Assalamualaikum."Beri salam seseorang di luar.
Semua orang yang berada di dalam kelas terdiam sambil memandang ke arah pintu.
"Izrael."Tersenyum Jibrael memandang Izrael yang berada di hadapan pintu lalu menghampirinya.
"Kau sekelas dengan aku. Gempaklah. Jom, duduk sebelah aku."Ajak Jibrael.
"Sebelah kau tak ada orang ke?"
"Tak ada, dia dah pindah nak dekat seminggu dah aku duduk sorang."Izrael angguk lalu mengikuti Jibrael ke tempat duduk.
Manakala para pelajar perempuan ada yang sudah tidak berkelip mata melihat Izrael. Astaghfirullah, zina mata.
Realiz
Habis sahaja sekolah, Izrael diambil oleh Tharieq dan pulang terus ke rumah. Selesai sahaja solat zohor, Izrael tertidur di sofa ruang tamu kerana kepenatan dengan sekolah siang tadi. Penat juga untuk membiasakan suasana baru.
"Allahuakbar. Allahuakbar."Azan di laungkan.
Opah Izzah yang baru sahaja selesai membakar bahulu, melihat cucu terunanya sedap terbaring di ruang tamu. Sudahlah masuk waktu Asar, boleh jadi gila tidur waktu bergini. Sekejap lagi anak muridnya akan datang untuk belajar datang mengaji.
"Rael, bangun. Solat Asar."Bahu Izrael ditepuk-tepuk.
Izrael membuka matanya melihat opahnya yang berada di hadapan matanya dan segera bangun.
"Solat."Arah Opah Izzah.
"Baik."Bangkit lalu menuju ke bilik air untuk mengambil air wuduk.
Setelah melaksanakan ibadah kewajiban seorang muslim. Izrael keluar dari biliknya. Keluar sahaja, melihat ramai anak-anak murid opahnya yang berada di ruang tamu.
Izrael menghampiri opahnya lalu duduk berdekatan opahnya. "Adik-adik yang baca iqra' boleh baca dekat abang."Panggil Izrael.
Opah Izzah yang mendengar menjadi tersenyum."Ha, bagus ada kamu. Pergi dekat Abang Rael yang mana baca iqra'."Arah Opah Izzah.
Kesemua yang belajar iqra' duduk di hadapan Izrael untuk membaca bersamanya. Bukan setakat baca iqra' sahaja yang datang, yang sudah khatam 4 kali pun ada untuk baca bersama Izrael.
"Peah, kamu buat apa dekat situ. Kamu baca dengan koi. Gatal sangatlah."Panggil Sofia yang berada di belakang budak-budak kecil yang baca iqra'.
"Tapi, Izraelkan dan hafiz. Hafal 30 juzuk."Jawapnya agar dapat membaca dengan Izrael.
"Tak payah, kamu yang tak tahu malu. Dia yang malu nak ajar kamu. Sini, baca dengan koi."Panggil Opah Izzah.
"Tapi..."
"Tak ada tapi tapi. Sini."Menepuk tempat yang kosonf di sebelahnya.
"Ala..."Pasrahnya lalu duduk di sebelah Opah Izzah.
Izrael yang mengajar budak-budak kecil dengan penuh lemah lembut agar mereka tidak takut dengannya. Meskipun, kalau dia mengajar adik-adiknya sendiri dengan agak keras dan marah-marah untuk mereka dapat apa yang dia ajar.
"Tsa."Ajar Izrael.
"Sa." Sebut budak itu.
"Tsa."
"Sa."
Izrael menggaruk tengkuknya. Bagaimana dia mahu mengajar budak ini agar boleh sebut.
"Adik tengik mulut abang. Tsa. Lidah dekat gigi. Tsa."Menunjuk mulutnya.
"Sa."
"Bukan sa tapi tsa. Lidah kat gigi depan atas. Tsa. Tsa. Tsa."Menunjuk bibirnya.
"Tsa."Sebut budak itu seperti mana yang di ajar Izrael.
"Ye, pandai. Sebut lagi."Senyum Izrael.
"Tsa."
"Pandai."Izrael mengusap rambut budak itu tanda pujiannya kerana boleh menyebut huruf Tsa.
"Okey, sambung baca."Izrael menunjuk huruf seterusnya menggunakan penunjuk lidi.
" A' ba ta."Baca budak itu.
"Bukan ta tapi tha. Sama macam tsa tadi. Lidah dekat gigi."
"Tha."
"Good boy." Puji Izrael.
Budak itu baca dengan penuh gembira dan semangat tanpa rasa gementar apabila di ajar Izrael. Sangatlah lemah lembut.
Izrael yang melihat budak-budak itu tersenyum mengingati adik-adiknya yang berada di Johor. Jujur dia sangat rindu akan adik-adiknya yang selalu mengajar olehnya mengaji.
Realiz
Pulang sahaja dari masjid Izrael dan Opah Izzah singgah sebentar ke kedai runcit untuk beli bawang untuk masak nasi goreng bagi esok buat sarapan. Semasa perjalanan pulang, mereka bertemu dengan Jibrael dan Izfarni yang berpakaian silat.
"Jib, Iz."Panggil Opah Izzah.
"Opah."Saut mereka berdua.
"Nak pergi bersilat dah?"
"Ya, opah."Jawap Iz.
"Ni, bawa Izrael sekali."Menarik bahu Izrael.
"Rael? Rael mana pandai silat opah. Taekwondo, pandailah."Jujurnya.
"Sebab tak pandai koi suruh kamu ikut. Pergi."Arah Opah Izzah.
"Tapi, opah nak balik sorang ke?"Risau pula kalau opahnya pulang seorang.
"Kamu tak payah nak risau fasal koi. Waktu kamu tak ada elok aja koi balik sorang. Pergi sana."
"Ini dah macam halau je."
"Memang halau pun. Kamu duduk rumah asik nak kacau koi je aja kerja ye."Jujurnya. Jikalau ada Si Izrael ada sahaja perkara yang dia akan mengusik dirinya. Boleh kata hari-hari gugur jantungnya kerana karenah cucu terunanya ini.
"Yelah, siapalah kita ni."Menunjuk muka kasihannya. Sedih.
"Tak payah nak berdrama sangat. Pergi sana."
"Iyalah. Hati-hati"Menyalam opahnya sebelum opahnya pergi pulang ke rumah.
"Cinta hati, hati-hati. Jangan terluka di hati. Bye. I love you, girlfriend. Muah!"Lambai Izrael.
"I hate you." Jawap Opah Izzah lalu pergi. Malas mahu melayan cucunya.
Izfarni dan Jibrael dari tadi hanya melihat karenah cucu dan neneknya sangatlah bahagia dan gembira sehingga mereka tersenyum melihat mereka.
Izrael yang pandang mereka yang tersenyum menjadi tidak puas hati. "Apa?"
"Apa Iz?"Tanya Jibrael.
"Cinta hati, hati-hati. Jangan terluka di hati. I love you, girlfriend. Muah!"Izfarni mengejek sambil membuat gaya.
"Macam mana?"Jibrael sengaja mahu mengulang kembali.
"Muah!" Serentak Jibrael dan Izfarni.
"Kurang ajar."Kejar Izrael lalu Izfarni dan Jibrael lari dari dikerja oleh Izrael.
"Sini oukme!"Lari dengan lajunya.
"Muah! Muah muah dah mengamuk." Sempat lagi Jibrael menjahilinya dalam keadaan seperti itu.
Share this novel