PROLOG

Romance Series 14536

Tangisan seorang wanita adalah ibarah intan permata yang dibuang begitu sahaja. Sangatlah berharga bagi seorang Damien Izreal kerana air mata itu dari teman baiknya sendiri.

"Iz."Lembut Izrael memanggilnya.

Dini Izfarni memandang Izrael setelah air matanya telah dilap. " Ya." Senyuman terukir diwajah manis itu.

"Kenapa kau nak nangis sebabkan lelaki tu? Bukan kau kata kau tak akan nangis sebab laki tu? Kau kecewa sangat apa laki tu huat kat kau?" Pelbagai soalan keluar dari mulut Izrael.

"Aku tak nangis sebab dia. Tapi aku nangis sebab aku kecewa sebab aku dah malukan air muka keluarga. Keluarga belah umi akan sampai tak lama lagi dari Brunei tapi dia orang tak tahu apa dah berlaku sekarang. Mana aku nak letak air muka."Tangisan kembali mengalir dari wajah manis itu.

Terdiam Izrael mendengar kata-kata itu sungguh mengecewakan hatinya meskipun bukan dirinya yang hadap semua ini. Dia cuba berfikir untuk memulihkan keadaan kawan baiknya ini. Dia tidak mahu air muka keluarga kawannya akan tercalar sehinggalah dia berfikir dengan satu cara yang melibatkan masa depan. Tapi, ini sahaja jalan yang boleh tolong kawannya.

"Iz."

"Iz, pandang aku."Tatapannya sangat serius memandang kawannya.

Izfarni memandang Izrael dengan wajah yang penuh dengan air mata.

Izrael mencabut rantai kod seorang tentera pada lehernya sambil melutut dihadapan Izfarni. " Dini izfarni, Kawin dengan aku."Menghulur rantai itu pada Izfarni.

Terkedu Izfarni memandang Izrael dengan apa yang dikatanya. Ini bukanlah perkara main-main. "Apa yang kau kata ni, Real?"

"Aku serius Iz. Kawin dengan aku. Aku boleh tolong keluarga kau."

"Tapi, ini bukan caranya."Berdiri Izfarni kerana tidak setuju dengan cadangan Izrael.

"Habis, kau nak bagi keluarga kau malu ke disebabkan jantan tu?"Nada Izrael ada meninggi.

Izfarni memandang wajah Izrael yang begis itu dan sangat serius dengan cara ini sehingga menaikkan suaranya buat pertama kalinya padanya.

"Bukan cara ini. Ini melibatkan masa depan kau dan aku, Real. Kau tak perlu fikir benda ini. Aku tak nak persahabatn kita hancur sebab ini." Izfarni berpaling wajahnya.

Izrael berdiri lalu menghampiri Izfarni. "Aku sedar, aku tak layak untuk kau sebenarnyakan."

Izfarni berpaling memadang wajah Izrael. "Tak, Rael."

"Habis, kenapa kau tolak aku? Aku nak tolong kau. Kau tak sayang persahabatan kita? Aku sayang persahabatan kita dan aku tak nak kau sedih. Aku takut kalau kau sedih kau akan salahkan diri kau macam sekarang dan aku tak nak kau sakit kalau asik salahkan diri kau Iz. Aku sayang kau."Terjatuh melutut Izrael di hadapan Izfarni.

"Aku sayang persahabatan kita Iz."Izrael menamgis buat pertama kalinya di hadapan Izfarni sambil mengusap cincin di jari manis kirinya.

"Rael."Terkejut Izfarni melihat Izrael yang seperti itu.

"Aku sayang, Iz. Jangan buat aku macam ini. Aku dah janji dalam hidup aku, yang aku akan selalu jaga kau meskipun kau bukan milik aku tapi kau kawan aku. Please, Iz. Aku nak tolong kau Iz. Aku nak tolong umi dan tok ketua. Aku dah anggap dia orang macam keluarga aku." Semakin menjadi-jadi tangisan Izrael di hadapan Izfarni.

Izfarni memandang ke arah sekelilingnya untuk stabilkan fikirannya dan fikir untuk memujuk lelaki ini. "Rael, bangunlah. Kau tak malu ke orang tengok kau."

Izrael terus mengelap air matanya lalu memandag ke arah sekelilingnya. "Ada orang ke?"

"Tak."

Rantai yang berada di tangan Izrael di berikan kepada Izfarni. "Aku bagi kau fikir baik-baik sebelum keluarga kau dari Brunie nak datang."

"Tapi..."

"Think about it, I know you're a professional. Rantai ni kau pegang dulu. Kalau kau tetap dengan fikiran kau, kau pulanglah kembali rantai ni dekat aku balik. Aku pahamlah maksudnya. Aku balik dulu." Izrael pergi meninggalakan Izfarni seorangan.

Izfarni memandang rantai yang berada di tangannya. " Damiens Izrael. 990714-01-0000. Blood type, O. Islam. Malaysia. Navy."Memandang Izrael yang pergi dari pandangannya.

"Sendai dia memang takdir aku, Ya Allah. Dia takdir aku. Jika bukan. Ini sebaliknya, Ya Allah. Tapi Engkau jagalah persahabatan kami Ya Allah." Senyum Izfarni memandang rantai itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience