"Maaf lambat. Parking penuh tadi."Sungguh sesak betul disini. Mahu cari tempat letak kereta sangat susah.
"Jom, kita."Ajak Izfarni lalu mereka masuk ke dalam.
Izfarni yang melihat Jibrael yang sedang rancak berborak dengan Mawar ditegur. "Jib, boleh tolong aku?"
"Apa?"Pertolongan dalam bentuk apa?
"Tolong test baju penganting lelaki. Aku nak pilih."
"Mana Iwan?"Sepatutnya dia yang perlu mencubanya.
"Dia sibuk. Boleh ah."Rayu Izfarni.
Sibuk sahaja memanjang. "Iyalah." Pasrah sahaja.
"Tapi, sama ke saiz dia dengan Abang Jib?"Takut pula salah saiz. Tegur Mawar.
"Koi rasa sama sahaja Iwan dengan Jib. Jomlah."Mereka menuju ke butik busana penganting.
Raeliz
"Taniah, Izrael. Misi yang kamu selesaikan semuanya berjalan dengan baik."Kagum Meja Abdullah dengan potensi Izrael yang sangat baik setiap melakukan tugas. Banyak sudah penjenayah dan lanun-lanun yang mencuri dan agensi pengeksport orang asing telah ditangkap.
"Ini tanggung jawab saya tuan."Sudah jadi tanggung jawabnya sebagai tentera untuk melaksanakan tugas.
"Tetapi, ada sesuatu saya mahu bagi kamu."Muka Izrael mula berkerut sedikit. Sesuatu? Sesuatu apa?
Meja Abdullah menghulurkannya sebuah surat."Lihat."
Izrael dengan tanda tanya mengambil surat yang diberi. "Surat penukaran tempat kerja. Di Johor Bahru." Johor? Sudah lama dia tidak pulang ke sana.
"Pihak atasan minta kamu transfer ke JB dengan perintasi kamu yang sekarang."Kebolehannya telah dipandang oleh pihak atasan. Oleh itu, mereka sangat memerlukan seseorang yang berkarisma seperti dirinya.
"Dengan senang hati saya menerima."Senyum Izrael.
"Saya pun berat hati untuk melepaskan kamu. Tetapi, saya rasa di sana. Kamu boleh belajar lebih dan lagi." Pengalaman baharu di tempat yang baharu.
"Inshaallah, tuan. Kalau tiada apa lagi saya minta diri tuan."Meja Abdullah menggeleng.
Izrael bertabik menandakan hormat dan berkawad kecil sebelum dia beredar pergi.
Izrael pergi melangkah pergi dari bilik itu sambil menenungkan surat tadi. Pindah ke Johor Bahru? Sungguh ini adalah takdir.
Sedang dia berjalan seorang diri, beberapa kadet menghampirinya.
"Tuan."Tabik mereka lalu di tabik oleh Izrael.
"Tuan, kami dengar cerita tuan ditransfer ke JB. Betul ke?" Sungguh cepat berita sampai di telinga mereka.
"Saya baru dapat tahu tadi. Kamu semua dah tahu."Tergeleng dirinya.
"Ala, lepas ini tak bestlah tuan tak ada time misi." Rungut salah seorang dari mereka.
"Kan rakan seperjuangan kamu semua ada lagi. Saya di sana sorang sorang."Langsung tiada teman.
"Siapa kata? Luth Mahfuz sentiasa ada di mana-mana."Sampuk Luth Mahfuz yang baru sahaja tiba.
"Tuan."Tabik semua kadet di situ lalu diikuti oleh Luth.
"Tuan pun turut sama?"Tak akan semua mahu pindah macam ini.
"Tuan Izrael nak pindah. Tuan Luth nak pindah. Tak seronoklah lepas ini." Keluh salah seorang dari mereka. Mereka semua sudah selesa dengan tuan-tuan mereka.
"Kita bertugas bukan seronok ke tidak seronok. Tetapi, amanah."Nasihat Izrael.
"Memang betul tuan. Tetapi, lagi bagus ada tuan yang boleh bersama kita yang berborak dan sporting." Tidaklah terlalu kaku.
"Tuan Maleeq kan masih ada."Jawab Luth.
Semua kadet sudang menggeleng kepala. Mereka semua sangat payah untuk berkerjasama dengan Tuan Maleeq sangat cukup tegas.
"Tidaklah kami. Kami rela lagi kena campak dalam laut dengan tuan. Berbanding kena campak dalam neraka dia tuan."Tidak sanggup dia.
Izrael senyum. Memang benar dia selalu campak mana-mana kadet yang degil atau lembab menerima arahan akan dicampak ke dalam laut. Nak jadi tentera kenalah tegas dan berani bukan pengecut.
"Kamu tak takut kena cabut nyawa dengan saya?"Ayatnya sengaja memasukkan apa yang dikata mereka.
"Rela lagi saya kena cabut nyawa dengan tuan berbanding kena campak dalam neraka tuan."Ush, takut-takut.
Kata-katanya membuat semua ketawa dengan riang. Ada sahaja kata mereka. Adakah pula tugas malaikat dikaitkan mereka?
"Bila tuan akan berpindah?"Rasa ingin tahu.
"Hujung minggu depan. Kenapa? Tak sabar nak saya pindah ke?"
Semua menafikan."Tuan, kalau boleh. Kami tak nak tuan pindah. Stay sini."
"Mana boleh macam itu. Saya berpindah kerana mungkin di sana lebih memerlukan saya. Lagipun, boleh saya cipta pengalaman baharu bukan?"Kadet-kadet yang mendengar hanya angguk.
"Sudah. Berhenti cakap fasal pindah. Jom, saya berlanja makan."Ajaknya.
"Betul ke ni tuan?"Biar betul tuannya.
"Ada nampak saya berbohong ke?" Mukanya seperti pembohong ke? Kadet menggeleng.
"Aku tak nak ajak?"Tanya Luth yang sudah lama berdiam diri.
"Kata Luth Mahfuz di mana-mana. Tak akan tak nak ikut."Ujar Izrael sambil berlalu pergi bersama kadet-kadet yang lain.
Luth yang melihat mereka tergeleng lalu mengikuti jejak langkah mereka.
Raeliz
Selesai sahaja memilih baju penganting, mereka bersiar-siar di mall. Saja nak cuci-cuci mata tengok apa ada di mall.
"Terima kasih Jib, tolong aku."Senyum Izfarni.
"Tiada masalah setakat nak bantu sepupu aku."Sesama darah tidak akan tidak boleh membantu.
"Iz tengok tu."Mawar tunjuk poster potongan harga novel. Membuat mata mereka sudah rambang habis. Tanpa menyedari mereka telah menghampiri kedai buku itu.
Jibriel sudah menggeleng kepala melihat mereka. Semestinya mereka akan lama di situ dan pergi tanpa tangan kosong. Dengan nafas yang panjang, Jibrael melangkah masuk.
Beberapa minit disitu, akhirnya mereka menjumpai pilihan hati. Lihatlah tangan Izfarni yang penuh dengan buku. Mawar pula tidak kalah juga, banyak buku di tangan.
Semasa giliran mereka mahu bayar, pantas sahaja Jibrael menghulurkan kad debitnya. "Guna kad ni."Berkata dengan yang menjaga kuanter.
"Iz, letakkan sahaja buku kau. Aku bayar."Melihat Izfarni yang masih memegang bukunya dan tidak membayarnya lagi.
"Eh, banyak ni."Biar betul Jibrael ini. Dia tahukan sebuah buku berharga 20 atau 30 ke atas.
"Bukan selalu."Apa salahnya dia mahu berkongsi rezeki bersama sepupunya.
"Terima kasih, Jib."Izfarni tersenyum manis. Alhamdulillah, rezeki orang mahu belanjarnya.
Namun, senyuman Izfarni mati ketika melihat sepasang pasangan yang tidak jauh dari mereka. Tanpa disedari dia pergi menhikuyi jejak langkah mereka.
"Iz."Seru Mawar, namun diabaikan olehnya.
Izfarni mengikut sepasang pasangan yang sangat cukup romantis. Lelaki yang kacak bersama seorang gadis yang berambut panjang saling berpegangan tangan dan gelak ketawa. Sangat serasi dan bahagia di mata orang lain. Namun, tidaknya. Langsung tidak bahagia melihat tunang sendiri curang dihadapan matanya.
"Iwan."Panggilan abang sudah tiada.
Iwan berpaling ke arah Izfarni. Berpaling sahaja, wajahnya sudah berubah. Bibirnya sudah mengatakan yang dapat dibacanya meskipun tidak didengar. Izfarni.
"Ini?"Gadis yang bersama Iwan tertanya melihat Izfani bertegur sapa dengan kekasihnya.
Izfarni tersenyum untuk menutup sakitnya. "Hai, saya Iz. Kawan sekampung Iwan."Berpura-pura ramah.
Irany menghululurkan tangannya. "Irany."Mereka bersatu tangan.
Irany mula menjadi selesa dengan Izfarni yang murah senyum kepada mereka. Sudahlah cantik, ramah pula orangnya. Pelbagai pujian diberi kepada Izfarni.
"Korang dah kawin ke?"Sengaja Izfarni tekankan perkataan kawin itu untuk Iwan mendengarnya.
Irany tersenyum." We get marry, Insyaallah." Menunjukkan cincin yang telah dilamar oleh Iwan beberapa hari lalu ditangannya.
"Congrat, you and Iwan."Tahniah atas penipuan yang dia buat.
"Thank." Bahagia sahaja Irany mendapat pujian itu. Namun, tidak dengan Iwan sudah diam membisu.
"Oh, sorry. I want go now. Next time, kalau jumpa lagi kita borak."Irany hanya mengangguk.
"Iwan, jangan lupa bawa Irany balik kampung ya. Kenalkan dekat tok ketua."Sengaja dia mengatakan itu.
"Bye, Irany. See you soon." Izfarni pergi meninggalkan mereka dengan penuh rasa sakit.
Irany yang melihat Izfarni memandang dengan senyum. "I suka dia, untung siapa dapat kawin dengan dia." Mendengar kata-kata Irany membuat Iwan berasa tersentap. Sepatutnya dia yang akan berkawin dengannya. Namun kini.....
Share this novel