#raeliz12 ii

Romance Series 14536

Izfarni terdiam. Manakala Izrael......

"Apa ni Rael?"Opah Izzah dengan wajah seriuse.

"Sebenarnya Rael ada lamar Iz masa hari pertama balik ke sini. Tapi, Iz tak ada kata putus lagi. Jadi, Rael ingat nak balik JB nak tanya mummy daddy dulu."Jujur Izrael dengan rasa sedikit segan atas pengakuannya.

"Kenapa tak bagi tahu koi?"Rasa nak marah tapi kena sabar sebab suka.

"Takut opah marah yang Rael lamar Iz ni. Diakan cucu kesayangan opah."Opah Izzah mengeleng tidak akam dia mahu marah kerana ini. Tapi, dia lagi marah kerana tidak bagi tahu tentang ini padanya.

"Eh, sejak bila Kak Iz cucu kesayangan opah. Dafeallah."Sampuk Dafeal.

"Kamu budak kecik jangan sampuk."Terus Dafeal memuncung bibir dan bercangkung dengan memeluk tubuhnya. Ehm, majuk.

Izfarni sudah tersenyum melihat karenah Dafeal seperti budak kecil. Comel.

"Apa pun koi tetap geram dengan kamu walaupun koi suka. Sini kamu."Menarik telinga Izrael.

"Aduh! Opah,sakit."Renget Izrael.

"Kamu pun sama suka sangat buat perangai. Dua adik beradik sama sahaja. Suka buat koi naik angin."Menarik telingat Dafeal sehingga dia kembali berdiri.

"Aduh, opah! Kenapa Fael juga kena ni. Abang Miens sudahlah."Telinga yang ditarik disentuhnya.

"Kamu berdua sama sahaja."Membawa Izrael dan Dafeal dengan menarik telinga mereka ke kereta milik Izrael.

Izfarni yang melihat mereka hanya mampu melihat dan ketawakan. Sangat bahagia keluarga mereka di matanya. Andainya dia menjadi sebahagian dari keluarga itu semestinya turut akan merasakan juga.

Raeliz

Bahagia sungguh hari ini yang dirasakan oleh Dafeal, menyiram pokok sambil bernyanyi. Nasiblah suara sedap, kalau tidak tunggu mendung sahajalah.

Izrael yang melihat adiknya menyanyi hanya melihat dengan senyuman. Sedap sungguh adiknya menyanyi yang dia tidak mampu nafikan. Sambil dia mendengar nyanyian adiknya, dia mencuci keretanya. Cadangnya mahu pulang ke Johor esok untuk lapor diri di sana.

"Fael!"Panggil Izrael akan adinya yang sudah lupa diri itu.

Dafeal yang mendengar panggilan abangnya segera berputar mengadap ke arah abangnya."Kenapa Abang Miens?"

"Esok aku balik JB. Nak lapor diri dekat sana."Sambil mengelap keretanya.

"Esok?!"Nada yang agak terkejut.

"Ye."Santai sahaja dia menjawab walaupun adiknya sudah terkejut beruk.

Muka Dafeal sudah berubah wajah. Dari bahagia tersenyum sambil menyanyi sudah berkerut wajah. Izrael yang menyedari wajah adiknya sudah berkerut dahi. Kenapa pula ini?

"Kau macam tak suka aku balik JB."Jelas lagi nyata di wajah adiknya.

"Kalau Abang Miens nak nak tahu, rumah tu dah macam makamah. Hari-hari ada sahaja perdebatan."Dafeal menutup paip lalu menggulung getah paip.

"Perdebatan?"Siapa pula yang buat perangai selain dirinya ini? Darren? Mustahil. Dia selalu mengikut sahaja kata mummy dan daddy setiap kali diarah atau dihalang.

Dafeal angguk."Selepas sahaja Abang Miens lari. Kakak selalu buat hal yang daddy tak suka. Ponteng sekolah. Keluar rumah dengan kawan-kawan. Sampailah sekarang, dia nak kawin daddy tak kasi. Menyebabkan dia orang selalu bertengkar. Daddy tak mampu nak pukul kakak sebab dia perempuan. Tapi, itulah kakak terlalu keras kepala."Oleh disebabkan ini juga dia tidak suka pulang ke rumah orang tuannya dan hanya menetap di rumah abang sulungnya. Lebih tenang dan boleh dia bermain dengan anak sedaranya yang comel.

"Kenapa daddy tak bagi Atie kawin?"Setahunya bila dikirakan balik adinya sudah masuk umur 23 tahun. Tiada masalah kalau mahu kawin.

"Daddy tak bagi sebab. Dia nak abang kawin dulu. Dia tak nak akak langkah bendul."Izrael sudah terkedu. Menunggunya kawin. Bagaimana mungkin, kalau dia tidak pulang ke rumah.

"Habis, daddy?"Rasa ingit tahu akan situasi keluarganya sekarang.

"Akak keras kepala nak kawin dan daddy tetap sama keras kepala juga."Izrael sudah berpicit batang hidungnya. Susah kalau dua-dua ego.

"Assalamualaikum."Senyunya apabila baru sahaja sampai di antara mereka berdua.

"Waalaikumussalam."Serentak dua beradik itu.

"Kak Iz."Senyum Dafeal lalu menghampiri gadis itu.

Belum sempat dia menuju ke gadis itu, Izrael menolaknya ke tepi agar dia yang lebih dahulu dapat perhatian gadis itu.

Kau jumpa awek terus abang lupa semua benda ya. Omel Dafeal melihat abangnya yang sudah tersenyum beruk melihat Izfarni.

Kain buruk yang mengelap keretanya tadi, dicampak kepada Dafeal. Tepat pada wajah kacak milik lelaki itu.

Ini sudah lebih. Geram Dafeal dalam hati. Ini sudah sampai lupa mana bumi dipijak dan langit dijunjung.

Dengan sikap Izrael tadi, membuat dirinya berasa malu."Err... Ini ada kuih puteri ayu. Ambillah." Menghulur pinggan yang ditutupi tisu kepada Izrael.

"Terima kasih, Iz."Mengambil huluran tadi lalu menghidu aroma kuih yang masih hangat itu.

"Mesti sedap kalau Iz yang buat."Senyuman yang cukup manis diberikan kepada Izfarni.

Dafeal yang melihat abangnya sudah tidak berkedip mata. Damien's Izrael abangnya ke ini? Senyum seperti itu. Sangat luar biasa. Matanya digosok berkali-kali dengan tangan, tanda tidak percaya. Baginya lelaki itu sukar sangat untuk tersenyum.

"Bukan aku yang buat. Umi. Aku just tolong sikit-sikit je." Segannya.

"Sama sahaja tu. Tetap Iz buat."Ada juga air tangan gadis ini kalau sekadar membantu, bukan?

"Err... Aku balik dululah. Bye. Bye, Dafeal."Melambai Dafeal yang tidak jauh dari mereka yang hanya melihat dari tadi.

"Bye, Kak Iz."Lambatnya kembali.

Izfarni berjalan meninggalkan mereka dua beradik untuk pulang ke rumah. Izrael yang hanya melihatnya terpikir segenap.

"Iz!"Panggil Izrael membuat Izfarni berpaling.

Pinggan berisi kuih yang diberi oleh Izfarni tadi, diberi kepada Dafeal. Lalu berlari ke arah Izfarni.

"Iz, aku nak bagi tahu kau ni."

"Apa?"Apa yang penting sangat sampai berlari ke arahnya?

"Esok, aku balik JB."Muka Izfarni bertukar reaksi. Dari malu bertukar geram.

Kaki Izrael dipijak dengan kuat."Aduh! Asal kau pijak kaki aku?"Tiba sahaja kelakuannya seperti ini. Ingatkan sedih nak berjauhan. Ini tidak, dipijak kaki.

Dafeal sudah tergamam melihat mereka berdua dari jauh.

"Memang ini sifat kau yang tak berubah. Esok nak pergi, hari ini baru nak bagi tahu. Aku ni siapa Damiens Izrael bin Danial Izham?"Geram sungguh sikap Izrael yang tidak pernah berubah dari dulu hingga kini.

"Calon isteri aku."Spontannya menjawab.

"K-kau."Geram tapi sungguh rasa malu menyelubungi jiwa.

"Sejak bila aku terima lamaran kau. Belum lagi."Memeluk tubuhnya.

"Insyaallah. Suatu hari nanti."Makin menjadi-jadi loyar buruknya.

Makin merona muka Izfarni mendengar kata-kata Izrael."Bila kau balik esok?"Sengaja dia mengubah topik.

"Lah. Ingat tak ambil kisah tadi. Sampai pijak kaki orang."Tadi bukan main marah, ini sibuk pula ambil kisah. Apa cerita?

"Kau ni. Aku tanya baik-baik. Jangan sampai aku pijak kaki kau lagi."Kakinya sudah terangkat, bersedia mahu pijak.

Dengan pantas Izrael menjarakkan sedikit jaraknya dengan Izfarni. "Santai. Aku balik pukul 8 pagi macam tu."Anggarannya.

"Betul ni?"Perlukan kepastian.

"Iya, Dini Izfarniku."

Dini Izfarniku? Cukup membuat Izfarni terasa sesak nafas. Bagaimana ini? Makin lama dia di sini. Rasa seperti bertemu Malaikat Izrail. Nyawa mahu tercabut.

"Okay, aku tunggu. Kalau kau tipu...."Mukanya sudah memberi reaksi amaran yang keras.

"Tak. Lagipun aku balik JB nak lapor diri je."

"Lapor diri?"Untuk apa?

"Aku kena transfer ke sana. Jadi aku kena pergi sana untuk lapor diri."Izfarni hanya mengangguk.

"Jadi, kau balik sini balik lagi tak?"

"Balik. Kalau kau terima lamaran aku. Lagi cepat kau terima. Lagi cepat aku balik."Semudah itu untuk dia balik. Hari esok terima, hari esok juga dia balik.

"Kalau aku tolak?"Apa yang lelaki ini akan buat?

"Tak baliklah aku. Buat apa nak balik kalau tak ada benda yang menarik."Hati sudah ditolak. Buat apa mahu menunggu lagi, bukan?

"Bapak lupa diri kau." Sebab itu sahaja dia tidak mahu pulang kembali.

"Biar lupa diri dari lupa tuhan dan jasa orang."Lancang sahaja mulut berkata.

"Kau nak kata aku lupa jasa ke?"

"Siapa makan cili, dia rasa pedas. Siapa makan hati, pikirlah sendiri."Matanya sengaja melihat langit.

Dengan sekali hempasan sahaja."Aduh!"Jerik Izrael.

"Tunggu aku esok. Bye!" Perginya meninggalkan Izrael yang yang terencut-encut kerana kesakitan.

Izrael yang melihat Dafeal yang memerhatikan mereka tadi, ketawa terbahak-bahak.

"Kau bocil!"Mengejar Dafeal dengan kaki yang sakit.

Share this novel

azie_hamid
2025-01-25 22:39:05 

alhamdulillah akhirnya iz terima rael


NovelPlus Premium

The best ads free experience