Panjang sahaja muncung anak teruna Puan Halimah Sadiaah dan Mejar Abu Nawas. Semenjak pulang sahaja ke rumah langsung tiada senyuman dari anak mereka itu. Selalunya kalau dia pulang, semestinya rumah akan bising dengan suaranya.
Mejar Nawas yang melihat anak terunanya mula buka mulut."Luth, tengok apa lagi. Ibu dah masak lauk kegemaran kamu, tak nak makan?"Dari tadi anak terunanya asik tenung sahaja lauk yang telah di hidang. Nasi depan mata pun, hanya dipenyetkan dengan jarinya.
Luth Mahfuz hanya diam.
Adawiyah yang melihat abangnya yang tidak seperti selalu menjadi bosan. Sunyi tidak mendengar suara garau milik abangnya itu. "Abang."
"Semua tak sayang abang."Adu Luth. Semua tidak menyayanginya lagi. Kenapa perlu siksanya seperti ini?
"Kenapa abang cakap macam tu?"Puan Halimah bersuara setelah lama tidak bersuara.
"Ibulah, tak nak bagi tahu abang. Abang nak tahu juga siapa yang ibu nak kawinkan dengan abang. Tapi, ini tak. Ibu diam tak nak bagi tahu abang."Protes Luth. Sampai hati semua orang nak berahsia dengannya. Tidak akanlah dia mahu kawin dengan orang dia tidak kenal asal usulnya.
"Iyalah, ibu bagi tahu."Pasrah Puan Halimah melihat anaknya yang tidak habis-habis merungut tentang hal ini. Orang mahu buat kejutan pun, tidak jadi.
Luth senyum kemenangan. Akhirnya, dia berjaya. We did it. We did it. We did it. Yeah!
Puan Halimah mencapai telefon miliknya lalu menghulur kepada Luth dengan menayangkan gambar seorang gadis.
"Ini bakal isteri kamu. Luthfiya Mediena. Anak kawan ayah, Mejar Leman."Terang sedikit tentang aidititi bakal menantunya itu.
Luth mengambil telefon ibunya lalu melihat gadis yang berbaju kurung moden berbunga dan bertudung showl berwarna krim. "Luthfiya."Macam pernah dengar. Seperti freindly bila didengar. Tapi, di mana?
Luth tenung gambar itu dengan lama. Seperti mahu masuk ke dalam telefon itu. Dia mahu fikir dan ingat kembali, siapa gadis itu sebenarnya.
Merampas telefon dari tangan Luth."Hey, tak malu ke tenung anak dara orang lama-lama."Tegur Adawiyah.
"Ha! Abang dah ingat. Ini anak Mejar Leman kawan baik ayah dulukan. Yang ayah selalu bawa abang datang rumah dia dulu main sama-sama dengan dia."Semua kenangan teringat kembali.
"Iya. Abang masih ingat?"Soal Mejar Nawas. Sudah lama perkara itu sudah berlalu.
"Mestilah."Kenangan yang tak pernah dia lupakan.
"Kalau macam tu, abang terima tak perkahwinan ni?"Soal Puan Halimah.
Luth hanya tersenyum."Ikut ibulah. Abang ikut ibu."
"Kalau dah ikut-ikut ini ibu. Setujulah itu."Adawiyah yang terjemaahkan kata disebalik abangnya itu. Lihat muka sudah tahu.
Luth yang hanya dengan lamunannya, sudah terdiam diri. Masih terang lagi ingatannya mengingati zaman kanak-kanak dahulu bersama gadis itu. Mereka berdua selalu bersama. Namun, fikirannya hanya tertanya. Bagaimana gadis itu sekarang? Makin cantik ke? Lihat di gambar tidak puas. Dia mahu lihat dengan mata kepalanya sendiri.
"Luth Mahfuz."Panggil Adawiyah.
"Iya."Sedar dari lamunan.
"Makan."Arah Puan Halimah.
"Beranganlah itu."Lihat muka abangnya yang seperti kerang busuk sudah tahu. Angau.
Luth yang sedang tersenyum itu mengusap rambut adiknya dengan tangan kirinya."Taklah."Bahagianya.
Adawiyah hanya memberi jelingan. Mahu menafikan pula. Tidak baik menipu.
Raeliz
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam, Izrael."Berlari kecil ke arah sahabatnya itu.
Tubuh sasar itu dipeluknya. "Kau apa khabar?"
"Alhamdulillah, macam kau tengok."Tiada apa yang perlu dikatakan.
"Kau? Macam mana baru balik Jordan? Aku dengar kau jadi lecture dekat universiti."Hanya mendengar dari mulut opahnya yang banya sangat ceritanya apabila dia pulang ke sini.
"Alhamdulillah, rezeki. Kau macam mana? Aku tengok kau makin berotot sekarang?"Lihat tubuh Izrael sudah dapat dia kenal. Lelaki ini sudah semakin segak dan tegap. Bahu Izrael ditepuk.
"Tak adalah. Biasa je. Aku banyak misi baru-baru ni. Tu kurus sikit. Harap kena transfer ni, makin berisilah."Kurus-kurus yang tiada lemak sahaja mungkin maksudnya. Tapi, tetap ada ada ototnya.
"Kau kena tranafer? Ke mana?"Tiba sahaja ini.
"Johor Bahru."Jawap Damiens Izrael.
"Dekatlah dengan rumah kau. Senang apa."Izrael mengangguk.
"Bolehlah kau balik jumpa family kau. Aku harap daddy kau buka hati untuk semua ini. Dan kau juga akan buka hati untuk berbaik dengan daddy kau."Dia harap sangat keluarga kawannya akan kembali pulih. Dia mahu kawannya bahagia seperti dahulu.
"Inshaallah."Itu sahaja mampu dibalasnya.
"Jib. Aku nak kawin."
Jibrael sudah melopong. Dia tidak salah dengar bukan. "Bila?" Biar betul kawannya ini. Siapa gadis bertuah itu?
"Tak tahu jadi ke tak. Dia belum buat kata putus."Masih lagi menunggu keputusan seperti tunggu result SPM keluar.
"Siapa?"Itu yang dia mahu tahu sangat.
Izrael tersenyum."Iz."
"Iz? Sepupu aku?"Jibrael sudah terkedu segenap. Masih belum percaya apa yang dikatakan.
"Yelah. Iz mana lagi."Itu sahaja Iz yang dia kenal selain Dayeana Izzatie dan Danial Izham.
"Tapi, kenapa kau nak kawin dengan dia?"Sangat secara mengejut.
"Sebab aku sayang dia."Mudah sahaja dia jawab.
"Kenapa kau sayang dia? Diakan kawan baik kau."Seperti wartawan yang banyak soalan.
"Jawapan itu, kau jawab sendiri. Aku rasa kau tahu."Sudah dia tahu. Kenapa mahu disoalkan lagi. Jibrael tersenyum lalu merangkul bahu Izrael.
"Jom, masuk rumah. Aku dah lama tak borak dengan kau."Ajaknya lalu hanya di setujui oleh Izrael.
"Kau bila nak kawin dengan Mawar?"
"Kau dengan Iz sama sahaja. Kau pikir kawin tak guna duit. Pikir aku cop duit."Sama sahaja dua orang ini. Elok sangat kalau disatukan. Dua-dua spesis sama sahaja. Cakap tak bikin buat.
"Haha. Itu jodoh bro."Jodoh cerminan diri.
Mereka melangkah ke dalam rumah.
Raeliz
Jauh mata menenungkan rantai kod tentera itu. Patut ke dia terima. Atau tidak. Arght! Dia sudah buntu.
"Izrael, kau dah buat aku pisang sekarang ini."Menghempas tubuhnya di katil.
Rantai yang tergantung di tangannya di pandang lagi."Nak ke tak nak."Masih dipikirkan lagi.
"Nak ke tak nak."
"Nak."
"Tak nak."
"Nak."
"Tak nak."
"Yes."
"Or..."
"Not."
"Arght! Aku buntu sekarang ini, ya Allah. Tolonglah bagi aku petunjuk."Mukanya dihempap dengan bantal sambil tangannya mengetuk tilam.
Raeliz
A
wal-awal pagi lagi Izrael sudah mengemas barangnya untuk pulang ke Johor Bahru. Kesemua beg pakaiannya sudah masuk ke dalam bonet kereta.
"Kamu dekat sana jaga diri. Makan jangan lupa. Koi tak nak cucu koi macan cicak kubing."Bahu Izrael ditepuknya. Sengaja dia mahu bebel awal pagi ini. Lihatlah Izrael.sekarang sudah kurus kerana asik berkerja keras.
"Iya, opah."Memeluk Opah Izzah dengan erat. Mahu lepas rindu. Takut kalau sudah berjauh rindu.
"Dafeal, kau duduk sini jangan nak jadi sangat tuan muda tu. Kau buat perangai tu. Mayat kau jadi habuk aku kerjakan."Amaran pertama dan terakhir. Sangat perlu dititik beratkan. Opah sudah tua, dia tidak mahu tubuh lama itu melakukan kerja berat. Biarkan adiknya sahaja yang buat.
Dafeal sudah menelan air liur. "B-baik Abang Miens."
Izrael tersenyum lalu memeluk tubuh adiknya itu."Tolong tengokkan opah."Tepuk bahu Dafeal setelah pelukan dileraikan.
"Iya."Angguk Dafeal.
"Bukan dia tengok koi. Koi yang tengok dia."Perangai Si Dafeal kalau buat perangai tidak boleh kata apa. Degil sangat.
"Together lah."Balas Izrael.
"Rael balik dulu."Tangan tua itu disalam dan dicium dengan penuh kasih sayang.
"Assalamualaikum."Menuju ke keretanya.
"Waalaikumussalam."Jawab Dafeal dan Opah Izzah yang hanya memerhatikannya.
"Izrael Damiens!"Jeriknya kuat.
Izrael yang baru sahaja mahu masuk ke dalam kereta membatalkan niatnya. Belum berpaling lagi sudah dia tahu suara siapa itu. Tiada orang lain yang memanggilnya Izrael Damiens selain Izfarni. Suka sangat terbalikkan nama orang. Izrael tersenyum.
Berlari kecil Izfarni ke arah Izrael."Sekejap."Mengahnya sambil mengatur nafas.
"Ambil ini. Kalau kau lapar boleh makan."Menghulurkan plastik yang berisi dua buah bekas.
"Apa ini?"Mengambil huluran tadi.
"Mi goreng dengan kuih karipap. Aku buat. Harap kenalah dengan tekak kau."Tidak tahulah rasantya bagaimana dengan lelaki inu. Baginya sudah cukup sedap.
"Tak rasa lagi pun, aku tahu sedap. Terima kasih."Senyum Izrael.
"Er.. Izrael. Nah."Menghulur rantai milik Izrael kepada tuan asalnya.
Tangan Izrael ditadah lalu Izfarni meletakkan atas tangan kekar itu. Izrael memandang Izfarni.
"Kau....."
"Aku belum ada keputusan lagi. Bagi aku sikit lagi masa. Inshaallah, suatu hari ada jawapannya."
"Aku harap, jawapan itu tak menyakiti aku. Aku balik dulu Iz."Senyum Izrael lalu masuk ke dalam kereta.
Melihat Izrael, Izfarni jadi tersentuh mendengar kata-kata jejaka itu. Jawapan yang tidak menyakitkan hatinya. Itu tidak pasti kerana dia masih lagi ragu-ragu.
Kereta milik Izrael mula bergerak dan keluar dari halaman rumah Opah Izzah. Sebelum kereta itu bergerak jauh, Izrael menghon dan berlalu pergi.
Izfarni yang melihat Izrael pergi membuat hatinya tersentuh. Baru beberapa hari yang lalu bertemu. Namun, sekarang dia pergi kerana kerjayanya.
"Kak Iz."Panggil Dafeal menghampiri gadis itu.
"Akak balik dulu Dafeal."Senyum Izfarni kepada mereka sambil melambai dan pulang ke rumah.
"Dafeal."Panggil Opah Izzah melihat Dafeal hanya menenung Izfarni yang mengunjung pergi.
"Dafeal harap, Kak Iz terima Abang Miens. Dafeal nak sangat tengok Abang Miens bahagia."Sungguh dia mahu senyuman abangnya kembali. Disaat melihat senyuman abangnya bersama Izfarni, bertapa dia rindunya senyuman itu yabg sudah lama menghilang. Namun, kini dia pasti akan ada orang yang dapat mengembalikan senyuman itu kembali, ialah Dini Izfarni.
Raeliz
Kereta Audi RS7 tepat parking di sebelah kereta Jaguar I-Pace milik Darren. Enjin kereta dimatikan lalu pemilik kereta itu keluar dari keretanya. Loceng rumah ditekan beberapa kali sebelum pintu diketuk.
TUK! TUK! TUK!
Darren yang sedang bermain dengan Darreyna di ruang tamu terganggu dengan ketukan dan bunyi loceng.
"Sekejap sayang. Papa buka pintu."Darreyna yang masih isap puting kosong itu hanya duduk terdiam sambil bermain bola.
Darren menuju ke pintu utama lalu membukanya.
"Assalamualaikum, Darren."Senyum lelaki yang tercegat di hadapan pintu rumahnya.
"Waalaikumussalam, Damiens." Terkedu Darren segenap lalu memeluk erat tubuh Izrael.
"Hoi, kau peluk aku macam aku dah mati." Izrael menepuk belakang Darren yang memeluk dirinya terlalu kuat.
Sungguh dirinya tidak percaya. Bertahun-tahun dia tidak melihat wajah adiknya ini. Sangat dia rindui.
Tubuh Izrael dilepaskan. "Alhamdulillah, akhirnya adik balik. Abang rindu adik sangat-sangat."Sungguh dia tidak dapat menafikan perasaan itu.
"Cuba kau tak payah nak berdrama sangat. Jijik tahu tak."Sungguh dia geli dengan kata Darren seperti itu. Namun dari sudut hatinya, dia juga merindukan Darren Iskandar.
Darren hanya mampu tersenyum melihat Izrael. Tidak pernah berubah langsung sikapnya. Ego.
"Kau tak nak bagi aku masuk ke? Nak bagi aku mereput dekat sini."Orang sudah berpeluh di sini. Menunggu membuka pintu sudah lama. Mahu buka pintu pun susah. Lama sangat.
"Jemput masuk."Darren mengalu-alukan kedatangan Izrael.
Masuk sahaja ke dalam rumah, mata hazel milik Izrael hanya menumpukan satu sahaja. Darreyna. Terus dia mengambil Darreyna dan dicium-cium pipi tembam seperti pau itu.
Melihat tingkah laku Izrael membuat Darren risau. Setahunya anak perempuannya sangat tidak menyukai tingkah laku itu dan akan menangis. Tetapi, lain sudah jadi. Bukan tangisan malah ketawa riang anak daranya itu.
"Suka sangat ya dengan Uncle Mien. Geramnya."Geram Izrael akan anak dara Darren ini. Sangat comel baginya.
Melihat Darreyna yang sudah bahagia dengan Izrael, Darren sudah berasa lega. Bolahlah dia melepaskan Darreyna kepada Izrael dan melihat adiknya di atas.
Tadi, dia terpaksa membawa Darreyna bermain di bawah kerana anak daranya tidak berhenti menangis kerana mahukan perhatian untuk bermain dengan. Mahu tidak mahu, dia perlu layan. Nasib Idrees sudah tidur. Kalau tidak berpusing anak mata Darren tidak tahu yang mana satu perlu diberi perhatian.
"Adik, tolong tengokkan Darreyna. Abang nak tengok Idrees dekat atas."Ujar Darren yang melangkah ke arah tangga.
"Aik, berapa anak kau Darren?"Satu di bawah yang di satu di atas. Berapa anak Si Darren ini?
"Dua sahaja. Tapi on the way tiga."Jawab Darren yang hampir membuat Izrael melopong.
"Bini kau mengandung lagi ke?"Biar betul Si Darren ini.
"Ye, dah masuk dua minggu dah."Baru beberapa hari yang lepas dia dapat berita yang isterinya mengandung lagi.
BERSAMBUNG..........
Share this novel