#raeliz16 i

Romance Series 14536

Kesemuanya hampir sudah selesai, sesi berpantun sudah. Merisik, sudah. Tetapkan hantarannya pun, sudah. Kini, tarikh untuk disatukan masih belum ditentukan.

"Bila kita nak satukan mereka ini, datin?"Tanya Puan Dayah akan Datin Ilya yang bersama Dato Danial.

"Tidak perlu panggil saya datin. Panggil sahaja Ilya. Lagi pula kita mahu berbesan." Lebih baik memanggilnya dengan namanya, mereka pula akan berhubungan tidak lama lagi dan perlu akrab.

"Betul tu, lagi pula Darfan ini kawan lama saya. Kawan sekampung, sejiran dan sepakat. Tidak sangka pula akan menjadi besan."Tambah Dato Danial dengan Darreyna di pangkuannya. Tidak sangka anak lelakinya tertarik dengan anak kawan baiknya sendiri.

Hubungan Dato Danial dan Encik Darfan memang rapat dari mereka kecil lagi. Apa yang dilakukan mereka semestinya akan diberikan sokongan. Sama seperti Syarikat D'IK Holding yang diusahakan Dato Danial.

Asal penubuhan Syarikat D'IK Holding daripada usaha mereka berdua. Dato Danial sangat mahir dalam bidang arkitek untuk memajukan negara. Dari kecil lagi dia memang gemar melukis bagunan hayalannya dan sehingga peringkat remaja dia meneruskan jurusan dalam bidang ini.

Encik Darfan yang melihat kebolehan Dato Danial memberi cadangan kepadanya agar menubuhkan sebuah syarikat agar impiannya menjadi kenyataan bukan hayalan lagi. Namun, Dato Danial hanya memikirkan. Bagaimana dia mahu lakukan itu? Dari mana dia mahu mendapat duit, sedangkan mereka anak kampung. Susah orang mahu memandangnya.

Melihat Dato Danial yang kurang semangat, Encik Darfan sentiasa menjadi cahaya untuk menyulur jalan mereka yang mereka akan berhasil. Dengan langkah pertama mereka menjadi anak nelayan untuk mengumpul duit dengan hasil penangkapan ikan di laut. Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga turut menjadi anak buah kontraktor membina rumah untuk hasilan duit.

Berkerja sebagai pembina rumah kampung telah memberikannya kesempatan untuk impiannya. Dia cuba memberi cadangan kepada kontraktor dan pelanggan tuannya untuk membina rumah idaman mereka. Dengan ideanya yang menarik minat pelanggan, kemajuan orang lain yang ingin membina rumah baharu untuk kelurga mereka semakin maju.

Dengan kebolehannya, kontraktor mereka memberi semangat dan beberapa sumbangan untuk impian mereka berdua menjadi bisnessmen berjaya. Juga bukan mudah untuk melihat anak muda yang bersemangat.

Duit sumbangan dan duit simpanan mereka digunakan untuk syarikat yang kecil-kecilan. Dengan sokongan keluarga mereka berdua, akhirnya mereka dapat menubuh sebuah Syarikat D'IK Holding. Danial Izham dan Darfan Khalid.

Usaha mereka bukan sekadar dari situ sahaja, melainkan menagih pelbagai rayuan dan berkerjasama dengan syarikat yang lain. Pelbagai ujian mereka tempuh bersama. Hanya Allah menjadi kekuatan mereka.

Dengan izin Allah, Syarikat D'IK kini telah berkembang dan semakin maju. Bukan sekadar di Malaysia, malah Asia dan seluruh dunia menjadi terkenal. Pelbagai projek telah masuk untuk berkerjasama mereka pembinaan bangunan. Hampir semua bangunan yang dibina hasil idea Dato Danial.

Usaha mereka bukan lagi hayalan melainkan kenyataan yang nyata. Namun, usaha mereka berdua berhenti di sini apabila Encik Darfan mengundur diri untuk pulang ke kampung memandangkan ayahnya sudah nazak dan perlu meneruskan peninggalan ayahnya di kampung. Ayah Encik Darfan adalah seorang peniaga yang menjual ikan ke pasar dan pasar raya. Oleh itu, dia mengundurkan diri.

Dato Danial hanya setuju akan keputusan Encik Darfan. Dia tidak mahu paksa kawannya untuk berjuang bersama. Namun, budi dan kenangan mereka berdua masih ada dalam jiwa Dato Danial.

Pada setiap bulan, Dato Danial akan memasukkan duit di akaun bank Encik Darfan atas jasanya yang banyak membantu penubuhan Syarikat D'IK Holding. Kadang-kadang, setiap kali projek besar yang masuk akan dikongsi bersama hasilnya. Bertapa kenang budinya Dato Danial kepada Encik Darfan meskipun dia sentiasa menolaknya tetapi bagi Dato Danial itu haknya meskipun dia yang banyak mengusahakan.

Semenjak itu juga, Dato Danial semakin sibuk dengan kerjayanya tanpa Encik Darfan. Dia jarang bersama keluarga untuk bersua namun dia tidak pernah melupakan mereka. Meskipun dia tidak dapat bersama keluarganya, dia akan meminta orang untuk bawa bersama keluarganya merayakan hari raya bersamanya di tempatnya.

Bertapa sibuknya Dato Danial dengan kejayaannya sehingga susah untuk pulang ke kampung. Bukan bererti lupa asal usulnya, namun namanya telah membangga warga kampung dan warga Malaysia sehingga dia diangkat menjadi seorang Dato Danial. Melihat kesakses Dato Danial, Encik Darfan bertompang gembira.

Encik Darfan hanya tersenyum mendengar kata-kata Dato Danial yang mengatakan dirinya adalah kawan lamanya. Dato Danial langsung tidak pernah lupa jasa dirinya.

Disebabkan hubungannya dengan Dato Danial begitu rapat, dia hanya membiarkan anaknya pula berkawan baik dengan anak Dato Danial iaitu Izfarni dan Izrael. Lagi pula, tugasnya untuk melihat Izrae di kampung atas permintaan Dato Danial kerana dia terlalu menyayangi anaknya ini.

Tetapi, tidak sangka pula hati anak mereka telah tertarik satu sama lain. Dari kawan baik hingga mahu menjadi suami isteri. Lebih kurang sengannya, dari kawan baik hingga menjadi besan.

"Ini atas permintaan penganting lelaki, dia mahu dua minggu akan datang mereka untuk dinikahkan." Jawab Dato Danial. Itulah permintaan Izrael agar mereka berdua dapat dihalalkan.

Mendengar kata-kata Dato Danial, membuat Encik Darfan dan Puan Dayah terkejut." Tidak terlalu cepat ke?"Soal Encik Darfan.

"Bukan ke, lebih cepat lebih baik. Lagi pula, Izrael itu dia kerja sebagai tentera. Cutinya tidak menentu. Itu tidak masuk lagi dia akan pergi ke misi. Sudah berminggu-minggu." Terang Dato Danial. Itu tidak masuk lagi waktu mereka duduk di laut. Mahu kawin dengan tentera berginilah bukan senang ya adik-adik. Bukan dia faham kita, kita yang perlu faham mereka. Kerja yang tidak menentu.

Ada benar kata Dato Danial apabila difikirkan oleh Encik Darfan. Calon menantunya seorang tentera laut.

"Kita nikahkan mereka dahulu, hujung bulan kita sandingkan mereka. Baru buata majlis besar-besaran."Cadang Datin Ilya pula.

Encik Darfan dan Puan Dayah hanya setuju dengan idea dari mereka. Asalkan Damiens Izrael jadi menantunya.

"Tapi, boleh tidak kita buat jamuan di Johor?"Minta Datin Ilya.

"Kenapa?" Soal Puan Dayah. Kenapa perlu disana?

"Di Johor ada butik saya di sana. Jadi dekat kalau saya mahu buat persiapan majlis perkahwinan mereka."Jelas Datin Ilya.

"Oh, kalau macam itu lagi mudah. Saya tak kisah. Abang?"Tanya kepada suaminya.

"Abang okay sahaja. Apa yang terbaik untuk mereka abang setuju." Dia mahukan yang terbaik untuk anak perempuannya. Mahu pula anak suung perempuannya. Seperti permata yang perlu dihargai.

"Kalau macam itu, semua sudah selesai. Boleh kita teruskan dengan pertunangan mereka. Tapi, mana calon perempuannya. Tak sabar saya mahu jumpa dengan bakal menantu saya ini."Meskipun ini bukan menantu pertama, namun untuk menyambut menantu keduanya tetap tidak sabar olehnya.

"Sekejap, saya pergi panggil."Ujar Puan Dayah lalu menuju ke bilik Izfarni.

Izzatie yang diam dari tadi mendengar perbualan mereka, mencuit adiknya. "Dik, cantik ke bakal isteri Abang Mien tu?"Mahu juga dia tahu bentuk rupa dari khabar adiknya.

"Feal pun tak tahu nak cakap macam mana kak. Yang penting Kak Iz memang cantik macam adik dia." Kata Dafeal yang memandang Dina yang berada disebelah Dani sambil tersenyum.

Dani yang sedar akan pandangan Dafeal akan adik kembarnya terus memandang tajam lelaki itu. Bukan dia tidak tahu Dafeal sudah tertarik dengan adiknya. Jangan harap dia mahu izinkan mereka berdua meskipun Dina memang suka pada Dafeal. Cukup kakaknya sudah diambil oleh abang Dafeal atas keizinannya. Tetapi adiknya, jangan pernah mimpi. Dani hanya memandang Dina yang sudah kecut perut akan pandangan abang kembarnya.

Tidak lama kemudian, Izfarni keluar dengan pakaian baju kurung moden berwarna pink pudar bersama Puan Dayah dan Mawar.

Jibrael yang berada di sampin Encik Jamal hanya menatap Mawar sudah tidak berkelip. Bukan selalu melihat Mawar bersolek yang berlebihan.

Encik Jamal Lawahizh yang melihat anak terunanya memandang tunang anaknya tidak berkelip terus ditepuk peha anaknya.

Pak!

"Aduh! Abah."Menggosok pehanya dipukul tadi.

"Jaga mata. Nak, cepat kawin."Balas Encik Jamal.

"Baik, abah."Kepalanya ditunduk. Tiba-tiba telefonya berbunyi. Motification masuk. Izrael.

Terus dia melihat pesanan tersebut. Berkerut dahi Jibrael membaca pesanan itu.

Tiba-tiba Jibrael berdiri. Terus Encik Jamal menjeling anaknya. Ke mana dia mahu pergi.

Melihat sang ayah pandang seperti itu terus Jibrael kecut perut. "Nak keluar sekejap." Dengan penuh hormat dan sompan santun dia keluar dengan senyuman yang tidak lengkang dari bibirnya.

Sebaik sahaja Izfarni duduk bersebelahan Datin Ilya, terus tersenyum Datin Ilya melihat Izfarni. Izfarni dengan santunnya menyalam tangan calon ibu mentuanya.

"Cantik orangnya. Patut Izrael nak sangat kawin sangat."Puji Datin Ilya dengan pandangan pertama melihat Izfarni. Sungguh dia tidak boleh menafikan itu. Izfarni sudah merah mukanya kerana malu.

"Siapa nama?"Masih belum dia ketahui lagi nama gadis itu. Hari itu yang diberi tahu oleh Izrael hanya ditunjukkan gambar. Masih belum tahu namanya.

"Iz, Dini Izfarni."Jawab Izfarni dengan malu.

Mawar yang melihat Izfarni sudah mengemam mulutnya. Mahu sahaja dia ketawa terbahak-bahak melihat kawanya. Jujur dari matanya, itu bukan kawannya. Bukan Dini Izfarni yang sebenar. Izfarni bukan orang yang sesantun itu.

"Cantik nama macam tuannya."Mengelus pipi Izfarni. Makin bertambah malu Izfarni. Sungguh manis kata Datin Ilya.

"Terima kasih, datin."Ucap Izfarni. Namun, ucapannya membuat wajah Datin Ilya berubah wajah.

"Bukan datin, mummy. Kan Iz nak kawin dengan anak mummy. Nanti Iz nak jadi menantu mummy." Senyum Datin Ilya.

"Terima kasih, mummy sebab sudi terima Iz."Ucap Izfarni segan pilu.

"Kedatang Iz dalam keluarga kami sangat dialu-alukan." Setiap menantunya akan diberi layanan yang terbaik olehnya nanti.

"Sal, tolong bawakan cincin." Minta Datin Ilya.

Salbell yang berada di sebelah Darren yang sedang mendodoi anak mereka yang tidur, mengambil dulang yang berisi dua bekas yang berisi cincin dan menghampiri Datin Ilya.

"Ini mummy." Hulurnya.

Datin Ilya mengambil tangan Izfarni dan menyarung kedua cincin itu. Setiap cincin mempunyai tujuan yang berlainan, satu cincin memberi tanda merisik dan satu lagi cincin adalah tunangan Izfarni dan Izrael. Kini, Izfarni sah bergelar sebagai tunang orang sekali lagi tetapi kali ini orangnya adalah Damiens Izrael.

Melihat pertunangan Izfarni, ramai orang yang mengambil gambar Izfarni untuk hari kebahagiaan dan bersejarah buat Izfarni.

Selesai cincin disarung cincin, Datin Ilya mencium tangan Izfarni yang telah disarung cincin tadi.

"Mummy." Terkejut Izfarni dengan tingkah laku Datin Ilya.

"It's okay, sayang."Mengelus pipi Izfarni.

Izfarni tersenyum melihat Datin Ilya. Belum jadi menantu lagi sudah layan seperti ini. Kalau jadi menantu agaknya kakinya pula akan dicium agaknya. Sungguh seperti permaisuri.

"Taniah, Iz."Ucap Salbella yang didampingi Darren yang mendukung Idrees.

"Taniah, bakal adik iparku."Giliran Darren berkata.

"Sama-sama."Izfarni hanya menatap pasangan itu dengan senyuman.

Melihat Darren, Izfarni boleh menganggapnya bahawa dia adalah abang Izrael dari pelampilan dan wanita disebelahnya. Mesti itu isterinya dan anak didekapnya itu anak mereka.

Bukan setakat itu sahaja, wajah mereka turut hampir sama mengikuti wajah Dato Danial. Sangat bergaya. Melihat Izrael yang sudah kacak apakan pula anak sulung dari Dato Danial. Sangat kacak tetapi tidak boleh kalah kekacaknya dengan Damiens Izrael.

Melihat keluarga Dato Danial membuat Izfarni tersinggung, sungguh bergaya dan berupa. Ditambah pula kaya. Tidak ada apalah. Sangat tidak layak.

"Iz, akak Salbella. Isteri kepada abang Damiens. Panggil sahaja akak. Tidak pun, Kak Long."Kenal Salbella akan dirinya.

Izfarni terus menyalam Salbella lalu berlaga pipi."Baik kak."

"Abang, Darren. Panggil sahaja abang. Sebab Miens panggil abang, abang. Kalau adik Mien panggil along. Biasalah Damiens itu manja dengan abang. Special." Manja dalam durjana agaknya.

Izfarni hanya tersenyum. Nampak sangat Darren itu bohong. Sepanjang dia kawan dengan Izrael, dia tahu perangai Izrael bagaimana. Mahu pula Izrael suka bercerita tentang keluarganya. Izrael memang dikatakan manja tetapi manjanya dalam keegoan.

Melihat abang dan kakak iparnya yang berbual dengan calon kakak iparnya dia menghampiri mereka.

Izfarni yang melihat gadis yang hadir menghampiri mereka pandang dengan terkedu. Sungguh wanita ini cantik. Ini mesti adik perempuan Izrael. Lihat pakaian mereka juga warna yang sama, warna dark blue.

"Hai, kak."Salam Izzatie akan Izfarni.

"Taniah,kak. Kerana berjaya tawan hati Abang Miens yang keras macam batu dan ego tinggi angkasa itu." Ada juga yang mahu kawin dengan abangnya yang batu macam ais kutub utara. Dingin dan keras.

Mendengar itu Izfarni hanya mampu tersenyum. Betul. Tidak dapat dia nafikan masa mula mereka bertemu. Sok-sok angel.

"Hai, Kak Iz. Saya Dafeal Isaac bin Dato Danial Izham."Datang Dafeal yang baru sahaja menghampiri mereka.

Buk!

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience