Semenjak dari itu, hubungan mereka semakin rapat. Tiada lagi segan melainkan keselesaan antara mereka. Jika dahulu Izrael tidak suka bergaul dengan orang lain, kini Izfarni telah mengubahnya menjadi dirinya yang dahulu. Ceria dan riuh. Meskipun Jibrael tetap menjadi orang tengah mereka saat mereka bersama kerana tidak mahu orang lain berkata dengan status Izfarni yang sekarang.
Perubahan Izrael telah dilihati oleh opahnya selama dia memerhatikan cucunya seorang ini. Dia sudah kelihatan seperti dahulu. Opah Izzah sangat bahagia melihat perubahan Izrael yang sangat dia rindui ini. Dia tidak merasakan sia-sia meminta Izfarni rapat dengan Izrael.
Tiga bulan berlalu. Seperti kebiasaan mereka selepas solat Isyak, mereka akan pergi ke rumah Jibrael untuk latihan silat.
Izrael menunggu Izfarni dihadapan rumahnya untuk pergi bersama-sama ke rumah Jibrael. Sambil menunggu Izrael merenung bulan purnama dan bintang kecil yang menerangi langit. Tersenyum Izrael merenung bulan mengingati kenangan bersama sahabat karibnya di sekolah lamanya.
Suasana yang sunyi dan indah membuatkan Izrael terasa tenang memenung langit yang indah di koridor asrama.
"Barh!"Sergah Khaleed.
"Astafirullah. Terkejut aku Leed."Menggosok dadanya yang hampir gugur jantungnya.
"Tenung apa tu Real. Awek ke?"Usik Ezz.
"Sejak bila pula aku ada awek ni? Aku ni dah banyak dosa nak couple pula." Izrael menjawab sambil menghadap mereka dengan tangan yang memeluk tubuh.
"Ush, savage." Tertepuk tangan Khaleed mendengarnya.
Ezz yang mendengar hanya tersenyum lalu menghampiri pepara di koridor dan menungkatkan tangannya di situ untuk merenung bulan.
"Masyaallah, cantiknya bulan dan bintang. Macam aku."Puji Khaleed akan dirinya.
"Kau fikir,kau tu ibarat bulan ke?"Ezz menjungkitkan keningnya ke arah Khaleed.
"Yelah, nama akukan Qard. Bulan. Jadi akulah bulan tu dan korang pula bintang yang berada disekeliling aku. Yang sentiasa ceriakan suasana hidup aku."Peluk Khaleed akan kedua rakan-rakannya itu.
Ezz dan Izrael hanya tersenyum mendengarkan kata-kata Khaleed yang ada juga betulnya itu.
"Aku harap, persahabatan kita hingga ke syurga."Harapan yang sangat diimpikan mereka.
"Amin!"Serentak Izrael dan Ezz.
"Korang sayang aku tak?"Soal Khaleed.
Ezz memandang Khaleed dari atas sampai bawah."Bocil macam kau ni? Aku nak sayang lambat lagi."Guraunya.
"Tak sayang tak apa. Aku ada Izrael yang sayangkan aku."Bangganya.
"Sejak bila aku sayang kau?"Dipersoalkan oleh Izrael dengan riak wajah yang angkuh.
"Tak apalah, siapalah aku."Khaleed hanya pasrah dan pergi meninggalkan mereka.
"Ada yang majuklah. Ehm, majuk."Perli Ezz.
Izrael menghampiri Khaleed lalu memeluk sisi Khaleed yang diikiti oleh Ezz. "Kita orang akan selalu sayangkan kau Leed."
"Betul tu."Setuju Ezz dengan kata Izrael tadi.
Senyum Khaleed."Kalau aku dah terpesong suatu hari nanti jangan lupa tegur aku ya."
"Inshaallah. Kita tegur satu sama lain."Mereka pergi berjalan dengan penuh kebahagiaan.
Inilah nama persahabatan yang sejati. Saling menyayangi dan saling mengingati demi mengejar syurga Allah untuk masuk bersama.
"Izrael."
Izrael sedar dari lamunan setelah namanya dipanggil. "Iz?"
"Abang Izrael."Serentak Dani dan Dina.
"Dani dan Dina dah makan?"
"Dah. Umi masak sedap hari ini. Ayam masak lemak."Jawap Dina.
Izrael tersenyum melihat tingkah laku Dina yang membuat dirinya rindu akan adik perempuannya di Johor.
"Jom kita."Ajak Izrael. Dan mereka perfi bersama.
Realiz
Sampai sahaja di rumah Jibrael. Mereka berlatih dengan penuh semangat dan bertenaga.
Semenjak Izrael berlajar silat semakin mahir dia dalam bidang silat ini meskipun baru sahaja tiga bulan dia menceburi bidang ini. Walaupun kadang kala ada sahaja dia campur ilmu silat dan teakwondow.
Sudah berpeluh-peluh wajah Izrael setelah beberapa kali round bertarung dengan Jibrael. Sungguh liat betul untuk mengalahkan lelaki ini.
Jibrael tersenyum sinih untuk menyindih Izrael agar kembali bangit. Izrael kini kembali bangkit dan segera menyerang Jibrael. Tangannya laju menghalang serangan Jibrael. Kakinya pantas menyilang kaki Jibrael sehingga tersungkur. Dengan kesempatan yang ada, segera Izrael mengurung gerak langkah Jibrael sehingga Jibrael menyerang kalah.
"Henti!"Arah Encik Jamal.
Izrael segera melepaskan Jibrael dan mereka menghormat antara satu sama lain untuk menutup pelawanan mereka.
"Hebatlah kau, Real. Padu."Memeluk bahu Izrael.
"Izrael."Panggil Encik Jamal.
"Ya, tok."Jawab Izrael.
"Kamu semakin hebat sekarang ini. Sangat pantas kamu memperlajarinya saya bangga dengan kamu."Puji Encik Jamal dengan kebolehan Izrael yang sekarang.
"Ini semua berkat tok yang mengajar saya. Terima kasih."Izrael sedikit menunduk.
Encik Jamal tersenyum. Dia sangat suka akan sikap Izrael yang selalu merendahkan dirinya setiapa kali dipuji.
"Dah pandai dahkan. Lepas ni jangan campur silat dengan taekwondo lagi."Sampuk Izfarni. Sengaja mahu memerli Izrael.
"Okaylah aku campur silat dengan teakwondo dari tarian belly. "Giliran Izrael yang memerli.
Izfarni sudah bermasam muka. Ini sudah lebih. Dia bukan tidak paham dengan kata-kata Izrael itu. Ini semestinya sebab perlawanan tadi.
Semasa Izfarni berlawan tadi, Izfarni ada tersalah langkat sehingga dia berpusing seperti orang menari belly. Nasib juga dia tidak terjatuh disebabkan pusingan tadi. Kalau tidak lagi teruk dia akan diperli oleh Izrael agaknya.
"Mulut tu jaga sikit ya."Izfarni memberi amaran.
"Aku jaga elok je. Tengok, elok sahaja dia lekat dekat muka kacak aku ni."Izrael sudah dengan loyar buruknya.
"Kau ni memang nak kena hajar."Izfarni sudah naik geram.
"Kau nak ajar aku apa? Matematik? Ke Nahu? Atau Sorf? Isim feal. Tak pun Isim Maf'ul. Boleh je."Tersenyum Izrael.
"Kau!"izfarni menghampiri Izrael namun dihalang Mawar.
"Mengucap Iz."Halang Mawar.
"Kau ni galah. Kalau aku patahkan kau memang aku buat pagar lembu Pak Mail karang."
Izrael hanya buat endah. Malas mahu layan.
"Kamu berdua ini. Asik gaduh sahaja. Karang jodoh baru tahu."Pasrah Pak Jamal melihat mereka berdua yang selalu berperang mulut ada sahaja yang akan dipertikaikan oleh mereka.
"Jodoh? Pak long, Iz dah tunanglah. Lagipun, Iz tak nak lelaki macam dia ini. Boleh naik gila Iz hari-hari macam ini."
"Kau nak aku daftarkan Tanjung Rambutan untuk kau ke?"Izrael sengaja mencabar Izfarni.
"Kau!"Dihalang oleh Mawar.
"Sudah, pergi balik. Sebelum perlawan kedua yang akan terjadi, baik semua balik. Aku dah nak tidur ni. Balik sana."Halau Jibrael.
Mawar menarik Izfarni pergi. Namun, Izfarni tetap dengan keras hatinya. "Kau tunggu."Jari tunjuknya dituju kepada Izrael.
"Jom balik."Tarik Mawar bersama adik-adik kembar Izfarni.
Izrael yang memandang hanya tersenyum. Suka dengan situasi ini. Namun, senyuman itu hanya sementara lalu dia mengundur diri untuk pulang ke rumah.
"Saya balik dulu tok. Assalamualaikum."Melambai lali pulang ke rumah.
"Waalaikumussalam."Serental Jibrael dengan Pak Jamal.
Realiz
Udara segar di pagi hari sangatlah tenang apabila dihirup dan ditambah pula hari ini adalah hari cuti. Sangat tenang. Izrael yang baru sahaja keluar dari rumah melihat kabus-kabus pagi yang menyejukkan tubuhnya.
Anak tangga dilangkah olehnya dan sandal dipakai olehnya. Badannya direnggangkan sedikit untuk memanaskan badan agar semangat di pagi yang tenangnya.
Sedang dia merenggangkan kepalanya dia berpaling ke arah rumah jirannya. Sudah jelas dari pandangannya Izfarni yang sedang menghafal di kerusi batu rumahnya sangatlah perik wajahnya. Izreal tersenyum melihat Izfarni dan segera dia menuju ke Izfarni.
"Assalamualaikum."Izrael menghampiri Izfarni.
"Waalaikumussalam."Izfarni yang memandang Izrael yang duduk di hadapannya sambil tersenyum beruk baginya. Dia hanya mengabaikan Izrael dan hanya fokus dengan hafalnya. Selagi Izrael tidak mengacau hidupnya dia tidak akan menghalau lelaki ini.
Sedang fokus Izfarni menhafal dengan payahnya, Izrael menyambung ayat yang dibaca oleh Izfarni sehingga habis ayat yang dibacanya tanpa sebarang salah dan bertajwid.
"Boleh tak kau jangan menyebuk."Izfarni menutup Al-Quran lalu memandang Izreal dengan tajam.
"Tak."Jawab Izrael dengan tanpa rasa bersalah.
Izfarni menahan geram."Aku tahulah kau tu dah 30 juzuk. Tak macam aku. Baru 3 juzuk. Tak mampu."
"Kau boleh aja. Aku yakin kau boleh."Yakin Izrael untuk meyakinkan Izfarni.
"Iz!"Panggil Puan Dayah yang berada di dalam rumah.
"Ya umi!"Jawab Izfarni.
Puan Dayah yang baru sahaja keluar rumah melihat Izrael yang berada di situ bersama anak daranya.
"Eh, Rael."Tegur Puan Dayah.
"Assalamualaikum umi."Ramah Izrael.
"Waalaikumussalam."
"Umi? Eh, itu umi akulah."Marah Izfarni apabila uminya dipanggi umi oleh orang yang paling dia geram.
"Eh, apa salahnya Izrael nak panggi umi, umi. Lagipun ibu ayah Izrael jauh dari dia apa salahnya kalau Izrael nak panggil umi,umi. Hilang sikit rindu Izrael dekat ibu Izrael kan?"Bela Puan Dayah dan hanya di angguk oleh Izrael kerana setuju dengan belaan oleh Puan Dayah.
Izfarni hanya pasrah dengan kata-kata uminya. Nasib baik kau Izrael.
"Iz, kenapa tak siap lagi. Kan walid dah bagi tahu yang Iz kena jumpa Wan hari ini."Semalam Tuan Darfan ada beritahu padanya, pada hari esok dia akan bertemu Wan di bandar untuk menguatkan hubungan mereka sebagai sebuah pasangan yang telah berstatus tunang orang.
"Mawar tak adalah umi. Dia pergi keluar dengan keluarga dia. Iz nak pergi dengan siapa?"Selalunya ada Mawar yang akan temankan dia pergi.
"Izraelkan ada."Jawab mudah Puan Dayah.
Izrael menunjuk dirinya. Kenapa dirinya dipetik pula ini?
"Rael boleh tolong temankan Iz kan?"Pinta Puan Dayah.
Izrael hanya menggaru tengkuknya. Bagaimana ini? Nak tolong ke tak?
Izfarni sudah memandang Izrael sambil menggeleng, manakala Puan Dayah memandang Izrael sambil tersenyum dan angguk.
"Boleh ya, Rael? Umi nak keluar dengan Dina dan Dani ini. Ada hal yang nak diuruskan,boleh?"Izrael sudah hilang arah. Mana satu dia mahu dengar kata ini. Izfarni sudah beri amaran kepadanya.
"Tolonglah Real, aku tak nak jumpa dia."Bisik Izfarni yang dapat didengari oleh Izrael sahaja.
"Rael...."Izrael sudah pening untuk membuat keputusannya sendiri.
Realiz
Izfarni berjalan dengan tidak puas hatinya. Rakannya yang berada di belakang hanya dihiraukan olehnya. Serabut betul.
"Iz!"Panggil Izrael mengejar Izfarni.
BERSAMBUNG.........
Share this novel