Izfarni hanya mengisi masanya dengan novel-novel di mini library Datin Ilya sementara menunggu Izrael pulang dari kerja. Pagi tadi, Izrael ada memberi tahunya bahawa mereka akan pulang ke kampung setelah suaminya pulang kerja untuk meraikan perkahwinan Jibrael dan Mawar esok. Tetapi, Izrael akan pulang pada waktu petang. Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan masa dari pagi hingga petang. Tidak tahu mahu berbuat apa. Jadi, dia hanya menghabiskan masa dengan novel-novel di sini.
"Assalamualaikum, Izrael sweetlove," ucap Datin Ilya sambil menutup dedaun pintu.
"Waalaikumussalam. Mummy," senyum Izfarni.
"Menantu mummy cari husband ke dua, ya?"
"Eh! Mana adalah mummy. My one and my only my husband is Damiens Izrael, forever in my heart," sedikit merah mukanya menyatakan ayat itu kepada ibu mentuannya. Pengakuan yang ikhlas dari hati.
"I know that only my son is in your heart. But as a novel reader myself, I truly understand how readers feel about the hero in the story. It's very romantic," senyum Datin Ilya sambil membayangkan kelakuan hero dalam novel yang sangat sweet terhadap heroin.
"Nampaknya kita ini curang dengan suami kitalah mummy," kata Izfarni.
"Well, nak buat macam mana. Kenyataan, kan sayang?" mahukan persetujuan Izfarni.
"I agree," betul, kata Izfarni.
"But our husband is more than everything. They're the man of our dreams, just like the heroes in romance novels. They're incredibly romantic," tiada siapa yang boleh tandingi raja di istana hati mereka. Tambah Izfarni.
"Of couse. They're our heaven," setuju Datin Ilya akan kata menantunya.
"Iz, jom teman mummy keluar," ajaknya.
"Boleh. Tapi, Iz perlu bagi tahu Izrael dia dulu," itu adalah kewajiban isteri kepada suami apabila mahu keluar rumah.
"Okay, chat Miens," Izfarni hanya mengangguk lalu mencapai telefon pintarnya.
" Mummy tunggu you kat bawah, okay?" keluar dari bilik itu.
Izfarni mengangguk sekali lagi sambil tersenyum.
Raeliz
Mukanya menayang riak wajah senang dah bahagia apabila fight di makamah tadi, kemenangan berpihak kepadanya tentang kes antara Izfarni, mak ngahnya dan sepupunya. Kesemua bukti yang dipamerkan adalah benar dan dapat mengalahkan pihak lawan dengan sekelip mata. Tiada apa yang boleh dibahas dan bangkang oleh pihak lawan. Cuma, hanya hukuman dan dakwaan kepada pihak lawan akan kesalahan mereka lakukan dijatuhkan oleh hakim.
Demikianlah, Datin Ilyana telah dijatuhkan dakwaan atas Seksyen 326 iaitu dipenjara 20 tahun dan didenda atau disebat. Manakala, Illy didakwa atas Seksyen 348 kerana menghadapi masalah mental dan perlu dapatkan rawatan di hospital sakit mental.
Ting! Ting! Mendengar sahaja telefonnya berbunyi terus dia mengeluarkan itu dari poket seluarnya. Lihat sahaja motification mesej, terus dia tersenyum lebar.
Megat Aireall yang melihat Izrael seperti itu hanya menggeleng. Orang sudah berumah tangga memang manis selalu. Terus dia menyedut minumannya.
Sweetlove ( Wife )
-Assalamualaikum. Abang, Iz nak keluar dengan mummy bolehkan?
-Tapi Iz tahu abang bagi. Thank you, abang. I love you, angel.
Baca sahaja mesej itu, rasa mahu sahaja dia berguling di restoran itu. Sweetnye wife tite.
Sweetlove ( Wife )
Baik, sayang-
Take care, okay. I love you too,- sweetlove.
-
Pang! Meja makan ditampar kuat oleh Izrael. Terus tersedak Megat Aireall dengan kelakuan Izrael dan memandang lelaki itu yang sedang merah muka kerana blushing. Malah, bukan Aireall sahaja yang memandang Izrael tetapi seluruh orang dalam restoran itu.
Aireal memohon maaf kepada semuluh tetamu dan staff di restoran itu akan kelakuan Izrael yang spontan. Aireall menatap Izrael yang sedang meraut wajahnya yang merah.
"Kau asal?" walaupun dia tahu apa yang telah dialami oleh sahabatnya itu.
"Kau tak faham," tidak tahu mahu bagaimana menerangkan semua ini.
Keluh Aireall. "Ush! Kalau kau blushing pun, tak perlu tepuk meja. Cukup kau sorang sahaja. Hormat orang lain terutamanya aku yang single ni," tisak sopan langsung kepada orang sepertinya.
"Eleh! Tahulah jelouse," riak wajah Izrael cukup membanggakan.
"Tak ada masa aku nak jelouse. Aku bahagialah single," namun di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.
"Tak nak mengaku. Apa-apa sahajalah. Aku nak masuk kerja dah ni. Aku minta keluar pun, sekejap sahaja untuk setelkan ini. Thank for today, jelouseyyy," bangkit dan berangkat pergi ke kem kembali untuk berkhidmat.
"Hey! Tak ada maknalah!"
Izrael yang mendengarkan hanya mengangkat tangan sambil berjalan ke pintu keluar retorang kepada Aireall.
"Kurang ajar."
Raeliz
Izfarni hanya menatap bidadaranya yang sedang memandu dengan ralik tanpa berkelip mata. Izrael yang memandang hanya menjeling segenap untuk melihat tingkah laku isterinya.
"Sayang buat apa ni?" malu.
"Ha?" sedar dari lamunan asmara.
"Why you just focus with me?" soal Izrael dengan wajah yang masih berbahang.
"Because I obsess with you and I crazy about you," senyum Izfarni menatap Izrael.
Semakin merah wajah Izrael kerana kata-kata yang keluar dari bibir manis isterinya. Mulutnya didekap dengan tangan kanannya.
Ketawa besar Izfarni melihat Izrael seperti itu. " Izrael blushing," sambil menunjuk wajah Izrael.
Terus Izrael menggeleng. "Mana ada!" menafikan.
"Habis, muka merah tu apa? Nak cendol?"
"Dahlah, tidur. Jauh lagi perjalanan kita ini. Nanti penat."
"Eleh, tukar topik pula. Tahulah malu. Tak nak. Iz nak teman suami comel Iz drive. Nak tengok dia blushing lagi," memeluk tubuhnya sambil menatap Izrael.
"Tidur, Iz."
"Tak nak."
"Anam, ya zaujati. (Tidurlah, isteriku)"
"La, zauji. Lianna Ana la uridu naamun, ( Tidak, suamiku. Kerana saya tidak mahu tidur)" jawab Izfarni dalam bahasa Arab juga seperti mana Izrael menyuruhnya.
"Ifa'l ma turidina an tafa'lina, (Buatlah apa yang awak mahu buat)" pasrah Izrael akan sikap degil isterinya itu.
"Ana anzuruka, (Saya melihat awak)" menatap Izrael sambil menungkatkan tangannya dengan senyuman.
Izrael yang tidak mahu melayan isterinya itu, sudah menutup mulutnya dengan belakang tangannya kerana malu. Terus, dia menolak lembut wajah isterinya. "Sayang! Janganlah kacau abang, sweetlove. Abang tak boleh fokus nak drive," rungut Izrael sambil mencebik
Terus pecah ketawa Izfarni. Alahai! Suami kita ini manja sangat orangnya.
"Okey-okey. Iz tidur," menyandarkan tubuhnya pada seat kereta sambil memejamkan matanya. Namun, bibirnya masih tersenyum.
Izrael yang berpaling segenap kepada isterinya. "Sayang!"
"Ye. Ye. Iz nak tidurlah," berpaling ke arah pintu kereta sebelahnya.
Suami. Suami. Nasib comel.
Raeliz
Tepat jarum jam tangan Damiens Izrael menunjukkan 11.45 malam, mereka tiba di hadapan rumah keluarga Mawar. Izfarni yang sedang terbuai dengan mimpi sambil memeluk crochet flower, dikejutnya dengan penuh lembut.
"Sayang, bangun. Kita dah sampai," mengelus pipi gebu isterinya.
Izfarni yang terjaga dengan sentuhan Izrael tadi, membuka matanya sambil menggosok mata kanannya. "Dah sampai?" soalnya.
"Iya, sayang," melepaskan seatbell dari tubuhnya.
"Sekarang pukul berapa?" sambil merenggangkan tubuhnya yang terasa lenguh tubuhnya apabila tidur di tempat duduk kereta cukup lama kerana pejalanan yang jauh.
"Hampir pukul 12," jawab Izrael. Izfarni hanya menggangguk.
Izfarni menatap rumah kampung yang berada di hadapan matanya. Ini bukan rumahnya tetapi rumah sahabatnya. Buat apa, dia ke sini? Terus dia menatap suaminya.
"Abang, kita buat apa dekat sini? Kenapa kita tak terus ke rumah walid. Kan, dah lewat ini," ujarnya. Tidak elok datang rumah lewat-lewat begini.
"Ikutkan hati abang, memang abang tak nak datang sini pun sebab dah lewat. Tapi, Mawar call sayang tadi. Sayang tidur. Jadi, abang angkatlah sebab tak nak ganggu sayang tidur. Mawar yang suruh singgah rumah dia kalau dah sampai kampung. Abang dah kata, kita sampai lewat. Tapi, dia suruh juga singgah. Itu yang kita dekat sini," panjang lebar Izrael menerangkan.
Patutlah tidurnya terasa lena tanpa ada gangguan. Rupanya cik suami yang jawab panggilan sahabat baiknya. Kalau tidak, sehari ini Mawar asik call dirinya bila mahu datang ke rumahnya. Tetapi jawapannya hanya satu, tunggu suaminya pulang dari kerja meskipun telefonya berkali-kali. Terasa mahu berbuih-buih mulutnya berkata benda yang sama.
"Tak nak turun?" soal Izrael.
"Dah sampai pun. Jomlah," terus dia turun dari kereta.
Lihat sahaja Mawar yang sedang melambai ke arahnya di berandar rumah, terus dia berlari anak sambil memeluk crochet flower yang dikait oleh Izrael ke arah Mawar lalu memeluk tubuh ramping itu.
"Alhamdulillah, sampai juga ouk," senyum Mawar melihat sahabat baiknya selamat sampai.
Mawar melihat crochet flower yang berada di pelukan Izfarni. "Untuk koi ke? Terima kasih," mahu mencapai crochet flower itu.
Terus Izfarni menarik crochet flower miliknya. "Bukan ouk punyalah. Koi punya. Ini suami koi yang buat."
"Izrael?" wajah tidak percaya.
"Koi ada suami lain ke, selain dia?"
Geleng Mawar. "Tapi, biar betik Izrael yang buat?"
"Dok caye, tengok ni," menunjuk ada satu tulisan, DI dan bentuk hati pada crochet flower itu.
Mawar menanyangkan wajah menyampah apabila Izfarni menanyangkan riak wajah yang bangga. "Untunglah kau ada suami yang penyabar. Ini kalau Abang Jib yang buat. Memang dia jadi mumia dengan benang-benang ni semua," ketawa kecil Izfarni mendengar kata-kata Mawar.
Siapa yang tidak kenal perangai Jibrael yang tidak suka dengan perkara yang memerlukan kesabaran. Mudah sangat koyak dengan benda-benda yang kecil. Masih segar di ingatan mereka ketika mereka bertiga bersama Izrael menolong Encik Darfan membersihkan jala yang tersangkut ranting, daun kering. Rosak jala Encik Darfan kerana Jibrael geram dengan ranting kayu yang tersangkut pada jala dan tidak mahu tertanggal dengan menarik kasar jala itu hingga koyak dan tersangkut pada tangannya.
"Eh! Mana Izrael?" dari tadi dia hanya sedar bahawa sahabatnya ini berseorangan tanpa pasangan di sisi.
"Itu," menunjuk Izrael yang sedang berjalan ke arah mereka sambil membawa beg tangan miliknya.
"Itu suami, bukan hamba ouk untuk bawa beg ouk," kata Mawar dengan lancang.
"Eleh, koi dok suruh pun. Dia yang nak bawa. Tahulah jelouse," riaknya.
"Cis! Tak ada maknanya," setakat benda kecil mahu cemburu. Tiada masa baginya.
"Eleh, tak nak mengaku si jelouseyyy," apa yang susah mahu mengaku.
"Tidak ya. Esok koi nak kawin. Tak ada masa nak cemburu."
"Cemburu," bangkang Izfarni.
"Apa yang cemburu?" sampuk Izrael.
"Iz, ini ha. Katanya dia cemburu kalau kau berkerjasama dengan askar perempuan," kata Mawar.
"Woi! Fitnah," sedap mulut dia sahaja berkata.
"Betul ke sayang?" soal Izrael.
"Tak langsung, abang. Iz tak kata pun. Mawar yang beria," nafinya.
"Kalau sayang tak suka. Abang boleh mohon tak nak job sekali dengan perempuan."
Ternganga mulut Mawar mendengar kata-kata dari mulut Izrael. Biar betul Izrael ini. Sampai macam itu sekali punya sayang.
"Iz tak kisahlah. Lagipun, itukan memang kerja abang. Iz tak kisahlah abang nak kerja dan bertugas dengan siapa. Asalkan atas dasar kerja," senyum Izfarni.
"Thank, sweetlove. Sebab faham abang."
Mawar yang mendengar hanya menandah telinga. Bilalah aku nak merasa perkataan macam itu? Soalanya di dalam hati kepada dirinya sendiri.
"Iz faham, sebab Iz kawin dengan tentera. Terpaksa berkongsi perhatian abang dengan negara," senyum Izrael mendengar kata-kata dari bibir manis isterinya.
"Sayang jangan risaulah. Abang hanya setia dengan sayang sorang sahaja. Kalau abang tak mampu nak jaga keamanan rumah tangga abang dekat daratan ni. Tak payah mimpilah, abang nak jaga keamanan negara dekat laut tu," kata Izrael sehingga terdiam Izfarni dan Mawar mendengar kata-kata yang cukup menusup ke hati. Inilah dikatakan, setiap kata yang keluar dari mulut Izrael sungguh tajam.
"Iz, Izrael, moh masuk," ajak Mawar.
"Sayang masuklah, abang borak dekat luar sahaja," kata Izrael apabila melihat pak cik-pak cik yang sedang rancak berbual di bawah khemah.
"Iyalah. Don't miss me," kata Izfarni membuat bibir merah jambu lelaki itu terukir senyuman.
Mawar yang melihat dua sahabatnya ini dalam kebahagiaan, membuat dirinya berasa syukur dan hanya menumpang bahagia. Jika dulu, lelaki ini sukar untuk mengukir senyuman. Kini, senyuman itu mudah dibentuk kerana Izfarni. Jika dulu, gadis ini hanya tersiksa kerana perjodohan yang diaturkan oleh keluarga. Kini, kebahagiaannya dihadiri oleh Izrael yang ditakdirkan oleh Tuhan kepadanya.
Mawar syukur atas kebahagiaan mereka. 'Semoga korang berbahagia selalu,' senyumnya.
"I miss you every second of every day," kata-kata yang membuat semut turut menghurungnya.
"Eh! Sudah. Sudah. Ini bukan tempat korang nak bercinta-cinta. Iz, masuk. Nak pegang tak boleh. Masuk," arah Mawar kepada Izfarni. Kalau tidak disebabkan tangannya berinai. Sudah lama dia mengheret Izfarni kedalam rumah.
"Dahlah, abang. Nanti nenek kebayan ini mengamuk tak tentu fasal pula." Kata-kata yang mendapat jelingan maut dari Mawar.
"Sayang masuklah. Nanti nenek kebayan ni naik hantu baru tahu," kata Izrael sambil ketawa kecil.
Amboi! Laki bini sama sahaja. Mulut memang nak kena sumbat cili.
BERSAMBUNG...
sorry lama tak up... sebagai seorang studen exaimen tu semestinya ada. :;(∩´﹏`∩);: next...
Share this novel