#raeliz38 ii

Romance Series 15245

"Kalau aku cekiklah laki bini ni. Memang jadi tahlil arwahlah esok," jadi lain pula dari kenduri kahwin, jadi tahlil.

Ketawa Izfarni dan Izrael. "Dah jom, masuk,"menarik Mawar masuk ke dalam rumah. Ini kalau dibiar makin banyak mulut Si Bunga Berduri ini.

"Iz!"

Izfarni mentap gadis yang memanggilnya itu. "Aishah!" berlari kecil Izfarni melihat Aishah rakan sekelasnya ketika sekolah menengah dahulu.

"Kau macam mana sekarang?" soal Aishah untuk mengetahui perkembangan baru Izfarni.

"Alhamdulillah, macam yang kau nampak," apa yang ada padanya itulah dirinya sekarang.

"Aku nampak....ni," memegang tangan Izfarni yang bersarung cincin di jari.

"Diam. Diam berisi ya, kau." Tidak diduga. Kawannya ini yang selalu bergaduh dengan Izrael dulu di tempat silat. Akhirnya, menjadi pasangan suami isteri. Takdir Illahi.

"Jodoh, Aishah," siapa kita untuk menolaknya.

"Aku harap kau bahagia selalu," doanya kepada sahabatnya ini.

"Izrael mana?" mencari suami sahabatnya ini.

"Ada dekat luar dengan pak cik-pak cik. Borak," kata Izfarni. Aishah menganguk.

"Kau macam mana sekarang? Last aku jumpa kau pun, sebelum kau gerak pergi Jordan," bagimana pula kehidupan sahabatnya ini setelah lama tidak berjumpa.

"Dah habis dah belajar, sekarang tengah tunggu job. Itu sambil aku tunggu, buat job kecil-kecil. Ukir inai untuk menganting."

"Ini, Shahlah yang buat," menunjuk tanganya yang bercorak flora dengan inai yang dibuat oleh Aishah.

"Cantik. Pandailah kau," puji Izfarni.

"Kau nak aku buat?" tawar Aishah kepada Izfarni.

"Tak payahlah. Lagi pun tangan aku ini masih berinai lagi," menunjukkan tanganya masih ada sisa ukiran inai di jarinya ketika dia buat pada hari perkahwinannya.

"Penganting barukan," kata Ainul Mawaddah yang baru sahaja keluar dari biliknya.

"Eh! Kak Mawaddah," menyalam Kak Mawaddah iaitu kakak kepada Ainnul Mawar.

"Amboi! Makin berisi sekarang. Dah ada ke?" usik Mawaddah.

"Mana adalah. Lemak je ada ini," jawab Izfarni spontan.

"Itu lemak bahagia. Esok lusa, ada baby yang membawa kebahagiaan, kan?" sekali lagi kata-katanya untuk mengusik Izfarni.

"Amin. Kalau ada rezeki," kata Izfarni. Jujur dari sudut hatinya, memang dia sangat mahukan anak agar dirinya tidak digelar mandul lagi.

"War, tangan kau tu boleh basuh dah. Dah lama tu," kata Aishah. Melihat inai di tangan Mawar sudah kering.

Terus Mawar menuju ke dapur untuk membasuh tangannya agar inai di ukir ditangannya dapat dikelihatan kekal di tangannya. Berapa minit kemudian, Mawar kembali apabila mereka membincangkan tema perkahwinan Mawar dengan Jibrael.

"Mawar tu, pelik-pelik tema dia pilih," keluh Mawaddah mengenangkan adiknya seorang ini.

"Tema apa?" tanya Izfarni.

"Kau nak tahu ke?" sampuk Mawar yang baru hadir bersama mereka.

"Jap," berlari anak Mawar masuk ke biliknya.

"Assalamualaikum!" Izrael memberi salam apabila masuk ke dalam rumah bersama ayah Mawar.

"Waalaikumussalam," jawab mereka bertiga.

"Iz! Jeng! Jeng! Jeng!," menayangkan sepasang baju pengawas lelaki dan perempuan berwarna biru.

"Pengawas?!" biar betul kawannya ini. Ingat zaman sekolah ke?

"Itula. Mak cik pun terkejut juga dengan pilihan War ni, Iz," tergeleng ibu Mawar melihat tema dipilih oleh anak bongsunya ini.

"Korang berdua. Pengapit pengantin, pengawas. Keluarga pengantin pengawas pustakaan. Dulang boy dan girl, murid biasa," jelas Mawar.

Izrael yang melihat isterinya yang tenganga itu, dihampirinya."Tutup mulut tu, sayang. Masuk lalat itu nanti," bisik Izrael kepada bidadarinya itu.

Terus Izfarni menutup mulutnya. Izrael yang berada di sisinya itu, ditepuknya. Malulah. "Abang," marah manjanya.

"Kau okey, Izrael?" soal Mawar.

"Aku? Aku tak kisah. Yang kawin kau. Aku ikut sahaja. Lagipun, boleh come back zaman sekolah dulu," bagi pendapatnya.

"Ha! Ada juga otak yang sama macam aku. Nah! Ini aku dah siap iron untuk korang," memberi baju-baju pengawas kepada Izrael.

Izrael hanya mengambil baju-baju yang dihulur oleh Mawar.

Mata Izfarni mula mengantuk dan sudah berapa kali menguap. Izrael yang melihatnya, mengajak Izfarni pulang. "Sayang, jom balik." Izfarni hanya mengangguk kerana dia terlalu mengantuk.

Izrael dan Izfarni mengundurkan diri untuk pulang ke rumah Encik Darfan Khalid, "Kami balik dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

nak lagi komen.... go back zaman school

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience