Izrael hanya menatap isterinya yang sedang memakai tudung di hadapan cermin. Sampai tidak berkelip matanya memandang sambil tersenyum. Izfarni yang melihat cik suaminya yang memandangnya di katilnya sambil tersenyum dari pantulan cermin jadi malu dengan pandangan itu. Adalah itu mahu mengenakannya. Suaminya ini bukan boleh duduk diam. Asik mahu menyakatnya sahaja. Gatal.
Izfarni memandang Izrael sambil bercekap pinggang. "Kau asal, Izrael? Tak ada kerja?"
"Ala, nak pandang isteri sendiri pun tak boleh. Tak apalah."Izrael mengeluh lalu berdiri dan mencapai kunci keretanya dan telefonnya untuk pergi.
"Sikit-sikit merajuk. Mengada."Kata Izfarni sambil membawa beg yang berisi telekung.
Mereka berdua mahu pergi ke masjid untuk berjemaah di sana. Sementara itu juga, mereka mahu buat doa selamat atas pernikahan mereka.
"Biarlah, mengada ada orang nak pujuk."Kata Izrael sambil tersenyum.
"Siapa?"Sengaja mahu dia bertanya.
"Siapa lagi. Isteri sayalah, Dini Izfarni."Sukanya menyebut nama itu.
Izfarni tersenyum. Malulah."Dah, jom. Kalau dilayan kau ini. Sampai esok pun tak habis."
Mereka berdua keluar dari bilik.
Sebaik mereka keluar dari bilik, Encik Darfan, Puan Dayah bersama anak kembar mereka sedang menunggu sepasang mempelai itu. Sungguh lama mereka bersiap.
Izrael dan Izfarni yang memakai jubah kelabu warna yang sama, menghampiri mereka semua.
Dani dan Dina yang memandang mereka berdua sudah senyum mengejek. Amboi, tahulah baru kawin. Terus maching-maching. Terasa pula single ini melihat mereka berdua.
"Kak, apa lagi. Peganglah tangan Abang Izrael tu."Kata Dani dengan senyuman yang tidak pudar dari bibirnya. Suka melihat kakaknya dan abang iparnya bersama seperti itu. Sungguh romantis.
"Apa yang Dani merepek ini? Kalau akak pegang dia, batallah air wuduk akak."Memang kebiasaan mahu ke masjid dia akan ambil wuduk di rumah. Lebih mudah.
Puan Dayah mencubit lengan anak terunanya itu. "Jangan nak mengusik kak tu."Tidak pandai dengan tidak habis belajar lagi. Mengusik sahaja kerjanya.
"Aduh! Umi."Menggosok lengannya yang dicubit seperti ketam itu. Sakit sangat.
"Marilah kita ke masjid. Eh, sekejap. Kamu sudah bagi tahu daddy dan mummy kamu belum Izrael?"Tanya Encik Darfan akan besannya terhadap anak mereka itu.
"Dah. Dia orang sudah gerak dahulu katanya."Jawab Izrael yang sedang mencapai beg di tangan Izfarni tanpa menyentuh isterinya itu. Izfarni yang melihat Izrael yang mahu begnya hanya melepaskannya sahaja. Takut bersentuhan pula.
"Kalau macam itu, marilah kita."Memeluk sisi menantunya untuk membawa bersamanya. Izrael turut buat begitu.
Izfarni yang melihat kemesraan suamianya dan bapanya menjafi bahagia. Syukur rasanya mereka begitu rapat. Nampaknya, Izrael akan menjadi menantu kesayangan keluarga Encik Darfanlah.
Izfarni turut memeluk sisi ibunya bersama untuk keluar rumah.
Dani dan Dina yang melihat mereka juga jadi ikutan. Sengaja sahaja perbuatan mereka. Tiada apa yang mahu dilakukan mereka. Jadi, itu sahaja yang bermain difikiran mereka berdua.
Mereka pergi ke masjid dengan kereta Izrael kecuali Dani dan Dina yang mahu menaiki motorsikal milik Dani yang dihadiahkan oleh Encik Darfan akan anak terunanya semasa hari jadinya. Dengan pemberian itu mudah dia mahu berulang-alik dari universiti ke rumah.
Raeliz
Sebaik sahaja mereka tiba di masjid, Izrael membantu Encik Darfan membuka pintu. Manakala Izfarni, membantu Puan Dayah untuk keluar dari kereta.
Sungguh best yang dirasakan Puan Dayah naik kereta mewah milik Izrael. Bukan dia suka menaiki kereta mewah kerana dia juga ada kereta BMW yang dibeli oleh Encik Darfan pada tahun yang lalu dengan duit yang dimasukkan oleh Dato Danial setiap bulan. Tetapi, dia suka kerana ini kereta milik menantunya. Hasil usaha Izrael dengan titik peluhnya, dia membeli kereta ini. Nampak, Izrael ini berusaha untuk kehidupannya. Jadi, dia yakin seperti mana Izrael berjadi dirinya yang dia bangkitkan dahulu yang tiada apa dan mampu membiayai dirinya yang sehelai sepinggang menjadi seorang yang sukses.
"Kami masuk dulu."Kata Encik Darfan. Mereka masuk ke dalam masjid terlebih dahulu kerana sengaja mahu mereka berdua bersama sementara.
Izrael menatap isterinya sambil tersenyum. Izfarni yang melihat Izrael seperti itu jadi canggung. Tidak habis-habis melihatnya sambil tersenyum. Malulah.
"Kau apa hal do. Pandang aku dok senggeh-senggeh. Seram tahu." Kata Izfarni dengan wajahnya yang sudah berbahang.
"Haha."Izrael ketawa.
Izfarni yang melihat suaminya yang tiba-tiba ketawa jadi bertambah seram. Sudahlah senja ini cik abang oi, ketawa pula. Kena rasuk ke apa suaminya ini.
"K-kau asal?"Gagap Izfarni. Seram lihat suaminya yang ketawa begitu.
Izrael berhenti dari ketawanya melihat si miliknya."Nasib kau ada wuduk. Kalau tidak memang aku peluk kau. Comel."
Comel? Sekali lagi, Izrael memujinya comel. Makin bertambah malunya Izfarni rasakan.
"Iz."Panggil Izrael.
"H-ha."Jawab Izfarni dengan muka yang merah sedikit.
"Kau nak aku baca surah apa?"Kebiasaannya kalau datang ke masjid. Semestinya orang kampung mahu dirinya menjadi imam solat berjemaah.
"Emmm. Surah apa ya?"Fikir Izfarni sambil mengetuk dagunya dengan jari telunjuknya.
"Ar-Rahman, boleh?"
"Anythink for my sweetlove. Semuanya boleh."Tersenyum Izfarni mendengar kata dari Izrael. Lelaki ini setelah menjadi suaminya sangat manis tutur katanya.
"Mari masuk."Mengalu-alukan Izfarni masuk terlebih dahulu darinya seperti seorang putera mengalu-alukan kedatangan seorang puteri.
"Terima kasih, tuan putera."Senyum Izfarni lalu berjalan terlebih dahulu.
Izrael hanya tersenyum melihat isterinya turut bahagia. Dia mengunci keretanya lalu mengikuti isterinya dari belakang.
Raeliz
Selesai sudah doa selamat dan solat Isyak berjemaah yang telah Izrael imamkan. Seperti apa yang isterinya minta, dia telah membaca surah Ar-Rahman dalam solat yang dia baca tadi. Doa selamat yang tadi dijalankan turut dia yang mengetuainya.
Bagaimana dengan solat Maghrib? Darren yang menjadi imam di masjid ini buat kali pertamanya. Sungguh kagum orang kampung yang melihat kebolehan anak Dato Danial yang mahir dalam ilmu agama. Semua anaknya adalah hafiz. Pandai Dato Danial mendidik anak mereka dari Darren Iskandar, Damiens Izrael dan Dafeal Isaac. Semuanya seorang hafiz yang sangat lancar bacaanya. Lihatlah Dato Danial dahulu, juga seorang hafiz akan didikan Opah Izzah seorang guru agama. Tidak mustahil anaknya seperti dirinya juga.
Sepanjang di masjid, tidak henti-henti mulut orang kampung yang mengucapkan tahniah dan selamat mengganting baru kepada Izrael dan Izfarni atas penikahan mereka siang tadi. Tidak sangka, dari kawan baik yang seperti belangkas dahulu sudah menjadi sepasang suami isteri yang bahagia.
Keluar sahaja masjid, mata hazel Izrael hanya mencari satu sosok sahaja. Isterinya di mana?
Pandang sahaja ke arah luar masjid di pintu pagar masjid, terus Izrael menuju ke sana melihat keluarganya dan keluarga mentuanya ada disana bersama Jibrael dan Mawar turut ada bersama mereka.
Sampai disana, pinggang Izfarni dirangkulnya. Tadi, nak pegang ada wuduk. Sekarang, sudah bebas untuk melakukan apa sahaja.
Terasa sahaja pinggangnya ada sessuatu, Izfarni menatap orang yang berada disebelahnya. Izrael, suaminya.
"Apa ni? Malulah orang tengok."Cuba mahu melepaskan tangan Izrael dari pinggangnya.
"Peduli apa aku."Bisik Izrael yang semakin erat memeluk isterinya dari sisi.
Izfarni hanya mampu mengeluh. Bukan boleh kata Izrael ini. Makin dikata, makin menjadi-jadi perangainya. Degil.
Mawar yang berada di sebelah Izfarni sedar akan hal itu. Tersenyum terus Mawar sambil bisik kepada Izfarni.
"Habislah ouk malam ini."
"Asal?"Cuba mengawal suaranya agar tidak didengari oleh Izrael yang sedang rancak berborang dengan mereka yang lain.
"Inikan malam pertama kau dengan dia."Mengusik Mawar.
Izfarni sudah membeku. Malam pertama? Izrael dijelingnya sedikit. Ini bukan habis rasanya, mati dan maut rasanya. Tidak mahu balik.
"Jom, balik. Kesial Salbella dengan Izzatie di rumah."Kata Darren yang mengingatkan anak isteri dan adik perempuannya itu.
Salbella tidak dapat datang ke masjid kerana anaknya dan Darren tidur. Izzatie pula tidak boleh mendirikan solat kerana kelebihan seorang wanita yang diberikan oleh Tuhan pada setiap kaum hawa.
"Jomlah, kasihan pula mereka."Ajak Datin Ilya akan dua orang wanita yang mereka tinggalkan di rumah tadi. Sudahlah wanita, risau pula rasanya tinggalkan mereka di rumah.
"Jom, mummy. Kita nak bagi masa dekat pengantin baru ini."Kata Darren untuk mengusik adik lelakinya itu.
Ketawa terus mereka semua. Mendengar kata-kata Darren. Bukan mereka tidak tahu apa yang dimaksudkan Darren.
"Mohlah kita."Ajak Dato Danial akan semua orang.
Semua menuju ke kenderaan mereka semua untuk pulang ke rumah. Namun, tidak dengan Izfarni. Keras kejung di situ.
"Iz, koi balik dulu."Senyumnya lalu pergi.
"Aku balik dulu, bro." Menepuk bahu Izrael sambil tersenyum lalu pergi.
"Jom, sayang."Ajak Izrael.
Sayang? Ini sudah gila. Semakin keras kaki Izfarni mendengar kata sayang yang keluar dari mulut Izrael. Izrael panggilnya sayang.
Izrael yang melihat Izfarni yang sudah keras kejung sudah pelik dengan isterinya. Tidak mahu balik ke isterinya ini.
"Iz, kau tak nak balik ke? Jomlah."Soalnya sambil melihat isterinya yang tiada apa tindakan mahu pulang.
"Jomlah."Ajaknya lagi.
Izfarni diam. Izrael sudah mengeluh melihat isterinya seperti patung. Dia ini cakap dengan batu kerikil ke?
"Iz, baik kau ikut aku sebelum aku dukung kau masuk kereta."Ugut Izrael.
Terus sedar Izfarni mendengar ugutan itu."A-aku ada kakilah."Berjalan terlebih dahulu dari Izrael.
Izrael yang melihat isterinya hanya mampu tersenyum dan mengikuti dari belakang. Comel, anak itiknya ini.
Raeliz
Izfarni dari balik masjid tadi, berusaha tidak mahu berjumpa dengan Izrael. Setiap kali berjumpa dengan Izrael, dia akan bagi alasan. Takut. Takut sangat dengan malaikat maut itu.
Sekarang sudah menunjuk 11.45 malam. Namun, Izfarni masih di depan televisyen. Bukan di melihat televisyen pun, melainkan memikirkan satu hal.
Encik Darfan yang mahu masuk ke bilik tidurnya melihat anak sulungnya tidak masuk bilik lagi. Sudah lewat ini, tidak tidur lagi.
"Iz."Panggil Encik Darfan sambil menuju ke arah anaknya.
Izfarni berpaling ke arah suara itu. "Walid."
"Kenapa tak tidur lagi? Izrael, tak temankan dia?"Soal Encik Darfan.
"Eeer."Tidak tahu mahu kata apa.
"Sudah, masuk tidur. Tutup TV itu. Tak baik tinggal suami sorang dalam bilik."Geleng Encik Darfan.
"Baik, walid."Menutup televisyen lalu menyalam bapanya itu. Tiada apa yang boleh dia buat, melainkan taat kata bapanya itu.
"Iz, masuk tidur dulu."Encik Darfan angguk lalu dia menuju ke biliknya.
Mahu pegang tombol pintu bilik pun sudah dia takut. Apakan pula mahu masuk. Rasa mahu masuk kandang harimau rasanya. Mahu atau tidak mahu, dia harus masuk. Tidak akan dia mahu tidur di luarkan. Nak ketuk bilik adiknya, apakan pula kata adiknya sendiri kalau dia sudah punya suami.
"Bismillah. Ya Allah, selamatkanlah aku dari malaikat maut itu. Amin"Doa Izfarni yang mahu masuk ke dalam bilik itu.
Dengan sekali pulas, pintunya terbuka. Jelas dari pandangannya, Izrael sedang bermain dengan telefonnya. Suaminya masih belum tidur. Mautlah dia rasakan sekarang ini.
Izrael yang melihat Izfarni baru masuk ke dalam bilik terus mematikan telefonnya. "Marilah tidur."Panggilnya. Sudah lama dia menunggu mahu tidur bersama.
"Aaa.. Ha, okay." Berjalan dengan perlahan menuju ke arah katilnya.
Rasanya sudah perlahan dia berjalan. Tetapi, kenapa cepat sangat dia sampai ini?
Izfarni baring atas katil miliknya. Selimut terus dia tarik sehingga ke paras dada.
Tiba-tiba, ada tangan Izrael di atas mukannya. Terus dia menepis tangan itu dan bangun sambil memeluk selimutnya.
"Kau asal?"Tanya Izrael.
"K-kau nak buat apa?"Soal Izfarni dengan gugup.
"Aku nak letak phone akulah."Meletakkan telefonnya di atas kabinet yang berada di sebelah Izfarni tadi.
"Kau asal pula bangun?"Pelik sungguh dengan isterinya ini.
"A-aku terkejut je."Dan takut.
Izrael tersenyum dan akhirnya ketawa. "Haha."
"A-asal kau ketawa?"Makin seram sejuk rasanya.
"Ini mesti kau termakan dengan kata si Darren tu, kan? Memang tak guna jantan tu."Dia tahu sangat kenapa isterinya jadi canggung begini. Dasar abang tidak berguna.
Izfarni terdiam. Iya, memang benar.
"Iz, aku tak akan buat perkara yang kau tak nak. Lagi pun, kita baru kawin. Bagi aku, awal sangat. Kalau boleh aku nak spentime masa dengan kau dulu. Dan....lapan tahun aku tak jumpa kau. Bagi aku lepas rindu aku dulu dekat kau."Kata Izrael. Langsung dia tidak fikirkan itu langsung. Baginya, itu bukan yang dia mahukan melainkan perhatian seorang isteri.
"Terima kasih, Izrael. Sebab faham aku."Syukur rasanya kerana lelaki itu terlalu memahaminya.
Izrael tersenyum."Mari tidur."Ajak Izrael sambil membaringkan tubuhnya.
Izfarni membaringkan tubuhnya untuk tidur.
Izrael yang melihat Izfarni sudah tertidur terus tersenyum lalu memejamkan matanya untuk tidur.
Raeliz
Sudah setengah jam berlalu, namun dia masih belum dapat tidur. Puas dia berpusing ke kiri dan ke kanan tetapi tetap sama. Dia tidak boleh tidur.
Dia bukan tidak dapat tidur kerana ada orang disebelahnya tetapi, kerana tabiatnya.
Izrael yang terjaga dari tidurnya akan Izfarni memanggil isterinya itu. "Sweetlove, kenapa ini?" Memandang isterinya dengan pandangan yang agak kabur.
BERSAMBUNGNG....
Share this novel