"Aku nak ke tandas sekejap."Kata Izrael akan isterinya. Namun, sahabatnya di hadapan matanya dipandang dengan tajam.
"Kau jangan nak try bini aku."Memberi amaran kepada Luth.
"Cis."Luth hanya menjeling Izrael. Mentang-mentang sudah ada isteri.
Izfarni hanya ketawa kecil mendengar kata-kata Izrael akan Luth. Ada pula mahu mencubanya. Malu pula rasanya.
"Jangan rindu tau."Kata Izrael akan Izfarni membuat Izfarni seperti kehilangan oksigen.
"Pergilah."Arah Izfarni agar lelaki itu segera pergi.
"Pergilah, nanti terkencing dekat sini kang viral pengantin baru terkencing dalam seluar selepas akad nikah."Kata Luth agar lelaki itu pergi. Takut sangat dia mahu mengoda isteri lelaki itu.
Izfarni sudah ketawa mendengar kata-kata dari mulut Luth Mahfuz. Boleh pecah perutnya kalau dia bayangkan benda itu terjadi. Izrael terkencing dalam seluar.
"Kalau viral pun, kau puncanya." Tiada orang lain selain lelaki Mahfuz ini. Memang perangainya seperti budak prasekolah yang sikit-sikit mahu attention dari orang, tetapi dari seluruh orang yang ada di dunia ini.
"Abang pergi dulu sayang."Memberi Izfarni flying kiss kerana mahu menyakitkan hati kawannya itu. Izfarni sudah merah mukanya.
Luth yang melihat itu segera menangkap flying kiss daripada Izrael dan mencampaknya ke jalan tar lalu memijak dengan sekuat hati. Anggap sahaja cinta Izrael tidak kesampaian kerana Luth Mahfuz. Bukan kerana takdir tetapi kerana kawannya yang sedang cemburu akan dirinya.
"Nama sahaja Damiens Izrael bukan main sedap maksud. Tetapi perangai macam cabe."Maki Luth tidak puas hati.
Izrael langsung tidak buat hendah dengan kata Luth. Dia hanya membuat bentuk love dengan tangannya tetapi beberapas saat kemudian love itu terpisah kerana maksunya itu tiada cinta.
"Tatai, Altha. Jaga bini aku leklok tau."Melambai Luth tanpa menatap lelaki itu dan pergi.
"Elok aku jadi Altha jadi Asyar kang." Makin menjadi-jadi perangai kawannya itu.
Izfarni hanya bisa tersenyum dan ketawa kerana mereka yang seperti budak-budak. Izrael yang suka menyakat dan Luth yang tidak suka menerima. Memang sangat lucu di matanya.
"Bukan ke Asyar itu maksud dia paling jahat?"Soal Izfarni akan Luth.
"Ya, sebab itu nama itu tak baik guna untuk namakan anak. Nanti kalau Iz dan Izrael ada anak jangan guna nama tu."Nasihat Luth untuk kebaikan masa depan mereka yang kelak.
Anak? "Awal sangatlah cakap fasal anak."Apalah. Mereka baru lagi akad nikah beberapa minit yang lepas.
"Kalau rezeki awal. Nak buat macam mana. Izrael tu kan betul-betul cintakan Iz. Sebab itu dia sanggup jadi tentera sebab Iz."Kata Luth dengan terus terang tanpa dia sedar apa mulutnya berkata.
"Cinta? Sanggup? Tentera? Apa ni Luth?"Apa semua ini? Dia tidak faham.
Alamak! Dia sudah terlepas kata ke? Bagaimana ini? Hal ini tidak sepatutnya Izfarni tahu. Bagaimana pula sekarang ini? Ish, mulutnya ini! Matilah aku dengan Izrael nanti, omel Luth di dalam hati.
"Iz, kalau saya jujur. Iz sanggup buat apa yang saya minta ini?"Minta agar apa yang dia jujur ada ganjarannya.
"Luth nak Iz buat apa?"Apa permintaan itu?
"Tolong balas cinta Izrael."Itu sahaja dia minta. Dia mahu lelaki itu bahagia. Dia berharap sangat dapat lelaki yang sangat penting dalam hidupnya itu bahagia.
"Cinta?"Apa maksud semua ini? Tolong jelaskan.
"Iz. Jujur saya kata. Izrael sudah cintakan awak terlalu lama. Kali pertama dia jumpa awak dekat situ. Dia sudah suka awak."Tunjuk pondok yang diceritakan Izrael kepadamya waktu kali pertama Izrael dan Izfarni berbual bersama.
Izfarni terdiam bagai tidak percaya. Izrael cintakannya. Apakah ini?
"Izrael terlalu lama pendam rasanya disebabkan Iz sudah tunang. Dia suruk rasa cinta dia terhadap Iz atas ikatan kawan baik. Sebab dia nak protect Iz kerana dia cinta. Tetapi dia yakin, cinta yang dia rasakan adalah cinta monyet. Sebab itu dia pergi dari Izfarni dan menjadi tentera laut. Sebab dulu Izfarni pernah kata dekat Izrael yang Iz kata bestnya ada suami seorang navy. Itu yang dia buat keputusan untuk jadi tentera. Sekali gus, lupakan Iz."Panjang lebar Luth mengatakan apa yang dipendam oleh seorang lelaki yang bernama Damiens Izrael. Benar, lelaki ini terlalu pendam rasa yang dirasanya. Baginya bahagia tiada lagi dalam hatinya kerana sakit sentiasa akan hadir dalam hidupnya.
Izfarni bagai tidak dapat bayangkan apa yang dirasakan oleh seorang Damiens Izrael. Sakit. Sungguh itu sangat sakit baginya sekiranya ada ditempat lelaki itu.
"Iz, kalau benar ini takdir awak orang berdua. Jadi, kau terimalah dengan ikhlas meskipun banyak ujian yang akan korang hadap selepas ini." Kata Luth agar apa yang dia beri tahu ini dapat membuka mata dan hati gadis ini akan perngorbanan Izrael yang sanggup memgundur akan kebahagiaan gadis ini.
Izfarni sudah mengalirkan air matanya namun dengan cepat dia mengelapnya."Luth, terima kasih kerana sebab bagi tahu Iz." Syukur kerana dia dapat tahu apa isi hati lelaki yang telah bergelar suaminya itu.
Luth tersenyum."Dia takdir awak,Iz. Cintakanlah dia atas nama Allah. Kerana Allah yang sebaik-baik pemberi."Benar, Allahlah yang menemukan setiap manuasia dengan pesangan mereka dan memberi sebaik-baik kebahagiaan akan hamba-Nya.
Apa yang dikatakan Luth benar. Memang benar. Izrael takdir yang telah ditetapkan oleh Allah akannya. Dia takdir aku.
Senyum Izfarni membayangkan senyuman lelaki itu.
"Woi, curang ya!"Sergah Khaleed yang datang bersama Ezz.
"Curang kau kata? Dengan Iz? Weee... Mati aku kena cabut nyawa dengan malaikat tu karang."Jangan pernah main-main dengan Izrael. Memang teruk kalau lelaki itu mengamuk. Nyawa bukan digandung badan sudah tetapi nyawa digandung sniper. Mampus.
Khaleed dan Ezz hanya ketawa dengan kata-kata Luth. Dia faham sangat dengan kata yang disampaikan Luth itu. Izrael, cukup mereka kenal.
"Iz, mari kita duduk tempat teduh. Panas ini. Nanti cair make up kau."Kata Ezz yang sedang menghulur kipas elektrik mini kepada Izfarni. Cukup rasa panas.
"Betul itu, Iz."Setuju Khaleed sambil membuka payung dan memayung Izfarni dengan ada jaraknya akan gadis itu.
"Iz!"Jibrael berlari ke arah sepupunya itu sambil membawa sebungkus tisu.
Sampai sahaja di hadapan gadis itu, nafasnya cuba untuk diatur agar normal. Izfarni ditatap dengan senyuman menyakat.
Luth, Ezz dan Khaleed melihat Jibrael seperti tidak faham akan senyuman lelaki itu. Hanya satu yang bermain dalam fikiran mereka, gila ke?
"Amboi kau. Macam princess." Lihatlah lelaki yang berada di keliling Izfarni. Semuanya berupa dan kacak. Ada yang berpangkat leftenan, ada yang bermata biru dan ada yang berpangkat tengku. Bukan semuanya orang-orang yang bergah.
"Biasalah. Dini Izfarni ini. Sentiasa kena protect dengan abang-abang kacak. Kan?" Terus Luth, Ezz dan Khaleed angguk. Setuju sangat. Apa pun mereka sanggup.
Apa-apa sahajalah." Nak tisu ini. Jangan bagi make up kau cair. Nanti kau nak photo shoot dengan Izrael untuk gambar kawin korang. Mawar kata duduk tempat redup dulu. Dia tengah cari tempat penggambaran koranya yang cantik dengan cameramen. Jadi, kau kena ikut cakao aku." Katanya apa yang perlu sepupunya lakukan atas dasar arahan tunangnya itu.
"Patut beria kau bawa tisu untuk aku dekat sini. Cik tunang suruh." Kalau tidak, jangan haraplah Jibrael ini mahu datang kepadanya kerana mahu baginya tisu.
Izfarni hanya mengambil tisu itu dan mengelap mukanya yang hampir berpeluh.
"Jom."Ajak Ezz.
Mereka hanya angguk lalu pergi ke tempat yang teduh untuk seorang gadis yang mereka lindungi.
Izfarni yang berada di situ seperti seorang puteri yang telah dilindungi oleh para pahlawan dari sinaran panas matahari.
Semasa mereka berjalan, Luth dapat idea untuk melakukan sesuatu. Pantas dia mengeluarkan telefon miliknya dan "Selfie guy." Mereka semua senyum.
Cheakik!
Nampaknya, isteri Izrael kena rampas bukan dengan seorang lelaki, melainkan empat orang jejaka tampan.
Raeliz
"AAARRRGGGHHHTTT!" Jeriknya dengan kuat sambil membaling barang-barang berharga miliknya yang berada di dalam biliknya.
Sakit dan panas hatinya melihat gambar dari status Whatsapp mak longnya. Sepasang suami isteri yang bersalam pada hari penikahan mereka.
Datin Ilyana Maisarah yang baru sahaja datang ke bilik anaknya melihat yang bersepah dengan barang yang pecah dan bersepah. Sangat teruk situasi itu.
"Astafirullah, Illy. Kenapa ini sayang?" Terkejutnya melihat anak perempuan tunggalnya mengamuk seperti orang meroyan yang kehilangan anak.
"Mama! Kenapa you tak bagi tahu I yang Abang Miens I dah balik?" Sungguh kehilang lelaki itu sudah membuat dirinya gila. Sekarang, kepulangan jejaka yang dia cintai itu dia tidak tahu. Semua ini sungguh gila.
" Now, he marry! Kenapa you tak bagi tahu I?" Kejam. Mamanya sungguh kejam buat perasaannya begini.
Dia cukup mencintai anak mak longnya itu dari mereka kecil lagi. Tetapi, disebabkan lelaki itu selalu bersikap dingin dengannya, membuat dia berasa takut untuk meluahkan rasa cintanya itu.
Datin Ilyana hanya mampu diam. Dia pun turut tidak tahu hal ini. Dia tahu pun, apabila kakaknya telah up date di status Whatsapp. Sungguh teruk baginya kerana sanggup kakaknya menyuruk hal perkawinan anak sedaranya darinya. Tahu-tahu sudah nikah.
"Illy, sayang."Panggil Datin Ilyana akan anak kesayangan satu-satunya itu.
"Mama, I cintakan Abang Miens lebih dulu dari perempuan perampas tu. Tapi, kenapa Abang Miens pilih dia berbanding I." Kenapa abang sepupunya ini lebih perempuan itu daripadanya? Apa kurangnya?
"ARGHT!"Melempar gambarnya dengan Izrael ketika mereka masih kecil yang telah dia baling terlebih dahulu sebelum dia mengamuk seperti itu. Tangan yang berdarah kerana sepihan kaca frame itu langsung tidak memberi rasa kepadanya. Sakit itu tidak seperti rasa sakit hatinya.
Datin Ilyana yang melihat tangan anaknya yang sudah berdarah itu,"Illy Lilians!"Berlari ke arah anaknya itu.
"Sayang."Memeluk anaknya yang sudang hilang seperuh kewarasan itu. Sungguh dia tidak mahu kehilangan anaknya seperti mana suaminya yang tinggalkannya kerana wanita lain.
"Tiada siapa yang akan dapat Abang Miens I, selain I. I akan pastikan perempuan itu akan terseksa kerana hadir dalam hidup Abang Miens. Abang Miens milik I." Katanya sambil tersenyum sinih. Tangan yang berdarah itu digenggam dengan penuh geram dan bencinya.
"Mama janji akan buat apa sahaja untuk anak mama. Asalkan, anak mama tidak tinggalkan mama." Janjinya akan anaknya itu. Dia tiada sesiapa selain anak perempuannya ini. Inilah adalah satu-satunya, nyawanya untuk bersemangat kembali hidup.
Raeliz
Dari jauh mata milik Darren boleh lihat bertapa bahagianya sepasang suami isteri itu berjalan sambil berpegangan tangan menuju ke arahnya. Tersenyum jugalah Darren melihat mereka berdua yang cukup bahagianya itu. Mahu pula, itu adalah adik kesayangannya.
"Assalamualaikum, Abang Darren."Senyum Izfarni sambil melambar Darren apabila tiba mahu memijak tangga rumah Opah Izzah.
"Waalaikumussalam, adik iparku. Masuklah."Turut melambai sambil menjeling adiknya itu dengan penuh senyuman.
Izrael sudah menarik mukanya. Ish! Pantang betul dia melihat muka si Darren ini. Geram. Dari dulu hinggalah dia sudah menjadi suami orang, ada sahaja perangai si Darren yang mahu menjahilinya.
"Iz, kau masuklah dahulu. Aku ada benda nak settlekan dengan mamat ini."Memandang Darren yang tersenyum bahagia itu.
"Baik."Senyum Izfarni lalu melepaskan tangan kekar milik Izrael.
"Iz masuk dulu ya, Rael..."Memandang suaminya dengan penuh rasa kasih, sayang dan cinta.
"Abang Darren."Senyum Izfarni.
"Iyalah. Masuklah, Kak Sal ada dekat dalam rumah tu. Mesti dia suka kalau Iz datang."Katanya mengingatkan isteri tercinta.
"Baik. Iz masuk dulu."Masuk ke dalam rumah.
"Kau nak kata apa?"Dia tahu dan sangat kenal abangnya ini. Semestinya, senyuman dan kata yang tersirat itu mahu perhatiannya sebenarnya.
Pepara yang berhampiran dengannya itu dijadikan tempat dia melabukan punggungnya. Darren ditatap sambil memeluk tubuhnya.
"Adik memang sangat memahami abang. Tak ada apa, nak attetion sikit. Rindu."Sengaja dia menguatkan kata rindu itu. Dia tahu adiknya sangat jijik dengan kata rindu yang keluar dati mulutnya.
Izrael membuat muka jijik yang mahu muntah mendengar kata-kata jujur dari Darren. "Weak! Kata rindu kau itu ibarat, perosak kehidupan aku." Menyampah tahu. Mengapalah malang sangat hidupnya ada abang seperti ini. Sangat menyusahkan hidup orang lain hanya dari luaran. Dengan kata hati, lain pula jadinya.
"Mak Ngah Ilyana dah tahu ke adik dah kawin?"Soal Darren tiba-tiba.
BERSAMBUNG.......
Share this novel