#raeliz33 i

Romance Series 14536

"Umi! Umi! Walid!"Berlari Dani Malieqi ke arah Encik Darfan dan Puan Dayah.

Puan Dayah yang sedang membasuh beras di singki berpaling ke arah anak lelakinya itu. Manakala, Encik Darfan sudah membuka mulut menegur Dani.

"Jangan lari, Dani."

Dani yang kelelahan berlari itu, cuba mengatur nafasnya kembali. Tercungap-cungap dia menghirup udara.

"Walid. Umi."

"Ya. Kenapa sayang?"Lembut Puan Dayah menjawab panggilan anaknya dengan kasih sayang seorang ibu.

"Akak."

"Kenapa dengan Kak Iz, Dani?"Muka Encik Darfan mula berubah mendengar Dani menyebut kakak dengan wajah yang cemas.

"Kak Iz masuk hospital. Dia dalam keadaan kritikal sekarang ini."Jawab Dani dengan keadaan yang sudah tidak tentu hala.

Puan Dayah yang mendengar keadaan kritikal sudah lemah tubuhnya untuk berdiri. Terjatuhnya bersama periuk yang berisi beras yang dibasuh tadi.

"Allah. Iz."Air mata kerisauan seorang ibu mengalir.

"Sayang!"Berlari Encik Darfan ke arah isterinya.

"Umi!"Diikuti Dani dan Dina yang berada di belakang Dani ketika Dani memberi tahu keadaan kakak mereka yang kritikal.

"Anak kita, abang."Menangis Puan Dayah di dalam pelukan suaminya.

"Inshaallah. Iz akan baik-baik. Izrael ada di sana."Isterinya ditarik ke dalam pelukannya. Dia juga berharap bergitu akan puteri sulungnya.

"Kak Iz."Kini, Dina yang menangis di dalam dekapan Dani.

"Dani percaya kakak kuat."Air mata lelakinya cuba ditahan sebaik mungkin demi umi dan adik perempuannya. Belakang adiknya diusap untuk meredakan rasa celaru adiknya.

Raeliz

"Khaleed accident." Air matanya mengalir.

Darren Iskandar yang mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut adiknya terus mengambil telefon adiknya dan dibawa jauh dari mereka. Datin Ilya yang bersama Izrael cuba untuk menangkan anak lelakinya itu.

"Assalamualaikum, abi. Ni Ren."Abi adalah gelaran mesra anak Dato Danial bagi Tengku Khairul. Hubungan mereka sekeluarga cukup akrab kerana hubungan persahabatan Khaleed dan Izrael yang cukup rapat, bagai isi dan kuku.

"Waalaikumussalam. Ya, Ren. Kenapa?"Binggungnya kerana tiba-tiba berubah suara dan orabg yang menjawab panggilannya.

"Abi, Ren tahu. Abi berharap Miens ada bersama abi kerana Khaleed. Tapi, Miens sekarang ini cukup ada dalam keadaan yang kurang baik. Isteri dia, dalam keadaan kritikal sekarang ini. Masih dalam dewan bedah. Dan Ezz yang merawatnya."Terang Darren mewakili Izrael yang sudah hilang separuh jiwanya itu.

"Astafirullah. Abi betul-betul minta maaf mengganggu Izrael. Tapi, abi cuma mahu bagi tahu yang Khaleed dalam keadaan kritikal juga. Kereta dia jatuh dalam gaung."Itu niatnya menelefon ini sebenarnya. Memaklumkan tentang anaknya yang turut seperti Izfarni.

"Inalillah wainnaillahhirajiun. Ren harap, Leed baik-baik dan berjaya diselamatkan."Dia hanya mampu berdoa kepada Illahi agar semuanya akan baik-baik sahaja.

"Amin. Kata dekat Izrael banyakkan bersabar dan berdoa. Inshaallah, Allah akan tolong."

"Baik, abi. Ren letak dulu."Ujarnya.

"Iyalah. Assalamualaikum."Sebelum mematikan panggilan.

"Waalaikumussalam."Lalu menuju ke arah Izrael yang masih dalam keadaan sama.

Darren melabuhkan punggungnya di sebelah Izrael yang sedang menenung tangan dan pakaiannya yang terkena darah isterinya itu. Wajah Izrael ditatap Darren sambil melihat mulut Izrael yang tidak berhenti berkata sesuatu yang tidak didengarinya. Namun dia tahu apa yang dikatakan oleh Izrael kerana dia dapat membaca gerak-geri bibir Izrael. Sweetlove, abang.

"Miens."Bahu Izrael disentuhnya.

Izrael yang melihat Darren di hadapan matanya, ditatap dengan penuh sayu akan kesedihannya. Terus dia memeluk Darren dan menangis dipelukan abangnya itu.

"Hiks. Hiks. Miens nak isteri Miens"Kuat suara Izrael mengatakan itu sambil menangis dipelukan Darren sehingga bergema suaranya di ruangan itu.

Ruangan itu hanya diisi dengan suara tangisan Izrael. Keluarga Izrael yang melihat Izrael seperti itu melihat Izrael, pertama kalinya Izrael menangis seteruk itu dalam hidupnya kerana seorang wanita.

Mereka tahu, Izrael cukup menyayangi dan mencintai Izfarni dengan seikhlasnya di hati. Namun, ini semuanya kesilapan mereka yang tidak melakukan sebaiknya atas permintaan Izrael untuk menjaga Izfarni sebaik mungkin ketika ketiadaan Izrael. Mereka yang alpa.

Dato Danial yang melihat Izrael yang sedang dikawal dengan rasa sedihnya segera menghampiri anak keduanya itu dan meminta Darren untuk bertukar posisi mereka. Darren yang memahami perlahan-lahan menolak Izrael agar Dato Danial dapat bertukar posisinya.

Izrael yang melihat Dato Danial di hadapannya, ditatap dengan air mata. Tanpa berkata apa, Dato Danial menarik Izrael ke dalam pelukannya.

"Miens kuatkan." Izrael hanya menangis di dalam pelukan sang ayah sehingga tertidur Izrael dalam air mata yang masih mengalir. Dato Danial yang melihat anaknya yang tertidur hanya memeluk Izrael. Datin Ilya yang berada di sisi Izrael tadi hanya mengalirkan air mata melihat anak dan suaminya.

Dato Danial yang melihat isterinya menangis, mengelap air mata isterinya. "Don't cry, my love. Everything will be fine. God is with us." Datin Ilya hanya mengangguk lalu peluk anak lelakinya bersama sementara menunggu berita tentang Izfarni di dalam.

Bebarapa jam kemudian, Ezz keluar dari bilik dewan bedah. Dato Danial segera berpaling ke arah Ezz. "Miens."Mengejut Izrael yang cukup lelah itu. Baru balik dari misi sudah menghadapi ujian seperti ini. Tiada rehat dan harus menerima takdir ini.

Izrael membuka matanya lalu berpaling ke arah Ezz. Segera dia bangkit lalu menghampiri Ezz.

"Ezz, isteri aku macam mana?"

Hero Ezz Eskandar yang memandang sahabatnya yang sudah tidak terurus bagaikan sudah hilang separuh jiwa dan kewarasannya.

"Iz....."Mahu, tidak mahu bibirnya untuk mengatakan ini. Adakah sahabatnya akan menerima segala takdir ini. Dengan lidah yang keras untuk mengatakan dia cubs untuk berbicara dengan perlahan-lahan agar sahabatnya dapat menerima segala ketentuan Illahi ini.

Mendengar kata-kata dari mulut Ezz membuat lutut Izrael lemah dan akhirnya dia bersujud di situ sambil menangis.

"Miens."Panggil Dato Danial dan Datin Ilya yang melihat anak lelakinya seperti itu.

Izzatie dan Salbella sudah berpelukan melihat Izrael seperti itu. "Abang Miens, maafkan Atie."Tangis Izzatie kerana dia tidak ada bersama kakak iparnya ketika kejadian itu.

Darren yang melihat adiknya seperti itu, sudah mengalirkan air matanya lalu menghampiri Ezz. "Ezz, tak akan tiada cara lain."Pujuk Darren.

"Maaf, Abang Ren. Nadi Iz, sudah terhenti. Kami cuba untuk selamatkan dia."Dia cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan isteri sahabatnya dengan sebaik mungkin tetapi siapa dia untuk menolak takdir Illahi.

Dengan keadaan yang bersujud itu, Izrael memohon kepada Illahi dengan air mata."Ya Allah, aku mohon kepadamu. Tolong jangan ambil dia lagi dari aku Ya Allah. Aku belum bersedia untuk menghadapi semua ini. Tetapi jika ini takdirnya....."Air mata Izrael mengalir hingga ke pipi.

"Doktor!"Panggil salah satu jururawat kepada Ezz. Segera Ezz berpaling.

Raeliz

Sudah dua minggu Izrael menjalani kehidupan yang sepi dan sayu tanpa seseorang isteri di sisinya. Senyum dari wajahnya langsung menghilang dibawa bersama isterinya. Hilang. Hanya kini wajahnya yang datar dan dingin.

Perjalanan harinya hanya sama. Berkerja dan pulang. Tiada masa untuk menghabiskan waktu dengan perkara yang tidak faedah. Baginya, semua itu tidak ada maknanya tanpa isteri di sisinya.

Perubahan drastik Izrael disedari oleh semua orang disekelilingnya. Termasuk kadet-kadetnya. Tuan mereka langsung tidak sama seperti dulu meskipun tuan mereka bertugas sama seperti biasa tetapi riak wajah tuannya sudah hilang dengan senyuman membuat mereka takut untuk menegur tuan mereka. Mereka juga tahu akan ujian yang menimpa tuannya itu. Membuat mereka sukar untuk bertanya apa-apa agar tidak mengguriskan hati tuan mereka dan mereka hanya mampu mengadu kepada Tuan Leftenan Luth Mahfuz sahaja.

"Tuan, Tuan Izrael itu okay ke?"Berpaling ke arah Izrael yang sedang memehatikan kadet-kadet yang berada dalam latihan lagi.

Luth berpaling segenap ke arah Izrael. "Tanyalah dia sendiri."

"Saya bukan apa tuan. Dari apa yang Tuan Izrael sedang hadapi ini. Saya kasin dekat dia. Tapi, itulah saya tak berani nak tegur dia."Kata Ziyat.

"Saya faham maksud awak. Tapi, saya juga faham situasi Tuan Izrael juga. Kehilangan isteri di sisi itu cukup sepi."Kata-katanya juga ditujukan pada dirinya sendiri.

"Tuan, saya minta maaf. Saya...."Kata-kata dari mulut Luth cukup difahami oleh Ziyat. Situasi tuan-tuannya cukup hampir sama. Melibatkan isteri mereka berdua.

"Tidak mengapa. Saya faham. Tadi, Kapten Mukris panggil awak untuk bicang misi seterusnya katanya."Dia hampir lupa tentang amanah yang disampaikan oleh Kaptennya kepada kadet ini.

"Baik, tuan. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."Hormatnya lalu pergi.

"Waalaikumussalam."

Luth menghampiri Izrael yang tidak jauh darinya."Rael."Panggilnya lalu Izrael berpaling ke arah Luth.

"Nak balik dah ni. Jom, aku belanja makan."Tawar Luth.

"Tak apalah. Aku nak ke hospital ini."

"Kau nak melawat Khaleed ke?" Setelah kemalangan yang menimpa Khaleed, dia menerima pemedahan dan rawatan yang cukup baik. Meskipun keadaannya cukup kritikal. Alhamdulillah, dia berjaya diselamatkan dan di dalam keadaan yang masih belum sedar atau koma di ICU.

Izrael angguk."Aku gerak dulu, Luth." Melangkah pergi. Namun, baru beberapa langkah, bahunya ditepuk oleh Luth.

Bahu Izrael dipegang sambil menghadap ke atas. "Takdir adalah perkara yang tidak boleh diubah. Kadang kala dia manis. Kadang kala juga dia pahit. Aku faham apa yang kau rasa. Meskipun, kita kental dan kuat di medan perang namun kita lemah dengan perkataan kehilangan. Tapi, aku percaya ini takdir. Sebab takdir Allah adalah yang paling terbaik bagi setiap insan. Kau masih ada peluang, Izrael."Luth pergi meninggalkan Izrael yang berdiri disitu bersendirian.

"Abang tak kuat,sweetlove. Kembalilah pada abang."Dadanya dicengkam kuat.

Raeliz

Budak perempuan yang menghadapi albino yang berada di pelukan Tengku Khaleel, menangis akan nasib ditimpa oleh Khaleed. Pemedahan dan rawatan yang diberikan kepada Khaleed berjaya menyelamatkan oleh para doktor mahir meskipun keadaannya selepas kemalangan 50 50 dikatakan doktor. Tetapi, inilah kuasa Tuhan untuk memberikan peluang kepada setiap hambanya. Namun keadaan tetap masih kratikal dan tidak sedar di ICU.

"Abang Khaleel. Khaulah nak Abang Leed."Rayunya kepada abang kepada lelaki yang terlantar di katil itu.

Tengku Khaleel yang sedang mendukung Khaulah sambil melihat adiknya dari kaca pintu hanya mampu terdiam. Dia tidak boleh berbuat apa-apa untuk adiknya kembali sedar. Tetapi dia tahu Tuhan masih bersamanya.

Tengku Khaleel mengelus belakang Khaulah. "Khau kena banyak berdoa. Inshaallah, Allah bersama kita. Abang yakin suatu hari nanti Abang Khaleed akan sedar. Dia sudah janji dengan Khaulahkan, untuk bersama Khaulah hingga ke syurga."Dia masih ingat kata-kata janji manis adiknya itu kepada anak gadis ini.

Di saat, Khaleed mahu melanjutkan pelajarannya ke Mesir ketika di airport. Khaleed menggenggam tangan Khaulah yang masih berumur lima tahun.

Rambut Khaulah dikelus Khaleed." Jaga diri Qalby. Abang janji akan balik. Abang pergi untuk masa depan kita. Qalby belajar rajin-rajin, ya. Jadi anak yang baik."Tangan kecil Khaulah diciumnya.

Ketika Tengku Khaleel melihat tindakan Khaleed akan Khaulah seperti itu. Dia tahu, adiknya ini sangat menyayangi budak perempuanini tetapi baginya juga adiknya ini lebih dari sayang melainkan adiknya cinta kepada gadis ini. Meskipun, agak tidak logik baginya untuk adiknya mencintai budak perempuan yang masih berumur lima tahun tetapi dari sudut hati dan firasat seorang abang, dia yakin semua ini.

Izrael yang segak berpakai uniform tenteranya berjalan dengan riak wajah yang kosong seperti hatinya. Izrael melangkah ke arah bilik sahabatnya namun dia melihat seorang sosok lelaki dan budak perempuan yang berada didukungan lelaki itu yang amat dia kenali. Dia menghampiri lelaki itu.

"Abang Leel."Panggil Izrael.

Tengku Khaleel yang melihat lelaki yang segak berpakaian uniform ini dipandang dengan senyuman kecil. Dari pandangan lelaki ini, lelaki ini tetap segak meskipun pelbagai ujian yang dia hadapi. Tetapi, riak wajah lelaki ini masih dapat melihat dari matanya bertapa sunyi dan layunya kehidupan lelaki ini.

"Rael melawat Leed?"Soal Tengku Khaleel akan adik sahabatnya, juga sekaligus sahabat adiknya.

Izrael angguk lalu menatap budak perempuan yang lena berada di dukungan Tengku Khaleel. "Khaulah, tidur."

Mendengar kata-kata Izrael Tengku Khaleel terus menatap Khaulah yabg sudah terlena di dukungannya. Entah bila Khaulah tidur pun dia tidak tahu. Tadi, budak ini asik menangis sahaja. Sekarang juga menangis dalam dekapannya.

Melihat Khaulah, Izrael jadi terfikir kenapa sahabatnya seorang ini terlalu sayang akan budak perempuan ini. Baginya, budak ini cukup cantik dan comel apabila budak ini sudah besar semestinya menjadi seorang gadis yang menawan.

BERSAMBUNG......

maaf semua lama x up date.... next

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience