"Ah, mengarutlah. Baik aku minta maaf. Tapi macam mana?"Fikirnya.
"Nak kata macam ini. Ehem."Membetulkan suaranya.
"Izrael, aku minta maaf."Sambil membuat reaksi kerek.
"Agak-agaklah, Iz. Dia suami kau kut. Kurang ajar sangat tu. Ke macam ini."Membetulkan suaranya.
"Abang, Iz minta maaf."Dengan suara yang lembut dan manja.
Rasa mahu muntah melakukan seperti itu."Weak! Nak muntah aku. Itu bukan aku. Habis macam mana ya?"Fikirnya sambil memandang rak bukunya yang penuh dengan novel-novel miliknya.
"Ha, novel!"Mengambil novel yang sangat sweet baginya untuk dijadikan contoh memujuk suaminya ini.
Beberapa mini kemudian, Izrael masuk bilik dengan memakai jubah berwarna hitam sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Masuk sahaja bilik, dia melihat Izfarni sedang membaca novel. Semakin menjelingnya melihat isterinya itu. Dia mengelap rambutnya lalu disidaikan tuala itu di tempat penyidai tuala.
Sedang dia menyidai tuala, tiba-tiba ada tangan yang melilit pinggangnya. Izrael terkedu dan mengeras.
"Rael, aku minta maaf."Katanya sambil menghempap mukanya di belakang Izrael.
"I-iz?"Getar suara Izrael memanggil Izfarni.
"Yes, angel." Jawab Izfarni dengan suara manja.
Semakin laju jantung Izrael berdenyut. Rasa hampir mahu tercabut rasanya.
Izrael cuba untuk melonggarkan pelukan lalu menatap Izfarni dengan wajahnya sudah merah kerana malu atau dikata blushing.
"Miens, Iz minta maaf sebab buat Miens sakit."Kata Izfarni dengan penuh lembut dan manja sambil menunduk.
Semakin merah muka Izrael. Ini kali pertama Izfarni memanggilnya Miens. Cukup comel dan membuat hatinya goyang. Sudahlah hari hampir senja ini.
"Miens, maafkan Iz tak?"Berkelip matanya beberapa kali.
"A-aku maafkan kau."Kata Izrael dengan gugupnya.
"Ye, terima kasih Miens Miens."Mencium pipi Izrael buat kali pertamanya.
Keras dan beku tetapi panas, itulah yang dirasakan Izrael sekarang. Muka dan telinganya sudah merah padam.
"I-iz, k-kau mabuk ke?"Gagap Izrael.
"Apa Miens ini? Kata isteri macam itu. Tak baik tau."Izfarni memuncungkan bibirnya lalu memeluk tubuh sambi menatap ke arah lain.
Izrael. Damiens Izrael. Sudarkan diri kau sekarang ini. Pipi Izrael ditamparnya sendiri dengan kuat.
Pak!
Izfarni menatap Izrael sudah terkejut. "Izrael."Mengusap pipi Izrael yang ditamparnya tadi.
"Kau apa hal tampar pipi kau sendiri ini Rael? Dah tak ada kerja?"Soal Izfarni melihat suaminya bertindak seperti itu.
"Iz, aku tak mimpikan?"Soal Izrael dengan polos.
"Apa yang kau merepek ni? Kau tidur pun tak. Macam mana nak mimpi?" Apalah suaminya merapu ini.
"Tak, tadi kau comel sangat. Sampai aku ingat ini mimpi."Jujur Izrael mengatakan itu.
Kini, muka Izfarni yang merah kerana mendengar kata jujur dari Izrael. "A-aku. C-comel?" Izrael angguk.
"Iz."Peluk Izrael dengan erat sehingga Izfarni terkaku pula.
"Jangan tinggalkan aku. Aku sayang kau sangat-sangat. Aku janji akan jaga kau."Peluknya dengan erat sambil menungkatkan kepalanya di bahu isterinya yang kecil itu.
Mendengar kata-kata Izrael membuat dia teringat kata-kata Izrael disaat di pantai dahulu waktu dia dilamar oleh lelaki itu.
"I promise to take care of you, sweetlove." Kata Izrael membuat Izfarni terkadu. Sweetlove? Ini kali pertama Izrael memanggilnya sweetlove.
Namun, ada sesuatu membuatnya terfikir dan ingin tertanya kepada lelaki itu.
"Boleh ke aku cintakan kau? Dan boleh ke kau cintakan aku?" Soalnya. Namun lelaki itu hanya terdiam.
Setelah lama mereka berdiam, Izrael bersuara."Percaya kepada takdir Illahi." Itu sahaja kata dari mulut lelaki itu.
Namun, kini dia sedar. Soalannya itu telah terjawab olehnya sendiri. Cinta itu hanya milik Allah. Dia akan beri kepada insan yang layak dan terpilih untuk menerimanya.
Izfarni membalas pelukan Izrael."Kau pun jangan tinggalkan aku, melainkan misi dan takdir Ilahi."
"I'm promise, sweetlove."
Share this novel