"Alhamdulillah."Doa dibacakan oleh Encik Darfan.
Dengan sekali lafaz. Kini, Damiens Izrael, sah menjadi suami kepada Dini Izfarni. Mengalir air mata seorang lelaki disaat lafaz diangkat. Dia mengaminkan doa dengan air mata yang mengalir. Izfarni turut mengalirkan air matanya.
"Congratulation, bro." Ucap Luth, Ezz dan Khaleed bersama.
Izrael senyum lalu berdiri."Sekejap." Dia pergi mencari ruang untuk solat sunat. Tanda dia bersyukur kepada Allah.
Izfarni yang melihat Izrael mahu solat sunat,"Tunggu."Berjalan menuju ke arah Izrael.
Izrael tersenyum melihat Izfarni mahu menjadi makmumnya. Disaat niat di dalam dada. "Allahuakbar!" Takbir diangkat.
Izfarni dengan pakaiannya yang cukup menutup auratnya untuk solat, turut mengikut Izrael mengangkat takbir.
Semua orang disitu hanya melihat sepasang suami isteri itu solat sunat berjemaah. Sangat romantis.
Jurukamera sudah menangkap gambar mereka berdua yang sedang solat, tanda kenangan mereka.
Salam telah diberi dan doa dibaca Izrael turut telah diaminkan. Selesai mereka solat sunat. Izrael menatap Izfarni dengan senyuman yang cukup bahagia kepada isterinya.
"Mari, sarung cincin."Panggil Datin Ilya akan pasangan suami isteri yang baru sahaj bergelar itu.
Mereka berdua menghampiri Datin Ilya lalu Izfarni duduk ditempat yang dia duduk tadi. Izrael duduk bersebelahan Izfarni.
Tidak berkelip mata Izrael menatap Izfarni. Sungguh dia tidak percaya gadis itu telah menjadi isteri dan miliknya.
"Assalamualaikum, sweetlove abang." Izrael memberi salam untuk permulaannya.
"Waalaikumussalam."Jawab Izfarni dengan malu sehingga merah pipinya.
"Ambil cincin ni Izrael."Beri Puan Dayah sambil menghulur cincin itu.
Izrael mengambilnya. Izfarni sudah menghulur tangan untuk siap disarungkan. Namun, apabila Izrael mahu menyarung dia menarik tangannya.
Izrael tersenyum."Kenapa?"
"First time do, aku nak sentuh kau." Kata Izfarni dengan malunya. Ini kali pertama mereka bersentuhan
Izrael menggaru tengkuknya yang tidak gatal. "Aku pun, first time juga nak sentuh kau." Lihatlah dia turut segan juga. Tangannya yang mahu menyarung cincin turut menggigil. Gementar.
"Habis, sampai bila kamu berdua tak bersentuh."Menggeleng Puan Dayah.
"Ouk, hulur sahaja Iz."Kata Mawar.
Izfarni menghulur tangannya. "Takutlah."Kata Izfarni.
"Iz, kalau kau relax aku relax." Kata Izrael.
Izfarni menghulur tangannya lalu Izrael menyarung cincin kepada jari Izfarni. Izfarni turut melakukan perkara yang sama.
"Ini, Miens."Memberi gelang untuk dipakaikan kepada Izfarni.
Izrael mengambil lalu memakaikannya kepada Izfarni.
"Salam, Izrael tu Iz."Arah Puan Dayah.
Izfarni menghulur tangannya. Namun, apabila Izrael mahu menyatukan tangan mereka, Izfarni menarik lagi.
"Iz."Panggil Puan Dayah.
"Takutlah, umi."Dia masih belum biasa.
"Ish, budak ini. Izrael tu nak salam bukan nak cekik kamu pun."Kata-kata Puan Dayah membuat Izrael ketawa kecil. Izfarni muncungkan wajahnya
Izfarni menghulurkan tangannya lalu Izrael menyatukan tangan mereka. Izfarnu mencium tangan Izrael buat kali pertamanya. Izrael meletakkan tangan satu lagi di atas kepala Izfarni.
"Bismillahirrahmannirrahim. Ya Allah, engkau bahagiakanlah insan ini ketika bersamaku. Kau readoilah hubungan kami, Ya Allah. Dan, bantulah aku untuk sentiasa membuat insan ini sentisa senyum dan ceria meskipun ketiadaanku disisinya suatu hari nanti."Doa Izrael lalu mencium kepala Izfarni.
Izfarni yang mendengar sudah mengalirkan air mata mendengar kata-kata dari mulut Izrael. Sungguh dia sangat terharu dengan kata-kata lelaki itu.
Izfarni mengangkat wajahnya dengan air mata yang tersisa. Melihat muka Izfarni, Izrael tersenyum lalu mencium tangan gadis itu. Air mata gadis itu, dilapnya.
"Jazakallahu khairan, zauji." ( Semoga Allah membalasnya, suamiku. ) Memandang Izrael dengan tatapan yang penuh manis. Syukur lelaki ini sudah menjadi suaminya.
Share this novel