Izfarni menyalam dan mencium pipi ibu mentuanya dengan penuh lembut dan kasih sayang. "Nanti kalau free, mummy datanglah lagi sini."Pujuk Izfarni.
"Inshaallah, sayang. Mummy okay sahaja. Tapi, itulah. Daddy itu asik busy sahaja kerjanya."Menjeling suaminya yang berada disisinya.
"Daddy bukan apa Iz. Kerja dekat office itu, bertambun. Sampai tak cukup masa nak siapkan."Dato Danial memberi alasannya. Bukan tiada sebab, melainkan mencari nafkah untuk keluarganya.
Encik Darfan yang mendengar kata-kata dari mulut sahabatnya itu, menepuk bahu Dato Danial. "Nial, kalau disibukkan dengan kerja. Sampai bila-bila pun tak habis. Spentimelah, masa dengan family. Kita ini sudah tua. Bila lagi mahu bersama dia orang?"Nasihat Encik Darfan. Sudahalah itu, masa untuk rehat dan fokus dengan keluarga.
Dato Danial hanya angguk. Ada benar kata Encik Darfan. Tetapi, dia perlukan masa untuk semua ini. "Iyalah. Bagi aku masa."Bagi dia fikir-fikirkan dahulu.
Kini, giliran Dato Danial yang menepuk bahu Encik Darfan." Aku balik dulu ya Pan. Nanti, kalau ada masa aku balik. Kau tolonglah tengokkan ibu aku ya."Mintanya atas keselamatan ibu tercinta.
"Selalu."Senyum Encik Darfan.
Walaupun Encik Darfan tidak dapat membantu Dato Danial di Syarikat D'IK Holding tetapi sekurang-kurangnya, dia dapat membantu Dato Danial dengan memantau ibu sahabatnya itu. Itu sahaja bantuan yang boleh dia bantu dari jauh.
"Aku balik dulu, ya."Menyalam Encik Darfan lalu pergi ke kereta miliknya.
"Mummy balik dulu ya, Miens." Mencium dahi anaknya itu.
"Iya, hati-hati."Pesan Izrael.
"Inshaallah. Esok, Miens balik bila?" Soal Datin Ilya.
"Inshaallah, petang Miens balik. Mungkin malam sampai JB." Anggarannya kalau tiada apa-apa yang berlakulah.
"Iyalah. Jaga menantu mummy elok-elok ya. Miens buat Iz, bagi tahu mummy Iz."Pesan Datin Ilya akan pasangan suami isteri itu.
"Baik, mummy. Kalau Izrael ini buat Iz. Nanti Iz lipat dia macam baju." Kata Izfarni membuat Datin Ilya ketawa.
"Amboi, ada hati nak lipat orang itu." Kecil besar sahaja dia pandang isterinya ini. Nasib isteri, sayang. Kalau tidak memang kena bahan juga isterinya ini.
Izfarni hanya sengeh. Hehe. Gurau sahaja ma. Jangan marah-marah. Nanti lekas tua.
"Mummy balik dahulu. Assalamualaikum." Pergi menuju ke arah Dato Danial berada.
"Waalaikumussalam."Serentak mereka.
Setelah masuk kereta, Datin Ilya melihat tempat duduk belakang. Mana anak daranya ini? Dayeana Izzatie?
"Situ ha, anak you." Menunjuk Izzatie yang bersama Dafeal sambil berpelukkan.
"Feal, nanti baliklah JB kalau cuti SAM." Pesan Izzatie. Bosan kalau adik lelakinya tiada di rumah.
"Tengoklah macam mana. Kalau balik. Opah macam mana? Dafeal duduk sini kena jaga opah." Bukan boleh sesuka hati dia boleh balik ke Johor Bahru. Nanti opahnya siapa mahu jaga. Opahnya bukan suka pergi ke Johor Bahru. Duduk bandar, memang tidaklah opahnya suka. Kata opahnya, lebih baik dia duduk kampung buat bahulu dengan sejuk angin pantai.
"Kamu nak jaga diri pun tak lepas, ada hati nak jaga aku."Geleng Opah Izzah setelah mendengar kata-kata Dafeal tadi. Manakala, Darren, Salbella dan Izzatie sudah ketawakan Dafeal yang sudah muncung seperti mulut itik. Sedap sangat memerlinya.
"Sal balik dulu, ya opah."Menyalam dan berlaga pipi dengan opahnya. Setelahnya, diikuti oleh Darren.
"Iyalah. Hati-hati, kamu tu berbadan dua. Jangan buat kerja berat sangat. Ren, tengokkan Sal ni."Pesan Opah Izzah akan Salbella dan Darren agar sentiasa menjaga kandungan Salbella dengan selamat dan baik.
"Baik, pah." Dia akan selalu menjaga isterinya baik-baik agak anak dan isterinya sentisa selamat di bawah jagaannya.
"Kami balik dulu ya." Kata Darren lalu berdampingi isterinya menuju ke arah kereta miliknya.
"Hati-hati."Pesan opah Izzah sambil melihat anak menantu dan cucu-cucunya.
"Atie, tak nak balik ke?!"Panggil Datin Ilya akan anak daranya itu.
"Tak nak, my!" Izrael yang membalas.
Terus Izzatie menjeling tajam abangnya itu. Penyebuk. "Sekejap!"
"Bye, Feal." Mencium kepala adiknya lalu berlari ke arah kereta Dato Danial.
"Balik dulu, ya. Assalamualaikum."Kata Dato Danial lalu pergi dengan keretanya yang diikuti kereta Darren dibelakang.
"Waalaikumussalam."Serentak mereka yang melihat kereta Dato Danial dan Darren pergi dari kawasan rumah Opah Izzah.
Sebelum mereka pergi jauh, sempat kereta Dato Danial menghon.
"Iz, esok kita pula balik sana."Izrael memperingatkan Izfarni.
"Iya."Mengeluhnya.
"Kenapa ini?"Macam isteri dia tidak suka sahaja.
"Nampaknya, kena berjauhan dengan walid dan umilah."Berat hatilah nak berjauhan dengan dia orang.
Mendengar kata-kata dari anak perempuan mereka, Encik Darfan dan Puan Dayah saling berpandangan, segera Puan Dayah menghampiri anak perempuannya itu.
"Iz, sekarang Iz sudah jadi isteri Izrael. Tanggungjawab yang akan jaga Iz adalah Izrael. Jadi, Iz kena duduk dengan Izrael. Sisi isteri di samping suamikan?" Izfarni angguk.
"Nanti Iz mesti rindu umi."Memeluk uminya dengan erat.
Puan Dayah yang melihat anaknya seperti ini, hanya membelas pelukan nak perempuannya itu. Alahai, manja sangat.
Izrael yang menatap isterinya yang berada dipelukan ibu mentuannya, bersuara."Nanti, kalau aku free. Kita balik."
Encik Darfan yang mendengar kata-kata menantunya terus memeluk sisi menantunya. "Tak payah dilayan Iz ini Izrael. Mengada sahaja."
Terus Izfarni melepaskan pelukkannya lalu menatap sang ayah. "Walid!"Marah Izfarni. Sampai hati cakap dia mengada.
Izrael yang tersenyum sambil raut wajahnya berkerut. Sakit, bahunya tersentuh.
Izfarni yang menatap Izrael seperti itu terus menarik tangan kiri Izrael agar lepas dari pelukkan walidnya. "Mana boleh peluk suami, Iz."Memeluk lengan kiri Izrael dengan erat. Izrael sudah tersenyum. Pandai isterinya cuba membantunya dalam diam.
"Amboi, sudah jadi isteri Izrael tak bagi walid dekat dengan dengan Izrael."Kedekut betul. Tidak mahu langsung berkongsi dengannya.
"Mana boleh. Izrael Iz pun."Memeluk pinggang Izrael dengan erat. Semakin lebar senyuman Izrael.
"Oh, kalau macam itu. Umi, walid punya."Memeluk Puan Dayah.
Puan Dayah menggeleng. Apalah suaminya ini. Perangai macam budak-budak. "Abang."
"Ambillah. Nanti, walid tak ada Iz ambil balik. Tapi sekarang, Iz ada Rael." Membuat muka mengejek walidnya.
"Tak kisah. Jom, umi kita balik. Biar sahaja Iz duduk dekat luar." Menggenggam tangan isterinya lalu dibawa bersama.
"Yah, balik dulu Mak Jah."Melambai Opah Izzah yang bersama Dafeal.
"Kita pun, jom balik Dina. Nanti bersemut kita tengok Kak Iz yang mengedik tu."Bisiknya lalu membawa adiknya bawa pergi bersama.
Dina hanya tersenyum mendengar kata-kata dari abang kembarnya. Ada juga betulnya itu. Memang gedik semenjak ada suami ini.
"Bye, Dina!"Dafeal melambai Dina namun Dani yang memandang Dafeal dengan pandangan maut. Dina, langsung tidak mahu memandang Dafeal. Takut, ada Dani. Kalau tidak memang dia akan balas lambaian Dafeal.
Opah Izzah yang melihat cucunya itu terus menarik telinga dan membawa cucunya masuk ke dalam rumahnya. "Kecik-kecik dah bighoh. Besar-besar nanti tak tahu jadi apa."
"Aduh! Opah, sakit!"Memegang telinganya yang ditari oleh Opah Izzah.
Izrael menatap isterinya yang sedang memeluknya. Selesa sangat peluk dirinya dekat depan halaman rumah orang ini. Tidak sedar sudah hati hampir Maghrib.
"Apa?"Izfarni mendongak untuk memandang suaminya.
"Comellah kau. Macam kuala gayut dekat aku."Mengelus kepala isterinya yang berlapik tudung itu.
"Isteri kau memang comel. Kau je tak sedar."Menggesel mukanya pada badan Izrael.
"Iz, jom masuk. Nak Maghrib ini." Ajaknya dengan isterinya yang sudah selesai dengan posisi itu.
"Jom."Ajak Izfarni lalu pergi bersama menuju ke rumah Encik Darfan.
Raeliz
"GOL!" Jerik Dani sebaik sahaja bola masuk ke dalam gol.
Setelah pulang dari masjid tadi, Encik Darfan, Dani dan Izrael menghabiskan masa menonton pelawanan bola sepak di televisyen setelah Dani mendapat tahu perlawanan bola sepak bersiaran langsung pada malam ini di masjid tadi.
Izrael yang menonton perlawanan bola sepak itu hanya menanyangkan muka biasa. Dia bukan apa, dia kurang berminat dengan menonton perlawanan bola kerana dia kurang berminat dengan bola. Kalau dia melayan perlawanan sukan di televisyen pun, perlawanan takraw dan badminton untuk dia melihat skill terbaharu yang boleh dia cuba ketika bermain dengan sahabat-sahabatnya.
Encik Darfan yang tersedar dengan menantunya hanya diam dan tidak seperti anaknya yang bising seperti dia adalah jurulatih para pemain bola sepak itu. Mungkin yang dia rasa, menantunya kurang berminat menonton perlawanan bola. Ini disebabkan dia menonton hanya kerana Dani yang mengajaknya. Mungkin juga, Izrael tidak mahu Dani berasa hati atas tawaran adik iparnya untuk menonton perlawanan bola sepak bersamanya. Jadi, dia hanya melayan sahaja kemahuan Dani.
"Izrael."Panggil Encik Darfan.
Izrael menatap sang ayah mentua. "Ya, walid."
"Pergi tengokkan Iz. Esok kamu berdua mahi balik ke JB. Lihat Iz itu kemas barang. Dia itu gopoh sikit kalau bab mengemas ini." Arahnya. Dia bukan apa, anak perempuannya ini memang seperti itu setiap kali mengemas barang kerana tidak tahu mahu bawa apa. Ke hulu, ke hilir tiada tujuan. Lihatlah semasa Izfarni mahu pergi ke MASISUPA dahulu. Ketika dia mewakili sekolah di acara bahas Bahasa Melayu, lintang-pukang biliknya kerana mengemas barang.
"Baik, walid."Berdiri mahu pergi ke bilik isterinya.
Dani yang tersedar akan gerakkan Izrael itu, menegur abang iparnya itu. "Abang tak nak tengok bola?"Soalnya.
"Dani. Abang Izrael itu esok, dia nak balik JB. Jadi, bagi dia rehat." Bela Encik Darfan akan menantunya. Dia tahu, menantunya bosan melihat perlawanan bola sepak, disebabkan itu dia menyuruh Izrael melihatkan Izfarni.
"Baik, walid."Terus menonton televisyen.
"Rael masuk dulu."Mengundur dirinya dengan menatap segenap Encik Darfan yang sedang angguk menatap dirinya.
Izrael berjalan menujuk bilik isterinya. Buka sahaja pintu bilik, terlihat isterinya sedang binggung mahu mengemas apa lagi. Terus Izrael menuju ke katil mereka dan melabuhkan punggungnya di situ.
"Kau fikir apa lagi itu, Iz?" Muka berkerut sangat. Macam pedana menteri yang menyelesaikan masalah masyarakat. Macam besar sangat masalah isterinya fikirkan. Padahal, hanya kemas barang sahaja.
"Tengah fikir, apa lagi ye?"Fikirnya.
Izrael yang melihat isterinya itu sambil dia menerak di katil milik isterinya itu. "Semua barang harian kau, sudah bawa?" Cuba untuk membantu.
"Sudah."Fikirnya lagi.
"Skincare, sudah. Apa lagi ye...."Omelnya ssorang diri.
"Ha! Novel. Aku nak bawalah novel yang kau bagi aku tu."Teringat novel yang diberi Izrael ketika mereka di akad nikah dan dijadikan sebagai hantaran tambahan. Sengaja dia mahu beri itu kepada isterinya, kerana isterinya gemar membaca novel.
Terus Izfarni mengambil novel yang masih berbalut plastik di rak bukunya dan diletakkan di dalam beg. Kemudian itu,beg itu ditutup dan diletakkan di tepi dinding bersama bagasi pakaiannya.
"Novel? Kalau kau bawa pun, dekat rumah daddy itu banyak novel. Sebab mummy suka baca novel."Kata Izrael sambil matanya tidak berhenti memandang sang isteri.
"Mummy suka baca novel?"Waw! Biar betul. Bestnya ada ibu mentua yang ada minat yang sama. Ada geng.
"Iya. Ada satu bilik dekat rumah itu, khas daddy buat untuk mummy jadikan bilik bacaan. Penuh bahan bacaan. Lagi-lagi, novel. Sebab daddy memang menggalakkan kita orang dekat rumah itu menbaca dari bermain benda yang tidak berfaedah." Terangnya akan didikan Dato Danial akan keluarganya.
Dato Danial lebih minat anaknya banyakkan membaca, lagi-lagi Al-Quran. Selain novel, ada juga bahan bacaan terjemaah Al-Quran dan huraian tentang Al-Quran kerana Dato Danial bukan mahu anaknya membaca dan menghafal Al-Quran dengan basa-basi tanpa mengetahui tetapi dengan memahami apa yang disampaikan oleh Illahi kepada hamba-Nya.
"Waw, bestnya." Melabuhkan punggungnya di kerusi yang tersedia pada meja belajarnya yang dia gunakan dahulu untuk mengulang kaji.
Izrael baring. "Iz, jom tidur. Meh."Panggilnya agar isterinya tidur bersamanya.
"Kau tidurlah dulu. Aku nak balas chat Mawar sekejap sahaja."Memainkan telefon dengan membalas mesej Mawar sambil tersenyum.
"Ala, esoklah kau borak dengan Mawar tu. Baik kau tidur dengan aku. Nanti, kau juga yang tidak boleh tidur tak peluk aku. Marilah." Panggilnya lagi yang melihat isterinya seakan malas mahu melayannya.
"Tidurlah dulu."Kata Izfarni tanpa memandang Izrael dan fokus dengan telefonnya.
Izrael sudah mencebik wajahnya. "Baiklah."Menarik bantal agar dapat dia peluk dan terus memejamkan mata.
Izfarni yang sudah hanyut dengan telefonnya hanya membiarkan sang suami tidur terlebih dahulu. Menarik sangat melayan perangai gila Mawar.
Beberapa minit kemudian, Izfarni berhenti bermain telefonnya dan meletakkan telefonnya di atas meja. Izrael yang sudah tidur dipandangnya.
"Izrael dah tidur?"Terus dia menghampiri lelakinya itu.
Macam mana dia mahu tidur kalau Izrael sudah tidur lebih awal darinya. Siapa yang dia mahu peluk agar dapat tidur?
"Rael."Mencuit suaminya agar bangun.
"Wey, Rael. Bangunlah." Mengejutkan sang suami yang sudah terlena.
"Rael, bangunlah. Macam mana aku nak tidur ni kalau tak peluk kau."Menepuk lembut tangan Izrael. Namun, langsung Izrael tidak mahu bangun dari lenanya.
"Rael."
"Rael."Wajah Izrael di kelusnya.
BERSAMBUNG..........
Share this novel