#raeliz33 ii

Romance Series 14536

"Qalbuhu, Khaleed. Kun ealaa ealmi." (Hatinya, Khaleed. Sedarlah) Kata Izrael tanpa disedarinya.

Tengku Khaleel yang mendengar kata dari mulut Izrael hanya mengangguk. "Aku pun pasti yang Khaleed akan jadikan Khaulah miliknya suatu hari nanti. Cepat besar ya, Khaulah." Mengelus Khaulah yang sedang tidur itu.

Izrael dan Tengku Khaleel hanya menatap Khaleed yang terlantar di katil dengan tatapan sayu.

Tengku Khaleel menatap Izrael. "Isteri kau macam mana? Dah sedar?"

Raeliz

Ainnul Mawar yang sedang menatap laut yang sedang berombak-ombak. Meskipun kawasan ini cukup tenang namun kesepiannya cukup lebih mendalam mengingati sahabatnya dari kecil dahulu yang ditimpa kemalangan.

Senyuman yang selalu menceriakan. Teguran yang prihatin selalu diberi. Layanan yang selalu mememaninya dan diri itu yang selalu membahagiakannya yang cukup dia rindui. Dini Izfarni, sahabat dunia akhiratnya.

Jibrael yang menatap dari jauh sosok tunangnya itu dengan rasa sedihnya. Dia tahu, kebelakang ini tunangnya tidak ceria kerana sepupunya. Dia turut sedih apa yang sudah berlaku namun kesedihannya lebih memeberi kesan yang besar kepada tunangnya. Dia menhampiri tunangnya.

"Mawar."Tegur Jibrael.

"Abang."Menatap Jibrael dengan air mata di birai matanya.

Jibrael menghulurkan sapu tangannya lalu di ambil oleh Mawar untuk mengelap matanya.

Jibrael melabuhkan punggungnya di atas batu yang tidak jauh dari Mawar. "Abang tahu, Mawar sedih. Tapi, ini ketentuan Illahi. Kita sepatutnya kuat. Sebab Dia sedang menguji kita, War."

"War tahu, abang. Tapi, War tak sanggup tengok apa yang berlaku dekat Iz. Mawar sayang Iz sangat-sangat, macam adik beradik War sendiri."Air matanya terus mengalir.

Mata Jibrael hanya menatap laut. "Abang tahu. Tapi, War tetap perlu kuat. Dia perlukan sokongan dan doa kita. Kalau dia ada, mesti dia tak suka tengok War menangis sebab dia. Lagi pun, kitakan nak kawin. Nanti hilang seri pengantin itu nanti. Tak fasal-fasal muka macam hantu puntianak atas pelamin nanti. Nanti orang kata abang kawin dengan hantu macam mana?"Sengaja dia mengubah topik agar tunangnya tidak bersedih lagi dan melupakan hal ini seketika.

"Apalah abang merepek ini? Abang nak samakan Mawar dengan puntianak?"Soal Mawar sambil menatap Jibrael.

"Abang tak kata yang Mawar macam puntianak. Abang tak nak muka Mawar macam puntianak je bila atas pelamin nanti."Kata Jibrael untuk membela dirinya.

"Ikut suka hati abanglah. Meskipun, hari kebahagiaan kita menghampiri. Tapi, Mawar tak akan happy kalau bukan Iz yang jadi pengapit Mawar."Kata Mawar membuat Jibrael terdiam. Mungkin mengubah topik bukan hal yang terbaik untuk Mawar lupakan hal ini.

Mereka berdua hanya menatap air laut yang tenang itu dengan hati yang bergelora seperti laut yang berombak.

Raeliz

Selepas pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan mendirikan solat, Izrael kembali ke hospital. Sudah menjadi rutin hariannya ulang alik dari tiga tempat seperti ini setiap hari. Kem, rumah dan hospital.

Izrael melangkah masuk ke sebuah bilik VVIP yang telah dimintanya atas pesakit yang masih terlantar ini. Kerusi yang tersedia di sebelah katil pesakit, diduduknya. Wajah yang pucat itu dipandangnya sambil mengenggam tangan yang berkulit mulus itu. Tanpa dia sedari, air matanya mengalir.

Kini, air matanya sangat murah mengalir kerana pemilik tubuh yang terlantar ini. Setiap kali dia melihat sosok ini, setiap kali itu air matanya mudah mengalir. Sedih yang cukup sakit baginya. Baginya, kekuatan seorang lelakinya sudah hilang kerana sosok ini.

Tangan itu diciumnya. "Sayang." Panggilnya akan isterinya yang masih belum sedar itu.

Apa yang berlaku pada hari itu, semuanya adalah kuasa Tuhan.

"Doktor!"

Ezz berpaling ke arah jururawat yang memanggilnya dan segera masuk ke dalam dewan bedah kembali.

"Apa yang berlaku?" Soal Ezz apabila melihat mesin ECG kembali berbunyi.

"Dia masih bernafas doktor."Menyentuh pergelangan Izfarni.

"Cepat pakaikan dia alat penafasan."Arah Ezz.

Segera jururawat itu memberi alat penafasan kepada Ezz untuk dipakaikan kepada Izfarni.

Hal ini, sungguh mengejutkan Ezz. Baru sahaja tadi dia mengesahkan yang Izfarni sudah tiada kerana CPR dan alat-alat membantu penafasan telah diberikan kepada Izfarni tetapi nadinya sudah terhenti. Kini, mesin ECG kembali berbunyi dan menyatakan degupan jantung Izfarni yang masih berdegup. Sungguh kekuasaan Allah itu sangat besar. Yang Maha Berkuasa.

Setelah apa yang terjadi, Izfarni dipindahkan ke ICU untuk beberapa hari kerana kesihatannya juga cepat sembuh dan dipindahkan ke wad biasa. Oleh disebabkan itu, Izrael meminta agar Izfarni dipindahkan ke wad VVIP.

Apa yang berlaku ini, cukup membuat Izrael syukur kepada Illahi kerana memberinya peluang untuk bersama isterinya tetapi dia masih merasa sedih dan sunyi kerana isterinya masih belum sedar dari koma. Sudah dua minggu berlalu tetapi isterinya masih belum sedar.

"Sweetlove, please wake up. I miss you so much." Memejamkan matanya dan terlena dengan air mata yang masih mengalir.

komen nak lagi *-*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience