#raeliz2 ii

Romance Series 14536

Realiz

Selesai sahaja mereka bersalaman, mereka keluar dari masjid. "Izrael."

Izrael berpaling ke arah orang yang memanggilnya dengan kening yang terjungkit sebelah. Jibrael?

"Kau nak kemana?"Menghampiri Izrael.

"Tak tahu. Kenapa?"

Jibrael tersenyum."Aku bawa kau jalan-jalan dekat kampung ni nak?"

"Emm."Setuju Izrael. Lagipula dia tiada plan mahu lakukan apa sekarang ini.

"Jom ikut aku."Segera memakai seliparnya dan melangkah pergi. Izrael yang melihat Jibrael yang pergi hanya mengikuti langkah lelaki itu.

Baru sahaja beberapa langkah, namanya dipanggil. "Abang Jib!"Lambai Mawar yang tidak jauh darinya.

"Mawar?"Berkerut dahinya melihat Mawar yang berada dihadapanya. Terkejut dan juga gembira. Lebar senyuman Jibrael menghampiri Mawar.

"Izrael sekejap."Berlari kecil ke arah Mawar.

Izrael yang melihat Jibrael seperti itu membuat muka jijik. "Maksiat." Berjalan ke arah pondok yang tidak jauh darinya.

"Mawar."Senyum Jirael ke arah Mawar dihadapannya.

Izfarni yang melihat Jibrael dan Mawar senyum seperti kerang busuk berdehem. "Ehem. Koi tunggu ouk kat pondok sana?"Menuju ke pondok.

"Kenapa Mawar nak jumpa abang? Rindu ke?"Mengusik Jibrael sehingga merah muka Mawar.

"Eh, taklah. Mawar nak cakap...."

Izfarni melabukan punggungnya di tempat duduk sambil berpaling sedikit ke arah jejaka yang berada disebelahnya.

'Macam pernah nampak?'Omel Izfarni di dalam hati. Deja vu mungkin.

Izfarni memandang Izrael sehinga tidak berkelip mata memandangnya sehingga Izrael perasan dengan pandangannya.

"Tak malu ke pandang anak teruna orang sampai tak berkelip?"Tegur Izrael tanpa memandang Izfarni sedikit pun.

Mendengar kata Izrael, segeta Izfarni berpaling pandangan. Malu. Namun, hanya seketika. Izfarni memandang Izrael kembali dengan soalan."Kau cucu Opah Ijah kan?" Izrael diam.

"Sombong."Bisik Izfarni lalu memandang ke arah lain apabila dia cakap seorang seakan orang gila. Langsung tidak jawap oleh Izrael.

"Jangan nak cepat menilai orang. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain."Izrael bersuara.

Terkaku Izfarni mendengar kata-kata Izrael. 'Hadis dia bagi. Dia dengar ke apa aku kata?'

"Ya, aku cucu Opah Ijah."Jawap Izrael dengan persoalan Izfarni sambil memandang Jibrael yang mesra beborak dengan Mawar.

"Siapa nama?"Izfarni memandang Izrael dengan penuh rasa ingin tahu.

"Angel."Izrael pergi apabila melihat perbualan Jibrael dan Mawar sudah berakhir.

"Jibrael."Panggil Izrael apabila menghampiri Jibrael.

"Okaylah War. Lain kali kita borak. Bye."Senyum Jibrael lalu pergi bersama Izrael.

"Bye."Lambai Mawar melihat Jibrael yang sedang lambai ke arahnya.

"Dah puas jumpa cik tunang?"Izfarni menghampiri Mawar sambil berpeluk tubuh.

"Dah."Senyum Mawar sehingga Izfarni membuat muka rasa ingin muntah melihat sahabatnya yang begaikan angau.

"Iz."Seakan terasan sesuatu.

"Apa?"

"Laki tu bukan ke yang tegur oukya baca tadi?"Menunjuk lelaki yang bersebelahan Jibrael.

"Ye."

"Ush, handsome do dia."Puji Mawar seperti sudah lupa sudah bertunang. Baru jumpa tuang sudah lupa bayang.

"Jib...."Baru sahaja Izfarni ingin menjerik,pantas mulutnya di tutup oleh Mawar.

"Kepohlah ouk ni." Melepaskan mulut Izfarni.

"Ouk yang gatal. Siapa suruh?"Izfarni menjungkitkan keningnya.

"Iyalah."Pasrah Mawar.

"Jom makan cendol. Hauslah?"Mengosok lehernya yang bertutup oleh tudung.

"Siapa nak bayar?"

Dengan pasrahnya Izfarni."Koi."

"Jom, sayang ouk Iz."Memeluk Izfarni lalu menarik sahabatnya pergi bersamanya.

"Jomlah."

"Sabarlah."Pasrah mengikuti langkah sahabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience