#raeliz35 ii

Romance Series 14536

Izfarni yang sedang mencuci pinggan setelah makan tengah hari berseorangan. Tangannya laju melakukan kerjanya namun, hatinya dibawa bersama lelaki itu ke medan. Tidak pernah sekalipun dia tidak memikirkan lelaki itu. Cukup dia rindu.

  Rindunya itu cukup besar sehingga air matanya mula mengalir ke pipi. Bila lelaki itu mahu pulang? Dia mahu memeluk tubuh kekar itu yang cukup dirindui.

  "Tak payah nak sedih sangatlah. Itulah kau, kalau kau bagi anak dekat Izrael itu. Tak adanya dia nak tinggalkan kau. Tapi itulah, dia lebih pilih tinggalkan kau dari bersama kau," kata Datin Ilyana sambil menuang air putih ke dalam gelas.

  Izfarni yang mendengar kata-kata dari mulut busuk Datin Ilyana segera berpaling sebaik pinggang di letakkan di rak untuk dituskan air. "Apa mengena anak pula mak ngah ini? Izrael itu dia pergi kerja. Sebab itu memang kerja dia. Ada anak ke, tiada anak ke, dia memang akan pergi. Itu amanah dia."

  "Habis kau ini? Bukan amanah dia?" Tersenyum sinihnya lalu meminum air yang  dituangnya tadi untuk membasahkan tekak sebelum dia meneruskan pembalahan mereka.

  "Betul, Iz memang amanah Izrael. Sebab itu dia pergi berkerja sebab nak bagi makan dan minum dekat Iz. Mak ngah tak payah nak sebuk pertikaikan kerja suami Izlah," melangkah pergi. Dia tidak mahu membazirkan air liurnya untuk berbalah dengan orang yang tidak berguna ini.

  Gelas yang diminumnya diletak. "Aku bukan nak pertikaikam kerja anak sedara kesayangan aku itu pun, cuma tugas kau sebagai isteri. Aku tengok Izrael macam tak ada selera saja tengok kau ini."

  Akh! Bagaikan hatinya ditikam dengan kata-kata itu. Dia berpaling ke arah Datin Ilyana dengan tatapan tajam. "Mak ngah pun baru hadir dalam hidup kami. Yang mak ngah nak pertikaikan kenapa?"

  "Aku bukan apa. Aku ni lebih banyak makan garam dari kau. Dari apa yang aku nampak, Izrael itu nak pergunakan perempuan kampung macam kau ini. Kau tak fikirkan, dia itu dari keluarga yang kaya tapi dia pilih kau. Tak ke macam musykil?" Benar bukan permikirannya itu.

  "Mak ngah nak kata saya dengan Izrael tak layaklah?"

  "Yes. Ingat bengap sangat otak kampung kau ini," menghampiri Izfarni.

  "Jadi, kau masih nak setia dengan dia?" Menatap Izfarni di hadapan matanya.

  Izfarni tersenyum senget. "Habis, yang layak dengan Izrael itu siapa? Illy?"

  "Yes. Dia orang sudah kenal lama. Dan yang paling penting, mereka selevel. Not you. Lagipun, Illy itu cukup sempurna untuk Izrael dan boleh bagi anak dekat Izrael,"

  "Bukannya Iz ini mandul pun tak boleh bagi anak dekat Izrael itu. Harta? Bukan boleh buat mati pun. Lagipun, Izrael itu bukan pandang harta. Sebab itu dia pilih saya. Bukan macam mak ngah, gila harta."

  Pang!

  "Watch your mouth! I don't know how Izrael can marry a barbaric woman like you!" Kelapa Izfarni ditolak dengan kasar.

  Tangan Datin Ilyana ditepis sambil menatap tajam. Seumur hidupnya, walid dan umi tidak pernah bersikap kasar akannya. Apakan pula mengangkat tangan kepadanya.

  Geram sahaja dia mahu membalas balik pukulan itu dengan seni pertahanan yang dia perlajari kalau tidak mengenangkan bahawa Datin Ilyana adalah ibu saudara suaminya. Dia melepas tangan tua itu lalu naik ke atas untuk berehat di bilik. Dia penat.

  "Hey! Aku tak habis cakap lagilah! Biadab!" Jerik Datin Ilyana memanggil Izfarni naun diabaikannya.

  Sebaik sahaja membuka pintu bilik, Izfarni melihat Illy sedang baring di katil miliknya dan suaminya. "Illy!"

  Terkejut Illy dengan suara Izfarni yang memanggil namanya sehingga terangkat bahunya.

  "Kau buat apa dekat bilik aku?"

  Illy memandang sini dekat Izfarni. "Bilik you? Ini bilik Abang Mienslah."

  "Milik suami aku, milik aku juga," jawab Izfarni dengan muka yang cukup merah menahan marah.

  Illy memandang dengan riak wajah yang menjengkelkan. "Nampak sangat gila harta."

  Tanpa membalas apa-apa kata, Izfarni terus menuju ke arah Illy dan menarik lengan Illy dengan kasar agar turun dari katil itu.

  "Auch! Sakitlah! Lepaskan I!" Memukul tangan Izfarni yang menggenggam lengannya dengan kuat itu.

  Izfarni menarik Illy hingga keluar bilik lalu melepaskan lengan itu apabila direntap kuat oleh Illy. "What is your problem?"

  "Kau, masalah aku. Lepas ini jangan masuk bilik aku dengan suami aku dah!" Amaran keras diberi sebelum pintu dihempas kuat di hadapan muka Illy.

  BANG!

  "Kurang ajar!"Marah Illy.

  Datin Ilyana yang baru menghampiri anaknya itu, menyoal kepada anaknya yang sedang marah seperti itu. "Why, sayang?"

  "Mama, you tengoklah perempuan tak guna ini. Melampau!" Geramnya akan sikap Izfarni.

  "Hey! Buka pintu ini!" Mengetuk pintu bilik.

  Namun disebalik pintu itu, Izfarni hanya terduduk sambil memeluk lututnya dengan air matanya. Dia sungguh tidak sanggup hidup seperti ini. Dia mahukan suaminya.

  "Rael, baliklah," mengalir air matanya.

  Kejadian itu, cukup jelas diingatan Izfarni. Cukup memberi kesan sakit yang besar kepadanya sehingga air matanya kembali mengalir.

  Opah Izzah yang melihat Izfarni yang termenung dengan air mata yang mengalir. Mula berasa bersalah. "Iz."

  Izfarni sedar dari lamunannya lalu tersenyum. "Ya, opah."

  "Opah minta maaf."

  "Opah tak ada buat apa-apa salahlah dekat Iz. Tak perlu minta maaf," kenapa harus berasa salah sekiranya tiada salah?

  Opah Izzah mengelap air mata yang mengalir dari mata cantik Izfarni tanpa disedarinya. "Iz teringat ya?"

  Terus berkaca mata Izfarni. "Iz sayang Rael,"memeluk Opah Izzah.

  "Iya, opah tahu. Semua orang tahu Iz sayang Rael,"membalas pelukan Izfarni.

  Tiba-tiba kepala Izfarni terasa sakit. "Akh!" Memegang kepalanya.

  "Iz?" Risau Opah Izzah.

  Izzatie yang melihat Izfarni seperti itu terus menepuk lengan adiknya. "Pergi panggil doktor," lalu menekan button kecemasan.

  Terus Dafeal berlari keluar mencari doktor. "Doktor!"

Asudah apa yang berlaku... adakah ini memberi kesan atau truma kepada Iz?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience