Selesai sahaja makan, mereka menuju ke pantai atas keinginan Dani yang ingin bermain air. Meskipun umurnya sudah 20 tahun, tetap perangainya seperti budak kecil sehingga Izfarni berasa malu dan segan pada Izrael akan sikap adiknya yang random.
"Abang, Dani nak ke sana kejap."Menunjuk beberapa khemah yang menjual makanan.
"Iyalah, nah."Sambil menghulur duit 50 ringgit.
"Untuk apa ni?"Dani menayang wajah tertanya.
"Dani pergi sana mesti nak belanja. Jadi, ambil duit ni."
Dani menolak tangan Izrael. "Dani pergi sana bukan nak belanja. Tapi, Dani nak abang dengan akak dating berdua."Muka Izfarni kemerahan kerana malu akan kata adiknya setelah lama berdiam diri. Izrael yang memandangny segenap dialihkan pandangannya ke arah lain.
"Patutnya abang kena berterima kasih dekat Dani. Bye." Pergi meninggalkan mereka berdua.
"Jadi, kau dah bagi tahu family kau yang aku dah lamar kau?"Izrael menatap Izfarni dengan wajah tersenyum.
"D-dah."Segan Izfarni menjawap.
"Patut mulut Si Dani tak habis-habis merapu dari tadi."Izrael berjalan dan diikuti Izfarni.
"Kau dah fikirkan ke?"Wajah Izfani ditatap seketika lalu lautan yang berombak menjadi pilihan untuknya bertenang.
"Aku masih belum buat keputusan lagi."Dia masih ragu untuk membuat pilihan melibatkan masa depannya ini.
"Kau fikirlah dulu sementara aku pergi ke JB."
"JB?"Kakinya terhenti membuat Izrael ikut terhenti.
"Aku nak balik JB. Nak jumpa dengan family aku."Sungguh dia rindu keluarga tercintanya itu. Meskipun keluarga itu jauh di matanya, namun hatinya tetap dekat merindui mereka.
"Kau akan balik semula ke?"Dia tidak mahu perkara lama berulang kembali.
Izrael menatap Izfarni dengan tersenyum. "Kenapa kau tanya? Kau takut rindu aku ke?" Sengaja dia mahu mengusik gadis itu sehingga muka gadis itu sudah bertukar merah.
Izfarni beralih pandangan."T-tak ada maknanya."
Izrael ketawa kecil cukup membuat Izfarni mengadapnya."Asal kau ketawa? Ada aku buat lawak ke?" Sudah gila ke tentera laut ini?
"Aku rasa dulu, banyak jugalah aku bagi kata-kata manis lebih dari ini. Tapi, tak ada pula kau malu macam ni. Sampai merah muka. Haha."Semakin menjadi-jadi Izrael ketawa. Sama juga dengan Izfarni yang semakin malu dan merah mukanya.
"Ketawalah, aku benci kau Izrael."Perginya dengan rasa yang sangat malu akan sikap lelaki itu.
"Bencilah, orang kata benci-benci jadi gila sayang!"Izrael mengejar Izfarni yang pergi meninggalkannya.
"Iz!"
Realiz
"Assalamualaikum."Setelah keluar dari kereta.
Rabiyatul Adawiyah yang sedang mencakar daun-daun kering di halaman rumah melihat lelaki yang baru sahaja keluar dari kereta BMW. Meskipun lelaki itu berkaca mata, namun sosok tubuh itu sangat dikenalinya.
Dia menghampiri lelaki itu."Waalaikumussalam."Menghulur tangannya untuk menyalam abang ini.
"Laju betul abang balik ye?"Senyuman mengusik ditayang kepada abangnya.
Mana tidak dia tidak senyum seperti itu kalau abangnya terus balik ke kampung kerana ibu mereka telah melamar seorang gadis untuk abangnya. Semestinya abangnya terkejut mendengar khabar ini dan terus pulang ke kampung.
Luth menghembus nafas dengan pasrahnya. "Ibu mana?"Sosok ibunya di carinya.
"Ibu pergi pekan. Sebab dia boleh agak yang abang akan balik."Terlebih dahulu Puan Halimatul Saadiah melarikan diri dari anaknya yang balik ke kampung. Selalunya firasat seorang ibu akan benar.
Luth menatap adiknya dengan tatapan rayuan."Adik bagilah tahu abang. Siapa yang ibu lamar untuk abang?"
Adawiyah hanya mengjongket bahu. "Bukan adik tak nak bagi tahu tapi ibu suruh rahsiakan dari abang. Nasi lah abang kena kawin. Dapatlah adik, kakak ipar."Pipi abangnya ditoyoh-toyoh, meskipun dia bertenjek untuk menyentuh abangnya tinggi seperti tiang lampu ini.
"Adik."Meleret Luth merayu dengan muka yang simpati sambil memeluk tubuh adiknya yang kecil itu.
"Kalau abang nak tahu pujuklah ibu dengan ayah. Adik tak nak masuk campur."Pergi Adawiyah dengan tubuhnya dipeluk abangnya yang merayu padanya.
"Abang tak nak kawin."Renget Luth.
"Itu bukan masalah adik."Abangnya yang memeluk tubuhnya hanya dibiarkan. Rayulah sehingga cium kakinya dia tidak akan bagi tahu siapa wanita itu.
Raeliz
Tubuh tegap yang baru sahaja keluar dari kereta dengan berkaca mata hitam menatap rumah separuh kayu itu. Rindu. Rindu akan isi dalam rumah itu.
"Opah, Dafeal back."Beg galas yang berisi pakainya dibawa bersama menuju ke rumah itu.
Tanggal sahaja kasutnya anak tangga dipijak."Assalamualaikum!"Memberi salam dengan bahagianya agar opahnya menyambutnya dengan penuh berlapang dada.
"Waalaikumussalam."
Tatap sahaja orang yang menjawab salam itu membuat Dafeal sudah berkecut perut. Kakinya mula lemah dan terjatuh. Beg galasnya sudah terjatuh ke tanah.
Izrael tersenyum sinih. "Dafeal."
"A-abang M-mien."Menggigil Dafeal melihat abang keduanya atau lebih dikenali sebagai 'Malaikat Maut' berada di sini.
"Siapa tu Izrael?" Baru sahaja melangkah ke pintu rumah sudah melihat cucu kesayangan yang berada di hadapan tangga sedang terduduk.
"Dafeal, baru ingat jalan pulang?"Geleng Opah Izzah melihat Dafeal yang baru pulang setelah merajuk kerananya.
"Opah, Feal tak mimpi kan. Itu Abang Mienkan? Bukan ilusikan?"Tangan kanannya menunjuk sosok Izrael yang berdiri disebelah opahnya dengan tangan kirinya mengosok matanya. Tidak dipercayai langsung.
"Cucu koi bukan main hemsem kamu khabar ilusi. Dah sampai alam barzah ke kamu ini, Dafeal."Cucunya cukup nyata di hadapanya. Adakah ilusi semata-mata. Ini bukan novel yang hanya ilusi.
"Malaikat maut."Pensan.
"Dafeal."Berkejar Opah Izzah melihat Dafeal sudah tertumbang.
Izrael menggelus nafas."Baru jumpa Damiens Izrael. Belum lagi jumpa Malaikat Izrail. Kalau jumpa tak cabut lagi nyawa dah tercabut sendiri."Izrael menggeleng.
Raeliz
Jubah putih yang menyaluti tubuhnya sangat sesuai dengan dirinya yang tampan. Andai para gadis melihat sudah cair untuk menjadi pilihan suami. Rambut yang menjadi mahkota pagi para lelaki disikat dan dipakaikan songkok di kepalanya. Baginya, rambutnya bukanlah mahkota melainkan songkok, kopiah dan serban menjadi mahkota di kepalanya.
Kakinya melangkah keluar melihat adik bungsunya bersama opahnya yang sedang menunggunya. "Opah."
"Moh, kita."Tubuhnya dipimpin oleh Dafeal yang setia di sisinya tanpa melihat wajah Izrael.
Izrael yang melihat mereka berdua segera mencapai kunci kereta dan mengikuti mereka.
Realiz
Setiba di masjid, semestinya Izrael menjadi tumpuan ramai. Anak muda yang selalu meraikan masjid dengan menjadi imam dan bilal dengan suara merdunya sudah kembali. Semestinya mereka merindui. Kepermegian Izrael sungguh membuat orang berasa sunyi dan rindu akan anak muda sepertinya. Ramai juga orang kampung menyambutnya dan mengalu-alukan dirinya untuk menjadi imam solat maghrib ini.
Dafeal yang sedari tadi hanya melihat abangnya menjadi tumpuan hanya terdiam. Benar, dia langsung tidak seperti abangnya yang hebat dalam ilmu agama. Namun, hal ini cukup memberi rasa sentuh padanya jika dibandingkan.
Kepermegian Izrael, membawa kedatangan Dafeal. Kedatangannya cukup membuat orang kampung rasa bangga akannya dan berharap dirinya seperti abangnya. Namun, tidak sesama sekali. Setiap kali dia diberi peluang untuk menjadi imam atau bilal semestinya dia akan lari. Dia tidak mahu dan segan akan orang kampung. Dia sangat berbeza dengan abangnya. Meskipun dia juga hafiz tetapi tidak sama seperti abangnya yang berjaya khatam dan syahadah.
"Izrael."Microphone diberikan kepada Izrael untuk mengimamkan mereka para jemaah.
"Dafeal."Izrael memanggil Dafeal yang tidak jauh darinya. Dafeal yang penuh ketakutan akan abangnya dia menghampiri.
Izrael memakaikan microphone kepada Dafeal."Jadi imam."
"Tapi, Izrael..."Salah seorang orang kampung berkata namun, dipotong oleh Izrael.
"Pak Tam jangan risau. Dia boleh."Dengan penuh keyakinan akan adiknya boleh melakukannya.
"Cepat, buat saf."Izrael menepuk bahu Dafeal lalu segera membuat saf.
Dafeal yang menggumpul segala keberanian menghempus nafas lalu mengambil tempatnya sebagai seorang imam.
Setelah iqamat dilaungkan oleh Izrael, jantungnya mula berdenyut kencang.
"Tenang. Fokus dan khusuk dalam solat. Aku tahu kau boleh."Kata-kata penuh semangat diberi kepada Sang Adik.
Dafeal mula fokus dengan tujuan membawa para jemaah bertemu Ilahi bersamanya. Dengan niat di dada,"Allahuakbar!"Takbir diangkat.
Surah yang dilantukan oleh Dafeal cukup merdu seperti abangnya. Tajwid yang benar dan maghrash yang betul. Surah Al-Imran menjadi pilihan hatinya. Meskipun surah itu panjang, namun langsung tiada kesalahan olehnya membaca.
"Assalamualaikumwarahmatullah. Assalamualaikumwarahmatullah." Salam diberi dan zikir dibaca.
Dafeal yang menoleh ke arah Izrael tatap oleh abangnya."Aku tahu kau boleh."Dafeal tersenyum.
Raeliz
Selesai sahaja solat tadi, Dafeal diberi pelbagai pujian dan persoalan dari orang kampung sehingga tiada apa yang mampu keluar dari mulutnya. Selama ini dia merasakan dirinya tidak layak namun, anggapannya salah selama ini.
Usai selesai solat Insya yang diimamkan oleh Izrael, bersurai dan keluar dari masjid.
Meskipun jauh mata memandang, boleh lihat bertapa bahagianya adik beradik itu bersama sambil berpeluk bahu dengan penuh senyuman.
"Kenapa kau takut aku Feal?"Soalan yang lama dia mahu tanyakan.
"Sebab aura Abang Miens menggerunkan."Jujurnya tanpa rasa takut setelah apa yang telah berlaku tadi walaupun kepalanya agak tertunduk.
"Memanglah aku menggerunkan, akukan tentera. Kenalah nampak tegas."Itu memang sewajarnya bagi seorang askar. Kalau tidak lebih baik jadi dodol yang lembik sahaja.
"Tentera? Selama ini, Abang Miens menghilang jadi tentera?"Izrael dengan bangganya mengangguk.
"Tentera apa?"
"Laut."
"Pangkat apa?"Rasa ingin tahu lagi.
"Leftenan."Jawab Izrael dengan riak wajah yang bangga dan angkuh. Berharap adiknya juga bangga seperti Dani dan orang lain.
"Leftenan je? Patutnya orang jadi commando. Barulah macam ini."Sambil membuat thumb up.
"Kau ni, ada juga aku humban dalam laut. Mulut main lepas je."Lain diharapkan, lain yang dapat. Harapan sungguh menyakitkan.
"Izrael."Tegur Izfarni yang baru keluar dari surau bersama Opah Izzah.
"Iz."Memandang ke arah Izfarni yang bertelekung.
"Kak Iz."Senyum manis Dafeal.
"Tadi, Dafeal ke jadi imam?"Dafeal menggaruh tengkuknya sambil menggangguk. Segan.
"Sedap. Kalah Izrael."Puji izfarni sambil memandang Izrael dengan wajah yang mengejek akan lelaki itu. Sengaja mahu bandingkan lelaki itu walaupun suara Izrael yang lebih sedap.
"Ikutlah kaulah kau nak kata apa dekat bakal suami kau ini."Pasrah sahaja apa mahu jadi.
"Aik, sejak bila aku terima lamaran kau?"Tiba sahaja mengatakan bakal suami.
Opah Izzah da Dafeal dari tadi yang hanya mendianm kini membuka mulut."Bakal suami? Lamaran?"serentak mereka.
Share this novel