Setelah Izfarni menenangkan Izrael, akhirnya Izrael dapat mengawal emosinya dengan normal.
Pada mulanya, Izfarni menawar dirinya untuk memandu kereta kerana risau akan Izrael namun Izrael melarangnya. Kata Izrael dia baik-baik sahaja dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Sepanjang perjalanan ke rumah Darren, Izrael memandu sehingga mereka tiba di destinasi.
Sampai sahaja di beranda rumah milik Darren, Izrael memandang kereta yang kelihatan berkilat dan baharu berwarna merah di sebelah keretanya sebaik kereta berhenti.
"Darren tukar kereta ke? Mana kereta elektrik dia?"Soal Izrael pada dirinya. Izfarni hanya menatap kereta itu dari dalam melalui tingkap.
Agak ternganga mulut Izfarni melihat kereta di hadapan matanya itu. Bugatti. Kaya betul Abang Darren baginya. Menjadi seorang doktor pun boleh beli kereta semewah ini.
Izrael yang melihat Izfarni itu, seakan tahu apa dalam benak fikiran isterinya itu. "Ini mesti daddy yang belikan."Kata Izrael sambil mematikan enjin kereta.
Terus Izfarni menatap suaminya. "Daddy."
"Hari itu, Darren ada bagi tahu yang isteri dia asik muntah naik kereta lama dia masa balik ke JB. Katanya, alahan bau kereta tu. Dia kata nak tukar kereta sebab kesian dekat Kak Sal. Tapi, kalau sudah beli Bugatti. Ini bukan dia dengan gaji doktor dia yang ciput itu. Ini mesti daddy yang belikan."Jelas Izrael.
Izfarni hanya angguk, faham. "Sayang betul daddy dekat Kak Sal."
Izrael menatap isterinya."Daddy pun sayang kau juga, Iz."
"Tahu."Dia tahu semua itu. Keluarga mentuanya terlalu sayang kepadanya.
"Tapi.... Untungnya, Kak Sal."
Kening Izrael terangkat sebelah. Kenapa pula ini? "Apa yang untung?"
"Abang Darren tu sweet sangat. Faham sangat apa yang Kak Sal nak dan tak suka. Tanpa berkata atau beri petunjuk apa pun." Itulah dari segi pandangannya. Sungguh dia rasa bahagia melihat pasangan itu.
Izrael sudah berwajah masam. Berani sungguh isterinya memuji orang lain di depannya. "Emm. Jom, keluar." Dingginnya.
Namun, perubahan Izrael langsung tidak disedari oleh Izfarni. Izfarni hanya keluar dari kereta lalu mengikuti Izrael dari belakang.
Izrael mengetuk pintu."Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."Pintu rumah terbuka.
"Eh, adik abang."Senyum Darren. Inilah tetamu yang dia tunggu dari tadi. Itu laju sahaja dia membuka pintu bersama Darreyna berjalan terkedek-kedek mengikuti Darren.
"Hai, Iz."Lambai Darren kepada Izfarni.
Izrael sudah memandang tajam ke arah Darren. Seakan-akan, mahu membunuh lelaki itu. Seandai ada sniper di tangannya, semestinya Darren target utamanya. Nasib abangnya, darah dagingnya sendiri.
Izfarni senyum kepada Darren sebagai balasan lambaian tadi. "Mana Kak Sal?"
"Tidur dekat atas."Jawab Darren.
Izfarni angguk kerana dia faham. Biasalah orang mengandung, cepat letih walaupun buat kerja ringgan. Maklumlah bukan bawa diri sahaja tetapi bawa anak orang sekali.
"Aku nak ambil beg."Pergi Izrael.
Darren yang melihat Izrael seperti itu membisik sesuatu kepada Izfarni. "Iz, kenapa Miens tu?"
Izfarni berpaling melihat Izrael. Suaminya, kenapa? "Kenapanya? Okay, sahaja." Baik sahaja dia lihat. Tadi memang betul Izrael tidak baik emosinya tetapi bila dipujuk dengan manja, semuanya baik sahaja.
"But, I don't think he's okay." Menatap Izrael yang sedang keluarkan barang dengan muka yang dingin.
Izfarni jadi terfikir dengan kata-kata Darren. Apa 6ang berlaku pada Izrael yang dia tidak dapat tafsirkan. Atau dia yang lalai.
Seluar Darren ditarik, Darreyna. "Ya, sayang."Mendukung Darreyna.
"Hai, Darreyna."Senyum Izfarni.
"Nak cucu."Botol susu di tangannya di beri kepada Darren.
"Iya."Mengambil botol susu Darreyna.
"Iz, nanti minta Miens bawa masuk bilik. Dia tahu. Rehatlah. Mesti penat jalan jauh. Tapi kalau boleh, tanya Miens tu. Mesti ada sesuatu dia pendam. Abang nak buat susu Reyna."Izfarni angguk lalu Darren pergi dengan Darreyna di pangkuannya.
Izrael menghampiri Izfarni dengan dua bagasi.
"Rael, Abang Darren suruh kau tunjukkan bilik. Dia pergi buat susu Reyna. Dia suruh kita rehat dulu." Kata Izfarni.
"Emm."Tanpa menatap Izfarni dia terus masuk ke dalam rumah itu dan menuju ke bilik yang pernah di menetap dahulu ketika pertama kali pulang ke Johor Bahru. Setelah bertahun-tahun tinggalkan tempat kelahirannya.
Izfarni yang melihat Izrael seperti itu mula tidak sedap hati. Ini bukan Izrael. Izrael seorang yang banyak mulut. Selalunya bila di tanya mesri akan jawab lebih tetapi ini sepatah sahaja tetapi itu pun hanya bunyi emm.
Izfarni hanya mengikuti Izrael hingga ke bilik. Tiba di bilik, Izfarni menjadi kagum. Waw! Luas dan cantik.
Izrael meletakkan bagasi tadi hadapan katil. "Aku nak keluar, nak ambil beg lagi."Perginya namun di tahan oleh Izfarni.
Tangan Izrael digenggam Izfarni. "Kau okay tak?"
"Okay." Dingin Izrael.
"Tipu."Nafi Izfarni.
"Kau tanya aku, astu kau pula yang nafikan." Dia sudah jawab tetapi isterinya mengatakan sebaliknya.
"Kenapa Rael?"Dia tahu, ada benda lelaki ini pendamkan.
"Aku kata, aku okay."Susah sangat ke mahu percaya katanya.
"Tipu."Lagi sekali dia nafikan jawapan suaminya.
"Habis, kalau tipu apa jawapannya?" Susah sangat mahu terima jawapannya. Kalau benar apa dia kata salah, apa jawapan benarnya kalau isterinya tahu.
Izfarni senyum. "Asal kau senyum?"Peliknya akan suaminya.
"Kau cemburu?"
"Ma-mana ada."Nafi Izrael dengan gugup.
"Eleh, suami kita cemburulah."Mencuit dagu Izrael.
Bukan dia tidak perasan tetapi sengaja dia biarkan. Sengaja mahu lihat adakah Izrael begitu benar-benar menyayangi dan mencintainya. Tetapi, bila dilihat seperti ini kalau dibiarkan boleh jadi lebih melarat nanti.
"Mana ada. Aku nak cemburu dengan siapa."Masih tetap dengan egonya.
Izrael yang berdiri tegak di tengah bilik itu didatangi Izfarni. Izfarni sengaja mendekatkan dirinya. Semakin Izrael menjarakkan jarak mereka, semakin Izfarni mendekatkan jarak mereka.
Izrael undur-undur akhirnya.....
Buk! Belakang badannya bersatu dengan pintu. Izfarni sudah tersenyum mengejek melihat riak wajah Izrael yang cemas. Entah dari mana pula, keberanian Izfarni hari ini untuk mengenakan Izrael.
Izfarni mengundur ke belakang sedikit agar Izrael diberi ruang sedikit dari pintu. Izrael maju sedikit. Dengan peluang yang ada, Izfarni memeluk Izrael. Izrael terkaku.
"Rael, aku minta maaf sebab buat kau cemburu. Aku tahu kau tak suka aku puji Abang Darren tapi aku nak tahu sahaja yang kau betul-betul cinta dan sayang aku."Jujur Izfarni akan kesalahan dirinya. Dia hanya sengaja melakukan itu, untuk melihat Izrael cemburu tidak dengan adik beradiknya. Ternyata seburuk ini cemburu Izrael. Abang sendiri kut.
"Aku pun nak minta maaf sebab aku ego. Tapi aku sayang dan cinta gila dekat kau Iz. Jangan tinggalkan aku." Memeluk Izfarni dengan erat meskipun dia perlu menunduk sedikit.
Izfarni hanya tersenyum. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi esakkan. Terus Izfarni menolak lembut tubuh Izrael. Melihat sahaja muka Izrael, wajah lelakinya itu sudah basah dibanjiri air mata. Tuan Leftenan menangislah kerana cemburu.
Izfarni mahu ketawa tetapi dia perlu menahan. Izrael menangis baginya terlalu comel. Hei, suaminya. Hari ini sahaj sudah menangis dua kali. Sensetif betul hati lelaki yang bernama Damiens Izrael ini.
"Rael."Panggil Izfarni.
"Emmm."Menghempalkan wajahnya di bahu isterinya.
Semakin lebar senyuman Izfarni. Alahai, suami comel sangat ya Allah. Sungguh apa yang terjadi kepada Izfarni seperti dalam novel yang dia baca. Tetapi, ini sudah menjadi kenyataan baginya. Nasib-nasib. Terpaksalah dia memujuk bayi tuanya yang menangis ini.
"Rael."
"Emm."
"Sudahlah, tak mau nangis. Kau asik nangis sahaja hari ini. Nanti kau sakit pula."Risau akan suaminya. Esok lusa mahu masuk kerja. Belakang badan suaminya di kelusnya.
"Nyak penyuk."Kata Izrael dengan nada seperti anak kecil.
"Iya, iya. Mengada betul angel saya hari ini."Membalas pelukkan Izrael.
"Emm."Bunyi Izrael tidak terima kata dari mulut isterinya.
"Okay-okay." Mengalah Izfarni.
"I love you." Kata Izrael di dalam pelukan isterinya.
"Emm."Balas Izfarni.
"Emm! Balaslah."Marah Izrael.
"Fine. I love you too, my angel." Balas Izfarni dengan seikhlas hati.
Tersenyum Izrael lalu memeluk erat tubuh kecil isterinya.
Izfarni yang sudah lemas di dalam pelukan itu, menepuk Izrael."Lemaslah."
"Sayang Iz. Muah! Muah!"Mencium kepala Izfarni berkali-kali.
"Rael!"
Raeliz
Beg tangan yang berharga beribu-ribu itu dicampak di atas meja. Tubuhnya pula dihempas di sofa yang empuk.
"Arght! Kenapa dengan family tu ha?!" Kenapa asik dirinya yang salah. Kenapa tidak orang lain?
Kepalanya yang terasa serabut itu digosok sehingga tudung yang dipakainnya menjadi serabai dan kelihatan rambut perangnya yang terkeluar dari dalam tudungnya.
"Arght!"Emosinya langsung tidak dapat dikawal olehnya. Seperti ada sahaja bunyi-bunyi bisikan yang menghasutnya untuk berbuat pelbagai perkara yang boleh memuaskan hatinya namun tidak dengan orang lain.
Datin Ilyana dari dapur mengambil membawa segelas air dan sebotol ubat, berlari kecil apabila melihat anaknya seperti sudah tidak kendali. Terus dia meletakkan gelas dan ubat tadi di atas meja dan memeluk tubuh anaknya dengan erat. "Sayang, please stop!" Menahan tahan anaknya daripada dia mengamuk atau perkara yang boleh menyakiti dirinya dan orang lain.
Datin Ilyana mendekap pipi anaknya sambil mata bertentang mata. "See me. Dengar kata mama. Mama akan bantu Illy untuk dapatkan Abang Miens. Tapi sebelum mama bantu Illy, Illy kena bantu diri Illy dulu. Okay, sayang?"
Illy yang terasa sedikit tenang itu hanya mengangguk.
Datin Ilyana melepaskan tubuh anaknya. "Illy sayang Miens?" Illy angguk lagi.
"Jadi, Illy kena makan ubat sayang."
Illy memandang ubat yang berada di tangan Datin Ilyana. Rasa marah mula mengawal emosinya. "I tak gilalah mama. Kenapa mama nak bagi I makan ubat tu?" Dia tahu fungsi ubat itu dan apa ubat itu.
"Tapi, you kena makan ubat ini sayang."Pujuk Datin Ilyana.
"No! I tak nak sebab I tak gila. Kenapa you nak paksa I. Ke you memang anggap I gila?" Langsung dia tidak boleh menerima.
Datin Ilyana melihat Illy yang mula memberontak itu, terus dia mengeluarkan ubat dari botol itu dan mendekab Illy dengan kemas meskipun Illy meronta-ronta untuk dilepaskan. Datin Ilyana memasukkan ubat ke dalam mulut Illy namun Illy mengemam mulutnya agar tidak dimasuki ubat itu ke dalam mulutnya.
Namun dengan sikap anaknya yang dia telah fahami dan sudah lali, dia tetap menyumbat itu masuk ke dalam mulut dan meminumkan air ke dalam mulut Illy dengan paksanya. Akhirnya, ubat itu berjaya di telan oleh Illy. Dengan infek ubat itu, Illy mula menjadi tenang dan sedikit lemah kerana ubat yang dimakannya adalah ubat penenang untuk seorang yang mengalami masalah mental sepertinya.
Illy telah menghadapi penyakit mental dari usianya masih remaja setelah naiknya usia menengah. Penyakit mental dialaminya oleh disebabkan Damiens Izrael kerana terlalu menyanyangi dan mencintai lelaki itu terlalu dalam sehingga rasa itu tidak dapat dikawal. Ditambah pula, hubungan mereka berdua untuk disatukan langsung tidak diterima oleh keluarga si lelaki kerana lelaki itu langsung tidak menyukainya. Disebabkan dia tidak boleh menerima kenyataan, dia mula memendamkan perasaannya sehingga dia mengalami depression yang tidak terkawal dan akhirnya bak kata orang kampung adalah gila.
Illy mula merasa mengantuk dan mahu melelapkan matanya dengan badan yang lemah. Datin Ilyana yang melihat anaknya itu memapah anaknya untuk bawa ke bilik.
"Jom, sayang. Kita rehat dekat bilik."Illy angguk lemah.
Raeliz
Izrael dan Izfarni yang baru sahaja menunaikan solat maghrib berjemaah, bersiap sedia untuk sesi bertasmik bacaan. Izfarni yang sudah bersedia untuk menghadap encik suaminya sudah bertentangan mata dengan mata hazel itu.
Izrael yang sudah bersedia Al-Quran di tangan, membuka muka surat yang mahu dibacakan oleh isterinya.
"Nak baca berapa? Separuh muka surat?"Soal Izrael.
Izfarni geleng."Satu."
"Betul ni? Tanpa kesalahan."Izrael mahu melihat keyakinan isterinya untuk menghadap dengannya.
"Iya. Tadi dalam kereta,aku dah hafal satu muka surat lebih. Tapi, nak hantar satu je hari ini."Kata Izfarni apa yang dia lakukan di dalam kereta tadi. Separuh perjalanan dia hanya fokus dengan I-Pad milik Izrael untuk dia menghafal. Bukan Izrael tidak nampak tetapi dia hanya diam untuk memberi masa kepada isterinya menghafal.
Dengan lafaz bismillah, Izfarni mula membaca ayat suci Al-Quran tanpa melihat Al-Quran dari surah Al-Baqarah. Bacaan Izfarni di dengar dan disemak satu-satu oleh Izrael tanpa sebarang ketinggalan. Izrael yang mendengar bacaan Izfarni menjadi tersenyum kerana dia bangga akan isterinya yang berusaha atas permintaan. Di sudut hatinya, dia berdoa agar isterinya menjadi insan solehah di dunia mahupun akhirat.
"Sadaqallahul azim." Serentak Izrael dan Izfarni setelah Izfarni menghabiskan bacaannya.
Izrael menjunjung Al-Quran lalu di letakkan di kabinet yang terdekat dengannya. Izfarni yang melihat tangan Izrael sudah tiada Al-Quran lalu dia menghulur tangannya untuk salam. Izrael tanpa basa-basi hanya menghulurkan tangan dan tangannya dicium oleh isterinya tercinta.
Selesai salam, Izfarni tersenyum seperti ada sahaja akalnya untuk menjahili Izrael. Izrael sudah berkerut dahi.
"Kenapa?"Soal Izrael.
BERSAMBUNG.......
manja sangat encik leftenan kita ni.... next
Share this novel