Izrael berjalan mengikuti anak itik yang berada di hadapan matanya. Kecil sahaja sambil berjalan tergedek-gedek. Izrael hanya tersenyum melihat 'anak itik' yang dimaksudkannya adalah Izfarni.
"Abang Wan."Panggil Izfarni sambil memandang Iwan yang tidak jauh dengan mereka.
Izrael yang mendengar terus menjulingkan matanya ke atas. Terasa mahu muntah mendengarnya.
Iwan yang melihat mereka segera menghampiri mereka. Dari jauh terlihat senyuman Iwan melihat Izfarni dengan rindunya terhadap tunangnya. Bukan senang mahu berjumpa dengan tunangnya. Hanya sebulan sekali sahaja dibenarkan oleh keluarga mereka untuk berjumpa.
"Iz sihat?"Bahagia dapat berjumpa cik tunang.
"Sihat. Abang Wan?"Orang sudah tanya. Tidak akan, tidak tanya kembali.
"Sihat. Ini...."Pandangan Iwan mula beralih memandang lelaki yang tinggi berada di belakang Izfarni.
"Oh, ini Izrael. Cucu Opah Izzah. Hari ini Mawar dia keluar. Jadi Izrael yang temankan Iz. Abang Wan okey sahajakan Izrael dengan kita?"
"Okey sahaja. Aku Iwan Musa, tunang Iz."Menghulir tangannya untuk berkenalan.
Izrael bagaikan sudah menyampah dengan lelaki yang berada di hadapan matanya. Tahulah dia yang engkau itu tunang Si Izfarni ni. Tidak perlu sampai mahu menyebutnya kembali.
"Damiens Izrael. Anak Dato Danial Izham."Menyambut tangan Iwan dengan angkuhnya. Tadi dia bukan nak belagakkan ini giliran dirinya pula.
Mata hazel Izrael hanya memandang Iwan dari atas hingga ke bawah. Hanya pandangan sindihan sahaja bagi Izrael dengan tangan yang masih bersatu. Sudah pendek, bermisai pula. Nampak sangat tidak pandai kemaskan diri.
Izfarni yang seolah-olah paham dengan Izrael segera membuka mulut sebelum mulut Izrael yang mengeluarkan kata-kata yang cukup manis.
"Abang Wan nak bawa Iz pergi mana?"
Segera tangan mereka berpisah."Abang pun tak tahu Iz. Abang ikut Iz je."Dia pun tidak tahu mahu pergi ke mana. Hari ini pun telah ditetapkan oleh keluarganya. Tiada apa persediaan langsung mahu ke mana.
"Kalau Abang Wan tak tahu nak ke mana. Kita pergi kedai buku lepas tu balik. Kita bukan dah kawin pun. Tak baik lama-lama macam ni."Sengaja dia katakan seperti ini supaya dia tidak lama bersama dengan Iwan.
"Kalau Iz kata macam itu, abang okey je. Lagi pun betul juga kata Iz. Tak manis."
"Kalau tahu tak manis, kau tolaklah tak nak jumpa dia dah."Sampuk Izrael dengan nada yang pelahan.
Izfarni yang dapat mendengar apa yang dikatakan oleh Izrael terus memijak kasut lelaki itu.
"Aduh!"Adu Izrael sambil kakinya di sentuhnya.
"Kau apa hal?"Marah Izrael.
"Jom Abang Wan. Abaikan sahaja lelaki ini."Segera Izfarni pergi meninggalkannya yang diikuti oleh Iwan.
"Hah, moleklah berdua tu! Setan suka orang yang berzina!"Jerik Izrael yang tidak terlalu kuat.
Izfarni hanya mengabaikan kata Izrael dan hanya berjalan bersama Iwan. Manakala, Izrael mengejar mereka agar tidak berdua kerana tujuan dia datang ke sini untuk menjadi orang yang ketiga menemani mereka sebelum fitnah yang terjadi.
Realiz
Sepanjang di kedai buku, Izrael ibarat bodyguard mereka yang hanya mengikuti mereka dari belakang. Dirinya rasa mula bosan dan terasa seperti orang bodoh yang tidak tahu mahu lakukan disini.
Izrael membelek buku yang berada di rak yang tidak jauh darinya. Novel. Tersenyum Izrael melihat novel-novel yang berada di hadapannya. Teringat mummy tercinta yang sangat meminati membaca novel.
Novel yang berada di rak diambil satu sambil diusap-usap. "Miens rindu mummy."
"Awak minat baca novel ya?"Tegur salah seorang wanita dewasa yang tidak terlalu tua. Dalam kalangam umur 20 lebih macam itu.
"Ha? Tidak."Meletakkan novel kembali di rak.
"Alah, saya ingat awak minat baca novel."
"Tak minat pun tapi saya baca sahaja, kak."Dia memang tidak berminat membaca novel tetapi lebih berminat kepada membaca tetapi selain novel.
"Kak?"Terkejut wanita itu memanggilnya dengan gelaran 'Kak'.
"Umur awak berapa sebenarnya?"
"15."Jawab Izrael sehingga wanita itu hampir tenganga.
"Akak ingat umur awak 20 lebih." Kiraannya salah rupanya. Disangka dewasa ternyata budak sekolah. Salah test ni.
"Kenapa? Akak ingat saya ni tua sangat ke?"Izrael sudah merasanya wajahnya sudah seperti orang dewasa ke sehingga dikira umurnya sudah 20 lebih.
"Bukan, tinggi adik tinggi sangat sampai akak ingat awak dah dewasa."Izrael menggaru tengkuknya yang tidak gatal. Dia kira wajahnya sudah tua. Bukan main dia jaga muka air wuduk tak tinggal. Dikira tua dengan orang lain.
"Berapa tinggi awak dik?"Rasa ingin tahu kerana telalu tinggi baginya.
"170."Jawab Izrael sambil tersenyum.
"Patut tinggi semacam. Kalau umur awak ni 20 lebih, confirm akak try awak tau. Sudahlah kacak, tinggi pula itu. Lelaki idaman tahu. Macam dalam novel."Puji wanita itu bertubi-tubi kepada Izrael dengan dirinya yang serba lengkap.
Izrael mula terasa tidak selesa dengan wanita ini yang terlalu ramah dengannya. Sudah pula dia tidak beberapa suka bergaul dengan orang luar. Mahu pula orang asing baginya.
"Akak, saya minta diri dulu."Izrael mengundur diri dan segera pergi dari situ.
"Aip, lari dari siapa tu?"Tegur Izfarni yang tidak jauh darinya.
"Eh, kau."Terkejut dirinya disapa seperti itu.
"Best tak, borak dengan kakak cantik?"Perlinya. Bukan dia tidak nampak dari jauh Izrael berborak dengan wanita tadi. Bukan main tersenyum-senyum lagi.
"Kenapa? Kau jelouse sebab tak ada abang handsome nak borak dengan kau?"Orang memberi kita membalas.
"Cis, tak hairan aku. Sekurangnya aku keluar dengan tunang aku. Kau bila pula?"Belagaknya.
"Bangga buat zina ke sister?" Izrael memandang kasutnya. Sengaja mahu menyakitkan hati orang yang berada di hadapan matanya.
Mata Izfarni sudah memandang Izrael tajam. Kalaulah tak haram aku nak pegang kau. Memang aku cubit dan pulas betul-betul bibir pink kau itu. Geram. Omel Izfarni dengan geramnya akan mulut Izrael yang lancang berkata.
Mata Izrael bergerak ke seluruh tempat di kedai buku mencari tunang Izfarni. "Mana tunang kau?"
"Balik."
"Balik?"Biar betul mamat itu tinggalkan mereka seperti sahaja.
"Tadi mak dia ada call suruh balik. Katanya ada hal."Izrael hanya angguk.
Izfarni mengeluh. Izrael yang melihat Izfarni memandang hairan."Berat mengeluh. Kenapa rindu?"
"Rindu? Weak! Lambat lagi."Tiada masa dia untuk merindukan lelaki itu.
"Habis tu?"
"Tak aku baru nak habiskan duit dia tapi dia dah balik. Lepas harapan aku nak beli novel."Hanya meleleh air liur sahajalah memandang novel yang baru keluar itu.
"Niat kau tak betul sebab jadi macam ini. Nak mengepau duit orang."
"Habis, niat aku nak jumpa dia pun. Betul sangatlah. Kau juga kata kat aku zina, zina. Tak habis-habis."Mahu muntah darah dia mendengar perkataan zina oleh Izrael.
"Tapi betul kan?"Tiada salah apa yang dia kata bukan.
"Iya, Izrael Damiens."Pergi Izfarni. Malas mahu layan.
"Eh, molek sikit nama aku tu."Mengikuti Izfarni.
"Damiens Izrael. Jom balik."Berhenti dengan jalan.
"Aip, tak jadi nak beli novel?"
"Siapa nak bayar? Kau? Jom balik."Tanya pula. Tadi ada Iwan bolehlah nak ambil sebab dia boleh bayarkan.
"Apa salahnya."Izrael memandang siling kedai.
"Betul ke ni Rael?"Teruja Izfarni.
"Ada aku kata apa-apa ke tadi?"Seolah-olah tidak ada apa yang dikatakan olehnya.
"Tak, tak apalah."Pasrah Izfarni.
"Ya, tapi satu jelah. Banyak-banyak pokai aku."
"Alah, kata anak Dato Danial Izham."Sengaja memerli ayat yang dikata Izrael tadi.
"Dato tu bapak aku. Bukan aku. Satu je boleh."Dia bukan ada duit. Yang kaya daddynya bukanya dirinya.
"Baik. Jazakillah." Berlari Izfarni mencari sudut novel.
Izrael tersenyum melihat Izfarni bahagia seperti itu.
Realiz
Jauh matanya merenung langit yang menghiasi bintang-bintang kecil. Indah dan cantik. Seindah mata yang dimiliki jejaka ini. Namun, suasana hatinya tidak seindah dirinya. Rindu. Rindu akan keluarga tercinta yang jauh dari pandangan namun dekat di hatinya.
Drrrt... Panggilan masuk. Telefon bimbit yang berada di poket seluarnya segera diambil. Bebanku, terpancar di screenphone miliknya.
Riak wajah yang kosong mula bertukar menjadi senyuman. Beban yang lama tidak mengganggu hidupnya menjadi rindu baginya. Ikon hijau ditolak.
"Assalamualaikum."Mendatar sahaja suaranya. Tidak seperti hatinya sudah berasa rindu yang membuat jantungnya hampir meletup.
"Waalaikumussalam adindaku tercinta."Ceria sungguh suara yang menyapa.
"Nak apa kau call aku?"
"Nak call adik sendiri tak boleh?"Apa salahnya nak call adik. Rindu ini.
"Kau nak apa Darren Iskandar?"Nama yang sudah lama tidak disebut membuat bibirnya ingin menyebut nama jejaka yang lahir dari rahim sama.
"Abang rindu Miens."Lembut suara Darren mengatakan. Sungguh sudah lama dia tidak mendengar suara adik yang seorang ini, yang selalu menjadi bahan gurauannya dan bahan dia menceriakan suasana dirinya.
Jujur hari Izrael sungguh rindu namun seorang Izrael tidak akan lari dengan sikap egonya. "Weak! Buang terbiat nak mati. Dah lama hidup ke?"
"Ikut apalah adik nak kata. Abang tetap rindu adik. Adik sihat?"Sudah lama dia tidak mendengar khabar tentang adiknya.
"Alhamdulillah, masih hidup."Mudah Izrael menjawabnya.
Dari sound telefon miliknya dapat mendengar suara Darren sedang berketawa dengan merdunya. Cukup memberi hati seorang adik tersenyum akan abangnya.
"Kamu telefon siapa tu Rael?"Tegur Opah Izzah yang baru keluar dari pintu rumah.
"Darren opah."Jawab Izrael.
"Opah ke? Adik, abang nak cakap dengan opah."Kedengaran suara opahnya, membuat Darren ingin berbual dengan opah yang dirindui.
"Opah, Darren nak borak dengan opah."Menghulur telefonya kepada Opah Izzah.
Mendengar sahaja nama Darren, segera Opah Izzah mengambil telefon Izrael dan membawa pergi.
"Assalamualaikum Ren. Darren sihat?"Pergi.
"Opah, phone Rael."Menggeleng melihat opahnya yang rindu akan abangnya.
Izrael kembali memandang ke arah langit sambil mengingati kata-katanya.
Sebab kau dah ubahkan aku.
Tersenyum Izrael mengingati ayatnya. "Iz, Iz. Dini Izfarni."
Bahagia sungguh suasana hati. Kakinya berjalan melangkah ke arah rumah jirannya. Jauh dari pandangannya dapat melihat sosok seseorang jejaka.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."Jawab suara Izrael dengan mendatar.
"Opah ada tak?"Senyum Izfarni dengan cerianya.
"Tak."Dinginnya.
"Tak apalah kalau macam itu. Terima kasih."Izfarni berpaling untuk pulang ke rumah kembali. Namun, niatnya terbatal.
"Izrael."Berpaling menghadap Izrael yang sedang duduk di pepara rumah kayu itu sambil meroja'ah surah.
"Apa?"Wajahnya berkerut.
"Boleh tak kau berubah jadi seperti dulu."Izrael semakin berkerut. Apa yang perempuan ini merapu.
"Aku tahu aku tak patut tahu. Tapi, ini opah yang cerita dekat umi aku. Kau ada masalah dengan daddy kau."Izrael terdiam dan wajahnya semakin dingin. Siapa orang luar perlu ambil kisah tentang hidupnya.
"Kau...."Terputus kata Izrael.
"Aku tahu aku orang luar. Tapi, cuba kau pandang orang sekeliling kau. Lebih ramai orang yang berada di samping kau yang masih percayakan kau."
Izrael tersenyum sinih. "Kau tak faham."
"Betul. Dalam dunia ini tiada siapa yang faham kita melainkan Dia. Tapi, kenapa kau nak perlu orang faham kau?"Izrael mati kata.
"Izrael, pandanglah sekeliling kau. Ramai orang yang memerlukan cahaya kau."Izfarni senyum untuk menyakinkan dirinya dan orang yang berada di hadapannya.
"Bersinarlah kembali, demi orang yang perlukan cahaya kau untuk mereka mekar kembali. Mereka perlukan kau."Kata-kata yang cukup mendalam bagi seorang Damiens Izrael yang mendengar.
"Aku bukan sesiapa. Tapi apa yang kau perlu tahu, aku dan kau sama. Tiada beza. Assalamualaikum."Izfarni pergi meninggalkan Izrael yang masih merenungkan kata-katanya.
Ketawa kecil yang begitu merdu dari seorang jejaka itu menghiasi malam yang sunyi. "Kata-kata seperti dalam novel. Betul-betul terpengaruh novel. Tapi tak apa. Kata-kata itu buat aku sedar. Terima kasih, Iz."Senyum Izrael sambil merenung rumah yang berada disebelahnya.
"Ukh! Siapa yang sebut nama aku malam-malam ni."Tersedak Izfarni yang sedang minum air di dapur.
Raeliz
Izrael berjalan di kantin sambil membawa bekal makanan yang dimasak oleh opahnya. Matanya hanya fokus pada seseorang yang tidak jauh darinya. Laju kakinya mengejar sosok tubuh yang diperhatikannya dari jauh.
"Ekh, Iz..."Langsung tidak disedari dengan panggilanya dan hanya pergi meninggalkannya.
Izrael hanya pasrah dan hanya dihiraukan dengan niatnya. Namun apabila melihat Mawar, terus dia menahan Mawar.
"Mawar."Panggil Izrael.
"Izrael?"Terkejut Mawar. Bagaimana dia boleh berada di sini?
BERSAMBUNG.........
Share this novel