Izrael berpaling ke arah sahabatnya itu. "Kau jangan nak rosakkan suasana."Amaran keras.
"Perosak sudah berambus tadi."Kata Khaleed.
"Who?" Binggung Izrael.
"Lilin dan ibu mancis."Kata Ezz yang berkata tanpa tapisan.
"Biarkan mereka. Aku malas nak rosakkan hari kebahagiaan aku."Kata Izrael.
"Hai, Iz. Cantik awak hari ini."Puji Luth kepada Izfarni.
"Thank." Senyum Izfarni.
"Tengoklah siapa suami dia."Riak Izrael.
"Orang puji Iz. Yang kau nak melebih, apa hal?" Kata Ezz. Perasaan.
"Yang tidak laku, diam."Balas Izrael.
Terus ketawa Luth dan Izfarni mendengar perbahasan mereka.
"Kau, Luth. Bila?"Suka sangat ketawa dekat orang.
"Inshaallah, Ahad ini."
"Sumpahlah?"Terkejut Izfarni, Ezz dan Khaleed.
"Aku sudah bincang dengan kedua keluarga. Dia orang kata, okay." Senyum Luth dengan bahagia.
"Tak sabar Iz nak makan nasi minya Luth."Terujanya. Tidak sabar mahu melihat siapa calon isteri kepada Luth Mahfuz ini. Mesti cantik orangnya.
"Emm. Diam-diam rupanya berisi. Kita ini?"Kata Ezz. Jodoh masih tidak dijumpai.
"Aku tengah tunggu jodoh aku membesar sahaja."Kata Khaleed.
Izfarni, Izrael, Ezz dan Luth jadi binggung dengan ayat Khaleed. Apa maksudnya sekarang ini?
"Qalby fi qalbi." (Qalby di hati saya) Kata Khaleed dengan angaunya.
Ezz memeluk bahu Luth."Orang gila sudah pergi, ada orang baru pula yabg daftar. Tak lama sudah budak ini. Jom, Luth. Teman aku makan."Pergi bersama Luth.
"Woi,Ezz! Berani aku tinggalkan aku!"Mengikuti Ezz yang meninggalnya bersama Luth.
"Apa maksud Leed tu?"Tanya Izfarni kepada Izrael.
"Entah. Jom, sweetlove." Memeluk pinggang isterinya untuk pergi bersama.
Raeliz
Suaminya yang sedang menikmati angin di luar balkoni dipandangnya dari jauh. Tangannya yang memegang sesuatu itu, membuatnya tersenyum bahagia. Bagaimana reaksi suaminya apabila melihat ini agaknya?
Suaminya dia menghampiri lalu memeluk tubuh itu dari belakang. "Bie."
Iwan yang merasakan pelukan isterinya itu terus berpaling ke arah isterinya. "Yes, dear." Mengusap rambut isterinya.
Irany tersenyum manis sambil menatap suaminya. "I suka mata bie. Cantik. "Mengusap mata suaminya.
Senyuman yang manis terus bertukar kepada tawar."Nanti ada orang yang akan tiru mata itu."
Kening Iwan berkerut."Who?" Siapa pula?
Irany tersenyum lalu mengambil tangan Iwan membawa ke perutnya. "Dia."
Iwan menjadi terkaku. Apa benar yang berada di benak fikiran ini yang dimaksudkan oleh isterinya. "Dear, pregnant?"
Irany tersenyum. "Rezeki kita awal, bie."
"Thank, dear." Menangis Iwan dalam kebahagiaan. Dia harap akan kehadiran anak kecil ini akan menambahkan kebahagian mereka.
Raeliz
"Hey, perempuan! Kau nak pergi mana?" Marah Illy kepada Izfarni.
Izfarni yang mendengar panggilan itu hanya dibiarkan. Dia hanya terus menuju ke tangga untuk ke dapur. Tekaknya kering mahukan air. Malas mahu layan orang gila ini.
"Perempuan! Kau pekak ke? I call you!" Pekik Illy sambil mengejar Izfarni.
Izfarni berhenti lalu menatap Illy dengan geram."Kau nak apa?" Apa lagi masalah perempuan ini?
Illy menatap Izfarni dengan kebencian. "I nak Abang Miens!"
"Dia tak ada. Dia pergi misi. Berapa kali nak kata."Susah betul berkata dengan orang tidak faham bahasa ini.
Izfarni yang malas mahu melayan perangai gila Illy terus meneruskan tujuan asalnya. Buat sakit otak sahaja melayan orang seperti ini.
Illy tersenyum sinih. "But, I want you dead." Mengejar Izfarni lalu menolak Izfarni hingga jatuh dari tangga.
Tergolek Izfarni seperti tayar dari tangga atas hingga ke bawah. Seluruh tubuhnya rasa kesakitan dan kepalanya mula berdenyut yang amat sakit. Dalam fikirannya hanya satu. Suaminya, Izrael.
Dia masih ingat momen dia bersama Izrael sebelum lelaki itu pergi misi. Senyuman itu, masih terlihat jelas diingatannya.
Rambut isterinya diusapnya. "Kau jaga diri tau."Pesannya.
"Sepatutnya aku yang kata kau macam itu. Kau itu, jaga diri. Aku tak nak kau terluka dah."Rahang suaminya dikelus.
"Inshaallah, aku tak janji."Semuanya telah di tentukan Yang Maha Esa.
Izfarni hanya mampu tersenyum. Izrael yang melihat isterinya itu, mencium dahi isterinya. "Jangan lupa sambut aku balik."
"Iya."Senyum Izfarni.
Izrael mencium tangan isterinya. "Tunggu abang balik, sweetlove." Sungguh dia merasa berat untuk meninggalkan isteri tercinta.
Izrael melepaskan pelukan mereka lalu pelahan-lahan pergi meninggalkan isterinya. Demi negara, dia terpaksa korban untuk meninggalkan isterinya.
"Sayang tunggu abang."Senyum Izfarni melihat Izrael yang pergi meninggalkannya untuk sementara.
Namun, kini. Mungkin dia yang akan meninggalkan suaminya untuk selamanya.
"Illy."Terkedu Datin Ilyana yang membawa dulang yang berisi gelas kaca yang berisi air putih dan ubat untuk diberikan kepada anaknya melihat Izfarni yang terbaring di lantai dengan darah di kepalanya.
Illy Lilians yang melihat gelas yang berada di dulang Datin Ilyana segara diambilnya lalu dibaling ke arah kepala Izfarni.
"M-maafkan s-sayang, a-abang." Pemintaan suaminya kali ini dia tidak mampu tunaikan. Dia tidak boleh menunggu suaminya.
PANG!
"Mati kau!" Ketawanya dengan ria manakala Datin Ilyana sudah terkedu.
Mata yang kelabu tadi sudah terpejam. Bayangan senyuman suaminya sudah terpadam. Hanya satu dia harapkan iaitu Tuhan Yang Maha Esa.
"Abang Miens milik I. Hahahaha!"Ketawanya dengan rambut yang berantakkan.
Terjatuh Datin Ilyana melihat Izfarni. Apa yang harus dia lakukan? Apa yang akan katakan kepada Dato Danial? Kakaknya? Lagi-lagi Damiens Izrael, suami kepada Izfarni. Bagaimana?
TING TONG! Illy dan Datin Ilyana menatap pintu utama rumah Dato Danial.
----------
Next: #raeliz32
"Miens nak isteri Miens, mummy. Sweetlove, abang."-DAMIENS IZRAEL
Iz? Apakah takdir ini sungguh menyakitkan? nak komen lagi?
Share this novel