Laju sahaja tangan anak dara Encik Darfan Khalid memasukkan bahan masakan di dalam kuali. Campak-campak sikit, gaul-gaul sudah siap menu sarapan pagi pada hari ini.
"Umi, nasi goreng dah siap."Nasi goreng yang masih hangat itu dihidang di meja makan.
"Pergi panggil adik-adik kamu makan. Apa tah yang dibuat dua beradik tu." Ujar Puan Dayah Khadijah sambil mengupas bawang.
Dini Izfarni yang mendengar suruhan uminya segera melangkah ke arah tangga untuk memanggil adik kembarnya.
Sampai sahaja di ruang tamu, membulat mata Izfarni melihat adik kembarnya sedang bertengkar akan sesuatu sehingga tarik-tarik rambut.
"Ini Dani punya!" Menjauhkan pensel warna yang berada di tangannya dari adiknya.
"Dina punyalah!"Menarik rambut abangnya agar dapat mencapai pensel warna pada abangnya.
"Astafirullah. Dani! Dina!"Menghampiri adik kembarnya lalu menarik telinga kedua adik kembarnya.
"Aduh! Kak Iz sakit."Memegang telinganya yang ditarik.
"Akak, sakit kak."Menahan sakit dari tarikkan tangan ketam itu.
"Pasal pensel warna pun nak bergaduh. Pensel warna bukan main banyak nak juga berebut."Melepaskan tangannya dari menarik kelinga adik kembarnya.
"Pergi makan. Akak dah masak nasi goreng."Arah Izfarni dengan tegasnya.
Dani Malieqi dan Dina Maliena hanya angguk dengan arahan kakak mereka dan segera menuju ke dapur. Takut kalau kak singa mereka akan mengamuk lagi.
"Makan."Senyum Puan Dayah menghidang makanan untuk anak kembarnya. Bukan dia tidak tahu anak kembarnya sudah kena marah dengan anak sulung perempuannya ini. Sengaja sahaja dia biarkan. Dia oun sudah tidak larat melayan anak kembarnya yang selalu bertengkar meskipun perkara yang kecil.
"Iz, panggil walid makan." Arah Puan Dayah melihat anak daranya yang sedang menuangkan air untuk adik kembarnya.
"Baik, umi."Segera Izfarni mencapai tudung sarung yang terletak di kepala kerudi yang dipakainya pagi tadi ketika ke pasar. Pintu dapur menjadi tujuan utama.
Kepala Izfarni berpaling kesetiap sisinya mengcari walidnya yang entah kemana arah duduknya. Selipar dipakai untuk mencari kemana duduknya sosok itu berada.
"Walid!"Jerik Izfarni memanggil.
"Walid ada dekat sini!"Jawap Encik Darfan yang sedang membersihkan jalanya di garege kereta.
Izfarni menghampiri Encik Darfan yang tidak jauh darinya. "Walid, umi ajak makan."Matanya ralik melihat tangan walidnya yang sedang mengutip daun-daun pada jala.
"Sekejap lagi walid makan. Iz masak ke?"Mata Encik Darfan tetap dengan jalanya meskipun sedang berbual dengan anaknya.
"Ya. Iz masak nasi goreng bodoh je walid."Izfarni menghampiri Encik Darfan dengan lebih dekat untuk membantunya.
"Nasi goreng bodoh? Kalau walid makan tak bodoh ke walid makan nanti?"Menyakat Encik Darfan dengan anak daranya.
"Walid, nama sahajalah. Tak beri apa-apa infek apa pun lah."Cebik Izfarni sambil mengutip ranting pada jalan.
"Ala-ala anak walid ni. Gurau sikit pun dah cebik dah."Izfarni yang berada disebelahnya dicubit batang hidung.
"Ahk! Walid. Walid suka cubit batang hidung Iz."Menggosok batang hidungnya yang terasa agak sakit dengan wajah yang merajuk untuk memanja dengan walidnya.
"Dah besar pun nak merajuk. Tak malu."
"Biarlah, dengan walid je pun."Izfarni membuat muka buruknya sehingga Encik Darfan tersenyum melihat karenah anak daranya seorang ini.
"Jom kita makan. Walid dah lapar nak makan nasi goreng Iz bodoh tu."Menarik bahu anaknya agar pergi bersamanya.
"Iz tak bodohlah walid. Nasi tu yang bodoh."Makin mencebik wajah Izfarni mendengar kata-kata walidnya.
"Ops, tersilap pula. Nasi goreng bodoh by Puteri Intan Payung Dini Izfarni. Merajuk pula puteri walid ni."Encik Darfan menjilat bibirnya sebelum encium pada pipi Izfarni untuk memujuk anak daranya yang manja itu.
"Walid! Ada air liur dekat pipi Iz!"Marah manja Izfarni pada walidnya yang sudah lari masuk ke dalam rumah.
"Walid!"Berlari Izfarni mengejar walidnya.
Realiz
Setelah beberapa jam dalam kereta akhirnya sampai juga ke destinasinya. Boleh tahan jauh juga pejalannya dari Johor Bahru ke Kuantan sehingga tengkuknya sudah lenguh. Tengkuknya yang lenguh ditoleh ke kanan ke kiri untuk merenggangkan.
Rumah separuh kayu di hadapan matanya dipandang lama olehnya. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung. Setiap kali raya dia tidak pernah pulang ke kampung melainkan opahnya akan dibawa ke rumahnya untuk merayainya di sana.
"Tuan muda."Panggil driver apabila begnya sudah dibawa keluar.
Izrael berpaling ke arah lelaki yang berada di hadapanya. "Terima kasih bang."
"Sama-sama, tuan muda. Kalau tiada apa saya balik dulu."Izrael hanya mengangguk lalu lelaki itu segera masuk ke dalam kereta dan pergi.
Izrael mengangkat tangannya kepada driver yang membawanya tanda berhati-hati. Lelaki itu hanya menghon apabila melihat Izrael.
Kereta itu keluar dari kawasan rumah opahnya dan pergi pulang meninggalnya seorang.
Izrael yang memandang rumah yang di depannya membelek ke arah tingkap jikalau kelihatan opahnya ada di dalam rumah.
"Assalamualaikum!"
"Assalamualaikum, opah. Ni Rael dah sampai!"Menggaruh tengkuk Izrael menunggu panggilan opahnya yang tidak jawap.
Rael? Rael adalah panggilah dirinya ketika bersama opahnya kerana opahnya suka memanggilnya Izrael berbanding dengan keluarganya yang suka memanggi Mien,Damiens. Bak kata opahnya seperti naman orang putih. Tak melayu langsung. Nama macam orang British.
"Kemananya opah aku ni?"Butang baju kemejanya dibuka kerana terasa bahang yang panas.
"Assalamualaikum!" Jerik Izrael dengan kuatnya.
"Waalaikumussalam. Apa kamu ni Rael jerik dekat depan rumah orang ni."Tegur Opah Danin Izzah akan sikap cucunya yang kurang sopan.
"Opah tu. Rael dah berkali-kali beri salam tak jawap."Izrael menghampiri opahnya untuk menyalam.
"Maklumlah, koi ni dah tua. Kurang dengar. Lagipun aku duduk ceruk dekat dapur. Mana nak dengar." Menghulur tangannya untuk cucunya menyalam tangannya.
Izrael yang menyalam tangan opahnya itu bukan main bersinar mata melihat cincin dan gelang opahnya bukan main banyak. Bukan dia tidak tahu ini semua dari daddynya yang suka sangat bagi hadiah emas kepada opahnya setiap kali ulang tahun opahnya. Itu banyak semacam itu.
"Amboi, opah. Nak buta mata Rael tengok tangan opah."Izrael mengosok matanya seakan silau melihat tangan opahnya.
"Ada aja kamu ini." Cucunya ini sengaja nak mengusik dia ini.
"Opah pakai banyak ni tak kena kerat ke tangan tu."
"Dah kenapa nak kerat pulak."
"Yelah, orang nak ropak."
"Auzubillah. Mulut kamu ni. Ada juga koi cili kang."Bahu Izrael dicubit.
Izrael yang dicubit hanya menggosok bahunya dicubit tanpa sebarang reaksi.
"Udah, jom masuk. Koi ada masak lauk ikan patin tempoyak. Bukan senang nak dapat."Ajak Opah Izzah yang diikut Izrael sambil membawa begnya.
Raeliz
"Assalamualaikum!"Jerik Ainnul Mawar yang berada di luar rumah.
"Waalaikumussalam, War. Jap."Jawap Izfarni yang berada di dalam rumah yang sedang berlari kecil untuk keluar.
"War, awal betul ouk hari ni."Perli Izfarni akan sahabatnya itu. Selalunya dia yang akan tunggu Mawar seperti tiang di rumahnya untuk pergi mengaji bersama.
"Itu puji ke perli? Adik-adik ouk mana?"Menelik Mawar pada belakang Izfarni mencari adik kembar sahabatnya.
"Dani! Dina! Cepat! Ouk me nak bagi akak duduk sini sampai cair ke? Cepat!"Jerik Izfarni memanggil adik kembarnya.
"Ouk ni Iz. Jerik macam nak gegar satu dunia."Mawar yang agak jauh darinya pun merasa sakit telinga mendengar jeritnya.
"Betul tu Kak War. Telinga kita orang ni macam mak tercabut dengar dia menjerik."Setuju Dani akan sikap kakaknya yang suka sangat menjerik.
"Ouk me berdualah puncanya. Susah nak dengar kata orang."Izfarni menyarung sandalnya lalu menghampiri Mawar.
"Jom."Ajak Mawar yang diikuti Izfarni, Dani dan Dina.
Mereka berjalan kaki menuju ke tempat mereka mengaji di rumah Opah Izzah sebagai tok guru mereka untuk mereka menuntut ilmu. Opah Izzah pula adalah bekas seorang guru di sekolah agama. Memang tempat yang sesuai untuk menuntut ilmu.
Inilah juga menjadi tabiat anak-anak muda di kawasan kampung ini pada waktu petang. Mereka akan belajar mengaji pada waktu petang dan setelah itu, mereka akan keluar bermain.
Mereka berjalan sehingga sampai ke rumah Opah Izzah. Maklumlah, bukan jauh mana pun. Sebelah rumah sahaja.
"Assalamualaikum."Mawar memberi salam lalu mereka masuk ke dalam rumah.
Masuk sahaja ke dalam rumah, sudah lihat sudah ramai kanak-kanak mengelilingi Opah Izzah untuk berlajar mengaji.
Mereka mengambil tempat duduk yang kosong lalu membuka Al Quran mereka untuk membetulkan bacaan sebelum menunggu giliran untuk mengaji bersama Opah Izzah.
Izrael yang baru sahaja keluar bilik dengan pakaian baju melayu berwarna merun menghampiri mereka.
Izfarni yang sedang khusyuk dengan membaca Al Quran, tiba-tiba ditegur seseorang.
"La tu baca panjang. Mad wajib muttasil."Izfarni yang mendengar teguran segera membetulkan bacaannya.
Mawar dan yang lain melihat orang yang menegur Izfarni tadi tidak berkelip. Terpegun dengan wajah lelaki itu.
"Opah, Rael nak ke masjid."
"Pergilah. Kamu tahu ke jalannya." Risau akan cucunya yang sudah lama tidak berjalan ke kampung. Takut tersesat.
"Rael dah tengok dah jalan masa datang ke sini."Opah Izzah hanya mengangguk dengan jawapan cucunya.
"Iyalah. Elok-elok."Izrael hanya mengangguk lalu pergi menuju keluar.
"Opah, siapa tu?"Tanya salah seorang anak muridnya.
"Cucu opah."
"Siapa nama dia?"Sampuk salah seorang bertanya ingin tahu.
"Yang kamu nak tahu buat apa? Menggatal sangat. Mengaji pun merangkak lagi. Ada hati nak menggatal. Mengaji!"Merotan lantai agar anak muridnya takut dan segera mengaji.
Kesemuanya terus fokus dengan Al Quran mereka dari memandang Izrael yang berada di luar. Dan ada juga segelintir yang menelik Izrael dari jendela.
"Timoh! Peah! Ngaji!"Sergah Opah Izzah dari melihat cucu terunanya.
"Koi dok tahu pula Opah Ijah ada cucu smart macam tu."Bisik Mawar kepada Izfarni.
"Ouk tak payah nak gatal sangat. Koi bagi tahu Jib baru tahu kang."Ugut Izfarni dalam bisikkan.
"Orang gurau je."Mawar menyambung bacaan kerana merasa koyak dengan ucapan Izfarni tadi.
Izfarni yang melihat wajah Mawar seperti itu hanya tersenyum melihat sahabatnya seperti itu. Nak sangat menggatal. Sampai lupa dirinya yang dia sudah berpunya.
Raeliz
Selesai sahaja solat asar berjemaah bersama orang kampung. Izrael mengambil tempat duduk di belakang untuk mendengar tazkirah petang dari ajk masjid untuk aktiviti harian di masjid.
Semasa dia sedang khusyuk mendengar cerama tiba-tiba ada seseorang orang uang memberi salam. "Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."Jawap Izrael tanpa memandang muka orang yang memberi salam padanya.
"Nama kau siapa? Aku Jibrael. Kau orang baru kat sini kan."Ramah Luqman Jibrael menyapa Izrael meskipun Izrael seperti mahu tidak mahu melayannya.
"Izrael."Jawap ringkas Izrael.
Ikutkan hati Izrael dia memang tidak mahu menjawapnya tadi apabila mengenang nasihat opahnya ketika makan tengah hari tadi, bermesra dengan orang kampung. Terpaksa dia menjawap.
"Oh, malaikat juga."Bangganya ada orang nama malaikat seperti dirinya.
"Kau duduk mana?"Rasa ingit tahu tentang lelaki itu semakin membuak-buak.
"Duduk dengan Opah Izzah." Jawap Izrael dengan matanya masih bertumpu kepada penceramah.
"Lah, cucu Opah Ijahlah ni. Form berapa?"Makin bertampah soalan.
"Three."Izrael berdiri apabila kesemua ahli masjid berdiri bersedia untuk menyalam antara satu sama lain.
"Ush, sebayalah kita."Melihat Izrael beradiri, dia turut berdiri dan menyalam sambil tersenyum. Bahagia dapat kawan baru hari ini.
Realiz
Selesai sahaja mengaji, Mawar mengajar Izfarni pergi ke masjid untuk bertemu dengan tunangnya.
Tunang? Ye, tunang. Mawar telah beetunang pada awal tahun ini. Meskipun usianya baru 13 tahun. Dia telah berbuat keputusan untuk bertunang dengan buah hatinya iaitu Luqman Jibrael, sepupu kepada Izfarni. Mereka telah menyimpan hati dari darjah satu lagi. Oleh disebabkan keluarga Izfarni ingin tunangkan Izfarni, Jibrael turun ingin tunang seperti Izfarni. Katanya sepupunya boleh tak akan dia tidak boleh bukan.
Izfarni sudah bertunang sama seperti sahabatnya bersama anak ketua kampung sebelah kampung mereka iaitu Iwan Musa. Mereka bertunang bukanlah atas cinta seperti Mawar dan Jibrael tapi sekadar ikatan persahabatan bapa mereka yang sangat akrab dan ingin mengeratkan hubungan silaturahim dengan mencadangkan menyatukan anak mereka. Oleh disebabkan itu mereka ditunang.
Pada mulanya Izfarni tidak setuju dengan idea walidnya namun apakan daya, permintaan seorang bapa tidak dapat ditolak oleh seorang anak dan hanya bersetuju. Walaupun itu, dia tetap akan mencuba untuk menyukai lelaki pilihan walidnya.
"Iz! Iz, lama lagi ke kau ni. Yang lama kau bersiap buat apa? Yang nak jumpa tunang tu aku bukan nyakau." Bebel Mawar seorangan di luar.
"Mawar."Tegur Puan Dayah melihat Mawar yang bebel seorang diri.
"Eh, umi."Menghampiri Puan Dayah lalu menyalamnya.
"Tunggu Iz ke?"
"Ye, umi. Lama betul dia bersiap."
"Koi lama sebab cari buku yang koi pinjam dekat ouk tu."Menunjuk novel ditangannya lalu menghampiri mereka.
"Umi, Iz pergi dulu ya. Sebelum maghrib Iz balik."Menyalam tangan uminya.
"Iyalah, hati-hati."
"Mawar pergi dulu ya umi."Puan Dayah hanya mengangguk lalu mereka pergi.
BERSAMBUNG......
Share this novel