LAUNGAN AZAN SUBUH yang berkumandang menyentak jasad Zya yang sudah tenggelam di dalam mimpi indahnya. Tanpa berlengah, dia menolak lengan sasa yang melekap elok di dadanya. Dia segera untuk bangun berdiri. Malangnya, kakinya jadi lembik tanpa punca. Aik, kenapa ni?
Apa yang terjadi?
"Ya Allah."
Dia dan Ziyad terlanjur?
Tebing mata Zya mulai bahang. Dadanya jadi sesak, ketat! Setelah itu, tangisannya pecah tanpa dia tahan. Tubuhnya menggigil hebat dengan rasa terkilan. Sipi kedengaran di hujung telinganya, ada panggilan untuk mengadap tuhannya. Serentak dengan itu, esakannya kian mengeras. Ya tuhan, dia sungguh bergelumang dengan dosa.
Astaghfirullah.
Dada Zya bagai mahu pecah.
"Astaghfirullahal adziim."
"Tidur la, sayang. Awal lagi, hmm?" Ziyad menarik tubuh Zya yang berada di hujung katil dengan sisa kantuknya. Sungguh, Zya satu-satunya manusia yang boleh memenuhi nafsunya. Zya Mikayla, seksi!
"Don't touch me, Ziyad."
"Kenapa, sayang? Kau tak suka ke? Kau tak satisfied tadi? Kalau kau tak satisfied, kita boleh buat second round. You know Zya, aku tak akan pernah bosan dengan layanan kau." Ziyad pantas mengesot ke arah Zya lalu mendakap gadis itu dari arah belakang. Kulit dadanya sejuk melekap di belakang badan Zya, tanpa seurat benang pun. Tanpa segan silu, jari jemarinya mula menjalar ke bahagian abdomen Zya. Namun, jadi gagal saat gadis itu menepis dan menolak tubuhnya agresif. Garang!
"Saya nak awak balik lepas subuh, Ziyad." Suruh Zya dingin. Tanpa berlengah, dia menarik kain selimut naik ke dada tanpa sebarang bicara lagi. Lantas dia turun dari katil empuknya lalu mengutip satu demi persatu pakaian yang berselerak di lantai. Maruahnya tergadai lagi. Ya tuhan, salahnya, khilafnya!
"Zya."
Hening.
"What's wrong, Zya?" Ziyad bangun dan duduk di birai katil apabila esakan Zya semakin keras. Kelopak matanya digosok-gosok, mengantuk!
"Zya, I'm asking you!" jerkah Ziyad pula dengan rasa sebalnya. Apa dia bercakap dengan tunggul ke sekarang? Tiada angin, tiada ribut, menangis pula.
"Diam la, Ziyad. Awak nak satu rumah ni tahu belang awak yang sebenar ke?" tatapan benci Zya jatuh pada sosok Ziyad. Salahnya kerana mengenali jejaka ini. Dia tak patut sign kontrak bersama Ziyad dahulu. Hidupnya sekarang jadi tak tenang!
"Belang aku?"
"Apa yang kita buat ni salah. Kita terlanjur, Ziyad. Kalau awak tak mula pegang saya, mungkin kita takkan pergi sejauh ni. Kejam, awak kejam!" marah Zya dengan amarah yang sudah bergelojak.
Ziyad menjuling bebola matanya ke atas.
"Is that so? Hickey dekat leher aku ni, bukan dari kau? Salah aku je ke? Masa tengah sedap, tak ada pulak kau nak marah macam ni? Kau yang balas ciuman aku, kau juga yang merayu nak aku and now, kau menyesal?" duga Ziyad dengan gelak sinisnya. Siapa je yang boleh tolak Ziyad Al-Faleeq?
"Kita berdosa, Ziyad!" bentak Zya.
"Kalau saya pregnant, Ziyad? How? Awak tak pakai protection kan?" balas Zya lagi. Tubuhnya galak menggigil. Pipi pula sudah lencun dengan tangisan panasnya. Rasa sebak dan gelisah kini bergumpal menjadi satu. Ya tuhan, tolong dia!
Ziyad menghela nafas. "Putus dengan Redza dan kahwin dengan aku. Easy, sayang?"
"No, Ziyad. No!" Zya menggeleng kepala berulang kali. Sungguh, apa dia nak cakap dengan Encik Zahid dan Puan Qama? Sekarang bukan masa yang sesuai untuk buat onar! Satu kampung dah tahu yang dia bakal bertunang minggu depan.
"See? Kau pulak yang tak nak. Sekarang ni kau nak aku buat apa? Kau tahu kan, Zya? Aku takkan pergi dari hidup kau. Semakin kau tolak aku, semakin aku nakkan kau. Kita akan terus buat dosa macam ni kalau kau tak putus dengan anak aku, simple." Provok Ziyad. Dia tidak mahu hubungan Zya dan Redza berkekalan lagi. Dia... cemburu!
Zya jatuh terjelepuk ke lantai apabila kakinya jadi lemah. Lama dia meratap di situ. Sampai bila hidupnya mahu bergelumang dengan dosa? Ziyad pula lantas menuju ke arah Zya lalu dagu runcing gadis itu dia pagut dengan jari telunjuknya.
"Don't be shy. Aku dah tilik setiap part badan kau ni. Bukan sekali, bukan dua kali jugak. Dah banyak kali." Ucap Ziyad perlahan apabila Zya menarik kain selimut yang terlorot dari bahu untuk naik kembali.
Zya merengus keras. "No matter."
"Marry me, Zya? Aku boleh buat kau puas. I'm good at it. Dan, yang paling penting kita tak perlu buat dosa lagi. Sebab kau tahu kan? Kau tak dapat tolak aku setiap kali aku mintak?"
"Kita berdosa, Ziyad." Nafas Zya terasa putus saat tangisannya jadi tersedu-sedan. Hinanya dia. Tumpas setiap kali jejaka itu mengodainya. Dia manusia keji.
"Berdosa atau tidak, itu pilihan kau. Terima aku sebagai suami atau kita berterusan buat dosa. You're mine, Zya. Aku takkan biar jantan lain dapat kau, even anak tiri aku sendiri. Kau dengar tak?" Ziyad jadi rimas pula apabila esakan Zya itu semakin lantang.
"Ziyad. Kita berdosa, kita kena bertaubat." Balas Zya sebak. Lidahnya pula kelu. Di hujung telinga, dia dapat menangkap sayup-sayup suara mengaji dari masjid yang berdekatan. Dia rasa, tuhan cuba beri peringatan padanya.
"Berdosa? Kau sugar baby aku. Dulu kau tak fikir dosa pulak masa kau jual diri kau. Berapa banyak jantan yang dah sign kontrak dengan kau sebelum ni?" tanpa Ziyad sedar, dia sudah terlepas cakap. Semuanya angkara tangisan Zya itu, dia rimas!
Pang!
Satu tamparan tepat menyinggah di wajah kacak Ziyad. Kali pertama tapi layak terpasak di situ. Tatapan paling benci Zya jatuh di wajah Ziyad. Dia jual diri? Ziyad Al-Faleeq ini manusia pertama yang menakluki mahkotanya. Dia belum gila nak jual diri di merata tempat!
"Saya ada maruah. Dan, maruah saya bukan untuk awak pijak-pijak! Apa yang kita buat semalam hanya satu kesilapan. Saya nak lepas ni, kita jangan berjumpa lagi. Kalau jumpa, pretend like we don't know each other!" marah Zya. Dia sudah mati akal, ini saja jalan terakhirnya.
"Huh? Lepas apa yang kita buat ni, kau nak aku pretend macam hubungan kita ni tak pernah wujud? Aku dah cakap banyak kali, Zya. You're mine! Aku takkan bagi kau hidup bahagia dengan jantan lain. Kau faham tak?" suara Ziyad semakin meninggi. Tangannya tangkas memaut tepi bahu Zya. Kerja buat orang gila Zya ni!
"I'm not your! Cukup la, Ziyad. Awak kejam, awak seksa saya dengan cara macam ni! Kejam!" Zya menepis lengan Ziyad kuat lalu terus bangun dari sembahnya di lantai. Lantas langkahnya bergerak menuju ke arah pintu. Dia benci Ziyad!
Ring!
Nada dering Ziyad berbunyi. Tanpa berlengah, jejaka itu pantas mengangkat panggilan. Agak aneh, bukan dari kenalannya. Nak apa call awal pagi?
"Hello."
"Ya, saya Ziyad. Bapa kepada Redza, kenapa ya?"
Langkah Zya terjeda di depan pintu.
"Huh?"
"Redza kena tangkap khalwat?"
Pada tika ini, dada Zya bagai mahu pecah. Ada satu rasa yang mencengkam sanubarinya. Tak mungkin ini rasa dikhianati? Namun, apa bezanya Zya dengan Redza? Dia pun terlanjur juga, bersama Ziyad.
Dan Ziyad, bapa kekasihnya sendiri.
TBC
Share this novel