Pulang sahaja dari beli aiskrim Izrael dan Izfarni pulang ke rumah. Sungguh berat rasa hati mahu pulang, namun sampai bila mahu duduk di luar.
"Iz, kau okey ke nak balik ni?"Risau akan Izfarni. Bersediakah dia untuk dia menghadap semua ini.
"Okeylah, jangan risau. Lagipun aku sudah biasa."Izrael hanya mengangguk. Walapun dia tahu, kata tak seperti hati yang merasa.
"Aku balik dulu angel." Izfarni meninggal Izrael yang memerhatinya dari jauh.
Izfarni berjalan melangkah ke rumahnya. Bekas yang diletakkan oleh Izrael diambilnya. Tadi, Izrael ada memberi tahunya tentang bekas yang diletaknya di meja batu.
"Assalamualaikum."Izfarni menjejekkan kakinya di rumahnya setelah nafasnya dihembuskan.
"Waalaikumussalam."Jawab Puan Dayah dengan senyumnya.
"Anak walid dah balik. Nak makan ke? Umi dah masak dekat dapur."Ramah Encik Darfan.
"Umi ada masak lauk kegemaran Iz. Pergilah tengok."Ramah Puan Dayah pula.
Izfarni yang melihat kedua ibubapanya yang tersenyum membuat dia tergaru kepala. Mereka sudah berbaik ke? Namun perasaan yang curiga hanya dibiarkan. Dia lebih suka keluarganya sudah berbaik semula.
"Iz, nak pergi mandi dulu."Senyum Izfarni dengan bahagia.
Raeliz
6 bulan kemudian. Dengan status yang baharu, hubungan mereka semakin rapat. Boleh dikata, di mana ada Izfarni di situ ada Izrael. Ibarat belangkas, tidak pernah berpisah.
Meskipun mereka persahabatan berlawanan jantina, tiada siapa yang merisaukan mereka kerana semua orang lebih mempercayai seseorang Damiens Izrael. Seorang lelaki yang sangat jujur bertutur, walaupun kadang kala menyakiti hati. Tetapi, jejaka ini sangat dipandang tinggi oleh orang-orang kampung. Mana tidak kalau selalu dirinya akan menjadi imam dan muazin di masjid. Sudahlah hafiz yang bersuara merdu. Cukup menenangkan hati para jemaah di masjid. Lagi pula, orang-orang masjid sangat menggalak anak muda kini menjadi imam dan muazin di masjid untuk meneruskan menceriakan masjid.
Apabila setiap kali Izrael menjadi imam, setiap kali itu dia akan pergi bertemu Izfarni sebelum dia akan ke masjid untuk menanyakan surah apa yang dimahunya. Bukan dia tidak tahu membaca surah apa, tetapi tiada pendirian untuk membaca surah apa ketika menjadi imam.
Setiapa kali Izfarni berkata "Surah Taha". Semestinya solat maghrib nanti surah Taha yang akan didengari. Namun setiap kali Izrael menjadi imam, Izfarni sentiasa mengingatinya agar tidak membaca terlalu panjang kerana kasihan kepada para jemaah yang sudah berumur yang tidak beberapa berdaya.
Namun semakin meningkat umur mereka, Izrael semakin fokus dengan pembelajarannya kerana pada tahun ini dia akan menduduki peperiksaan yang besar bagi seorang pelajar sekolah agama iaitu SMA atau Sijil Menengah Agama. Dia sudah berjanji dan menanam dalam hidupnya untuk mencapai pangkat yang diimpikan oleh semua orang iaitu muntaz suffi. Dia akan usaha sebaik mungkin.
Sedang fokus Izrael sedang menghafal di mejanya, Jibrael menghampirinya dengan seseorang yang kelihat senior mereka.
"Rael."Panggil Jibrael.
"Apa?"Izrael memandangnya dan menatap orang yang berada disebelah Jibrael.
"Rael, kenalkan ini Aqiel. Form five." Izrael hanya mengangguk untuk salam kenal.
"Oh, inilah budak top tu ya?"Bukan dia tidak dengar tentang budak baru yang kacak dan hafiz dari tahun lepas. Cuma dia malas mahu ambil kisah.
"Rael, sebenarnya kita orang nak minta tolong kau."
Tolong? Tolong apa pula ini? "Apa."
"Jadi budak solo untuk ke PUSAT tahun ini."
"Aik, mana budak solo hari itu?"Setahunya semasa dia melihat budak solo semasa ke MASISUPA elok sahaja ketika dia ikuti bersama kerana telah mewakili permainan badminton. Siap menang lagi.
"Tsameer? Dia baru lagi masuk hospital. Katanya accident." Tsameer yang dimasukkannya adalah solo nasyid di sekolah mereka yang cukup terkenal.
"Jadi kau minta aku untuk solo gantikan dia?"Kening Izrael berkerut.
"Iya, kita orang betul harapkan kau ni."Aqiel bersuara.
"Tapi kenapa aku?"Sudah tiada orang lain ke sehingga merayu kepadanya.
"Engkau sahaja Izrael. Form five semuanya sudah fokus dengan SPM. Dia orang malas nak layan." Dia tahu hanya Izrael sahaja yang boleh membantu mereka. Dengan suara Izrael yang sudah merdu melaungkan azan. Inikan pula bernasyid. Tiada masalah.
"Tapi aku nak fokus SMA."Berat sungguh dia untuk mengatakan itu.
"Boleh ah Izrael, kau tak nak banggakan sekolah kita ke?"Rayu Jibrael.
Izrael sudah mati kata. Mahu atau tidak. Tetapi permintaan Jibrael susah dia untuk menolaknya. Lihat muka mereka berdua kelihatan sudah mendesak.
"Boleh ke ganti orang lain?"Izrael bersuara.
"Boleh, pihak sekolah sudah bincang dengan sekolah lain."Jawab Aqiel.
"Iyalah, kalau macam itu."Jibrael dan Aqiel tersenyum.
"Kalau macam itu kita mula sekarang."Tarik Jibrael.
"Eh."Izrael hanya mengikuti jejak mereka yang membawanya pergi dalam keadaan yang pasrah.
Pada hari itu, Izrael dan Jibrael kerap pergi ke sekolah untuk latihan nasyid untuk menaikkan nama sekolah mereka. Dari pagi hingga petang. Dari petang hingga malam. Dari malam hingga ke pagi kembali mereka berlatih. Sehinggalah Izrael terpaksa tinggal di asrama untuk beberapa hari sementara hari yang telah ditetapkan mengkujung tiba.
Hari menanti hari, kini hari yang diperjuangka sudah tiba. Sudah ketar seluruh tubuh badannya. Izrael cuba untuk bertenangkan dirinya yang sudah berdebar-debar.
"Tenang Rael. Kau boleh."Pujuk Jibrael.
"Percaya kau boleh Rael."Giliran Aqiel memujuk.
Bagaimana dia mahu bertenang kalau ini kali pertama dia menghadap orang ramai buat kali pertamanya. Sungguh getar. Hari yang dia menyanyikan di sekolah hati itu pun dia sengaja larikan diri memberi pelbagai alasan. Tidaklah kali ini dia mahu lari lagi bukan. Ini memalukan nama sekolah bukan.
"Istighfar banyak-banyak Rael. Aku pasti kau boleh. Dan suara kau lebih sedap dari aku."Tsameer yang berada di atas kerusi roda itu turut menyokongnya dari awal hinggalah kini.
"Yakinkan diri kau Izrael. Pasti kita boleh."Rieduwan rakan seperjuangan turut meyakinkan dirinya.
"Boleh!"Rakan-rakannya yang lain turut meyakinkan dirinya.
"Baik."Izrael senyum kecil.
"Kita boleh! Allahu Akhbar!"Takbir mereka semua untuk kemenangan yang diimpikan mereka.
Sebelum mereka mempersembahkan persembahan nasyid mereka, mereka berdoa kepada Ilahi untuk berserah semua kepadaNya.
Raeliz
Jantung tidak terhenti berdebar. Lutut sudah menggigil. Tenang Izrael. Tenang cuba untuk menengkan dirinya. Suara yang memberi semangat kepada kembali imbas di fikiran.
'Miens boleh. Anak mummy boleh.' Semangat yang diberikan oleh Datin Ilya kembali diingati.
Beberapa hari sebelum hari ini, Izrael memberi tahu mummynya dia akan menyertai nasyid. Agak terkejut mendengar itu tetapi dia yakin anak lelakinya seorang ini sangat berkebolehan.
'Koi yakin kamu boleh menang Rael.' Kata-kata opahnya kembali teringat sebelum dia datang ke sini.
"Allahuakbar."
"Allahuakbar."
"Allahuakbar." Rakan-rakannya yang menjadi back up suaranya sudah mencuba microphone sebelum bermula persembahan.
"Allahuakbar."
"Allahuakbar."Giliran Jibrael dan Aqiel.
Kini giliran Izrael. Baru mulut ingin berbicara, Mata Izrael beralih kepada seseorang yang berada di kerusi para penonton iaitu Izfarni. Izrael menatap Izfarni yang sedang berta dengannya. Namun, meskipun tidak didengari tetapi Izrael tetap dapat memahaminya.
'Kau boleh malaikat maut. Aku pasti kau boleh cabut semua hati semua orang dengan suara kau itu.'
Izrael tersenyum melihat kata-kata Izfarni kepadanya. Kini dirinya semakin percaya diri dan semangat.
Nafas dihembus dengan tenangnya. "Bismillah."
Kini conga dipukul dan muzik dimainkan oleh para permain alat muzik.
Izfarni yang memerhati dari bawah memandang Izrael dengan yakinnya sebagai mana Izrael menyakinkannya ketika bersyarahan Bahasa Melayu. Dia telah dipilih oleh pihak sekolah untuk mewakili sekolah untuk bersyarah Bahasa Melayu dengan tutur katanya yang sangat fasih bertutur. Dengan semangat diberi Izrael dia semakin yakin dan memenangi syarahan tersebut untuk mewakili MISMAM.
Mendengar sahaja suara Izrael hampir cair para penonton perempuan mendengar suaranya yang sangat merdu.
Izfarni yang mendengar di bawah mula tersenyum."Aku yakin kau boleh Izrael."
Raeliz
Selesai sahaja solat Isyak, Dato Danial menadah tangan kepada Ilahi untuk meminta dan keampunan sebagai seorang hamba.
"Ya Allah yang Maha Esa, aku bermohon kepadaMu. Kau berikan kemenangan kepada anakku Damiens Izrael. Aku merayu kepadaMu, Ya Allah. Aku ingin melihat dirinya tersenyum dan bahagia. Kerana aku sangat menyayanginya Ya Allah."Ego seorang lelaki hanya hilang bersama Tuhan yang Maha Penyayang untuk tempat dia meluah dan berkasih.
Semasa isterinya menelefon anak keduanya dia mencuri mendengar perbualan mereka untuk mendengar khabar anaknya disana. Hanya cara ini sahaja dia boleh mengetahui keadaan anaknya dengan egonya.
"Amin."Doa diaminkan.
Namun disisi sudut lain, Izrael yang sudah berdebar untuk mendengar mengumum kemenangan sudah berdebar.
Tetapi, apabila diumumkan pemenang membuat Izrael dan rakan-rakannya bersujud syukur kerana kemenangan milik mereka berdua.
"Terima kasih, Ya Allah."Tangis Izrael dalam sujud syukurnya.
Selang beberapa hari setelah hari itu, Izrael menelefon mummynya untuk memberi tahu tentang kemenangan. Namun, kemenanganya bukan sampai di telinganya Datin Ilya sahaja, tetapi Dato Danial juga.
"Abang, anak kita menang."Gembira Datin Ilya apabila panggilannya dan Izrael berakhir.
"Ehm."Dingin sahaja riak wajahnya.
"You dengar tak?"Datin Ilya serti berkata dengan tunggul. Langsung tiada reaksi dengan berita tentang anaknya.
"I dengar. Abang nak pergi main gof." Tangannya dihulur untuk isterinya menyalam dan mencium. Dan beredar pergi.
"Darren."Datin Ilya memanggil.
"Yes, mummy." Datang menghampiri Datin Ilya.
"Miens win." Ceria Datin Ilya.
"Alhamdulillah."Gembira dan bangga akan usaha adiknya.
Dato Danial yang melihat anak dan isterinya dari jauh hanya tersenyum dengan gembira di sebalik dinding. Jujur dirinya turut gembira akan kemenangan Damiens Izrael.
"Dad? What are you doing?" Dafeal yang berada disebelahnya menyapa dirinya.
"No. I want go now." Pergi meninggalkan anak bongsuny begitu sahaja.
"Older men are very egotistical and very annoying." Kata Dafeal dengan keadaan mencegak pinggang memandang Dato Danial.
Raeliz
Detik-detik bermain kini sudah berakhir yang tinggal hanya adalah sesi berlajar habis-habisan demi kejayaan masing-masing. Izrael kini sudah sibuk dengan kelas tambahan dan seminar untuk peperiksaan yang tidak lama akan berlangsung. Otak dan tangannya tidak berhenti-henti belajar sehingga masa bersama kawan baiknya semakin berkurang bersama. Meskipun Izrael hanya sibuk dengan belajar, Izfarni sentisa datang ke rumahnya untuk mengganggu kehidupannya. Ada sahaja perbuatannya untuk dia mendapat perhatian Izrael. Bukan dia mahukan sangat perhatian Izrael tetapi untuk menghilangkan kepenatan dan stress lelaki ini.
"Kau tak penat ke belajar?"Izfarni yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya sudah menjadi bosan.
"Belajar Iz, mana ada yang mudah. Tetapi kejayaan itu indah."Jawab Izrael sambil mengulang kaji pelajarannya.
Muka Izfarni semakin muncung kerana bosan. Dia penat dan perlukan rehat. Semenjak mahu peperiksaan UASA semakin banyak kerja sekolah cikgu beri kepadanya.
Izrael yang melihat Izfarni mula bosan kini membuka topik yang diminati oleh Dini Izfarni. Buka sahaja topik ini semestinya gadis ini akan bersemangat.
"Kau dah baca novel yang aku beli hari itu?"Beberapa hari yang lalu Izrael ada menemani Izfarni lagi bertemu dengan tunangnya. Semasa mereka berdua bersama, Izrael ambil kesempatan membeli novel untuk Izfarni. Katanya, sedekah.
Terus berseri muka Izfarni. "Dah baca sikit. Tentang kapten tentera laut kawin dengan perempuan kampung yang malang. Sweet gila."
"Iya?"
"Iya. Kau tahu, lelaki tu sanggup bagi apa sahaja dekat perempuan tu. Apa sahaja impian perempuan tu semua dia bagi. Sweet gilalah. Kalaulah aku dapat suami macam itu...."Membayangkan dia seerti wanita yang berada dalam novel.
Izrael yang melihat Izfarni telah hanyut dengan angannya, memukul gadis itu dengan pennya.
"Aduh."Adu Izfarni.
"Tak payah nak berangan. Kau tu anak itik lagi, nak pikir fasal kawin."Geleng Izrael.
Izfarni hanya memandang Izrael tajam. Ada kata dia anak itik.
"Buat kerja tu. Nak kawin dengan tentera laut kenalah rajin. Bukannya melaut. Buat."Paksa Izrael.
"Iya."Menggumam Izfarni akan kata-kata Izrael.
Raeliz
Dua tahun berlalu dengan begitu pantas. Dimana hari ini adalah keputusan Izrael yang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
"Opah!"Berlari Izrael yang baru sahaja pulang dari Maahad tempat dia menyambung pelajaran.
"Iya, koi dekat sini."Jawab Opah Izzah yang berada di dapur sambil memotong bawang.
"Opah tengok ini."Izrael menunjukkan keputusannya yang rahsiakan selama ini.
Opah Izzah mengambil kertas yang berada di tangan Izrael. "Muntaz Rael?"Kagum dengan keputusan Izrael.
Izrael mengangguk lalu memeluk opahnya."Taniah, Rael."Memeluk kembali Izrael.
Bangga dia terhadap cucunya yang sangat cemerlang dalam pembelajaran. SMA, muntaz suffi. SPM, 13A. Dan STAM muntaz. Sangat pintar dalam pelajaran.
Pelukan dileraikan. "Lepas ini, Izrael akan balik ke Johor ke?"Persoalan opahnya membuat senyumannya mati. Balik Johor?
BERSAMBUNG........
Share this novel