#raeliz32 i

Romance Series 14536

Usai selesai majlis persandingan mereka, Izfarni dan Izrael rehat di hotel yang telah ditaja oleh keluarga Khaleed sebagai hadiah perkahwinan mereka. Lagi pula, hotel ini memang milik Tengku Khairul. Hotel TK'A.

Izfarni yang berpakaian baju tidur sambil keringkan rambunya, keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan tubuhnya. Sosok suaminya yang sedang bermain telefon bimbitnya dipandang.

"Tengah tengok apa?"Menghampiri suaminya itu.

Mendengar teguran isterinya itu, terus dia berpaling ke arah isterinya. "Tak ada apa. Tengok instagram je."

"Erm. Lepas itu send dekat aku tentang cinta islamic."Memang itu sahaja perangai suaminya setiap kali melihat instagram.

"Meh, abang keringkan rambut sayang."Mengambil pengering rambut untuk mengeringkan rambut isterinya.

Izfani yang hanya mengikuti kemahuan suaminya. Cuma ada sesuatu yang dia agak pelik. "Kau kata apa tadi? Abang? Sayang?" Memandang suaminya.

Izrael mengeringkan rambut isterinya dengan pengering rambut."Kenapa? Sayang tak suka?"Memandang isterinya.

"Tak, cuma aku macam. What the minute? Who are you?" Lebih kurang macam tiba-tiba.

Izrael hanya mampu tersenyum melayan karenah sang isteri. "Iz, esok kita gerak pergi Perak untuk hari perkawinan Luth."

"Tapi, bukan ke hari ahad?" Kenapa macam awal sangat?

"Sayang. Keluarga Luth tu sudah macam keluarga abang. Masa abang belum baik dengan daddy. Keluarga Luthlah tempat abang lepaskan rindu dekat keluarga abang. Kalau boleh, abang nak bantu persiapan perkawinan itu juga." Cukup berharga keluarga Luth baginya. Selama bertahun-tahun lamanya, dia menumpang kasih sayang keluarga itu. Keluarga itu yang selalu menceriakan hari-hari kebahagiaannya. Hari raya, hari kenaikan pangkat dan hari lahirnya. Sebesar itu, keluarga itu ada di sampingnya. Cukup berjasa baginya.

"Kalau macam itu, Iz okay sahaja. Cuma kaulah. Tak penat ke?"Sudahlah hari ini sebuk dengan hari persandingan mereka. Esok mahu bertolak ke Perak.

Selesai Izrael mengeringkan rambut isterinya, dia meletakkan pengering rambut di kabinet. "Kalau ada sayang, semua tak penat."Mencium umbun-umbun isterinya.

"Mummy daddy, sudah tahu kita nak pergi Perak?"Izrael angguk.

"Jom, tidur. Esok nak bangun awal."Ajak Izrael akan isterinya.

Izfarni hanya mengangguk.

Raeliz

Tersenyum lebar Luth sambil melihat bulan dan bintang. Bahagia sungguh rasanya. Tidak lama lagi akan menjadi suami orang. Tangan ini sudah menggigil mahu memegang tangan tok kadi.

"Amboi, abang! Dari jauh adik dapat tengok gigi kapak abang tu. Lebar bukan main senyum tu. Tahu nak kawin. Tapi, janganlah sampai nak tersenyum 24 jam. Nanti orang kata gila."Susah pula kalau orang tengah angau ini. 24 jam senyum sorang-sorang.

"Adik pernah nampak ke tentera laut gila?"Soal Luth.

"Abang mungkin bakalnya."Jawab Rabiyatul.

Luth Mahfuz tersenyum. "Ada-ada sahaja adik ini. Jom, kita masuk."Masuk ke dalam rumah bersama adiknya.

Raeliz

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam,Izrael." tersenyum Puan Halimah melihat anak angkatnya datang ke rumahnya bersama isterinya.

Izrael menghampiri Puan Halimah bersama isterinya yang bergandingan tangan."Ibu, sihat?"

"Alhamdulillah, sihat."Senyumnya.

"Ibu."Menyalam dan berlaga pipi dengan Puan Halimah.

"Ibu, ini isteri Rael."Memperkenalkan isterinya.

"Cantik. Pandai, Rael pilih."Mengelus pipi Izfarni. Terus tersipu malu Izfarni dibuatnya.

"Maaf, ibu tak dapat hadir hari perkawinan kamu berdua."Mohonnya.

"Tak apa. Rael faham. Ibu exaited nak dapat menantu."Biasalah orang mahi menyambut menantu. Teruja dia lain macam.

Senyum Puan Halimah mendengar kata-kata Izrael. Ada benarnya itu."Mari kita masuk."Ajaknya lalu mereka pergi bersama.

Raeliz

"Aku terima nikahnya Luthfiya Mediena binti Leman dengan maskawinnya 1000 ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulillah."Doa dibaca untuk kebahagiaan perkahwinan mereka.

Majlis berjalan dengan lancar lalu mereka bersaip sedia untuk pulang dengan meneruskan majlis persandingan mereka. Namun semua sedang sibuk menguruskan majlis, penganting perempuan sudah hilang.

"Mak lang!"Jerik Husna mencari mak cik saudaranya.

"Kenapa Na?"Pelik akan sikat anak sedarnya itu.

"Baca ini."Memberi surat yang ditinggalkan Luthfiya.

- Fiya dah buat apa yang bonda suruh. Giliran Fiya capai cita-cita Fiya. Selamat tinggal bonda. -

Terduduk Puan Lily membaca surat itu. Apa yang anaknya buat ini? Kenapa harus memalukan keluarganya?

Luth yang bersama Izrael dan Izfarni, melihat ibu mentua terduduk segera menghampiri. "Kenapa bonda?"

Orang lain yang berada di situ turut menghampiri Puan Lily.

"Maafkan bonda, Luth."Mengusap rahang menantunya.

"Kenapa ini?"Soal Luth tidak faham.

"Ini."Husna memeberi surat tdi kepada Luth.

Terduduk Luth melihat surat itu. "Allah."Kenapa ini harus berlaku kepadanya? Kenapa susah dia mhu merasakan kebahagiaan? Isterinya lari pada hari pernikahan mereka.

"Luth."Terus Izrael menghampiri sahabatnya itu.

Melihat Izrael, terus Luth memeluk sahabatnya itu. "Kenapa susah sangat aku nak rasa apa itu erti cinta, Rael?" Sungguh dia merasa kecewa.

Hari yang sepatutnya menjadi hari kenangan manisnya menjadi kenangan buruk baginya. Kenapa harus begini?

"Kenapa Fiya buat abang macam ini?"Tangis Luth di dalam pelukan Izrael.

Izfarni, Ezz dan Khaleed yang melihat Luth yang sedang menangis di dalam pelukan Izrael turut rasa sedih dan simpati. Kenapa lelaki itu perlu merasakan seperti itu? Dia sangat baik, tetapi kenapa takdir menyebelahinya?

"Tenang, Luth."Pujuk Izrael. Sungguh dia tidak tahu mhu mengatakan apa. Di saat lelaki itu mahu mengangkat nikah, dia boleh lihat bertapa bahagianya lelaki itu. Tetapi apabila setelah pergi isterinya meninggalkannya, sudah hampir hilang separuh jiwa yang dirasakan.

"Fiya."Panggil Luth dengan sedih.

Keluarga Mejar Leman yang melihat Luth seperti itu turut merasa geram dan kecewa kepada anaknya. Kenapa anaknya buat seperti ini? Kenapa harus memelukan keluarganya?

Keluarga Luth yang melihat Luth di dalam pelukan Izrael turut memujuk lelaki itu tetapi rasa sakit dan kecewa lelaki itu terlalu dalam akan isterinya.   Sungguh sedih.

Izrael yang memeluk Luth itu sedaya upaya menenangkan lelaki itu. Zikir tidak berhenti keluar dari bibirnya agar dapat menenangkan lelaki itu dari tangisannya.

Izfarni yang melihat suaminya yang memeluk Luth hanya mampu berdoa kepada Ilahi. Jujur, dia sangat simpati kepada Luth dan berharap isteri Luth akan kembali kepada Luth kembali.

Raeliz

Setelah selesai menguruskan perkawinan Luth yang tidak jadi, Izrael dan isterinya pulang ke Johor kerana esok dia akan kembali berkerja.

Izfarni menatap Izrael yang sedang fokus dengan memandunya. "Kasian, Iz tengok Luth tu."Dia dapat lihat bertapa kecewanya Luth tadi.

"Abang pun tak sangka yang isteri dia boleh buat dia macam itu. Lari hari perkawinan kut." Apalah yang ada di benak fikiran isteri Luth?

Izfarni hanya terdiam. Kenapalah, wanita itu sia-siakan lelaki sebaik Luth itu? Apa kurangnya Luth? Lelaki itu cukup sempurna dan lembut.

"Tadi, abang ada tawar dekat Luth untuk minta orang-orang daddy cari isteri dia. Tapi, dia sendiri yang tolak." Dia cuba untuk mencari keberadaan isteri Luth tetapi itu kehendak Luth dia tidak boleh berbuat apa.

"Kenapa dia tak nak?"Soal Izfarni. Kalau benar-benar dia sayangkan isterinya.

"Luth kata, isteri dia kawin dengan dia pun bukan sebab cinta. Dia sahaja yang terlebih rasa. Jadi, kalau betul ini pilihan isteri dia. Dia tidak akan halang."Sungguh lembut lelaki itu. Meskipun dibuat seperti itu, dia tetap memahami perasaan dan situasi isterinya.

"Baik, sangatlah Luth tu."Dia kata berdasarkan apa yang dia lihat.

Izrael hanya mengangguk. Memang benar kata isterinya. Luth Mahfuz terlalu baik dan memahami. Dahulu, Luthlah yang selalu melembutkan hatinya agar bertemu dengan keluarga. Menyuruhnya pulang. Meskipun, hatinya keras untuk menerimanya namun Luth tidak pernah bosan membicarakan hal yang sama.

Apa yang berlaku kepada Luth, membuat Izfarni terpikir sesuatu. Bagaimana kalau situsi yang sama tetapi tragedi yang berbeza berlaku kepada mereka. Adakah Izrael akan menerimanya?

"Rael, kalau kau jadi Luth. Apa yang akan kau buat?"Sengaja dia mahu tahu apa yang akan lelaki itu lakukan.

Izrael berpali ke arah Izfarni sekilas. "Sayang sanggup ke nak tinggalkan abang?"Ada berani ke mahu buat seperti itu? Kalau sudah cinta separuh nyawa.

Gilalah kalau dia sanggupkan? "Tak. Tapi, mana tahu kalau apa-apa yang terjadi de...."Terputus ayat Izfarni apabila jari telunjuk Izrael berada di bibirnya.

"Sayang, jangan cakap macam itu. Kata-kata sebuah doa. Abang tak tahu yang akan terjadi dekap abang. Kalau sayang tiada di samping abang."Mungkin juga dia akan menjadi gila apabila kehilangan isterinya.

"Kalau takdir?"Bagaimana mahu menolaknya?

"Stop, sayang. Abang tak nak dengar benda karut seperti ini."Dia tidak suka.

"Okay, Iz diam."Baiklah kalau begitu.

Izrael berpaling ke arah isterinya. "Sayang marah abang ke?" Meskipun dia langsung tidak meninggikan suara, tetapi hati perempuan. Mudah tersinggung.

"Taklah. Iz okay sahaja."Langsung tidak terasa.

"Betul ke ini?"Langsung tidak dipercaya olehnya.

Izfarni berpaling ke arah suaminya."Iz, okay. Kau itu, jangan nak overthiking sangat. Bawa kereta itu elok-elok."Apa yang susah nak faham sangat suaminya ini? Mengalahkan perempuan.

"Sayang marah abang ke?"Sudah. Apa pula ini?

"Rael, aku tak marah kaulah. Aku risau kalau emosi kau tidak stabil. Nanti, lambat kita sampai ke JB." Itu sahaja. Tiada niat pun, dia mahu marah suaminya. Cuma, esok lelakinya mahu berkerja. Kalau lama, akan keletihan. Dia tidak apalah, hanya goyang kaki di rumah.

Izrael mencapai tangan isterinya lalu dicium. "Jangan tinggalkan abang, sweetlove. Promise?"

"Promise."Tersenyum Izrael mendengar kata janji dari isterinya.

Izfarni hanya menatap suaminya dengan senyuman palsu. Sepatutnya, dia tidak perlu menanyakam hal seperti itu kepada suaminya sehingga suaminya berasa sedih seperti tadi. Inilah mulut. Lebih tajam dari hujung pedang.

Raeliz

Izrael yang membawa secawan kopi dari dapur melihat Dato Danial dan Datin Ilya  sedang menonton televisyen bersama. Dia menghampiri pasangan itu.

"Naik join sekali boleh?" Mana tahu menganggu orang tengah berasmara cinta.

"Duduklah, Miens."Tawar Dato Danial sambil matanya berpaling ke arah belakang anak lelakinya itu.

"Mana Iz?"Ke mana isteri anaknya itu?

"Balik dari Perak tadi. Iz terus tidur, daddy. Penat sangat."Biasalah perempuan. Lain yang memandu, lain yang penat.

"Luth macam mana?"Meskipun dia tidak hadir kerana berkerja, dia dengar ada sesuatu yang berlaku kepada Luth.

"Dia kata nak stay dekat kampung untuk cuti yang dia ambil. Nak tenangkan diri dulu katanya sebelum turun padang."Kata Izrael seperti yang dikatakan sahabatnya itu.

Angguk Datin Ilya. Sungguh kasihan apa yang ditipakan oleh Luth.

"Turun padang?"Soal Dato Danial.

"Hari rabu ini, Miens kena turun ke laut untuk join tentara lain untuk berkhidmat. Mungkin berminggu-minggu juga kena duduk dekat laut tu." Kata Izrael.

"Iz kena tinggallah ini."Kata Datin Ilya. Nampaknya, menantunya kena berpisah dengan anaknya.

"Nampak gayanya. Iya, my." Itulah kenyataan.

"Nanti, Miens tak ada. Tolonglah tengokkan Iz. Risau juga Miens nak tinggalkan dia berminggu-minggu." Risau yang jauh di mata, sukar untuk diperhatikan.

Alahai! Sayang betul kepada isterinya. " Jangan risaulah. Mummy daddy ada yang boleh tengoklah menantu kami tu."Risau sangat.

"Risaulah, isteri. Kan daddy?" Mencicip air kopi yang dibuatnya tadi.

"Sayang."Jawab Dato Danial sambil menonton televisyen.

Datin Ilya hanya menggeleng melihat anak dan suaminya. Bapak borek, anak rintik.

Raeliz

Kepergian Izrael kerana keamanan negara. Namun, keberadaan di rumah Dato Danial seperti peperangan yang berlaku. Ada sahaja tingkah laku dua beranak itu.

Kehidupan Izfarni sentiasa diganggu oleh mereka. Tiada sahaja keluarga Dato Danial, dia dilayan seperti pembantu rumah. Disuruh itu, disuruh ini. Namun, Izfarni yang malas mahu melayan hanya mengikuti kehendaknya. Lagi pula Dato Danial sudah berkata kepadanya, dia di sini bukan sebagai pembantu rumah melainkan menantu kepadanya yang perlu dihormati.

Tetapi tidak dengan Datin Ilyana dan Illy Lilians, yang cuba untuk menyakitinya.

"Hey, perempuan. Kau tengok sahaja ke? Tolonglah basuh."Kata Illy sambil menonton televisyen menunjuk gelas yang digunakan olehnya tadi.

"Sudah besarkan. Basuhlah sendiri. Bukannya Reyna atau Idrees pun."Kata Izfarni sambil membawa bakul bajunya untuk dibasuh.

Datin Ilyana yang berada di belakang Izfarni sambil mendengarkan perbicaraan mereka sudah geram. Rambut Izfarni ditariknya."Apa yang susah. Basuh sahajalah."

"Arght! Lepaslah, mak ngah."Tangan Datin Ilyana ditahannya.

"Aku bukan mak ngah kaulah. Aku datin. Datin Ilyana."Masih menggenggam rambut Izfarni. Illy yang melihat itu, bercegak pinggang sambil tersenyum gembira.

"Datin, disebabkan kawin dengan dato sahaja. Itu pun bangga hidup bermadu. Err."Cuma untuk melepaskan cengkaman itu.

"Kurang ajar."Marah Datin Ilyana akan kata-kata Izfarni. Dia melepaskan rambut Izfarni lalu ditampar kuat pipi Izfarni.

PANG!

Terjatuh Izfarni dengan lempangan itu. Sakit? Cukup sakit yang dia rasakan sehingga merah pipinya dibuatnya.

Itulah, layanan yang setia hari Izfarni terima setiap kali dia ditinggal di rumah berseorangan. Tetapi, melain pula tingkah laku mereka apabila keberadaan keluarga Dato Danial.

BERSAMBUNG.....

air mata seorang lelaki kerana wanita yang dia cintai.... kasian luth, gantung tidak bertali. next

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience