"Mana bapak dia ini?"Soal Dafeal akan alongnya itu.
"Abang Darren pergi beli aiskrim dengan Kak Sal."Jawab Izfarni.
"Penatlah Kak long tu nak layan perangai mengada along tu."Kata Izzatie. Bukan dia tidak mengenali abangnya semenjak kakak iparnya mengandung.
"Mengada macam kau. Dah besar gajah suruh orang dukung." Sekali lagi mulut Izrael mengeluarkan kata-kata yang boleh buat orang berapi.
"Excume me. Atie minta Dafeal dukung sebab tak ada selipa. Orang pakai heel pergi sini. Mana bawa sandal lain datang sini."Bukan dia sengaja mahu dukung. Terpaksa sahaja. Lagipun, Dafeal yang menawarkan dirinya sendiri. Benda sudah depan mata. Buat apa mahu menolak.
"Lepas ini, datang kampung pakai kasut boot. Semua boleh kau redah. Nak redah laut pun boleh."Seperti kasut yang dia bawa pergi kerja. Serba guna dan sentisa segak dan kemas apabila dipakainya.
Izzatie menjeling abangnya."Akak, macam mana akak boleh kawin dengan Abang Miens ini? Buat sakit hati sahaja."Mulut itu tidak bertapis langsung.
"Jodoh"Jawab Izrael yang mewakilkan isterinya.
"Tiber sangat abang ini kenapa? Orang tanya Kak Izlah."Sebok sangat menyampuk kata orang. Bukan setakat mulut tidak bertapis, mulut itu suka menyampuk kata orang.
"Entahlah. Jodoh yang salah delivery kut. Tiba-tiba dapat mulut yang hot spicy." Jawab Izfarni.
"Sayang!"Marah Izrael.
Namun Izfarni, Izzatie dan Dafeal hanya ketawa.
Raeliz
Keluar sahaja dari kereta Mercedes Benz miliknya, kereta Honda berwarna kelabu itu yang berada di sebelahnya dipandangnya dengan penuh senyuman. Nampaknya, orang yang dia sayang datang ke rumah keluarganya. Terus dia melangkah masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum."Setelah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam."Serentak dua pasang separuh usia itu menjawab.
Terus Khaleed menghampiri dua pasangan itu. Tangan Tengku Muhammad Khairul Al-Fatih, Tengku Nur Qaisarah dan Encik Muhammad Rasyid disalamnya. Matanya mencari seseorang di sekeliling mereka. Ke mana orang itu?
Puan Nurul Qashidah yang perasan akan pandangan anak Tengku Khairul terus tersenyum. Mesti dia mencari anak perempuan mereka.
"Leed cari Khau ya?"Soal Puan Qashidah.
Khaleed sengeh. Memang benar pun. Ke mana puteri kecil kesayangannya itu. "Mana...."Belum habis dia berkata terdengar suara budak menjerik memanggil namanya.
"Abang Leed!"Berlari ke arah mereka.
"Qalby!"Berlari untuk mendapatkan budak perempuan yang masih berusia sembilan tahun itu.
Terus Khaleed memeluk anak gadis yang sangat dia sayangi ini. Rindu sangat dekat budak kecil ini. Dulu semasa dia pergi ke Mesir, budak ini baru berusia empat tahun. Sekarang, sudah sembilan tahun. Sungguh cepat masa berlalu.
Khaleed melepaskan pelukan mereka. "Qalby tak rindu abang ke?"Melihat Nurul Khaulah Qurratu Al-Qalby sambil diusap pipi gebu itu.
"Khau rindu abang sangat. Bila abang balik? Tak bagi tahu Khau pun."Sampai hati buatnya seperti itu. Balik dari Mesir langsung tidak beri tahunya.
"Maafkan abang, Qalby. Abang lupa sebab abang kena cari kerja lepas balik dari Mesir hari itu. Sekarang sudah kerja, abang sebuk."Terang Khaleed agar puteri kesayangan ini tidak terasa hati.
"Dia dah lupakan Khaulahlah tu."Sampuk satu suara yang yang bersandar di dinding, Tengku Muhammad Khaleel Al-Fariq.
Terus Khaleed memandang abangnya dengan pandangan tajam. Mahu harus budak berpada-pada sikit. Ini puteri kesayangannya. Tidak boleh mempengaruhi miliknya sesuka hati.
"Qalby tak payah dengar kata Abang Khaleel. Dia itu merosakkan hubungan kita sahaja."Memeluk Khaulah agar berada dekat dengan dirinya.
"Abang Khaleed, lemas Khaulah!"Menolak Khaleed yang sedang berebut dirinya dengan Tengku Khaleel.
"Maaf, Qalby. Are you okay?" Melihat keadaan Khaulah baik atau tidak.
"Okay, sahaja." Senyum Khaulah. Suka dia berdampingi dengan abang kesayangannya.
"Khaulah, kata nak ikut Abang Lees pergi mini market beli aiskrim. Mari." Ajak Tengku Muhammad Khalees Al-Haq yang berada di pintu utama rumah Tengku Khairul.
"Tak jadi. Khalah nak pergi dengan Abang Leed." Tidak mahu. Abang kesayangan sudah ada. Dia mahu pergi bersama jejaka ini.
"Pulak dah. Tadi, bukan main kacau orang main game ajak pergi mini market sekarang tak jadi."Keluh Tengku Khalees. Tadi, bukan main beria-ria mengajaknya pergi mini market. Tengku Khaleel ajak tidak mahu. Katanya, mahu Tengku Khalees yang bawanya. Sekarang nampak Khaleed terus tidak jadi.
"Jom, Qalby."Mendukung Khaulah dibawa bersamanya untuk ke mini market.
Suka Khaulah apabila bersama dengan Khaleed yang selalu layannya seperti seorang puteri. "Bonda, walid. Khau ikut Abang Leed pergi mini market." Memberi tahu ibubapanya sebelum dia dibawa keluar.
"Iyalah, hati-hati."Pesan Puan Qashidah.
"Leed, jangan bawa kereta tu laju sangat."Tambah Tengku Qaisarah. Anak keduanya ini bukan boleh leka. Semua benda, main redah sahaja.
"Baik, umi. Kami pergi dahulu. Assalamualaikum."Kata Khaleed yang bersama Khaulah keluar dari rumah.
"Waalaikumussalam."
Share this novel