Jibrael menatap dua wanita yang berada dihadapan matanya dengan penuh senyuman. Keduanya gadis itu orang paling dia sayangi. Seorang sepupu yang ada bersamanya disaat susah dan senang dan seorang lagi, buah hati yang amat dia sayangi malah dicintai sepenuh hati.
Izfarni yang rancak berbual dengan Mawar itu ditegurnya."Iz, aku dengar Izrael lamar kau."Sengaja dia mahu bertanya itu kepada sepupunya ini.
Mawar sudah ternganga mendengarnya. "Iz! Seriuselah!"Sungguh ini sangat mengejutkannya.
Izfarni sudah pening mahu mengatakan apa yang perlu dia terangkan kepada pasangan ini. Ish! Izrael ini tidak pandai simpan rahsia langsung.
"Ya, tapi aku masih belum beri keputusan."Mahu atau tidak, dia perlu berterus terang.
"Iz, apa susah kau terima sahajalah Izrael itu. Dia itu limited edition kut, tak akan kau nak tolak." Kenapalah kawannya perlu abaikan perkara yang satu dalam sejuta.
"Aku masih ragu."Izfarni memikirkannya sambil mengacau air minumannya dengan penyedut minuman.
"Aku rasa baik kau solat istikharah, Iz. Ini pun melibatkan masa depan kau." Cadang Jibrael memberi pendapatnya.
"Itulah, aku ada fikir juga nak solat istikharah."Memang dia mahu lakukan tetapi entah bila dia mahu lakukan.
"Kalau aku, aku terima sahaja Izrael itu."Jawab Mawar lancang.
Jibrael yang sedang memeluk tubuh sudah mencebik namun riak wajahnya tetap ditapis. Dia tisak mahu menunjukkan dirinya cemburu walaupun memang dia cemburu.
Izfarni yang sudah faham melihat wajah Jibrael yang mendatar itu, mencubit pinggan Mawar.
"Aduh! Iz."Marahnya. Namun, apabila melihat wajah Izfarni yang memberi isyarat kepada Jibrael. Terus Mawar memandang wajah Jibrael yang sedang menyedut minuman.
"Abang, Mawar minta maaf."Pohonnya kerana kelancangannya berkata-kata.
"Tak ambil hati pun. Izrael memang sempurna berbanding abang. Benda yang kenyataan."Jibrael memeluk tubuhnya.
"Abang, jangan ambil hati. Mawar kata sebab nak sport Iz sahaja."Aik, namanya juga dipetiknya.
"Lain kali cakap fikir dahulu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak cemburu buruk padahnya."Ketawa kecil Izfarni melihat pasangan yang yang pujuk memujuk kerana cemburu akan kawan baiknya. Kawan baik?
"Iz! Abang."Kenapa orang tidak mahu membelanya sekarang ini?
Jibrael langsung tidak layan dengan panggilan Mawar. Dia mahu lihat sejauh mana Mawar memujuknya. Selalunya asik dia yang mengalah, kini gilirannya pula.
"Abang."
"Ada yang marah. Eh! Waktuku godamu bermain mata denganmu. Dia cemburu. Eh! Haha."Nyanyi Izfarni dan ketawakan mereka. Sangat comel.
"Izfarni!"Geram Mawar. Orang tengah pujuk ini. Dia boleh buat main.
Raeliz
Terasa berlainan apabila makan bertiga. Selalunya dia akan makan berdua bersama isterinya tetapi hari ini ada orang ketiga.
Izrael yang berpakaian uniform tentera dipandang dengan penuh bangga. "This is the first time. I've seen you wearing a navy uniform."
"Well. You should be proud to have a younger brother like me. The idol of women." Riak Izrael. Wajib Darren perlu ada rasa seperti itu.
"Anyway, I heard you admit that I'm your brother a moment ago." Kini Darren pula yang berwajah riak. Akhirnya setelah bertahun-tahun Izrael mengakuinya.
Izrael menjeling Darren yang rasa dia sudah menang. Namun, apa dia sudah lupa kejadian semalam. Darren meminta maaf kepada Izrael akan mulutnya yang lancang berkata-kata. Dan di situlah, kemenangan kembali kepada Izrael kembali.
"I still haven't forgotten myself. But, I still won." Meskipun dia berkerja di laut namun dia tidak akan lupa darat asal usulnya. Ini bukan cerita kacang melupakan kulit.
"You're wrong my brother. You still haven't won because you said you're the man women are interested in but why are you still single, my angel." Darren mencicip air kopi yang masih hangat dibancuh oleh isteri tercinta.
Mata hazel itu menatap maut Darren. Ini sahaja tekniknya untuk mengalahkannya. Air kopi yang hangat diminum sebelum mulut membuka kembali.
"If you must know, I've proposed to a woman. Aren't I single anymore?" Hampir tersembur Darren mendengar kata Izrael. Biar betul adiknya melakukan perkara itu.
"Are you kidding? Or did I hear you wrong?" Rasanya telinganya masih berfungsi dengan baik. Tidak mungkin dia salah dengar.
Salbella yang diam dari tadi mendengar perdebatan antara dua adik beradik ini mula membuka mulut. "Nampaknya, tidak lama lagi kita makan nasi minyaklah abang." Mesti pilihan adik iparnya cantik seperti orang yang memilihnya. Lihatlah Izrael, tidak dapat dinafikan lelaki ini memang sangat kacak dan bergaya.
"Akak, Miens minta diri dulu. Terima kasih untuk makanan ini. Sedap." Jujurnya dari hati. Izrael berdiri untuk siap ke tempat kerjanya.
"Sama-sama. Akak masak biasa-biasa sahaja." Lagi pula dia memasak bihun goreng biasa sahaja. Campak-campak, siap.
"Miens, gerak dulu."Senyum Izrael lalu mengambil langkah untuk pergi namun, ditahan oleh Darren.
Kening Izrael terjongket sebelah. Ada apa yang dia lupa ke, sehingga Darren menghalangnya.
"Lebih afdal kalau salam abang sebelum pergi kerja."Menghulurkan tangannya.
"Bukan ke, lebih afdal salam kakak ipar sebelum pergi kerja."Giliran Izrael yang melawan. Ada hati mahu kacau mood orang di pagi hari ini.
"Do you want to die?" Wajah Darren sangat serius. Jangan pernah bermain dengan isterinya. Dia sungguh pantang.
Salbella sudah terkedu namun, wajah dan amaran itu tidak memberi kesan kepada Damiens Izrael yang keras hati ini. Langsung tidak dilayannya. Setakat muka Darren, muka Dato' Danial Izham pun dia tidak gerun sesama sekali.
"Relax, bro. I'm just kidding." Bahu Darren ditepuk lalu huluran tangan Darren diambilnya.
Terus senyum Darren. "Ha, baru namanya adik yang mithali." Mudahkan kalau Izrael ini mendengar katanya sebagai seorang abang.
Apabila Izrael mahu mencium tangan Darren namun, perkara itu mustahil akan dilakukan oleh seorang Damiens Izrael. Tangan Darren digigit.
"Arght! Damiens Izrael!" Jerik Darren namun dengan pantas Izrael melarikan diri.
"Terima kasih akak! Miens pergi kerja dahulu!" Jerik Izrael yang berlari ke arah pintu utama.
Salbella yang melihat tingkah laku adik beradik itu membuatkan dirinya geli hati. Comel sangat dan sweet.
"Sayang ketawakan abang?"Tangan yang digigit Izrael tadi diusapnya. Berkesan Izrael menggigitnya.
"Siapa suruh abang cari fasal dengan Damiens?" Siapa yang mulakan dahulu permainan ini?
"Sayang nak bela Damiens berbanding suami sendiri. Sampai hati sayang." Sungguh terasa di hati. Mahu ambil simpati namun, lebih memilih orang ke tiga.
"Ikut abang nak kata apa. Sayang nak cepat pergi kerja ini."Mengambil pinggan yang dipakai oleh mereka lalu dibawa ke dapur.
"Sayang. My wife." Merengek Darren apabila isterinya enggan memilihnya dari adiknya sendiri.
Raeliz
Izrael berjalan di kawan kem yang baharu. Dia perlu melihat tempat baharu ini agar dia selesa untuk berkerja disini.
"Izrael!" Panggil Luth yang melihatnya dari jauh. Tersenyum Izrael melihat kawannya berada disini setelah lama mereka berpisah. Kali terakhir bertemu apabila Luth memberi tahunnya mahu pulang ke kampung.
Berlari kecil Luth Mahfuz ke arah Izrael. Setiba di hadapan lelaki itu, tanda hormat diberi. "Tuan!" Tabiknya.
"Tak payah nak berlebih lebih." Ada sahaja perangai si Luth ini.
"Macam mana tempat baru?"Tanya Luth.
"Okay, not bad. Kau?" Tanya orang, dia pun sama juga.
"Not bad jugalah."Sama sahaja apa yang dirasakan oleh kawannya.
"Rael, kau dah balik jumpa family kau belum?" Sudah jejak di tanah kelahirannya tidak akan tidak bertemu lagi.
"Aku dah jumpa opah, adik lelaki aku dan abang aku. Tapi, mummy, daddy dan adik perempuan aku belum lagi."
Mendengar itu, Luth dapat fahami. Mesti Izrael masih belum pulang ke rumah keluarganya.
"Inshaallah, petang ini aku balik. Kau jangan risalah. Lunch ini teman aku. Aku nak kenalkan kau dengan kawan aku." Dia juga lama sudah tidak bertemu dengan dua lelaki itu. Sungguh dia merindui mereka.
"Boleh, asalkan kau belanja." Itu syarat kalau mahu dirinya ikut.
"Boleh sangat." Tiada masalah kalau mahu belanja makan.
"Tuan!" Datang seorang kadet tentera kepada mereka sambil memberi salam hormat.
Leftenan Luth Mahfuz dan Leftenan Damiens Izrael tabik atas salam hormat kadet itu.
"Tuan, Tuan Kamal panggil tuan berdua untuk mengadap tuan." Tegas suaranya menyampaikan amanah.
"Baik." Balas Luth.
"Izin saya minta diri dulu, tuan." Luth mengangguk.
Setelah selesai penyampaian itu, kadet itu menghentak kakinya lalu keluar baris setelah tabik diberi dan segera pergi.
"Jom, Tuan Kamal dah panggil." Memeluk bahu Izrael lalu pergi bersama.
Raeliz
Gambar keluarga bahagia itu ditatap dengan penuh kerinduan. Sungguh dia rindu saat itu. Andai masa dapat diputar itulah saat dia mahu ulang kembali bersama anak-anaknya.
"Darren Iskandar. Damiens Izrael. Dayeana Izzatie. Dafeal Isaac." Satu persatu anak-anaknya disebut. Jujur itulah nama yang amat dia ingati dan disimpan di dalam hati.
"Maafkan, daddy. Ini semua salah daddy. Tapi, daddy buat sebab daddy sayang anak-anak daddy. Kau oranglah, satu-satunya harta yang paling berharga buat daddy. Maafkan daddy." Gambar itu diusap dengan ibu jarinya.
Tanpa dia sedari, air mata seorang ayah akhirnya jatuh atas kekhilafannya. Sungguh dia menyesal apa yang dia lakukan selama ini. Dia ingat ini jalan yang terbaik untuk didik anak-anaknya tetapi jangkaannya salah.
TUK! TUK!
Air mata yang mengalir diusap. "Masuk!" Izinnya.
Pintu biliknya dibuka." Dato', Engku Husain sudah sampai."
"Baiklah."Dia berdiri untuk bersiap sedia untuk meeting yang akan diadakan.
Gambar tadi diletakkan kembali dan disusun kemas sebelum melangkah keluar dari biliknya.
Raeliz
Sudah lama mereka tidak bersua muka setelah bertahun-tahun. Akhirnya, bertemu kembali.
Tangan lelaki-lelaki itu disalam olehnya dan diikuti oleh kawan yang hadir untuk menemaninya. Kerusi yang tersedia diduduk.
"Makin segak kau ya, Tuan Leftenan Damien Izrael." Teguhnya sambil melihat baju yang dipakai Izrael. Ternyata kawannya seorang tentera laut.
"Kau apa kurangnya Doktor Hero Ezz Eskandar."Bukan dia tidak tahu kawannya ini seorang doktor bedah yang sangat pakar.
"Untunglah, semua ada pangkat. Seorang Leftenan dan sorang Doktor. Tak mampu." Bertuah kawan-kawannya mempunyai pangkat dengan usaha mereka selama ini.
"Jangan nak mulakan pedebatan. Sini bukan makamah. Walaupun kau itu peguam, Tengku Muhammad Khaleed Qard." Ezz membuang pandangannya. Cakap orang lain. Pangkatnya yang dari lahir itu lebih besar dari mereka.
Luth Mahfuz yang melihat dan mendengarkan perbualan mereka hanya terdiam. Dari segi pandangan dan apa yang dia dengar, nampaknya kawan Izrael ini bukan orang yang biasa-biasa.
Izrael yang melihat Luth yang hanya terdiam itu mula menegur lelaki itu. "Luth, kenalkan. Ini Ezz dan Khaleed. Kawan aku dari sekolah lagi." Kenalnya untuk pertemuan yang pertama.
"Luth Mahfuz."Senyum Luth memperkenalkan dirinya.
"Aku rasa kau pun sudah kenal kami apa yang kau dengar. Kau pun Leftenan macam Izrael ini juga ke?" Tanya Khaleed.
Luth hanya mengangguk."Ya, tengku." Jawab Luth dengan penuh hormat.
Khaleed yang tergumam dengan panggilan itu merasakan kurang selesa dengan panggilan itu. Memang benar dia seorang Tengku. Tetapi, lebih baik bukan hanya panggilnya dengan namanya. Dia tidak suka orang mengangkatnya dengan pangkat uang diwarisi keluarganya.
"Tak perlu nak bertengku-tengku. Dah macam tungku aku rasa kalau tengku-tengku ini. Panggil aku Khaleed sahaja." Itu panggilan yang lebih selesa baginya.
"Luth, kau tak payahlah nak segan. Khaleed memang tak suka orang panggil dia tengku. Sepanjang kita orang kawan pun dia memang tak suka panggil dia tengku." Jujur, Khaleed memang pantang orang gelarnya tengku apabila mereka bergelar kawan. Dia mahu seerti orang biasa apabila dilayan.
"Baik."Luth hanya mengikuti kehendak mereka.
"Luth, kau tak rasa seram ke kawan dengan Izrael ni?" Soal Ezz.
Luth hanya binggung. Seram? Seram kawan dengan Izrael? Kenapa pula dia mahu seram?
Izrael sudah menjelingkan matanya menatap Ezz. Ada bendalah itu dia mahu memainkan Luth.
"Kenapa seram?" Kawannya langsung tidak seram.
"Diakan Izrael. Malaikat Maut. Tak takut?"Sudah apa yang dijangka oleh Izrael memang betul.
Luth sudah tersengeh mendengar lawak hamba oleh Ezz. Mahu ketawa ke, mahu diam sahaja.
"Eh! Ezz, manalah dia nak takut kalau dia pun Luth Mahfuz. Semua takdir telah tertulis disitu. Sah-sah, ajal dan maut sudah diketahui. Sebab itu dia orang ini dapat berkerja sama." Kini Khaledd pula yang sudah masuk air. Izrael hanya berdiam diri. Kalau sudah berjumpa dua orang ini memang kena layanlah perangai loyar buruk mereka.
"Habis, Ezz. Kau tak takut kawan dengan kita orang. Kalau Khaleed ini aku tak kisah kalau dia ini Pedang Allah."Luth hanya melayan mereka berdua. Mungkin dia sudah masuk air juga kerana dua orang ini.
"Aku Herolah. Mestilah kuat."Ezz membalasnya sambil menunjuk otot tangannya.
Izrael hanya memicit batang hidungnya."Sudah bercakap perkara merapu. Nak makan apa? Aku belanja." Perutnya sudah lapar mendengar mereka berbual.
"Waw! Tuan Izrael nak belanjalah." Kagum Khaleed.
"Bukan selalu."Jawab Ezz.
"Weanter!"Panggil Izrael sambil mengangkat.
Raeliz
TING TONG!
BERSAMBUNG.....
Share this novel