Chapter 3

Romance Series 15245

Haikal tampak tidak mempedulikan perkataan Maya dan terus menukar topik pembicaraan.

" Kenapa Dina macam kanak kanak heh? Takdelah aq pelik lah kita ni dah umur 16 tahun kot kenapa Dina macam kanak kanak umur 5 tahun? " tanya Haikal kepada Maya. Maya tampak kebingungan ingin menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Haikal.

" Hmmm Dina sebenarnya takdelah 24 jam macam tu dia sampai petang jadi macam kanak kanak tapi bila malam dia akan jadi orang dewasa macam kita ni " kata Maya dengan nada perlahan .

" Oooo kenapa dia jadi macam tu " tanya Haikal kepada Maya. Tampaknya Haikal ingin mengetahui lebih mendalam tentang Dina.

" Maaf aku tak boleh bagitahu kau, kalau kau nak tahu lebih mendalam tanyalah Dina sendiri " kata Maya yang tidak ingin membongkarkan masalah rakannya sendiri. Maya terus membalikkan badannya ke hadapan kerana ingin melihat jam.

" Ehhh mana Dina lambatnya dia balik dah sepuluh minit dah dia kat tandas ni " kata Maya. Maya yang mengkhawatirkan Dina terus menyuruh Haikal mencari Dina di tandas.

" Haikal tolong cari Dina dia tak balik lagi ni dah sepuluh minit dia kat tandas ni " kata Maya kepada Haikal. Maya terpaksa menyuruh haikal kerana dia suruh guru untuk mengambil barang di bilik guru.

Haikal terus bergegas menuju ke tandas untuk melihat keadaan Dina. Di sisi lain Dina sedang membasuh tangannya sambil menyanyi " nannananananana ".

Tampak sosok 3 orang perempuan memasuki tandas yang ternyata geng 3c. " Halo budak kecik " kata sarah kepada Dina.

Dina terus membalikkan badannya kebelakang untuk melihat siapa yang memanggil namanya. " Sarah buat apa kat sini " tanya Dina kepadanya dengan nada yang hairan.

Sarah tersenyum dengan muka sinisnya dan terus menepis bahu Dina jatuh ke lantai.

" aduh sakitlah lah sarah " kata Dina kepadanya.

" Berani ko dekat dekat dengan Haikal kau ingat kau cantik sangat ke tak payah gedik gedik lah dengan dia " kata Sarah kepada Dina sambil memegang dagu Dina.

" Ihhhh sakitlah Sarah " kata Dina sambil memegang tangan Sarah untuk melepaskan dagunya.

" Diam kau!!!,.... Farah,Tasya ambilkan aq baldi yang ada air sekarang!! " kata sarah kepada rakan rakannya. Farah dan Tasya terus bergegas mencari baldi yang berisi air di dalamnya.

" Nah " mereka terus memberikan baldi berisi air ke Farah.

"Hahahahahahahah "serentak mereka mengelakkan Dina yang akan disimbah air oleh Sarah.

" Kau ingat lepas ni jangan dekat dekat dengan Haikal lagi " kata Sarah kepada Dina. " Farah, Tasya pegang dia " kata Sarah kepada rakannya supaya Dina tidak melarikan diri.

Sarah terus menyimbah air ke Dina. Disisi lain Dina terus menutup matanya kerana ia teringat dengan kejadian yang sama pernah berlaku padanya.

"Auchhhhh " kata Sarah. Ternyata Haikal sempat tiba di tandas dan ia terus menahan tangan Sarah yang ingin menyimbah air ke Dina.

Haikal terus menolak baldi yang berisi air itu. Air itu terus terkena pada Sarah di sebabkan Sarah tidak kuat memegang baldi tersebut kerana tangannya terkena renjatan elektrik akibat Haikal menahan tangannya.Sarah kemudian jatuh ke bawah.

Haikal tidak menghiraukan Sarah yang jatuh melainkan ia terus bergegas membawa Dina ke luar dari tandas tersebut dan menanyakan keadaan Dina " kau ok ke " kata Haikal kepada Dina. "Dina ok je " jawabnya sambil menunjuk jari good kepada Haikal .

Haikal berasa hairan kerana Dina tampak dalam keadaan baik baik sahaja, seperti tidak berlaku apa apa masalah kepadanya tadi.

Disisi lain, di dalam tandas Farah dan Tasya cepat cepat menolong ketuanya iaitu Sarah yang terjatuh di lantai. " Ishhhhh kenapa Haikal sibuk nak tolong perempuan gedik tu, aghhhhh habis baju aku basah " kata Sarah dengan nada marah kepada Haikal dan Dina. Farah dan Tasya berasa hairan kenapa tangan Sarah yang dipegang Haikal merah seperti kesan luka bakar. " Kenapa tangan kau merah ni? Takkan lah Haikal pegang tangan kau sampai merah macam tu? Kuatnya dia gengam " kata Farah kepada Sarah. Sarah pun terus melihat tangannya dan terus membasuh dengan air.

" Aku tak rasa pun dia gengam kuat sangat, tapi aku rasa macam kena elektrik kat tangan aku " kata Sarah. Mereka memandang antara satu sama lain dan berasa hairan bagaimana seorang manusia boleh mengeluarkan elektrik dari badannya.

Tankiuuu baca cerita ni

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience