"Y...ya, A..bang M..mien."Gugupnya.
Tangan Izrael dihulur lalu disalam oleh Dafeal dengan gigilnya yang dapat dirasakan oleh Izrael.
Rambut Dafeal diusap lembut oleh Izrael membuat Dafeal membeku. "Jaga diri kau. Jangan tinggal Al Quran dan solat."Izrael pergi lalu menghampiri daddynya.
Berhadapan sahaja dengan daddynya riak wajah Izrael mula berubah menjadi dirinya yang biasa. Dingin dan jiwa yang kosong tanpa sebarang senyuman.
Tangan daddynya dicium lalu dia terus menaiki kereta untuk pergi. Masuk sahaja kereta, pintu di tutup. "Gerak sekarang."Arah Izrael.
"Baik, tuan muda." Kereta segera dipandu untuk menuju ke destinasi.
Jiwa yang dirasakan seorang Izrael sungguh menjadi kosong. Mungkin apa yang difikirkannya sudah menjadi hancur. Dia ingat dia buat masalah di sekolah dia akan diberikan perhatian oleh daddynya namun tidak sesama sekali. Malah, dihantar ke kampung. Semakin berjauh dari keluarga.
'Mien kecewa dengan daddy.' Gambar daddynya dan dirinya disaat masih kecil dengan penuh senyuman di tenung lama.
Tingkap dipandang dari dalam melihat keluarga yang sedang melambai ke arahnya hanya dipandang kosong. Namun, wajah daddynya yang memandang sama seertinya tiada perasaan.
'Senyuman itu sudah hilang sama seperti senyuman ini.' Air matanya yang bertakung segera dilap sebelum mengalir dan telefon miliknya di tangannya di campak ke tepi. Mata dipejam untuk menenangkan hati yang sudah kosong sekian lamanya.
Share this novel