Selesai sahaja solat tahjud dan solat subuh berserta bacaan Al-Ma'thurat, Izfarni menghulur tangannya untuk menyalam Izrael. Namun, Izrael hanya menatap Izfarni dengan tatapan kosong.
"Asal?"Soal Izfarni. Dia ada buat salah lagi ke?
"Pergi ambil Al-Quran."Izrael bangkit mengambil Al-Quran miliknya yang sentiasa dia bawa ke mana-mana lalu duduk kembali di tempat tadi.
Izfarni yang binggung hanya mengikuti kata suaminya lalu duduk kembali di hadapan suaminya.
"Aku bagi kau masa setengah jam, lepas itu hantar dekat aku satu juzuk. Juzuk satu je."Kata Izrael sambil membuka Al-Quran miliknya.
Izfarni sudah melopong mendengar kata minta dari Izrael tadi. Hantar satu juzuk dekat dia. Ini bukan zaman sekolah lagilah.
Izrael yang melihat Izfarni yang hanya terkaku tanpa melakukan apa yang dia suruh terus mengaluh. "Duk temenung apa lagi. Ulanglah." Ish, budak ini.
"Kau agak-agaklah. Setengah jam satu juzuk."Mana cukup mana untuk dia mengulang semua itu. Untuk satu juzuk mengambil masa yang cukup lama.
Izrael menatap Izfarni."Iz, kau jujur dengan aku."
"Apa?"Mahu jujur apa pula ini.
"Berapa lama kau tak mengulang hafalan yang kau dah hafal time sekolah dulu?"
Soalan Izrael membuatnya teragak-agak untuk menjawab. Takut pun ada mahu menjawab. Izrael ini pantang sikit kalau fasal hafalan.
"Errr... D-dah lama. Last pun sebelum aku masuk universiti"Takut sebenarnya mahu bagi tahu.
Izrael sudah menggeleng kepala. Mahu marah isteri sendiri. Sayang. Takut pula terasa, sudahlah baru kawin. Ini kalau adik-beradik sendiri memang kena sudah dengannya. Memang dia paksa suruh hafal sampai mana yang sudah hafal dalam masa itu juga. Walaupun 20 juzuk sudah hafal tetapi tinggalkan, memang dia paksa sampai 20 juzuk itu juga sampai dapat.
"Iz, kau tahukan. Nak menghafal bukan senang. Dan, nak mengulang lagi susah. Ibarat apa yang kau sudah hafal tu, hafal balik. Boleh juga jadi tukar-tukar ayat." Sungguh itu bukan perkara yang mudah. Izfarni hanya diam.
"Iz, kau dulu antara budak yang kuat hafal tau. Tak silap aku, last aku tinggal kau sebelum aku pergi dari kau dulu. Kau sudah hafal 19 juzuk. Hafalan ini, ibarat kuda liar Iz. Kalau kau jaga dia akan jinak dan ada sentiasa dalam ingatan dan hati kau. Tapi, kalau kau biar dia. Dia akan terlepas dari ingatan dan hati kau. Kenapa kau..."Dia tidak mahu meneruskan kata-katanya. Dia tahu, dia terlalu emosi kalau dibahaskan hafazan.
Izfarni hanya terdiam. Dia tahu ini semua angkara kelalainya dalam kehidupan dunia.
"Izfarni. Pandang aku."Arah Izrael lembut. Dia tidak mahu menjadi emosi leftenannya di sini. Teruk kalau dia mengeluarkan sifat itu.
Izfarni menatap dengan penuh rasa bersalah. Tahu, salah dia. Tahu, dia lalai. Tahu juga, dia ambil tidak endah sahaja.
"Iz, kau tak takut kena tanya fasal benda ini dekat dalam kubur nanti?"Soal Izrael.
Terus Izfarni mengangguk. Sudah di baas fasal kubur memang takutlah.
"Jadi?"Apa yang perlu dilakukan sekarang ini?
"Izrael."Meleretnya memanggil nama suaminya.
Izraep hanya tersenyum untuk redakan rasa takut isterinya. Kepala Izfarni yang berlapik telekung diusapnya. "Tak apa, kita mula dari awal. Kau hafal dulu juzuk ammar hari ini."Pujuk Izrael.
Izfarni hanya mengangguk sambil bibirnya memuncung.
"Tapi, mula hari ini aku nak kau dengar arahan yang wajib kau patuh sebagai seorang isteri Damiens Izrael. Boleh?"Izfarni hanya angguk. Apa pun itu, dia akan lakukan. Mulai saat ini, lelaki ini sudah menanggung dosanya yang dilakukan olehnya.
"Aku nak kau ikut dan jadikan apa yang aku cakap ini sebagai rutin harian kau."Itu yang dia mahukan isterinya lakukan.
"Pertama, jangan tinggal qiammullan. Solat tahajud, taubat dan hajat. Kalau sempat, solatlah witir. Sekurang-kurang pun satu rakaat. Kita ini hamba. Sentiasa melakukan dosa. Jadi, mohon dan mintalah waktu yang mustajab itu."Itu adalah salah satu usaha untuk menjadi orang yang berjaya. Itulah ubat. Itulah luahan. Kerana, sebaik-baik pendengar adalah Yang Maha Mendengar. Dialah yang dapat membantu.
"Baik. Aku tak pernah tinggal tahajud. Melainkan satu sebab itu sahaja."Kata Izfarni. Lagi pula, itu sudah menjadi rutin hariannya.
"Bagus, isteri aku."Puji Izrael membuat Izfarni tersenyum sebaris.
"Kedua, jangan tinggal Al-Ma'thurat. Kau sudah hafalkan?"Dia yakin. Setakat Al-Ma'thurat, mudah bagi sangat bagi gadis ini. Izfarni angguk.
"Jadi, jangan pernah tinggalkan walaupun kau uzur. Selepas subuh dan lepas Asar. Baca. Sebab ini yang dapat lindung kau dalam kehidupan seharian kau. Boleh?" Al-Ma'thurat adalah salah satu pagar untuk melindungi diri. Jadi adalh zikir yang sepatutnya diamalkan.
"Boleh."Senyum Izfarni.
Izrael turut tersenyum melihat isterinya yang akur akan katanya. "Ketiga, amalkan solat sunat dhuha. Kaukan perempuan. Biasalah, kecantikan itu sangat diutamakan. Solat dhuha ini dapat cerahkan wajah kita tau. Bukan dekat dunia sahaja, malah di akhirat kelak." Jadi, inilah rahsia Izrael untuk kelihatan kacak selalu.
"Oh, patutlah suami saya selalu handsome. Inilah sebabnya." Puji Izfarni mahu menyakat suaminya.
"Lagi dekat kita dengan Tuhan, lagi banyak kita dapat."Kata Izrael dengan wajahnya agak merah. Malu juga isterinya puji dirinya handsome tetapi dia suka.
"Yang keempat. Aku nak kau, mengulang hafalan kau selepas subuh. Ambil setengah jam pun jadi. Janji, ulang. Aku tak nak kau rugi. Kalau boleh, aku pun nak tengok kau syahadah juga. Ikut kemampuan kau. Jangan push."Dia berharap juga seperti itu tetapi dia tidak mahu paksa. Setia orang ada kelebihan dan kekurangan. Dia faham.
"Inshaallah, lepas Maghrib aku nak dengar."Kata Izrael sambil tersenyum.
Ini sudah sebiji seperti zaman sekolah. Dulu pun, dia perlu hantar kepada Izrael kerana mahu lancar bacaannya. Tapi ini Damiens Izrael, sangat peka. Jangan salah dalam bacaan kalau tidak mahu diketuk olehnya. Dulu pun, Izrael suka ketuk dahi Izfarni dengan pen kerana salah baca.
"Habislah dahi aku."Menggosok dahinya. Dia boleh bayang rasa sakit itu.
"Jadi, jangan salah."Mudah bukan kalau tidak mahu kena.
"Nama pun manusia."Manusiakan, tiada yang sempurna.
"Tapi, kita boleh ubah."Tiada alasan langsung untuk perkara ini. Kita boleh selesakan dan selalu amalkannya.
Izfarni hanya diam. Kalau kata dengam Izrael memang akan menanglah Izrael ini. Budak boy tidak pantang menyerah dan selalu betul. Inilah lelaki yang selalu mahu betul.
"Tapi, kalau solat dekat surau atau masjid?"Soal Izfarni untuk tukar topik.
Hal itu...."Boleh difikirkan. Ikut hari itu."Lihat sejauh mana sibuk hari itu.
"Dan, ini yang terakhir. Jangan tinggal baca Al-Quran. Dua muka surat pun jadilah dalam sehari. Tak boleh solat, ulang hafalan. Tidak pun, kau zikir." Al-Quran adalah teman kita yang bersama kita disaat berakhirnya kehidupan kita di dunia. Dia yang akan bantu kita tetapi lihat sejauh mana orang itu mendekat dan rapat dengan Al-Quran di dunia.
"Itu, no problem. Aku selalu amalkan selepas solat Maghrib." Itu sudah menjadi runtin hariannya yang sangat bermoral.
"Good, sweetlove." Puji Izrael lagi. Senyum lagilah Izfarni kalau di puji.
"Sudah. Now, pergi menghafal. Aku pun hafal juga. Teman isteri aku. Kan nampak romantik tu."Kata Izrael dengan apa yang mahu dia lakukan. Sweet apa yanga dia mahu lakukan.
"Cukenya tite ada teman."Kata Izfarni seperti kanak-kanak kecil.
"Ya Allah, comelnya."Suka Izrael melihat Izfarni sepertinya. Habis dia tersenyum sampai kelihatan lesung pipitnya.
"Ceriey wak kan memang come." Kata Izfarni seperti tadi. Wink.
Izrael yang melihat isterinya sudah merasa imannya naik turun sahaja. Ai, bininya ini. Buat perangai betul.
"Kau ni, ada juga aku cekik karang. Mengafal sekarang. Karang tak dapat ada juga yang nangis." Izfarni. Sememangnya hatinya sangat kecil. Kalau bab seperti ini.
"Dah buat nangis pujuklah."Kata Izfarni lagi. Suka hati sahaja nak buat anak dara orang menangis.
"Dini Izfarni, hafal aku kata."Ada sahaja mulut itu mahu berkata.
"Baik, tuan."Membuka Al-Quran miliknya lalu difokuskannya.
Izrael yang melihat Izfarni seperti itu berasa sangat syukur. Mungkin dulu dia merasa ini adalah bayangan dia akan dapat melakukan ini berteman dengan seorang isteri. Namun, tidak kini lagi.
Izfarni mencuri memandang Izrael sambil tersenyum.
"Baca."Tegas Izrael.
"Iya, bacalah ini."Menghadap Al-Qurannya.
Geleng Izrael sambil tersenyum lalu fokus dangan Al-Qurannya.
Raeliz
Mata biru yang telah di warisinya daripada bapanya sedang menikmati pemandangan kolam di rumahnya lalu memejamkan matanya untuk lebih menikmati apa itu erti cuti sebenarnya. Tenangnya rasa. Hari ini, dapat dia menenangkan dirinya daripada dewan bedah yang berjam-jam dia perlu hadapi.
Sedang bahagia dia bersantai, tiba-tiba ada tangan yang memegang bahunya. Terus dia membuka matanya. "Mama?"
Puan Sri Hazleen yang melihat anak terunanya yang sedap bersantai terus duduk di kerusi yang masih tersisa di situ. "Sedap betul bersantai. Mentang-mentang cuti." Ezz hanya tersenyum.
"Mama dengar, kawan Ezz yang Izrael itu sudah kawin. Datin Ilya yang bagi tahu."Dia mahu kepastian daripada anaknya pula.
"Ya, ma. Kan hari itu Ezz ada bagi tahu yang Ezz nak pergi akad nikah Izrael dekat kampung dia."Sudah dia bilang tentang itu.
"Dia akad nikah dekat kampung dia?"
"Dia dapat orang sana, ma." Sudah isteri kawannya itu orang di situ. Memang akad dekat situlah.
Puan Sri Hazleen hanya mengeluh. "Untunglah, Datin Ilya itu. Menantu sudah dua. Mama ini bilalah nak merasa."Hanya mampu melihat orang lain sahaja.
Ini mesti tiada benda lainlah mamanya ini. Mesti mahunya kawin.
"Mama, Ezz ni muda lagilah."
Puan Sri Hazleen yang mendengar kata-kata anaknya yang dia sudah muak itu hanya membuat muka.
"Muda apanya. Umur tu sudah 26 tahun, Ezz. Nak mereput dulu baru mahu kawin?" Susah betul anak terunanya mahu menikah. Bukan setakat menikah. Mahu bergaul dengam wanita pun susah.
"Mama tahukan. Yang Ezz ni tak suka perempuan."Dia langsung tidak tertarik dengan wanita. Baginya mamanya sahaja wanita yang cukup dia sayang. Wanita lain? Sungguh menyampah dia mahu layan.
Sepupu perempuannya yang sebuk mengganggunya bagaikan nyamuk dan lalat sampah. Semak dalam hidupnya.
"Habis, kalau tak suka perempuan. Suka lelaki?"Kalau tidak suka sangat wanita itu, itulah maksudnya agaknya.
"Astaghfirullah. Allahuakbar. A'uzubillah. Jauh-jauhkanlah. Apa yang mama kata ini?"Adakan pula kata seperti itu.
"Mama ni nak sangat menantu Ezz. Tapi itulah, Ezz satu-satunya anak mama sekarang ini. Jadi, Ezz sahaja yang boleh bagi mama menantu."Lengan anaknya dipeluknya sambil merayu.
Ezz menatap mamanya. Bagaimana dia mahu menukar topik yang sangat dia tidak suka ini?"Mama, mama tak buka cafe ke?"
"Ya Allah, mama lupa. Mama yang pegang kunci."Tangan anaknya dilepaskan. Bagaimana dia lupa akan ini.
"Habis, macam mana Wari nak buka cafe?"Soalnya akan pekerja mamanya di cafe yang selalu membuka cafe.
"Mama pergi dulu."Mencium pipi anaknya lalu pergi.
Ezz menghembus nafas dengan lega. "Alhamdulillah. Selamat aku."Selamat dari soalan maut mamanya itu. Sungguh dia tidak suka bahas tentang kawin. Baginya, jodoh adalah penetapan Tuhan akannya.
"Kenapalah mama suka sangat tanya fasal kawin?"Masuk ke dalam rumahnya.
Raeliz
Izrael keluar bilik bersama Izfarni menuju ke dapur untuk sarapan selepas mengulang hafalan bersama. Jejak sahaja dapur, kelihatan Dina dan Puan Dayah sedang menghidang makanan untuk Encik Darfan dan Dani.
"Ha, dah bangun pun penganting baru."Kata Dina sambil menuang air untuk Encik Darfan. Izfarni hanya menjeling adik perempuannya itu.
Izrael duduk di kerusi yang masih kosong sambil tersenyum akan Encik Darfan dan Puan Dayah.
"Kau nak air apa Izrael?"Soalnya untuk menghidang air untuk suaminya ini. Air ada dua jenis, kopiĀ atau teh o.
"Teh."Jawab Izrael.
Puan Dayah yang mendengar panggilan Izfarni akan Izrael, merasa kurang senang mendengar. "Iz panggil Izrael apa tadi, kau?"Soalnya.
"Ye. Kenapa umi?"Menghulur cawan yang berisi air teh kepada Izrael.
"Terima kasih."Mengambil air lalu mencicipi air itu.
"Kamu ini. Kamu berdua tu sudah kawin. Apa kaunya? Panggillah abang. Kan, molek sikit itu."Tegur Puan Dayah. Orang baru kawin selalunya panggil dengan panggilan romantik. Ini tidak, kau.
Izrael yang mendengar teguran Puan Dayah akan Izfarni, mahu sahaja dia ketawa dengan terbahak-bahak. Dini Izfarni mahu panggil dirinya, abang? Agak mustahil sikit.
"Apa umi ni? Gelilah."Dia mahu panggil Izrael abang? Lambat lagi. Meskipun Izrael lebih tua darinya. Meskipun, dua tahun. Itu mustahil.
"Apa yang gelinya kak? Abang Rael tu suami akak. Sepatutnya akak panggil Abang Rael, abang. Tak pun, cinta ke. Atau hubby."Tambah Dani akan soalan kakaknya itu.
"Abang? Cinta? Hubby? Weak."Membuat muka mahu muntah sambil duduk di kerusi disebelah Izrael.
"Lambat lagi. Geli tahu."Dia tidak akan sejauh itu untuk panggil Izrael seperti itu.
BERSAMBUNG......
Share this novel