Izfarni pusing mengadap Izrael. "Aku kacau kau tidur ke?" Mesti gara-garanya lelaki ini terjaga.
"Kau bergerak-gerak. Itu aku terbangun." Bagaimana mahu tidur kalau orang yang berada di sisinya bergerak.
"Maaf."Mohonnya.
"Kenapa? Kau tak boleh tidur ke? Sebab aku?"Diberi soalan bertubi-tubi akan isterinya.
"Tak."
"Astu?"Lalu apa dia?
"Aku tak boleh tidur kalau aku tak peluk orang."Itulah tabiatnya ketika tidur.
Izrael tersenyum nakal."Kata sahajalah yang kau nak peluk aku." Apa yang susah.
Izfarni merona mukanya. "T-taklah. Aku memang tidur biasa peluk orang. Waktu aku tak kawin dengan engkau lagi pun, aku tidur dengan Dina. Masa dekat universiti pun, aku tidur dengan Mawar."Memang dari kecil tabiatnya tidur peluk orang.
Izfarni menunduk sahaja.
Izrael tersenyum lalu mendekati isterinya."Mari."Panggil Izrael.
Izfarni yang menatap Izrael dengan pandangan binggung lalu dia menghampiri suaminya itu. Sebaik sahaja dia menghampiri lelaki itu, Izrael membawa ke pelukkannya.
Izfarni yang canggung itu, terus berasa selesa dan terus memeluk lelaki itu. Ini kali pertama dia tidur dengan lelaki setelah akil baligh. Senyum Izfarni dalam pelukan Izrael.
"Iz, kau nak tahu tak apa kelebihan kawin dengan best friend sendiri?"
"Apa?"Menatap Izrael.
"Kalau aku takut kau hilang. Aku boleh pegang tangan kau. Sebab kaukan anak itik aku." Memegang tangan isterinya.
Izfarni sudah memandang tajam akan suaminya itu. Tidak habis-habis panggilnya anak itik. Tahulah dia pendek dari ketinggian galah lelakinya ini.
"Kalau kau degil, aku boleh pukul kau macam ini."Menepuk punggung Izfarni.
"Aduh! IZRAEL!"Marahnya sambil menggosok punggungnya yang dipukul Izrael tadi. Sudahlah pagi-pagi buta melakukannya seperti itu.
"Kalau aku rindu atau sayang kau, aku boleh peluk dan cium kau macam ini."Memeluk Izfarni dengan erat lalu mencium isterinya berkali-kali.
Terkejut Izfarni dengan tingkaj laku Izrael seperti itu."I-izrael."Merah mukanya.
Izrael berhenti dengan kelakuannya."Sudah, tidur."Mencium umbun-umbun isterinya.
Izfarni hanya mengangguk lalu memeluk lelaki yang sah menjadi suaminya itu."Tisbah ala khair, Izrael Damiens."
"Tisbah ala khair, sweetlove."Tidur mereka dengan nyenyaknya sambil berpaut antara satu sama lain.
Raeliz
Izfarni membuka matanya lalu menatap jam dindingnya yang sudah menunjukkan jam 4.30 pagi. Dia bangkit dari tidurnya. Wajah lelaki yang masih tertidur itu ditatapnya sambil tersenyum. Bahagia rasanya bangun tidur ada jejaka kacak depan mata.
"Izrael, bangun. Tahjud."Kejut Izfarni sambil memegang bahu kanan Izrael.
"Arght."Memegang bahunya setelah sedar dari tidurnya. Sakit.
Izfarni yang mendengar suara dari mulut Izrael jadi risau akan lelaki itu. Kenapa dengan bahu suaminya itu.
"Izrael kenapa dengan bahu kau?"Soalnya dengan penuh kerisauan.
"Tak ada apa."Bangkit dari baring.
"Jangan bohong."Mustahil tiada apa.
"Tak ada apa, sayangku."Jawab Izrael dengan lembut sambil tersenyum.
Izfarni menatap Izrael dengan tajam. "Baik kau bagi tahu aku atau...."Dia mencapai telefon milik Izrael.
"....aku call Luth."Dia yakin Luth tahu mengapa.
"Iz, kan pagi lagi ini. Tak akan nak call orang."Terlalu awal mahu mengganggu orang.
"Izrael Damiens. Bagi tahu aku."Paksanya.
"Damiens Izrael, sayang. Bukan, Izrael Damiens."Suka sangat terbalikkan namanya.
"Kisah pula aku. Sekarang, aku nak kau bagi tahu. Kenapa dengan bahu kau? Sebelum aku tampar kuat-kuat."Tangannya sudah menghala ke arah bahu itu.
"Okay, aku bagi tahu."Susah sangat mahu bagi tahu. Kalau tidak ugut, tidak akannya mahu memberi tahunya.
"Aku tercedera semasa melakukan misi."Jujurnya.
"Allah."Terus dia menarik lengan baju suaminya itu untuk lihat. Nasib, baju lengan pendek.
Selak sikit sahaja dapat lihat ada balutan di atas bahagian sikunya hingga ke bahu. "Izrael."
"Tak payah risaulah. Aku okaylah." Dia sudah biasa.
"Habis, macam mana tu?"
"Aku dah cheack dah. Doktor kata okay. Jahitan yang Luth jahit ini pun okay." Semuanya baik-baik sahaja.
"Jahit?"
Alamak, dia sudah terlepas fasal jahit. Kena jujur sahajalah."Iya."
"Luth, yang jahit?"Biar betul.
"Iya. Dia itu antara tentera yang mahir dalam bidang perubatan."Terang Izrael sikit.
"Waw! Hebat jugalah Luth macam itu."Kagumnya. Namun, Izrael sudah manarik muka.
"Luth memang hebat tak macam aku."Katanya dengan nada yang cemburu. Berani-berani puji lelaki lain depan matanya.
"Hehe. Kau pun hebat juga."Sedar akan Izrael yang sudah cemburu akan itu.
"Hebat apa?"Sengaja menguji gadis ini.
"Kerana dah berjaya menawan hati aku."Senyum Izfarni sambil membuat mini love.
Izrael hanya tersenyum lalu mengelus rambut isterinya. "Pergi mandi dulu. Lepas kau mandi, aku pula."Arahnya.
"Baik, Leftenan Damiens Izrael."Senyum Izfarni.
Share this novel