap isterinya itu.
"Apa? Dah sedarkan? Dahlah." Spontan Izfarni melayan Izrael seperti mereka dalam hubungan kawan baik.
"Bapaklah kau."Seperti itu isterinya melayani dirinya.
"Habis, kau nak aku buat apa? Dodoikan kau? Atau kau nak aku buat macam dalam drama apabila sedar dari koma depan suami. Aaawak."Berlakon seperti dalam drama yang dia lihat di televisyen.
Izrael hanya menjelingkan matanya. Apakah nasib malangnya di dapat isterinya yang seperti Izfarni ini. Kasar sangat. Susah betul nak bermanja.
Izfarni mula tersenyum melihat Izrael yang menjelingnya dengan bibir yang muncung juga berpeluk tubuh. Alahai! Suami comel sangat.
"Meh! Duduk sini."Menepuk tempat disebelahnya.
Izrael yang memandang Izfarni dengan tatapan yang comel segera menghampiri Izfarni. Duduk sahaja di sebelah isterinya, terus isterinya memeluk dirinya.
"Aku dengar, masa aku tak sedar kau banyak kali menangis. Kau tahukan aku tak suka kau menangis. Kaukan angel aku. Aku tahu, kau kuat Izrael." Kata Izfarni apa yang diceritakan oleh Izzatie pagi tadi akan suaminya itu.
Izrael memeluk Izfarni dengan erat. "Aku tak kuat, Iz. Aku tak boleh tengok kau macam tu. Aku sayang kau sangat-sangat."Air mata Izrael kini mengalir kembali.
"Aku pun sayang kau sangat-sangat. Tapi, bukan ke aku dah kata. Kalau ini adalah takdir, kita harus terima dengan hati yang terbuka."Muka Izrael didekapnya lalu mengelap air mata lelaki itu.
"Kau tak faham."Bangkak Izrael.
"Aku faham. Sebab aku pernah rasa kehilangan kau. Waktu kau pergi dari hidup aku, Rael. 8 tahun kau tinggalkan aku. Cukup sepi dan sedih hidup aku, Rael. Kau kata aku tak faham?"Dia terlebih dahulu rasa kehilangan itu. Menghilang tanpa khabar. Pergi langsung tidak diberi tahu. Entah hidup, entah mati. Langsung dia tidak tahu. Cukup perit dia rasakan.
Terus Izrael mencapai tangan Izfarni dan menciumnya."Maafkan aku, Iz. Maafkan abang. Tolong jangan pergi dari hidup abang, dah."Rayunya sambil meletakkan kepalanya di paha isterinya.
"Tetapi takdir akan mengubah segalanya, Rael."Mengelus rambut Izrael.
"Tapi....."Belum sepat Izrael habis berkata.
"Kita sebagai hambaNya, harus menerima qada dan qadar. Kerana jika kita sukar menerimanya, iman kita akan hilang bersama kewarasan kita. Jangan ikut kata hati. Tetapi, berfikitlah sebelum bertindak. Kau sayang akukan?"Izrael angguk.
"Seharusnya cinta kau terhadap Tuhan lebih besar dari cinta terhadap aku. Kerana tanpa Dia, cinta itu tidal akan wujud dan berikan kepada setiap makhlukNya. Jadi, kau fahamkan?"
"Maafkan hambaMu, ya Allah."Izrael melelapkan matanya di dalam dekapan isterinya.
Izfarni yang melihat suaminya seperti itu, turut tidur bersama sambil memeluk suaminya amat dia rindui itu.
Dengan mata Izfarni yang terpejam, air matanya mengalir kerana dia kecewa dengan sikap suaminya namun itu, dia cuba untuk mengubah fikiran suaminya itu.
Kalau Izrael mengatakan itu kepadanya bahawa dia tidak mengerti tetapi Izrael adalah salah. Kelakuan lelaki itu duli sudah membuat separuh hidupnya hilang. Tetapi, dia tetap kuat demi kehidupan seterusnya kerana dia tahu, Tuhan bersamanya. Dan begitulah juga dia mahu Izrael seperti itu. Meskipun, dia tiada suatu hari nanti. Izrael tetap akan kuat.
Iz dah sedar..... kehidupan akan kembali mekar dengan cinta.... tunggu lagi untuk berapa minggu untuk next chap... tq sport
Share this novel