Apa benda pula tanya fasal mak ngah dia orang ini? Tahu tidak, dia sangat sensitif dengan kata atau sebutan mak ngah. Serabut otak.
Izrael sangat tidak suka atau boleh dikatakan benci akan mak ngahnya yang sangat suka menyebuk dalam kehidupan keluarga mereka. Ada sahaja mahu membahasnya dan menegur keluarga mereka. Sungguh rimas rasanya. Lagi-lagi, dirinya yang selalu dibahaskan oleh mak ngahnya. Ada sahaja mahu mengaturnya. Serabut.
Disebabkan mak ngah dia juga keluarganya jadi berantakkan. Batu api, yang selalu memburuk-burukkan. Angkara mak ngah dia juga, dia jadi seperti ini. Dingin yang selalu memberontak agar orang tidak dapat mengatur dirinya.
"Apa fasal kau sebut pasal perempuan tua tu pula?"Kenapa pula si Darren ini? Kalau tiada idea sekalipun untuk membahaskannya tidak perlu sampai perlu menyebut nama itu.
"Abang bukan apa. Adik tahukan yang anak mak ngah tu tergila-gilakan adik."Bukan dia tidak tahu hal itu.
Lihat waktu Izrael perlu di hantar ke kampung, hampir hilang kewarasan sepupunya itu kerana tidak mahu berjauhan dengan Izrael dan mahu ikut sekali. Nasiblah, ada Dato Danial yabg menghalang dan mengharamkam sepupunya itu ikut bersama. Bukan setakat itu, Dato Danial juga telah mengugut mak ngahnya. Sekira sepupunya itu ikut bersama Izrael atau pergi ke kampung, kerjasama antara Syarikat D'IK Holding bersama Syarikat L Lestary's akan ditarik. Oleh itu, pak ngah mereka terpaksa melarang atau menghalang anak dan isteri pak ngah mereka.
"Biarlah dia."Buat apa perlu difikirkan buanng masanya sahaja.
"Adik tak risaukan Iz?"Apakah adiknya lupa tentang adik iparnya itu.
Izrael jadi terdiam segenap. Ada betul kata Darren. Bagaimana dengan isterinya. Namun, semua itu dapat diatasi.
"Isteri aku tu pandai silat. Sekali dia ketis si lilin tu, patah seribu."Bukan dia tidak kenal isterinya itu. Sangat mahir dalam bidang ilmu silat. Setakat mahu mempertahankan diri sangat biasa bagi wanitanya itu.
"Waw! Hebat juga, Iz tu."Kagum Darren akan isteri adiknya itu.
"Tengoklah siapa suami dia, Leftenan Muda Damiens Izrael."Bangga Izrael sambil meraup rambutnya ke belakang. Kacak dan sungguh bergaya yang dia rasakan.
"Abang tengah puji adik ipar abang bukan adik."Angkat bakul sendiri nampak.
"What ever." Serabut sungguh melayan layan abangnya yang kurang kewarasan baginya ini.
"Habis, macam mana adik nak hadap mak ngah kalau balik sana dengan Iz nanti?" Sungguh bukan senang mahu hadap tragedi itu.
Izrael tersenyum sinih."Macam biasa je. Tapi...."Muka Izrael mula berubah riak wajah yang cukup menyeramkan. Darren yang memandang wajah adiknya itu turut menjadi terkaku.
"If those two women touch my wife. I will make sure they go to jail." Itu janji sumpahnya. Isterinya tidal pernah di kasar oleh sesiapa. Namun kalau itu terjadi, dia pastikan siapa yang menyakiti isterinya tidak dapat merasakan kehidupan yang bahagia.
"If you say so. I will make sure my sister-in-law will also be well protected, angel." Bahagia Darren mendengarkan kata-kata adiknya akan adik iparnya. Dia pasti adiknya akan sentiasa melindungi milik adiknya. Bahu adiknya di tepuknya.
"Aduh!"Mengadu Izrael.
Muka Darren berubah wajah. "Adik kenapa? Kenapa dengan bahu adik?" Risaunya.
"Tak ada apa. Sikit sahaja. Aku tercedera masa misi. Kau jangan bagi tahu mummy pula."Risau akan mulut abangnya yang susah mahu menyimpan rahsia.
Darren hanya angguk. Baginya itu adalah biasa jika seorang tentera tercedera ketika misi. Bahkan, yang maut ketika misi turut ada. Namun, itu bukan perkara yang dia harapkan berlaku pada adiknya.
"Take care of yourself. You have to be careful after this. If you don't think of me as your brother. Think about your parents and wife who worry about you." Senyum Darren sebaris. Dia tidak boleh kata lebih akan adiknya yang keras kepala ini.
Izrael menatap Darren sambil bahu abangnya itu ditepuknya." Kau tak perlu risaukan aku. Aku sihat je. Tak mati lagi. Lagipun, abang aku doktor kut. Kalau aku sakit, dia boleh jaga aku."Senyumnya.
"Betul, abang adik doktor. Tidak ada perlu dirisaukan."Senyum Darren lalu menepuk bahu Izrael dengan agak kuat tanpa sengaja.
"Aduh! Sakit ngek!"Marah Izrael sambil menyentuh bahunya.
"Maaf, abang tak sengaja. Nak abang bawa pergi hospital ke?"Risau.
"Tak payah nak mengarut. Jom, masuk."Bukan ada apa-apa pun. Sikit sahaja.
Izrael melangkah masuk.
Darren hanya mampu menatap Izrael lalu memeluk sisi Izrael untuk masuk bersamanya.
"Asal?"Menatap Darren sambil tangan lelaki itu ditepisnya.
"Sayang adik."Seakan-akan mahu mencium pipi adiknya.
Izrael sudah merasa geli dan risau akan abangnya yang kurang waras.
"SAYANG, TOLONG ABANG! ADA ORANG GILA!" Belari Izrael mencari isterinya.
"Adik kesayanganku, jangan lari!Ubur-ubur ikan lele, I love you le!"
"Ubur-ubur ikan lele, seram ada abang gila le!"Balas Izrael.
"Cinta!"Mengejar Izrael yang berlari ke dalam rumah.
"SWEETLOVE!"Jerik Izrael.
Share this novel