#raeliz7 ii

Romance Series 14536

"Mawar, aku nak minta tolong. Tolong tengokkan Iz."Mawar mula berkerut kening.

"Kau apa hal Izrael?"Pelik sungguh Izrael yang risaukam Izfarni. Tahulah dia akan kawannya itu.

"Aku nak kau tanya dekat Izfarni kalau dia okey ke tak."

Mawar memandang Izrael dengan curiga. "Jangan kata yang kau...."

"Aku pergi dulu. Nanti ustaz nampak kita, dia kata kita dating pula."

"Iyuu... Nak pula aku kat kau. Ustaz dah tahulah aku dah tunang."Orang sudah ada buah hati. Tidak perlu mahu yang lain. Tolak awal-awal.

"Nak pula aku dekat mawar berduri macam kau. Buat sakit jari sahaja. Aku chaw lu."Izrael pergi meninggalkan Mawar yang sudah berasap. Panas dengan kata-kata manisnya.

"Patut Iz geram gila dekat kau. Mulut kau, ish. Istighfar banyak-banyak Mawar. Abaikan malaikat maut yang nak mampus tu."Geramnya akan sikap Izrael.

"Astaghfirullah, astaghfirullah."Perginya sambil beristighfar yang tidak terhenti dibibir.

Raeliz

Photo frame terletak gambar seorang malaikat yang sentisa memayungi hari-harinya sudah jauh dan tiada dengannya. Gambar itu diusap-usap sambil ditenung dengan kasih dan rindu.

"Abang Miens, Atie rindu."Peluk gambar dengan air mata.

Darren yang memerhati adiknya yang dari jauh dari tadi, perlahan-lahan menghampiri adik perempuannya.

"Atie, glory along."Mengusap lembut rambutnya.

"Along, bila Abang Miens nak balik?"Sisi baju yang dipakai Darren ditarik.

"I don't know, glory. But what I know, he will come back one day." Menarik Izzatie ke dalam dekapannya.

"I miss you, Abang Miens."Tangis Izzatie dalam pelukan Darren.

Raeliz

Izrael berjalan sambil membawa bekas yang berisi karipap yang hangat dibuat oleh opahnya untuk diberi kepada jirannya, Izfarni dan keluarga. Semasa dia mahu berjalan ke rumah Izfarni, dia terserempak dengan adik kembar Izfarni yang sedang bermain basikal.

"Abang Izrael."Tegur Dina yang melihat yang tidak jauh darinya dan segera menghapiri malaikat itu.

"Dina, Dani. Nak pergi mana?"Rambut Dani diusap.

"Pergi main. Umi yang suruh main dekat luar."

"Oh, Kak Iz mana?"

"Kakak dia dah keluar dari pagi lagi tadi."

"Iya."

"Abang kita orang pergi dulu ya."Ujar Dani.

"Iyalah, hati-hati ya."Rambut Dani diusap lagi sebelum mereka pergi.

Izrael pergi ke rumah Izfarni, namun sampai di hadapan rumah sudah mendengar suara yang tidak patut dia dengar.

"Ini salah abang!"

"Habis, apa yang betul dari mata awak tu!"Tengking mereka antara satu sama lain.

Langkah Izrael jadi terhenti, namun otaknya hanya memikirkan sesuatu. Izfarni. Bekas yang berisi karipap di letak di atas meja batu dan segera pergi. Tetapi, kemana dia mahu mencari Izfarni?

"Pantai."Berlari Izrael menuju ke pantai.

Realiz

Sampai sahaja dia pantai, mata Izrael tidak berhenti memerhati ke seluruh kawasan pantai mencari sosok tubuh itu. Izrael berjalan dengam jiwa yang kacau. Risau akan emosi Izfarni yang tidak baik yang boleh membahayakan dirinya.

Kerisauan Izrael menjadi tenang apabila melihat Izfarni yang tidak jauh dari pandangannya. Segera dia menghampiri sosok itu. Izrael duduk di batu yang tidak jauh dari Izfarni yang sedang mencempung dirinya. Izrael hanya diam, dia tahu Izfarni perlukan masa untuk tenangkan diri.

Setelah jiwa dan perasaan Izfarni sudah tenang, Izfarni menganggkat wajahnya. Namun, apabila melihat Izrael yang berda disisinya segera dia beralih pandangan.

Izrael menghulurkannya kain sapu tangan lalu diambil oleh Izfarni dan mengelap air mata dan sel mukus yang terdapat di kelenjar mukus.

"Berapa lama dah kau dekat situ?"

Izrael hanya memandang lautan yang biru sambil menikmati angin yang menghembusi ke tubuhnya. Sangat tenang."Satu jam."

Muka Izfarni mula terasa hangat. Satu jam? Sudah satu jam dia tengok dirinya menangis. Ush, sangat memalukam bukan.

"Nanti aku pulang sapu tangan kau dengan hari itu sekali."Berapa banyak sudah kain sapu tangan Izrael dijadikan penghapus tangisannya.

"Simpan sahaja. Aku ada banyak lagi handkerchief." Izrael memejamkan matanya sambil menikmati ketenangan laut.

Izfarni memandang Izrael yang ibarat seperti seorang putera raja yang sungguh kacak dengan rambut yang ditiup angin.

"Iz, janji dengan aku."

Izfarni berkerut dahi."Apa?"

Izrael membuka matanya lalu menatap Izfarni. "Janji dengan aku. Lepas ini, kalau kau ada masalah kau akan bagi tahu aku."

"Kau siapa?"Izfarni memandang Izrael dari atas hingga bawah.

"Aku..."

"Kau."Izfarni sudah tahu apa yang dikatakan oleh Izrael sebentar lagi.

".....bukan sesiapa, tetapi apa yang kau perlu tahu aku tak suka berkongsi."Serentak mereka berdua. Izfarni tersenyum.

"Kau jadi kawan baik aku."

"Ha?"Tergumam Izfarni.

"Mulai hari ini, aku akan ada sentiasa untuk kau. Sebagai seorang kawan. K.A.W.A.N. Best friend for ever."Izfarni memandang Izrael dengan rendahnya.

"Kenapa kau nak aku jadi KB kau?"Dia perlukan alasan untuk itu.

"Takdir."Izfarni menjulinkan matanya.

"Jom, aku belanja kau aiskrim."Turun dari batu.

"Ganjaran aku jadi kawan baik kau?"Tiba sahaja mahu belanjanya.

"Bukan, sedekah. Lagipun, kau belum setuju nak jadi kawan baik aku."Pergi Izrael.

"Iyalah, malaikat maut."Pasrah Izfarni sambil turun dari batu.

Izfarni mengikut Izrael sambil memandang wajah jejaka itu dengan senyuman. Aku tak tahu kenapa aku rasa bahagia bila dengan kau Izrael, omel Izfarain sambil menatap ke hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience