Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi, Izfarni membuka matanya. Mata yang masih kabur itu digosoknya.
"Rael, bangun. Tahajjud." Mengejut Izrael yang lena tertidur.
"Emm." Izrael masih memejamkan matanya.
"Aku mandi dulu. Lepas aku mandi kau bangun."Kata Izfarni lalu menuju ke bilik air.
Setelah beberapa minit dia membersihkan diri, akhirnya Izfarni keluar dengan dirinya sudah berpakaian sambil tangannya mengeringkan rambut dengan tuala. Keluar sahaja bilik air, kelihatan sosok tubuh suaminya masih lena di atas katil. Izfarni hanya menggeleng. Biarakanlah dahulu suaminya tidur lima minit. Mungkin suaminya masih penat memandu semalam dari Kuantan ke Johor Bahru.
Izfarni melangkah menuju ke sliding door yang ditutupi langsir. Dia melihat suasana di luar di sebalik langsir yang telah dia tolak ke tepi sedikit untuk melihat. Kelihatan suasana di luar masih gelap. Dia hanya temenungkan sahaja sambil melihat suasana. Tiba-tiba ada tangan yang melilit dipinggannya juga bahunya ada kepala yang lena di situ.
"Rael."Panggil Izfarni. Dia tahu, tiada sesiapa yang akan berbuat begini selain Izrael, suaminya.
"Emm."Suara garau Izrael kedengaran dari gegendang telinga Izfarni.
"Pergi mandi."Arah Izfarni.
"Sekejaplah. Bagi aku dua minit macam ini."Memeluk Izfarni.
Rela atau tidak rela, terpaksa sahaja dia berdiam seperti itu cuma.....
Izfarni menolak Izrael dengan agak kasar. "Rael!"
Izrael yang masih mamai dari tidurnya menjadi segar apabila mendapat layanan seperti itu dari isterinya. "Kenapa sweetlove?" Kenapa buat dirinya seperti ini pagi-pagi begini?
"Kau ni, aku sudah ambil wuduk dah. Kan sudah batal. Sebab kaulah ini." Cebik Izfarni.
Izrael tersenyum. Alah, itu sahaja sebabnya. Ingatkan ada apa-apa yang isterinya tidak suka akan perbuatannya.
"Alah, ambil sahaja wuduk yang baru. Apa susah."Kembali mahu memeluk isterinya.
Izfarni menahan Izrael dari mendekatinya. Izrael menanyang riak wajah tertanya. Kenapa lagi ini?
"Pergi mandilah. Nak tahajud pukul berapa? Subuh nanti."Bebel Izfarni. Tidak habis dengan manja-manjanya.
Izrael mengeluh. "Iyalah."Pergi menuju ke bilik air. Namun, tiba-tiba langkahnya terhenti.
Izrael kembali ke arah Izfarni. Izfarni memandang Izrael dengan wajah tertanya. Kenapa pula?
Izrael mencium dahi Izfarni lalu pergi. "Morning kiss." Masuk ke dalam bilik air.
Izfarni yang sudah seperti tomato hanya terkaku dengan wajah yang berbahang. Makin lamalah macam ini makin maut menanti apabila duduk dengan malaikat maut ini tetapi apa pun dia suka layanan Izrael kepadanya.
Izfarni tersenyum lalu dia mencapai novel berhampirannya dan melabuhkan punggungnya di kerusi sementara menunggu Izrael selesai mandi.
15 minit kemudian, Izrael keluar dengan sehelai tuala yang berlilit dipinggangnya. Satu lagi tuala dilap akan rambutnya agar kering. Isterinya yang sedang tersengeh-sengeh seperti kerang busuk itu didatanginya.
"Amboi, berani kau curang dengan aku."Kata Izrael menghampiri Izfarni.
Amboi, ini laginya. Sedap betul tuduh orang curang. "Ma..."Mati kata Izfarni apabila melihat Izrael yang sehelai sepinggang itu. Terus dia menutup wajahnya dengan novel dibacanya.
"Rael, pergilah pakai baju tu."Arah Izfarni dengan tegas.
Izrael yang melihat dirinya seperti ini, ada sahaja akalnya untuk menjahili isterinya. Izrael menghampiri isterinya lalu novel yang menutupi wajah isterinya ditolak ke bawah agar dia boleh melihat wajah isterinya yang sudah merah padam itu.
"Hai, cinta."Wajah Izraep dan Izfarni terlalu dekat membuat Izfarni terkejut dan akhirnya, Izfarni menendang kuat perut Izrael sehingga Izrael tersungkur di lantai.
"Arght!"Terasa senak perutnya apabila ditendang sebegitu.
Izfarni memandang Izrael dengan puas hati. "Padan muka, siapa suruh jahatkan orang. Kan sudah mendapat."Pergi menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.
"Iz! Iz! Tolonglah suami kau ni."Minta ihsan dari isterinya.
"Jangan harap!"Balas Izfarni.
"Aduh!"Mengelus perutnya yang berotot itu.
"Nasib dekat perut, kalau dekat tempat lain. Mahu mandul aku dikerjakan."Berdiri menuju ke bagasinya untuk memakai baju.
Raeliz
Pagi-pagi lagi muka Izfarni sudah masam. Mana tidak masam, kalau kejadian pagi tadi masih belum selesai antara Izfarni dengan Izrael.
Izrael ada sahaja memujuknya, namun hati perempuan kalau sudah ego memang habis-habisan dia tidak akan layan. Buatlah macam mana pun. Selagi hati gunung berapi itu tidak sejuk, selagi itu kata maaf langsung tidak dilayan.
Izrael yang dari jauh hanya mampu memandang Izfarni yang bersama Salbella sedang menghidang makanan untuk sarapan mereka. Dari pagi tadi dia tidak dapat memeluk isterinya. Rasa energi dalam badannya sudah keadaan kritikal. Terkebil-kebil mata Izrael memandang Izfarni apabila mata bertentang mata, baru sahaja mahu senyum terus Izfarni menjelingnya. Nampak sangat marah itu.
Darren yang melihat Izrael ysng bermain dengan puterinya itu namun mata Izrael ke arah Izfarni menjadi tersenyum untuk mengenakan adik lelakinya itu. Rasanya yang merajuk semalam Izrael tetapi hari ini sudah bertukar tubuh.
"Harum semerbak bunga melati. Jauh di mata dekat di hati. Kenapa itu, dalam zone berhati-hati ke?"Sengaja dia menyanyi untuk menyakiti hati adiknya.
Izrael memandang tajam ke arah Darren. "Semak."
"Kenapa dengan semak? Adik nak parang. Nak tebas semak."Loyar buruk Darren mengenakan Izrael.
"Serabutlah kau."Sakit otak kalau dia melayan abangnya yang masuk air ini.
Darren memandang Izfarni sebentar lalu memandang Izrael kembali. "Asal, penganting baru pun sudah bergaduh?"Geleng Darren.
Izrael hanya mengeluh. Darreyna yang mula terlelap dipangkuannya itu hanya didodoinya.
Darren menepuk bahu Izrael. "Biasalah permulaan berumah tangga. Ada pasangnya, ada surutnya. Ibarat air laut." Izrael hanya angguk. Dia perlu menerima kata-kata Darren kerana Darren lebih berpengalaman darinya.
"Bila balik rumah mummy?"
"Lepas sarapan ini."
"Awalnya."
"Esok, aku dah nak start kerja balik." Darren hanya angguk.
Darren menghulur tangannya lalu Izrael yang sudah tahu apa yang mahu oleh Darren segera memberi Darreyna yang sedang lena di pangkuannya.
"Emm."Darreyna terjaga seketika apabila badannya beralih tempat.
"Shut. Tidur."Menepuk Darreyna agar tidur kembali.
"Miens, jaga Iz dari mak ngah dan Illy." Pesan Darren sebelum dia melangkah pergi. Izrael hanya angguk.
Salbella yang melihat Izfarni hanya diam mula membuka bicara. "Iz, panggil Miens makan sama."Minta Salbella.
"Baik, Kak Sal."Melangkah menuju ke arah Izrael.
"Rael, jom makan. Kak Sal panggil."Dingin Izfarni lalu pergi.
Izrael yang melihat Izfarni melayannya sebegitu menjadi kurang senang hati. I want my wife back!
Izrael hanya menurut lalu melabuhkan punggungnya disebelah kerusi isterinya duduk. Izfarni dipandangnya tanpa berkelip namun mulut masih takut untuk berbicara atau menegur.
"Cukup?"Memberi pinggan yang berisi mi goreng kepada Izrael. Izrael angguk.
Salbella yang melihat pasangan itu hanya hubungan dingin dapat mengagaknya, mesti mereka bergaduh. Tetapi bila lihat muka Izrael nampaknya, Izrael mahu memujuk Izfarni. Alahai, comel sungguh. Abang dengan adik kalau rasa bersalah sama sahaja tindakan mereka.
"Sayang!"Panggil Darren sambil memeluk Salbella dari belakang setelah menghantar Darreyna ke bilik.
"Apa ni? Tak malu dengan Miens dan Iz."Mengleraikan lilitan tangan Darren dari pinggangnya.
Izfarni yang melihat Darren dan Salbella itu, jadi teringat pagi tadi Izrael memeluknya dari belakang. Itu adalah momen yang bahagia sebelum kejadian tadi. Izfarni memandang Izrael yang sedang makan mi goreng dengan diamnya. Sungguh rasa bersalah menyelubungi dirinya. Sudahlah dia menendang suaminya pagi tadi tanpa kata maaf. Sekarang, tidak berkata dengan suaminya. Berapa banyak dosa yang dia buat hari ini. Kenapa dia harus seriuse dalam perkara ini? Izrael hanya mahu bergurau dengannya sahaja. Aduhai, Dini Izfarni. Kenapa kau nusyuz sangat ha?
Sekarang bagaimana dia mahu memperbaiki keadaan sebwgini rupa? Izrael ditatapnya.
Raeliz
Setelah bersalaman dan selamat tinggal kepada Darren dan Salbella sekeluarga, Izrael dan Izfarni pulang ke rumah Dato Danial dan Datin Ilya. Sepanjang perjalanan, suasana di dalam kereta cukup sunyi hanya bunyi radio yang menghilangkan suasana yang sepi itu.
"Rael."Izfarni memelukan percakapannya setelah lama berdiam diri. Cukuplah dia mengumpulkan keberanian untuk memulakan perbualan ini.
"Ya."Tanpa menghadap Izfarni. Namun dari sudut hatinya, dia bahagia kerana Izfarni mahu bercakap dengannya.
"Aku na-"Belum sempat dia menghabiskan katanya Izrael memotongnya.
"Aku nak minta maaf. Aku yang salah." Sengaja dia memotong kata Izfarni agar dia yang terlebih dahulu yang memohon maaf. Barulah nampak gentelmen.
"Aku pun nak minta maaf sebab aku tendang kau. Sakit ke?"Risau pula akan suaminya itu.
"Sikit sahaja kalau nak dibandingkan sakit bahu aku."Senyum Izrael menatap Izfarni.
Senyum Izfarni."Rael."
"Yes, my sweetlove." Nampaknya Izfarni sudah kembali kepada normal.
"Jauh lagi ke?"
"Tak, sekejap lagi sampailah."Kepala Izfarni dikelusnya. Makin suka Izfarni apabila dilayan seperti itu.
Tidak lama kemudian, mereka tiba di halaman rumah Dato Danial dan Datin Ilya. Tergumam Izfarni melihat rumah ini. Sungguh besar seperti istana dan juga mewah.
"Ini ke rumah kau membesar Rael?" Kagumnya.
"Iya. Jom, kita masuk. Mesti mummy daddy tengah tunggu kita."Ajak Izrael.
Izfarni hanya mengangguk lalu mahu membuka pintu.
"Tunggu."Izrael keluar dari kereta. Manakala Izfarni hanya terdiam dalam keadaan binggung.
Izrael membuka pintu. "Selamat datang pemaisuriku."Menghulurkan tangan.
Izfarni tersenyum lalu menyambut tangan Izrael sambil keluar dari kereta itu."Terima kasih, rajaku."Ketawa Izfarni. Seperti ala-ala Cinderella.
"Jom."Berjalan bersama isteri tercinta menuju ke gerbang pintu milik istana Raja Danial dan Permaisuri Ilya bertahta.
"Assalamualaikum."Izrael memberi salam.
"Waalaikumussalam, menantu mummy sudah sampai."Memeluk Izfarni dengan erat.
"Amboi, mummy. Jumpa menantu sampai lupa anak sendiri."Tegur Izrael.
Datin Ilya tersenyum lalu Izrael menyalam tangan ibunda tercintanya.
"Macam Miens tak kenal pula mummy ni."Selit Dato Danial.
"Kak Iz."Berlari Izzatie dari dapur apabila melihat kakak iparnya sudah datang.
Terus Datin Ilya menghalang anak perempuannya dari memeluk menantunya. "Atie pergi siapkan makanan tengah hari kita. Miens angkat beg bawa masuk bilik. Mummy dan daddy nak bawa Iz jalan-jalan dalam rumah ini."Mengenggam tangan menantunya untuk dibawa pergi. Izfarni hanya diam dan menurut kata ibu mentuanya.
"Good luck, son and doughter." Dato Danial melambai ke arah anaknya sambil mengikuti jejak isterinya bersama menantunya itu.
"Kenapa Atie rasa macam kena buang pula ni?"Melihat mummy dan daddynya pergi bersama kakak iparnya.
"Habis aku ni. Rasa isteri kena culik dengan family sendiri." Apakah malang hidup mereka hari ini.
"Atie, tolong abang."
"Tolong apa?"
"Tolong angkat beg."Terus Izzatie berpaling untuk melarikan diri. Namun belum sempat dia melarikan diri, bajunya ditarik oleh Izrael.
"Tak payah nak lari."Menarik Izzatie ke arah keretanya.
"Abang Miens, Atie banyak lagi kerja dekat dapur tu."Meronta agar dia dilepaskan.
"Utamakan orang memerlukan bantuan."
Izzatie yang dilayan seperti itu hanya pasrah dengan abangnya ini. Mahu buat bagaimana, memang dia tidak akan terlepas dari makluk ini. Pemaksa.
Raeliz
Mawar yang baru sahaja selesai majlis merisiknya, mencari keberadaan Jibrael di luar rumah. Semua kawasan rumahnya dia pandang untuk mencari sosok itu sehinggalah matanya terhenti satu sosok di bawah pokok. Terus dia menghampiri sosok itu.
"Abang Jib!"Panggil Mawar dengan bahagia.
Senyum Jibrael melihat Mawar yang bahagia di hadapan matanya itu. "Mawar."
"Mawar tak sangka yang abang nak percepatkan perkahwinan kita."Waktu dia dapat tahu yang perkawinan akan berlangsung pada dua minggu lagi bagai mahu melompat jantungnya. Sungguh cepat.
"Lagi cepat lagi bagus bukan."Senyum Jibrael.
Mawar angguk."Abang, memang betul-betul nak jadikan Mawar isteri abang ke?"
Kening Jibrael terjungkit sebelah."Apa maksud Mawar ini? Kan abang dah kata yang abang betul cintakan Mawar dan abang nak sangat kawin dengan Mawar."Sungguh dia tidak pernah main soal ini dari zaman persekolahan lagi.
"Mawar saja je nak test abang."Itu sahaja niatnya untuk menyakinkan hatinya yang goyang ini.
Jibrael tersenyum."Jom, kita makan cendol. Ajak Dani dan Dina sekali. Tak manis pula kalau kita berdua sahaja." Tawar Jibrael.
"Jom."Senyum Mawar lalu mereka pergi bersama.
Raeliz
Setelah Izfarni dibawa bersiar-siar satu rumah itu, Dato Danial mengajak Izfarni dan Izrael keluar rumah kerana ada sesuatu mahu ditunjuknya.
"Apa yang daddy nak tunjuk dekat Miens ni?"Soal Izrael tidak sabar.
"Just wait and see."Senyum Dato Danial.
Izrael dan Izfarni hanya menatap satu sama lain. Benda apa?
"See that." Tunjuk Dato Danial ke arah luar rumahnya.
Izrael dan Izfarni yang melihat arah tunjukan Dato Danial menjadi Tergumam dan terkejut. Sebuah kereta dan motorsikal.
"Daddy." Serentak Izrael dan Izfarni sambil memandang Dato Danial.
BERSAMBUNG.....
alahai penganting baru... satu kuat cemburu.... satu lagi tak boleh diajak gurau..... but untungnya raeliz dapat hadiah dari dato danial.... next
Share this novel