#raeliz5 i

Romance Series 14536

Hari ini adalah hari pertama Izrael akan bersekolah di Pahang. Bermulalah suasana baharu, kawan baharu dan mungkin juga masalah baru baginya. Mungkin.

Namun, wajah opahnya cukup memberikan kesedaran besar baginya. Maruah opahnya cukup lebih penting dari segalanya. Mahu pula opahnya bekas guru di sekolah itu. Cukuplah, bertaubat untuk membuat kesalahan.

Drrrrt... Panggilan masuk dan diambil oleh Izrael yang perkemaskan rambutnya di hadapan cermin.

My heaven. Terpancar di screenphone  lantas, ikon hijau di tolak.

"Assalamualaikum, My."

"Waalaikumussalam, Miens. Miens tak rindu mummy ke?"

"Sumpah, demi Tuhan yang mencipta seluruh alam ini dan bersaksikan hati yang selalu merindui nabi ini. Mien rindu, cinta, sayang dan kasih pada mummy." Ayat yang sungguh manis terungkap dari bibir Izrael telah membuat hati Datin Ilya senang dan terubat rindu kepada anaknya seorang ini.

Tergeleng kepala Datin Ilya mendengar tutur kata daripada Izrael. Kalau tidak mengusik anaknya ini memamg tidak sah baginya. Ada sahaja tutur bicara yang akan keluar dari bibir teruna ini.

"Hari ini, Miens start sekolahkan?"

"Ya, mummy."

"Sekolah elok-elok. Jangan buat perangai, okey?"

"Ya. Miens akan sentiasa ingat."

"Dah sarapan?"

"Belum. Miens baru nak sarapan ni. Lepas tu, baru gerak pergi sekolah."

"Yelah, hati-hati. Nanti ada orang akan hantar Miens pergi sekolah. Dah upah orang untuk ambil dan antar Miens ke sekolah."Semua urusan anaknya semua telah di atur baik oleh Dato Danial. Meskipun, ego seorang lelaki tetapi hati seorang bapa tetap ada dan lembut untuk kebaikan anak lelakinya seorang ini.

"Yelah. Okeylah mummy, Mien nak gerak pergi sekolah dah ni nanti lambat. Nanti kirim salam dekat semua dekat sana. I love you. Assalamualaikum, jannati."

"I love you too. Waalaikumussalam." Panggilan mereka tamat.

Izrael meletakan I-phone S miliknya di atas katil dan mencapai beg sekolahnya lalu menuju ke dapur.

Dari jauh melihat opahnya yang sedang menyanyi lagu dangdut sambil mencuci pinggan. Kini mulalah idea kejahilan Izrael bermain di dalam fikirannya. Saja mahu cari fasal.

Beg sekolahnya di letak di kerusi lalu perlahan-lahan dia menghampiri opahnya.

"Seminggu sekali kau datangku membawa cinta yang suci. Auu auu eaa ah."Bernyanyi dengan jiwa yang riang.

"Duduk berdua di bangku bambuuu...."

"Bah!!!"Sergah Izrael.

"Oh, bambu kau bambu duduk."Latah Opah Izzah akan sergahan cucunya.

Ketawa Izrael setelah mengerjakan opahnya sehingga melatah.

"Ish, kamu ni. Ada juga koi humban dekat laut karang bagi jerung makan."Mencubit bahu cucunya. Geram sungguh perangainya. Nasiblah tak ada sakit jantung. Kalau ada, kena heart attact dekat situ juga.

Izrael menggaru tengkuknya tidak gatal. Rasa bersalah buat opahnya seperti itu. Izrael mencapai tangan opahnya lalu menyalam dan mencium tangan yang sudah berkedut itu.

"Rael minta maaf opah."Pohon atas kesilapan yang dia lakukan.

"Iyalah, koi maafkan. Moh makan, jap lagi kamu nak pergi sekolah."Izrael angguk lalu mereka menuju ke meja makan untuk menjamah.

Raeliz

Puas Encik Darfan melihat setiap enjin dan motor kereta. Apalah masalah kereta ini. Pagi-pagi macam inilah dia mahu buat hal. Sudahlah mahu digunakan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.

"Walid, kenapa ni?"Izfarni menghampiri walidnya yang kelihatan gelisah.

"Kereta ni Iz, buat hal pula."Melihat bekas minyak hitam.

"Habis macam mana ni? Lambatlah Iz nak ke sekolah."

Mendengar bicara anak daranya membuat hati Encik Darfan tersentuh. Dia tidak mahu anaknya lambat ke sekolah. Pasti jika lambat anaknya akan didenda kerana lambat.

"Walid, lambat lagi ke? Hari ini Dani ada pertandingan catur dekat sekolah lain."Dani menghampiri walidnya yang sudah berpakaian sekolah yang sudah rapi.

Encik Darfan mula pusing kepalanya. Bagaimana dia mahu hantar anaknya ke sekolah. Dia berfikir segenap lalu matanya beralih ke motorsikal Honda EX yang berada di bawah pokok.

"Kita naik motor. Tapi, walid hantar Dani dan Dina dulu. Sebab Dani ada perlawanan catur. Nanti walif balik, ambil Iz pula."Cadang Encik Darfan untuk memujuk anak-anaknya agar berlaku adil terhadap mereka.

Izfarni yang mengalah terhadap adik-adiknya hanya mengangguk.

Encik Darfan menghidupkan motorsikal miliknya lalu Dani dan Dina menaikinya.

"Iz tunggu sekejap ya."Izfarni angguk lalu mereka pergi.

Sementara menunggu Izfarni duduk di meja kerusi batu di hadapan rumahnya. Sempat juga dia membuka Al-Quran untuk menambah ayat baharu untuk kelas tahfiznya pagi ini.

Raeliz

Izrael mengikat tali kasutnya sementara menunggu kereta yang akan menghantarnya ke sekolah.

Sebuah kereta putih Produa Myvi memasuki ke halaman rumah Opah Izzah dan berhenti di situ.

Pintu kereta terbuka lalu keluar seorang lelaki. "Tuan muda."Hormat lelaki itu.

Izrael yang melihat susuk lelaki itu mula dengan wajah dinginnya. Kenapalah tiada orang lain?

Tharieq Haikal tersenyum melihat Izrael yang menyampah akan kehadirannya. Tharieq atau Rieq yang berumur 20 tahun adalah bodyguard Izrael yang baharu untuk menjaga keselamatannya dan kemana sahaja Izrael mahu pergi dia akan bawa. Tharieq juga adalah senior Izrael ketika dia masih bersekolah rendah.

Pada mulanya niat Tharieq hanya mahu mencari kerja sambilan sementara dia mahu mohon menjadi guru tetapi apabila Dato Danial menawarkannya berkerja di sini dengan gaji yang lumayan. Tharieq hanya bersetuju. Lagipula, Tharieq juga ada terhutang budi dengan Dato Danial yang selalu menghulurkan bantuan kepadanya dan adik perempuannya semenjak mereka kehilangan ibu bapanya ketika dia Tingkatan 5 kerana kemalangan.

"Kenapalah daddy bawa kau datang sini?"Pasrah Izrael.

"Mungkin jodoh."Usik Tharieq.

"Dahlah, aku nak kesekolah nanti lambat."Bangkit dari duduknya lalu mencapai pintu kereta.

Buka sahaja pintu kereta Izrael melihat Izfarni yang sedang membaca Al-Quran dari jauh. Dia beralih matanya ke arah jam tangannya, pukul 6.45 a.m..

"Tak pergi sekolah ke dia ni."Omel Izrael.

"Rieq, jap."Ujar Izrael lalu berlari ke arah Izfarni. Tharieq yang melihat Izrael hanya memandang kosong.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."Izfarni mengangkat kepalanya.

"Izrael?"Terkejut riak wajahnya. Bila masa lelaki ini ada di sini?

"Kau tak pergi sekolah lagi?"

"Kejap lagi, ayah aku hantar adik-adik aku dulu. Kejap lagi, hantar aku pula."

Izrael angguk. "Naik dengan aku."

"Eh, tak apalah. Kejap lagi sampailah ayah aku tu."Tolak Izfarni.

"Pergi sahajalah Iz. Tunggu walid kamu tu lambat kamu nak kesekolah nanti. Bukan kamu ada kelas tahfiz pagi ini. Nanti lambat pula."Ujar Puan Dayah yang baru sahaja keluar rumah.

"Tak apa ke umi, tak menyusahkan ke?"Segan Izfarni kalau dia menyusahkan orang lain.

"Tak pun, kitakan berjiran. Apa salahnya kita tolong jiran kita."Lembut tutur kata Izrael menjawab.

"Jadi kamu nak ikut atau tidak Iz?"Tanya Puan Dayah.

Izfarni berfikir sejenap. Mahu atau tidak. Nanti dia terlambat pula kelas tahfiz pagi ini. Dia tidak mahu lambat kerana mahu menambah ayat baharu.

"Bolehlah."Setujunya.

Izfarni menyalam uminya."Iz pergi dulu ya."

"Ya, baik-baik."Mencium anak daranya dengan penuh kasih sayang.

"Kami gerak dulu ya mak cik. Assalamualaikum."Ujar Izrael.

"Waalaikumussalam."

"Bye, umi. Ana huhibbu umi." melambai Puan Dayah lalu mereka pergi.

Sampai di kereta, Tharieq tersenyum mengejek. Ada sahaja akalnya mahu mengenakan Izrael.

"Ush, Rael bawa awek sekali."Sakatnya.

Izfarni yang mendengar mula berasa malu. Apa pula lelaki itu katanya seperti itu.

Izrael memandang tajam." Kau jangan pijak maruah perempuan. Malulah dia."Marah Izrael dengan seriuse.

Melihat muka Izrael seperti itu, gurauan Tharieq terdiam. "Maaf, tuan muda."Pohonnya. Ini bukan gurauan yang boleh dibuat gurauan oleh Izrael.

"Cepat, nanti lambat."Izrael membuka pintu seat hadapan. Manakala, Izfarni di belakang lalu mereka bergerak ke sekolah.

Raeliz

Setiba di hadapan pagar sekolah, mereka keluar dari kereta. "Terima kasih Izrael, bagi aku tumpang."

"Buat apa kau terima kasih dekat aku. Terima kasih yang bawa kita ke sini."Jawap Izrael.

"Terima kasih...."

"Tharieq,Rieq pun boleh."Jawap Tharieq memperkenalkan  dirinya.

"Terima kasih Abang Rieq. Iz masuk dulu ya. Izrael aku masuk dulu ya. Bye, abang!"Senyum Izfarni lalu masuk ke dalam sekolah.

Tharieq menyiku bahu Izrael."Dia panggil aku abang. Kau bila lagi?"

Izrael pandang malas. Malas mahu melayan lelaki seperti ini. Perangai Tharieq dengan abangnya saling tidak tumpah. Ada sahaja mahu mengusiknya.

"Dahlah, aku kena daftar masuk dulu ni."Ujar Izrael lalu melangkah masuk yang diikuti Tharieq dari belakang.

Tharieq mengeluarkan telefonnya lalu mengambil gambar Izrael secara diam-diam tanpa di ketahui oleh Izrael untuk melaporkan keadaan Izrael kepada Dato Danial.

Namun dari sudut yang lain, sedang memperkemaskan kemejanya di cermin namun tumpuannya mula beralih apabila motification masuk pada I-phone miliknya. I-phone diambil lalu menekan motification yang baru sahaja masuk tadi.

Tharieq. Beberapa gambar yang dihantar oleh Tharieq. Kesetiap gambar yang dihantar telah dilihat oleh Dato Danial. Namun, hanya sekadar gambar telah membuatnya terukir senyuman diwajah tegangnya itu.

"Daddy doakan, Miens jadi budak yang pandai dan bangga mummy dan daddy suatu hari nanti. Maafkan daddy Miens." Luruh hati seorang ayah yang melihat anaknya seperti itu.

Raeliz

Semenjak pagi tadi, sekolah heboh dengan kedatangan budak baharu yang kacak. Habis kesemuannya budak-budak sekolah bergosip tentang perkara ini. Mahu pula bagi para pelajar perempuan yang asik menayakan siapa pelajar itu.

Izfarni dan Mawar berjalan sambil melihat circle pelajar perempuan yang sedang membincangkan sesuatu.

"Apa hal tu War?"Menunjuk pelajar-pelajar perempuan tidak jauh dari mereka.

"Dia orang tengah borak pasal budak baru."

"Budak baru?"

"Ya, katanya Form 3."

"Oh, Izrael lah ni."

"Izrael? Izrael sekolah dekat sini ke?"Terkejut Mawar mendengar kata-kata Izfarni.

"Ya, pagi tadi baru koi tumpang dia datang sini."

"Sumpahlah."Tidak percayanya.

"Ikut ouk lah."Pergi menuju ke kelasnya.

"Wey, tunggu koi."Berlari mengejar Izfarni.

Raeliz

Serabut kepala Jibrael menahan bising dari kalangan pelajar wanita yang tidak habis bising di belakang. Dia mahu menghafal pun tidak fokus dengan hafalannya. Serabut.

"Woi!" Jerik Jibrael sehingga terdiam satu kelas.

"Dah tak ada maruah ke apa? Bising tahu tak orang nak menghafal."Bengis sahaja muka Jibrael. Sudah lama dia mendiamkan diri dan bertahan seperti ini.

"Maaflah."Pohon salah seorang pelajar perempuan akan kesalahan mereka yang mengganggu Jibrael.

Jibrael adalah seorang pengawas sekolah dan selalu profesional dengan kerja dan tugasannya setiap diamanahkan. Dia bukanlah sejenis yang suka marah dan menjerik tetapi jika perlu dia terpaksa buat.

Tuk! Tuk!

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience