#raeliz16 ii

Romance Series 14536

"Aduh!"Kepala Dafeal diketuk oleh Opah Izzah. Buat perangai budak ini. Kalau tidak buat perangai tidak sah.

"Tiada siapa nak kenal dengan kamu Feal."Geleng Opah Izzah.

"Tak baik main kepala orang opah. Allah murka. Opah yang kata."Jawab Dafeal sambil menggosok kepalanya.

"Allah lagi murka kalau kamu tak nak dengar kata koi."Balas Opah Izzah membuat Dafeal terdiam. Terus muncung macam itik. Sentap.

"Mummy." Mengadunya kepada Datin Ilya. Namun, Datin Ilya hanya ketawakannya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."Orang yang berada di dalam rumah beralih pandangan ke arah pintu sambil menjawab salam.

Izfarni yang melihatnya dengan senyum berharap orang yang dinanti terus terpadam senyuman. Jibrael.

"Jemput masuk, calon penganting."Ujar Jibrael dengan penuh hormat.

Kembali tersenyum Izfarni.

Sekali lagi senyuman Izfarni terpadam. Khaleed yang masuk ke dalam rumah.

"Eh, salah orang!"Terus Luth menarik Khaleed yang mendahului mereka.

"Assalamualaikum."Senyum Izrael setelah langkah masuk ke dalam rumah.

Terus tersenyum Izfarni melihat Izrael. Namun, senyumannya hilang lagi bila melihat Izrael. Izrael memakai jaket berwarna hitam. Tak machinglah.

"Maaf semua lambat."Izrael menyalam para lelaki di situ dan diikuti Luth, Ezz dan Khaleed.

Semasa Izrael mahu menghampiri Datin Ilya semua memberi laluan kepadanya namun Darren menghalangnya.

Darren menghulur tanganya. Dia mahu Izrael salam tangannya. Malas berbasah basi dia menyalam tangan Darren berserta mencium Idrees dipangkuan Darren. Dia tidak sabar mahu berjumpa cik tunangnya.

Izrael menyalam Datin Ilya. "Kenapa lambat Miens?"Soal Datin Ilya.

"Jalan sesak my." Jawabnya sambil menggaru tengkuk.

Izrael memandang Izfarni yang sudah bermasam muka. Dia tahu kenapa Izfarni bermasam muka ini.

"Apa khabar, cik tunangku?"Soal Izrael.

"Alhamdulillah, belum mati lagi."Jawab Izfarni dengan spontan. Datin Ilya yang berada disebelahnya diendahnya. Dia tengah bengang ini. Semalam ajak pakai baju warna merah jambu tapi dia pakai baju lain. Sudahlah pakai jaket.

Semua disitu ketawa dengan jawapan Izfarni termasuk Datin Ilya. Mungkin, ini sebabnya kenapa anaknya pilih Izfarni.

"Abang cepatlah duduk sebelah Kak Iz. Atie nak tangkap gambar ini."Baju Izrael ditariknya. Datin Ilya terus berdiri.

"Tak halal lagi tak boleh duduk sebelah. Biar koi duduk tengah-tengah."Terus Opaha Izzah duduk disebelah Izfarni. Melihat Opah Izzah sudah duduk sebelah Izfarni terus Izrael duduk disebelah Opah Izzah disisi lain.

Cameramen yang telah diupah, bersiap sedia untuk mengambil gambar.

"Wait!" Izrael menghentikannya untuk mencabut jaket yang dipakainya.

"They don't love you like I love you." Ada yang menyambungnya dengan menyanyi sambil menari. Ternyata Ezz, Khaleed dan Luth.

"Wait!" Terus mereka bertiga dengan tarian mereka.

Semua mata yang melihat mereka bertiga sudah ketawakan mereka termasuk cameramen yang turut ketawakan mereka sambil tangkap gambar mereka.

"They don't love you like I love you."

Izrael sudah malu melihat kawan-kawannya sudah masuk air. Tidak mahu mengaku kawan rasanya. Tunangnya yang baru bergelar tadi sudah ketawakan mereka. Mana mereka letak kemaluan mereka.

"Ma-a-a-a-aps."

"Maps. Maps. Maps."

Izrael mencabut jaketnya lalu dicampak ke arah mereka bertiga. Buat malu sahaja. Habis rosak pertunangannya ini.

Jaket tadi dibaling, tepat tepat kena muka Ezz. "Habis muka kacak aku."Jaket dibaling tadi dicampak ke arah Khaleed lalu dibetulkan penampilannya.

"Asal campak dekat aku?"Khaleed menyambut jaket tadi.

"Dapat pahala."Kata Luth sambil mengeluarkan phone untuk menangkap gambar Izrael dan tunangnya. Boleh letak dekat story Instagram. Tulis dekat bawah, member sudah tunang kita bila lagi.

Izfarni yang menyedari pakaian yang dipakai Izrael terus membuatnya tersenyum sambil melihat kamera. Pipinya sudah sudah bertambah merah dengan solekan dan malu. Izrael pakai baju merah jambu sama sepertinya.

"1,2,3."Siap sedia untuk bergambar.

Izrael dan Izfarni cium pipi Opah Izzah dengan serentak di sisi mereka.

"Hihi. Kenapa aku single lagi ini?"Khaleed memeluk Ezz sambil berpura-pura menangis.

"Tidak mengapa 6 tahun dari sekarang aku akan kawin."Menepuk belakang Khaleed yang memeluknya.

"Aku?"Menatap Ezz yang masih dipeluk.

"10 tahun akan datang."Jawab Ezz.

"Apa?!"Terus Ezz memeluk kepala Khaleed ke dekapannya.

Lepas kau. Aku pula, Izrael. Omel Luth sambil tersenyum. Tidak sabar juga mahu kawin.

Jibrael yang memerharikan mereka dari belakang hanya tersenyum. "Semoga kau bahagia kali ini, Iz." Senyumnya sambil menangkap gambar Mawar dari jauh.

Buk!

"Muhammad Jibrael Luqman!"Marah Encik Jamal.

"Nak, kawin!"Semakin gatal anaknya ini. Suruh kawin bagi alasan tidak cukup duit tapi hakikat gatal.

"Baik, abah."Menggosok kepalanya.

"Baik. Baik. Ada juga aku buka langkah karang."Jadi pertarungan silat bapak dengan anak kalau dia buka langkah nanti. Tidak fasal-fasal pertunangan pun ada silat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience