#raeliz9 ii

Romance Series 14536

Abang Jib."Senyum Mawar kerana sudah lama dia tidak bertemu dengan lelaki ini setelah melanjutkan pelajaran ke Jordan.

Walaupun mereka berjauhan, namun mereka tetap berhubung antara satu sama lain. Boleh dikatakan Cinta LDR.

"Untuk Mawar."Beri jambangan bungan dan coklat pada Mawar.

"Terima kasih. Bila Abang balik?"Tiada khabar langsung tentang khabar mahu pulang.

"Sudah seminggu."Jawab Puan Aina Madhihah.

"Seminggu?"Terkejut Mawar.

"Iya, abang sengaja nak buat kejutan."Senyum Jibrael.

"Jibrael yang bawa kami kemari."Jawab Puan Dayah kerana berkat Jibrael mereka dapat ke hari konvokesyen anak mereka.

"Iwan tak datang?"Tanya Jibrael akan tunang sepupunya itu.

"Katanya sebuk dengan kerja."Jawab Encik Darfan.

Mendengar jawapan itu membuat riak wajah Jibrael berubah. "Kurang ajar punya jantan."Bisik Jibrael dengan geram. Sibuk? Sibuk dari mana?

"Sudah semua, jom kita bergambar." Ujar Dani Malieqi yang siap pegang kamera.

Hari kebahagiaan, tiada kedatangan orang yang disayangi. Tunang tiada, kawan baik pun tiada. Hanya keluarga tercinta disisi.

Bila kau akan balik? Persoalan ditanya pada hati.

Raeliz

Kediaman rumah Dato Danial semakin huru-hara dengan kelakuan anak perempuannya. Degil dan keras kepala. Salin tidak tumpah dengan sikapnya.

"Susah ke? Susah ke daddy nak bagi Atie kawin?"Itu sahaja permintaannya. Kenapa susah sangat?

Dato Danial semakin bengis. "Susah."

"Apa yang daddy tak suka dengan Rayden? Rayden tu baik. Anak kawan you lagi. Susah ke you nak terima daddy?" Bukan daddynya tidak kenal buah hatinya ini. Tapi kenapa susah sangat.

"Daddy tak bagi I dengan keluar dengan dia sebab you takut timbul fitnah. But, bila I minta you kawinkan I susah. Apa masalah daddy ni?" Sungguh dia terlalu geram dengan sikap daddy keras kepala dan ego.

"Kenapa? You tak puas buat anak-anak you menderita dengan ketatapan yang you buat?"

Darren yang mendengar dari tadi sudah panas. "Don't be rude, Dayeana Izzatie binti Danial Izham. He's your father." Ini sudah melebihi batas.

"Tapi, memang betul apa yang kata along. Tengok apa yang dia buat dekat Abang Miens sampai tak balik sampai sekarang."Bukti sudah terjelas. Kenapa perlu dipertikaikan lagi.

Mendengar sahaja nama anak lelakinya itu sudah membuat kesabaran Dato Danial hilang. Dia sudah cukup bersabar dari tadi.

"Sudah!"Terperanjat semua yang berada disetu apabila Dato Danial bersuara.

"Kalau Atie nak sangat kawin, tunggu sampai Damiens kawin. Daddy tak nak, anak daddy langkah bendul."Itu sahaja syarat kalau dia mahu juga untuk berkawin dengan pilihan hatinya.

"Langkah bendul. Benda tu dah lapuk daddy." Kenapa nak ikut sangat orang tua berkata dahulu.

Dato Danial berdiri dari duduknya. "Kalau you nak kawin juga. Itu syarat dia. Mudah." Perginya.

Dayeana Izzatie sudah menggenggam tangannya. Syarat? Syarat yang tidak masuk akal langsung. Dia mengambil handbagnya dan pergi dari rumah.

Datin Ilya sudah pusing kepala mendengar perdebatan hari-hari. Susah kedua-duanya untuk menurunkan ego masing-masing.

"Mummy." Darren menghampiri Datin Ilya bersama isterinya.

"Mummy duduk dulu." Tubuh Datin Ilya dipimping sehingga dia duduk di sofa.

"Sayang, tolong ambilkan air dan ubat mummy." Arah Darren kepada isterinya.

Tiga tahun yang lalu, Darren telah berkawin bersama dengan Salbella dengan pilihan hatinya. Pertemuan mereka adalah di tempat kerja. Darren seorang doktor dan Salbell seorang jururawat.

"Sekejap."Pergi Salbella Imanie apabila disuruh suaminya.

Sekejap sahaja pergi ke dapur, beberapa minit kemudian Salbella kembali dengan air dan ubat.

"Mummy." Ubat diberi kepada Datin Ilya.

Dengan huluran menantunya, Datin Ilya segera mengambil dan memakan ubat untuk meredakan sakitnya.

Semenjak beberapa bulan yang lalu, tekanan darah tinggi Datin Ilya semakin meningkat membuat tubuhnya lemah dan mudah pening kepala. Nasib ada anak sulung dan menantunya yang selalu risaukannya.

"Kalau Miens balik, semuanya mesti tidak akan terjadi seperti ini. Ke mana kamu Damien."Merenungkan anaknya yang seorang itu.

Darren dan Salbella hanya menatap satu sama lain. Tiada apa yang mampu dia katakan. Ke mana Izrael tiada siapa yang tahu.

"Kamu berdua tak payah risaukan mummy. Mummy okay." Tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Pergi balik Darren. Anak kamu tunggu kamu berdua." Pujuk Datin Ilya.

Perkahwinan antara Darren dan Salbella telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Darreyna Isabella dan Darrey Idrees. Darreyna adalah kakak dan Idrees adalah adik. Jarak mereka hanya setahun.

"Balik Darren."Arah Datin Ilya.

"Baik."Darren menyalam dan mencium pipi Datin Ilya yang diikuti juga isterinya.

"Darren balik dulu."Berat untuk pergi namun ini permintaan cinta hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience