"Dah macam kucing kau ini. Setiap tahun ada tambahan." Setahunya Darren kawin tiga tahun yang lepas. Semestinya anak pertama mereka sudah dua tahun dan anak kedua mereka baru sahaja berapa bulan untuk masuk setahun.
Dia tahu tentang perkahwinan Darren kerana dia hadir secara diam-diam tanpa diketahui oleh keluarganya. Namun, dirinya tetap dapat ditangkap oleh Darren yang mengecam dirinya. Sempat juga Darren menegur dan meminta nombor telefonnya. Pada mulanya dia tidak mahu beri namun, rayuan Darren dapat menurunkan ego seorang Damiens Izrael. Tetapi, memberi nombor telefonnya bukan secara percuma. Melainkan atas sebuah janji, akan tidak memberi tahu sesiapa atas kehadirannya. Tiada apa yang perlu Darren katakan. Dia hanya setuju.
"Anak ramai, rezeki banyak. Biarlah abang ada banyak anak. Nak tunggu anak sedara entah bila lagi. Baik abang maju dahulu."Senyum Darren lalu naik ke atas.
Izrael yang sudah berubah wajah. Entah mengapa dia rasakan ayat yang dikata Darren menyindih dirinya.
"Papa Reyna ni, nak kena lambung masuk laut agaknya."Melambung rendah Darreyna.
Ketawa dengan riang Darreyna apabila dapat layanan yang baik oleh bapa saudara yang kacak.
Raeliz
Telefonnya hanya dipandang tanpa jemu. Tidak tahu dia mahu lakukan apa.
Dani Malieqi yang melihat kakaknya yang tidak habis-habis lamun melihat telefon.
"Nak call tu, call jelah."Tidak perlulah mahu pendam rasa.
"Call siapa?"
Dani sudah menjeling mata. Sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
"Akak, apa yang susah. Akak dah sah suka dekat Abang Izrael itu. Terima sahajalah. Susah ke?"Gara-gara kakaknya dia pula yang emosi. Susah sangat kakak dia ini.
"Suka tak bermakna cinta, Dani."Dani bagaikan tiada kata-kata. Sungguh, wanita sangat rumit.
"Habia tu, tolak sahajalah. Apa yang susah kalau tidak cinta."Benda simple mahu buat rumit.
"Tapi, akak tak sanggup berjauhan dengan dia."Sudah. Apa pula ini? Dani sudah menggaru kepalanya.
"Akak. Akak ni pelik dan payah. Benda simple, dirumitkan. Perkaranya senang. Nak ke tak nak. Yes or no. Naa'm au la. Mudah kak."Tidak perlu buat seperti drama pukul 7 atau pukul 10. Rumit.
Izfarni geleng kepala."Dani kata memang mudah. Nak kawin tu akak. Melibatkan masa depan akak. Akak yang nak hidup semati dengan Izrael itu. Bukan Dani."Dia pula yang over lebih.
"Kalau akak tak nak dengan Abang Izrael itu, biar Dani yang kawin dengan Abang Izrael."Lambat sangat kakak dia ini. Tidak mahu, dia maju.
Izfarni sudah melopong." Ouk pikir gay?" Sudah gila adiknya ini.
"Gay tak gaylah kak. Siapa dapat dulu, dia yang punya, aku suka. Kampung boy." Pergi Dani dari pandangan kakaknya yang seperti pagar sesat. Rumit.
Raeliz
Berselera Izrael melahap makanan yang dimasak oleh kakak iparnya. Sedap, kena dengan tekaknya.
"Sayang, inilah adik abang selalu cerita itu."Darren kenalkan Izrael yang berselera dengan makanannya.
"Kau cerita apa dekat kakak. Kau umpat aku?"Suka sangat cerita fasal orang. Tiada benda lainlah kalau bukan mengumpat.
"Tidaklah. Abang selalu cerita yang Damiens dan abang rapat."Semestinya dia back up suaminya. Lagipun suaminya sangat baik. Tidak akanlah buat perkara yang tidak baik itu.
"Akak tak payah nak back up dia ini. Makin dibela, makin naik tocang."Manusia sekarang mana boleh bagi muka. Semuanya akan ambil kesempatan.
"Apa salahnya kalau sayang back up abang, kan?"Dagu isterinya dicuit.
Izrael sudah menyampah dengan Darren yang menunjuk kebahagian kepada dirinya. Tahu bahagia, tapi tolonglah ingat dirinya masih single.
"Abang, malulah Damiens tengok."Segan Salbella dengan adik suaminya.
"Anggap sahaja dia tiada."Pipi Salbella diciumnya.
SRAGHT!
Kerusi yang diduduk oleh Izrael ditolak setelah dirinya bangun. "Kali ini kau menang Darren."Pergi ke dapur sambil membawa pinggan dan gelas dipakainya. Hilang selara dia untuk makan.
"Haha. First time, Damiens Izrael menyerah kalah."Selalunya ada sahaja Izrael akan membalas atas perbuatannya tapi kali ini Izrael yang mengangkat bendera putih dahulu.
Melihat perangai suaminya seperti budak-budak, pinggang Darren dicubit.
"Aduh! Sayang, sakit."Mengadu manja Darren.
"Kesian Damiens abang ini. Tak baik tahu."Tergeleng Salbella melihat perangai suaminya tidak matang.
"Maaf, sayang. Abang janji tak buat lagi."Pohon Darren dengan lembut dan kasih.
"Pergi minta maaf dengan Damiens."Setelah buat kesalahan harus meminta maaf dengan baik.
"Okay, sayang. Anythink for you. Asalkan mama happykan, baby?" Perut Salbella yang masih rata itu diusap dengan tangan kirinya.
Melihat Darren yang berinteraksi dengan anak dalam kandungannya membuat Salbella tersenyum. "Papa don't noughty noughty." Kata Salbella menggantikan si bayi.
"Okay, baby." Kepala Salbella yang berlapik tudung diusapnya dengan lembut sambil tersenyum.
Melihat sepasang pasangan itu menunjuk jelas bahawa mereka sangat bahagia. Namun, bila waktu dirinya akan bahagia seperti itu. Izrael yang melihat mereka yang berkasih sayang, merasa agak terkilan. "Bila aku nak merasa macam itu."Muncungnya.
Namun, itu hanya sementara. Dia kembali senyum kerana dia berasa bahagia melihat Darren sudah bahagia dengan keluarganya dan isteri yang sangat dicintai. Itu memang selayaknya untuk Darren yang sangat sempurna di mata Izrael.
"I hope you will be happy in this world and hereafter, my brother." Senyum Izrael lalu melangkah pergi ke atas.
Share this novel