"Iz, abang minta maaf sebab tak dapat datang konvo Iz hari itu."Rasa bersalah kerana dia tidak hadir untuk bersambut bersama tunangnya kerana sibuk.
"Tak apa, Iz faham."Lagi pula dia tidak berharap sangat lelaki ini akan hadir. Baginya tiada apa lain pun sekiranya lelaki ini hadir. Jujur di hatinya bukan lelaki ini yang diharapkan melainkan malaikat maut itu.
"Bila Abang Wan ambil cuti?" Waktu sudah singkat. Bila dia akan bersiap sedia untuk hari kebahagiaan mereka yang sudah hampiri.
Pada hujung bulan ini, Izfarni dan Iwan akan disatukan setelah beberapa tahun berjalankan status sebagai tunang. Giliran step yang terakhir.
"Sehari sebelum kita akad nikah baru abang cuti. Sekarang ini job banyak masuk." Kebelakang ini, dia hanya sibuk dengan projek baharu dan sering outstation untuk melihat tapak projek.
Izfarni hanya mengangguk. Tiada apa yang boleh dia kata kalau begitu telah dia berkata.
"Iz, kita kena balik. Akak aku nak bersalin."Datang Mawar secara tiba-tiba.
"Abang Wan, kita orang balik dulu ya." Izfarni mula gelabah melihat kawannya yang sudah menggesa.
"Iyalah, hati-hati."Pesan Iwan sebelum mereka melangkah pergi dan hanya memerhatikan mereka dari jauh.
Ting!
Raeliz
Darren yang baharu sahaja mendodoi anaknya sehingga tidur, diletakkan Idrees kedalam baby bed dengan perlahan-lahan. Hari ini, Idrees hanya buat perangai dan asik menangis kerana demam. Oleh itu, susah untuk Darren berpisah dengan anaknya. Kerana banyak ragamnya. Nasiblah, hari ini dia cuti. Boleh jagakan anak lelakinya seorang ini.
Drtt.... Telefonnya berbunyi. Pantas Darren keluar dari bilik itu kerana tidak mahu anaknya terjaga.
Tertera di layaran telefon. Opah comel. Darren menghembus nafas. Dia tahu mengapa opahnya menelefonya kerana satu angkara. Ikon hijau diseret.
"Assalamualaikum."Senyum Darren melihat opahnya di screenphone.
"Waalaikumussalam. Darren, kamu tak kerja?" Melihat cucunya berada di rumah.
"Tak, opah. Cuti. Lagi pun, jaga Idrees ni. Demam sikit."Ceritakan tentang keadaan anaknya.
"Demam? Siannya, cicit koi. Macam mana dia?" Kasihan pula mendengarnya.
"Dah reda sikit demam dia. Ini pun tengah tidur."
"Iyalah, kalau begitu." Dia faham yang Darren dapat mengatasinya. Cucunya seorang doktor. Tak akan anak demam tak boleh nak uruskan. Bagi seorang doktor hanyalah perkara kecil.
"Darren, mana Dafael?"Soalan yang dapat dijangka olehnya sudah ditanya.
"Sekejap opah."Darren segera turun ke bawah.
Dari atas dapat dia lihat Dafeal sedang bergurau sakan bersama anak perempuannya. Siap gelak ketawa lagi.
Darren menghampiri mereka. "Feal, nak."Telefon diberi.
"Apa ni along?"Secara tiba-tiba.
"Ambil sahaja."Banyak pula ditanya.
Dafeal yang hanya blur mengambil telefo yang diberi oleh Darren. Lihat sahaja telefon itu, muka Dafeal sudah berubah.
"Opah?"Segarisnya.
Darren yang melihat riak wajah Dafeal sudah berubah mendukung anaknya dibawa pergi sambil tersenyum. Habislah.
"Jauh betul kamu lari ya, Dafeal?" Merajuk sekalipun janganlah sampai lari rumah. Nasib baik boleh dikesan.
Dafeal hanya tersenyum menayangkan sebaris giginya. Tangannya tidak pula berhenti menggaru tengkuknya.
"Kamu merajuk dengan koi?"Hey, kecil hati betul cucu bongsunya seorang ini. Cepat sangat terasa. Hati tisu.
"Yelah. Dafeal tahulah. Dafeal tak macam Abang Miens. Hafiz, dah hafal 30 juzuk. Pandai, dapat straight A, muntaz suffi. Pandai masak. Rajin. Dafeal tak macam tu. Lagipun dah biasa, opah bezakan Dafeal dengan Abang Miens." Sentap rasanya bila dibezakan. Sungguh makan dalam.
"Koi minta maaflah. Koi bukan sengaja nak khabar gitu ke kamu. Koi khabar sebab koi sayang."Sungguh romantis kata-kata Opah Izzah.
"Dafeal tahu."Bibir pinknya sudah muncung seperti itik. Manja sangat cucunya ini.
"Dafeal minta maaf oppa."Comel sahaja suara Dafeal seperti budak kecil. Kalah Darreyna.
Opah Izzah yang mendengar dan melihat cucunya menjadi tersenyum. Ada sahaja perangai Si Dafeal ini.
Semejak Dafeal di arah oleh daddynya untuk tinggal di kampung selepas kepergian Izrael. Dafeallah periuh rumah dan suasananya. Ada sahaja perangai nakalnya untuk dikerjakan. Pantang duduk sikit. Ada sahaja perangai peliknya. Boleh dikata orang baru keluar dari hutan. Tetapi, ini baru keluar dari bandar. Cepat sangat kagum dengan perkara kecil.
"Macam mana opah tahu Feal dekat sini?"Macam magic.
"Kamu punya tahi hidung tu. Koi boleh bahu dari sini Dafeal. Sebab itu koi tahu."Ke mana lagi budak kecil ini mahu pergi. Dengan tidak pandai urus diri semestinya dia akan pergi kepada orang terdekat.
"Ush, hebatlah opah. Kalau macam itu, opah baulah jodoh Dafeal. Cepat sikit Dafeal dapat buah hati. Dah lama single ni." Apa guna hidung kalau tidak dimanfaatkan bukan.
"Tak payah yang jodoh sangat. Boxer kamu koi basuh. Ada hati nak gatal. Kamu tu budak kecil lagi." Nak uruskan diri tak pandai. Ada hati nak uruskan anak orang.
"Dafeal dah besarlah opah. Umur Dafeal dah 20 lebih." Sudah tua. Boleh jadi bapa orang dah.
"Umur tak mengenangkan jiwa."Semakin membebel Opah Izzah melayan perangai Dafeal yang ada sahaja mulutnya yang pasti akan dijawap.
Raeliz
Izfarni memandang dirinya dicermin dengan busana pakaian pengantingnya. Cantik sangat. Namun, tidak kena dengan hatinya.
"Akak, bolek tak saya nak oter baju ni bagi besar sikit. Saya tak nak nampak sangat bentuk badan saya."Dia tertarik dengan baju ini. Namun, auratnya agak terdedah.
Pemilik kedai itu memandang pakain yang dipakainya. Boleh ke dia mahu mengubahnya. Cuba untuk difikir.
"Akak boleh, tapi dia jadi lain sikitlah sebab tambah kain. Tapi tak lari dari konsep. Boleh?"
"Tak lari sangat. Boleh."Setujunya. Walaupun bagaimana pun dia sudah tertarik dengan baju ini.
Izfarni berpusing-pusing melihat baju ini. Cantik sangat. Betul-betul buat dia rambang mata.
"Iz, kau tak rasa beria ke."Mawar yang menemani dari tadi hanya lihatnya mula bersuara.
"Apa yang beria?"Sudah kenapa?
"Koi tengok. Ouk sorang sahaja yang beria. Abang Wan tu. Tak ada pun dia datang." Kata nak kawin. Patutnya uruslah bersama.
"Dia busy." Mudah Izfarni menjawap.
"Busy sekalipun, tak akan tak ada masa nak uruskan perkahwinan sendiri."Teruk betul. Asik nak susahkan orang sahaja.
"Patutnya dia kenalah set time untuk semua ini. Bukan biar ouk sorang." Tidak adil langsung.
"Biarlah dia War. Koi malas ambil kisah." Baginya tidak penting lelaki ini ada atau tidak.
"Malas ambil kisah. Kalau ouk dan dia dah kawin sekalipun. Malas jugalah. Iz come onlah." Cuba fikir dengan waras sikit.
"War, koi buat semua ini dengan sebab family koi. Bukan sebab cinta. Ini permintaan walid. Jadi koi terima sahaja."Bukan kehendak dirinya melainkan terpaksa untuk kebahagiaan ibubapanya.
"Apa guna ouk kawin kalau ouk sendiri tak bahagia, Iz?" Nak kawin bukan sehari hidup bersama. Tetapi sepanjang hayat.
"Tapi, keluarga koi bahagia." Biar hidupnya sakit. Asal keluarganya bahagia.
"Sudahlah, malas koi layan ouk." Pasrahnya dengan kawannya ini. Ada sahaja mulutnya menjawap. Dia pergi.
"Ouk tak faham, War." Susah untuk dia katakan.
Raeliz
"Tuan, bahagian bawah kapal semua sudah selesai." Suara dari alat komunikasi mereka memberi laporan atas tugasan mereka.
"Kapal ini akan berlabur tak lama lagi." Suara itu kembali lagi dari orang yang berbeza.
"Bagus, tinggal satu lagi step." Senyumnya disebalik mask dipakainya. Satu step lagi sebelum misi berakhir.
Tanganya memberi arahan kepada anak buahnya untuk mengikutinya ke atas. Mereka yang melihat arahan tuannya segera mengikutinya dengan sniper disisi mereka.
Hidup mereka sudah berada di hujung tanduk kemana mereka harus lari?
"Boss, kita nak lari ke mana?" Binggung mahu ke mana. Semuanya sudah di kepung oleh tentera laut.
"Tak ada cara lain. Kita lompat?"Itu sahaja jalan caranya.
"Lompat?"Biar betul tuannya ini.
Farid berlari ke arah hujuh kapal. Afendi yang melihat tuannya yang berlari ke arah hujung kapal mengikuti jejaknya.
"Nak pergi mana?"Tegur salah seorang angkatan tentera laut yang menghampiri mereka.
"Jangan disangka. Laut yang tenang tiada buaya."Seorang lagi angkatan laut bersuara.
"Laut ada buaya ke?" Mempersoalkan apa yang dikata rakan seperjuangannya.
"Adalah."Sebuk betul menyampuk kata orang.
Farid dan Afendi yang melihat lima orang yang berseragam dihadapannya mula mengacukan senjata baginda.
"Farid, kamu telah dikepung. Letakkan senjata kamu sekarang." Arah Leftenan mereka yang mengetuai misi ini dengan tegas.
"Boss."Panggil Afendi apabila melihat kapal ini telah dikepung oleh pihak-pihak polis dan tentera laut.
Farid yang melihat mereka sudah dikepung hanya meletakan senjatanya ke bawah. Tiada guna untuk mereka bertarung dengan berdua.
Melihat mereka berdua telah menyerang kalah, Leftenan Damiens Izrael memberi arahan kepada anak buahnya untuk menangkap mereka.
Setelah mereka ditangkap." We done."
Raeliz
Wajah kekasihnya dipandang. Sungguh masam dan tiada mood. Air minumannya disedut untuk membasah tekak sebelum berbicara.
"Kenapa you ni? Mudi je?" Mahu jumpa buah hati ingin hilang rasa rindu. Tetapi, lihatlah wajah buah hatinya. Masam sahaja.
"Daddy I lah. Keras betul hati dia. Susah betul nak bagi kita kawin. Dia stay nak tunggu abang I nombor dua balik."Penat dia memujuk namun tiada apa yang berubah.
"Apa yang susah? Tunggu sahajalah."Kenapa mahu bising-bising?
"You, you tahukan. Yang abang I dah lapan tahun tak balik rumah. Nak tunggu sampai bila?"Mahu mereput dahulu baru mahu kawin.
"You, kita kawin lari."Idea tercetus difikirannya.
Rayden Ezaan menggeleng. "No. Memang I sayangkan you. Tapi, I tak akan bawa anak dara orang lari untuk kawin dengan I. I nak kawin dalam kereadoan kedua ibubapa I. Tak guna kalau kawin tanpa restu ibubapa." Sayang macam mana sekalipun dia tak akan buat kerja buruk seperti itu. Dia tidak mahu air muka keluarganya tercalar.
"Habis, sampai bila kita nak kawin?" Kalau jalan itu tidak mahu, bagaimana lagi?
"Kita tunggu abang you balik. Meskipun 40 tahun akan datang abangĀ you baru balik. I sanggup tunggu untuk bersama you. Because I love you, Dayeana Izzatie." Apapun demi kebahagiaan mereka dia sanggup berkorban dengan cinta sejati.
"Thank, sebab faham situsi I." Dia bersyukur dikurniakan kekasih yang cukup memahami situasinya. Senyum mereka berdua.
Raeliz
Izfarni mula bosan. Apa yang ditunggu oleh kawannya sebenarnya ini? Sungguh lama.
"Ouk tunggu apa lagi? Jom."Sudah 20 minit mereka disini.
"Sekejap."Mata Mawar merambang mencari seseorang di carinya.
Izfarni yang sudah hampair pecah telinga mendengar sekejap-sekejap Mawar dari tadi. Apa yang dia tunggu pun tidak tahu.
"Abang Jib!"Panggil Mawar melihat Jibrael yang mencari mereka. Pantas Jibrael berlari ke arah mereka.
BERSAMBUNG......
Share this novel