#raeliz15 ii

Romance Series 14536

"Koi nervouse War."Tanganya sudar ketar-ketar.

"Iz, ouk ni baru nak masuk meminang tahu. Bukannya nak nikah atau bersanding pun. Over sangat."Melebih-lebih pula kawannya ini. Kalau nikah agaknya pensan kawannya ini.

"War, ouk tahukan. Ini firts time, koi nak jumpa keluarga Izrael. Kalau dia orang tidak suka koi macam mana." Bagaimana kalau keluarga Izrael yang membatalkan untuk menyatukan mereka.

"Betul juga."Ada benar kata kawannya ini.

TUK! TUK!

Mereka berpaling ke arah pintu. Dina. "Akak, keluarga Abang Izrael sudah sampai."

"War."Makin gementar Izfarni mendengar kedatangan mereka.

"Relax, Iz. Ouk kena tenang. Koi yakin semua okay." Jangan dibimbangkan. Firasatnya mengatakan dengan sangat begitu baik. Semua akan baik-baik sahaja.

Raeliz

Khaleed, Ezz dan Luth menatap Izrael dengan bengang. Dengan semudah itu dia mengajak mereka untuk ke rumah bakal isterinya untuk masuk meminang. Sungguh mereka terkejut dan geram. Tiada apa berita, terus dengar mahu kawin.

Ezz yang berada di sebelah tempat duduk pemandu hanya merasa mahu sahaja dia mencekik lelaki ini. Sudahlah bagi tahu last minite. Bukanlah main gelabah dia mahu mencari baju melayu dan menggosoknya. Ikutkan hari ini dia mahu menolong mamanya di cafe tapi disebabkan Izrael dia terpaksa mengikuti lelaki ini. Nasib baik Puan Sri Hazleen tidak marah.

"Kau ni kan Rael, kalau tak menyusahkan orang tidak boleh ke? Sudahlah hari ini, hari aku cuti. Kacau betul."Cutinya sudahlah tidak menentu sebagai doktor bedah. Ingatkan cuti mahu spentime dengan family, tapi tidak.

"Entahnya, aku baru balik dari misi kau ajak aku pergi sama."Baru kemarin dia baru balik dari training, kini dia terpaksa datang ke sini. Bengang Luth. Sudahlah baru beberapa hari kena transfer dan pindah rumah. Tiba-tiba kena pergi training. Nasib baik, hanya seminggu.

"Aku ini, ikutkan hari ini ada appointment dengan client aku. Tiba-tiba kena cancle sebab kau." Bukan senang mahu ada job sebagai peguam.

Izrael hanya tersenyum. "Waw! Nampak sangat kau orang sayang aku. Semua ada perngorbanan hari ini. Aku sangat menghargainya. Jasa kau orang aku diingat di kalbuku."Kini Izrael sudah loyar buruk.

Bagi ke tiga-tiga kawannya itu bukan masa yang sesuai untuk dia bermain seperti ini. Ini sangat pengobanan yang berat. Pengorbanan bersama keluarga, rehat dan duit. Berat.

"Dengan siapa kau nak kawin ni Izrael?"Khaleed bertanya yang berada di tempat penumpang belakang bersama Luth.

"Gadis cantiklah."Jawab spontan Izrael.

Khaleed sudah bermasam muka. Memanglah, kalau buruk macam hantu Kak Limah mahu ke dia kawin.

"Sudah sampai nanti kau lihatlah." Tidak dapat dia mahu menggambarkan buah hati yang dapat menawan hatinya itu.

Ezz, Luth dan Khaleed hanya diam tanpa kata-kata. Orang tengah angau memang begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience