"Umi, Rael tak kisah pun apa yang Iz mahu panggil Rael. Selagi Iz masih hormat Rael suami dia. Rael okay sahaja."Katanya sambil tersenyum menatap sang isteri di sisinya.
Izfarni yang menatap Izrael hanya terkedu akan jawapan lelaki itu. Kenapa Izrael terlalu memahaminya?
Encik Darfan yang terdiam dari tadi hanya mampu mendengar. Namun, apa yang dia dengar dapat membuatnya tersenyum. Menantunya ini, terlalu faham akan anak sulung perempuannya.
"Rael, bila daddy akan balik JB?"Soalnya akan sahabatnya itu.
"Katanya petang ini."Itulah yang dia tahu apa yang dia bualkan dengan daddynya di masjid semalam. Encik Darfan hanya mengangguk.
"Akak, nak tahu tak?"Soal Dani akan Izfarni yang sedang menjamu nasi goreng yang dimasak oleh Puan Dayah.
"Apa?"Benda pula adiknya mahu gosip. Ada sahaja ceritanya.
"Abang Wan, kena halau rumah dengan Mak Iwa."Kata Dani.
"Halau?"Terkejut Dina.
Encik Darfan dan Puan Dayah hanya terdiam mendengarkan perbualan anak-anak mereka. Izrael.....
Izfarni yang mendengar apa yang berlaku akan bekas tunangnya itubagak terkejut. Mengapa Mak Iwa buat begitu kepada anaknya. "Dia buat apa?"Minat mahu ambil tahu akan bekas tunang itu.
Izrael hanya memandang Izfarni dengan tatapan yang mendatar sambil minum airnya.
"Katanya, Abang Wan bawa perempuan balik nak minta kawin. Tapi, Mak Iwa tak restu. Abang Wan nak juga kawin. Itu yang kena buang tu."Kata Dani yang dia tahu. Selebihnya dia tidak tahu.
"Siapa perempuan tu?"Soal Dina.
"Tak tahu."Jawab Dani lalu memakan nasi goreng yang diisinya tadi.
Izfarni hanya terfikir. Perempuan, mungkin itu Irany yang dia jumpa dengan Iwan ketika dia tahu akan kecurangan Iwan terhadapnya.
"Macam mana adik tahu ni?"Adiknya ini, dapat sahaja berita seperti ini.
"Faqim yang bagi tahu. Dia dengar Mak Iwa jerik kuat sangat sampai dia." Faqim adalah kawan Dani yang berjiran Iwan. Itu yang dia dapat info seperti ini.
"Iz, makan."Suruh Puan Dayah akan nak perempuan setelah melihat wajah menantunya kurang senang mendengar akan hal itu.
"Izrael, makan."Ujar Encik Darfan.
"Rael kenyang. Rael pergi dulu. Ingat nak jumpa mummy dengan daddy, sebelum dia orang balik."Senyum tawarnya sambil berdiri untuk pergi. Izfarni hanya menatap Izrael yang mahu pergi. Lelaki itu langsung tidak menyentuh makanan dan hanya minum air teh. Apa yang kenyang?
Izrael menatap Izfarni." Aku pergi rumah opah tau."Senyum tawar sambil mengusap rambut isterinya lalu pergi.
Izfarni yang melihat senyuman Izrael jadi kurang senang dengan senyuman itu. Itu bukan Izrael yang dia kenal. Mesti ada sesuatu yang lelaki itu sembunyikan darinya.
"Iz, ikut Izrael."Mengikut jejak suaminya.
Puan Dayah dan Encik Darfan hanya menatap Dani dengan tatapan yang cukup menyeramkan akan Dani. Kenapalah anak lelakinya ini membuka topik ini di hadapan menantu kesayangan mereka.
"Dani."Geram Puan Dayah.
"Ya, umi."Takutnya akan uminya itu. Apa salah dia?
"Kenapa Dani buka cerita fasal Iwan dekat depan Izrael?"Soal Encik Darfan akan anaknya itu.
Dani diam.
"Dani tahukan, yang Iwan itu bekas tunang Kak Iz. Dulu, Kak Iz pernah balik basah-basah dengan Izrael fasal dia."Dia masih ingat momen yang membuat jantungnya hampir tercabut kerana risau akan anak sulung perempuannya.
"Jaga hati Abang Rael."Kata Puan Dayah.
"Maaf, umi walid."Mohon Dani bersama Dina yang turut rasa bersalah.
Izfarni yang mengikut jejak langkah Izrael itu, memanggil suaminya."Izrael."
Izrael hanya diam lalu masuk ke dalam bilik Izfarni. Izfarni hanya ikut.
"Rael."Diam Izrael yang sedang mencapai I-phone miliknya untuk membawa bersama ke rumah Opah Izzah.
Izrael hanya membuat Izfarni seperti tidak wujud di hadapan matanya. Langsung tidak dilayannya dan mahu keluar dari bilik itu.
Sebelum Izrael keluar, Izfarni dengan lebih pantas memeluk suaminya dari belakang."Damiens."Mengeratkan pelukkannya.
Izrael yang merasa pinggangnya seperti dililit sesuatu jadi terkaku dan henti di hadapan pintu.
"Maaf, malaikatku."Mohon Izfarni akan kelalaiannya yang tidak memahami lelaki itu. Lelaki itu terlalu memahaminya. Kenapa dia sukar memahami lelaki itu?
Izrael meleraikan tangan Izfarni yang memeluk tubuhnya lalu menatap wanita yang bergelar isterinya itu. Terus dia memeluk gadis itu meskipun dia perlu tunduk sedikit kerana ketinggian gadis itu terlalu pendek.
"Jangan cakap fasal dia lagi. Aku tak suka kau cakap fasal lelaki yang pernah buat kau sakit dan kecewa. Meskipun aku tahu, akulah lelaki yang pertama buat kau nangis sebab aku terlalu pentingkan diri sendiri. I'm really really sorry, sweetlove." Mengalir air mata Izrael di dalam pelukkan Izfarni.
Izfarni yang mendengar kata-kata Izrael cuba mahu lelaki itu menatapnya. Pipi Izrael yang basah kerana air mata itu didekapnya dengan tangan kecil miliknya agar lelaki menatapnya.
"Rael, aku tahu. Kau buat ini semua sebab aku kan?"Izfarni menatap mata hazel Izrael dengan air mata yang mengalir.
"Kau jadi tentera laut ni. Sebab aku, kan?"
"Kau juga pergi sebab aku, kan? Kau takut aku tinggalkan kau, kan?"Izrael bagaikan terkedu mendengar soalan yang keluar dari mulut isterinya.
"Dan, kata sayang kau akan aku sebagai kawan baik dulu itu sebab kau cintakan aku sudah lamakan, Izrael?"Air mata Izfarni mengalir ke pipi.
Izrael bagaikan tidak percaya apa yang Izfarni katakan. Benar. Apa yang isterinya katakan semua itu adalah benar. Ini sebab gadis itu. Semua yang dia lakukan adalah demi gadis di hadapan matanya ini, Dini Izfarni. Ini berlaku kerana satu angkara iaitu cinta. Benar, cinta yang membuatnya jadi seperti ini. Cinta yang Ilahi hadiahkan kepadanya yang cukup dia simpan.
"I love you, sweetlove." Memeluk Izfarni dengan eratnya seperti tidak mahu melepaskan gadis itu. Air mata tetap mengalir kerana rasa takutnya.
Benar, takut. Dulu dia merasakan dia akan kehilangan gadis itu kerana akan menjadi isteri orang. Dia takut gadis itu akan pergi dari hidupnya. Dia tidak tahu mahu berbuat seperti apa. Jadi, dia memilih untuk pergi seletah habis STAM dan menjadi tentera laut agar dia dapat melupan gadis itu. Namun, dia gagal. Apa yang dia fikirkan akan perbuatannya ini gagal. Dia masih sayang dan cintakan gadis itu.
"J-jangan tinggalkan aku, Iz."Mohon Izrael.
"Tak akan pernah. Melainkan takdir. I love you too, angel." Memeluk Izrael dengan erat masih dengan air mata.
Dia syukur kerana tahu hal ini disebabkan Luth. Terima kasih, kerana memberi tahunya. Lelaki ini memang takdirnya dari Illahi buatnya.
----------------
EZZEAN
•WILL COME : DIA HERO AKU
DOCTOR / HERO
" You my litter sweety."
22/2
HERO EZZ ESKANDAR BIN HUGO ETHAN EDRUCE
187CM
SURGEONS
♡♡♡♡♡
HIS PATIENT / HEROIN
" Help me,my superhero!"
3/3
HESSA EAN ERIEYSSA BINTI HELMAN EMAN
145CM
HEROIN FOR MY HERO
EZZEAN
" Jangan pernah berahsia dengan aku. Luahkan apa yang kau rasa. Aku tahu kau sakit."
HERO EZZ ESKANDAR
" Kenapa kau baik dengan aku?"
HESSA EAN ERIESSA
" Because I'm your husband, smurflove."
HERO EZZ ESKANDAR
EZZEAN
----------------
NEXT CHAPTER : #raeliz23
"Tiada siapa yang akan dapat Abang Miens I, selain I. I akan pastikan perempuan itu akan terseksa kerana hadir dalam hidup Abang Miens. Abang Miens milik I."
*smirk*
|| ILLY LILIANS ||
Share this novel