Kaki panjang itu melangkah keluar dari bilik air sambil rambutnya dilap dengan tuala. Katil menjadi sasaran utamanya lalu melempar tubuhnya di situ.
Matanya menatap siling rumahnya sambil mengingati kejadian pagi tadi yang membuatnya seperti ini dan hanya mengelamun memikirkan kata-kata wanita itu.
Dirinya yang segak bergaya dengan pakaian uniformnya hanya tersenyum. Senyumannya sukar luntur pada bibirnya kerana itu adalah satu kebiasaannya. Namun, senyuman itu sekelip mata menghilangkan apabila melihat seorang gadis yang menambat hatinya dan juga pernah menghiris luka di hatinya hingga kini.
"Assalamualaikum, tuan," beberapa orang kadet latih wanita yang memberi salam kepadanya apabila berselisihan dengannya. Namun, ada seorang dalam kalangan mereka hanya terdiam dan menunduk.
"Waalaikumussalam. Nanti," terhenti sekempulan kadet latih itu mendengar ucapannya.
"Kenapa tuan?" soal salah seorang dari mereka.
"Aar.... Saya nak jumpa dengan..."
"Saya," kata Sofia apabila mendengar tuan mereka ingin bertemu salah seorang dari mereka dan dia berharap itu adalah dia kerana dia sememangnya sudah tertarik dengan tuan mereka itu. Sangat kacak di depan matanya.
"Bukan. Saya nak jumpa Fi... Maksud saya Luthfiya Mellisa," menatap Luthfiya yang sedang menatapnya. Apabila mata mereka bertemu antara satu sama lain, terus Luthfiya membuang muka.
"Oh! Baiklah. Kalau begitu, kami yang lain bereda," kata Syamimi apabila tuannya berkata begitu.
Kadet yang lain turut mengiyakan kata Syamimi namun tidak dengan Sofia yang sudah merasa hampa akan dirinya dan ditambah malu kerana tuan mereka tidak ingin bertemunya sungguh terasa hampa dan kecewa. Mereka pergi dari situ.
Kini, tinggal Luth dan Luthfiya. Tanpa menatap wajah Luthfiya, "Ikut saya," berjalan mendahului Luthfiya.
Luthfiya yang memandang sosok itu dari belakang hanya mengikuti jejak itu. 'Dia nak bawa kau ke mana?' omelnya.
Mereka berjalan sehingga terhenti di hadapan satu bilik iaitu pejabat Luth berkerja. Memandangkan semua orang tiada di ruangan itu kerana sekarang waktu rehat, Luth membuka pintu itu dan masuk. Manakala, Luthfiya yang tercegat di hadapan pintu hanya berfikir panjang. Bagaimana kalau orang lain nampak mereka berdua-duan di bilik tuannya? Mungkin, tiada masalah baginya kerena dia tahu hubungan mereka yang bergelar suami isteri tetapi tidak dengan yang lain.
Dengan perasaan ragu-ragu, Luthfiya memasuki bilik itu. Masuk sahaja bilik itu, tangannya ditarik dengan kuat sehingga tersandar tubuhnya di dinding. "Aduh!" rungutnya.
Namun, itu hanya sedikit. Sekarang, jantungnya sudah berdegup dengan kencang apabila melihat wajah Luth yang betul-betul di hadapam mukanya sambil tangan lelaki itu menahan kedua tangannya di sisi tubuhnnya pada pintu.
"Apa ni tuan?" dia tetap menghormati Luth sebagai tuannya kerana dia masih dalam latihan Mukanya berpaling agar tidak menatap muka itu kerana wajah Luth kini sangat bengis dengan tatapan yang cukup menyeramkan. Jujur dia takut dengan riak wajah itu.
"Kenapa? Sayang takut?" pipi Luthfiya dikelusnya. Dirinya seperti sudah hilang kewarasan kerana terlalu marah dan kecewa pada gadis itu. Cukup sakit.
"Apa ni?" tangan Luth ditepis kuat.
"Kenapa sayang? Abang ni, suami sayang. Tak akan tak boleh nak sentuh isteri abang ni?" dagu isterinya disentuhnya.
Sekali lagi Luthfiya menepis tangan kekar itu lalu menolak lelaki itu agar jauh tetapi dia hanya seorang wanita berbanding tenaga seorang lelaki yang cukup kuat. "Lepaskan!"
Kini, Luth sudah hilang kesabarannya terhadap gadis itu. Semua rasa itu sudah mercampur baur sehingga dia tidak dapat berfikir dengan waras. Terus dia menyatukan bibirnya dengan Luthfiya dengan kasar.
Luthfiya yang terkejut akan tindakan lelaki itu segera menolak kasar tubuh sasar tu dengan kuat. Namun, tidak berjaya. Air mata Luthfiya mengalir apabila dirinya dilakukan oleh suaminya seperti itu. Dia harus melepaskan dirinya juga.
"Abahp...."
Sekali lagi usahanya untuk melepaskan dirinya apabila tangan Luth mula menyentuh tubuhnya, dia menedang kuat pada kelemahan lelaki itu.
"Arght!" menjerik kesakitan Luth apabila tempat kelemahannya itu ditendang dengan agak kuat.
"Kau memang lelaki dayus! Aku benci kau Luth Mahfuz!" dengan kesempatan yang ada, Luthfiya berlari dengan air mata keluar dari bilik itu.
"Fiya!" Luth memanggilnya namun diabaikannya.
Semasa dia berlari keluar dia bertemu dengan Izrael. Terus dia berlari pergi.
Izrael yang baru sahaja pulang dari kantin makan, agak terkejut dengan Luthfiya yang baru sahaja keluar dari pejabat dalam keadaan tidak terurus bersama air mata. Terus dia melangkah ke tempat yang dia tahu ke mana arah tujunya. Sebaik sahaja di hadapan pintu bilik itu, dia sudah tahu apa yang berlaku sekarang ini apabila melihat sahabat sekerjanya berjalan terkepit-kepit sambil memegang pintu.
"Astafirullah," terus dia berdamping Luth hingga duduk di sofa lalu menatap wajah sahabatnya itu yang beriak wajah kesal sambil meraut muka.
"Apa yang kau buat ni, Luth?" soal Izrael dengan apa yang sudah berlaku.
"Aku. Aku tak dapat control diri aku, Rael," bagai dirinya dirasuk begitu sahaja.
"Astaghfirullah," meraut wajahnya kerana kesal akan sahabatnya itu.
Tiba-tiba Luth menangis di situ. "Aku benci diri aku, Rael. Aku memang lelaki tak guna. Dayus!" mengalir air matanya ke pipi.
Izrael yang melihatnya itu menghampiri Luth dan menyentuh bahunya. "Tenangkan diri kau dan jangan salahkan diri kau. Semua yang berlaku ada hikmahnya."
Luth yang melihat sahabatnya itu terus memeluk Izrael. "Thank, angel," kerana ada selalu bersamanya.
Pelukan dilepaskan. "Now, aku nak kau pergi ambil wuduk dan tenangkan diri kau. Kalau boleh, solatlah sunat," nasihat Izrael.
"Baik."
Luth bangkit dari baringnya lalu meraut wajahnya dengan kasar. Ini kesalahannya kerana terlalu ikut kata bisikan syaitan sehingga melakukan perkara yang keluar dari kewarasannya.
"Maafkan abang, sayang," sungguh dia rasa kesal akan dirinya.
Raeliz
Melangkah masuk sahaja, sudah menjerik Izfarni melihat Mawar yang berada di rumah agam Dato Danial. "Mawar!" melompatnya dari dukungan Izrael lalu memeluk tubuh itu.
"Eh! Jumpa kawan sampai lupa dah suami," rungut Izrael apabila isterinya melompat begitu sahaja dari dukungannya apabila melihat Ainnul Mawar.
"Biasalah, bro. Bestie dia mana boleh berenggang sikit. Inilah jawabnya," kata Jibrael yang menepuk bahu lelaki itu.
"Eh! Jib," menyalam sahabatnya itu.
"Makin segak ye kau. Bahagia nampak," usik Muhammad Jibrael Luqman.
"Itu yang kau kena kawin cepat. Bahagia dia lain macam," kata Izrael untuk memerli sahabatnya itu.
"Kau tunggu aku kawin," tidak mahu kalahnya.
"Rindu gile dekat ouk. Bila ouk sampai, War?" melepaskan pelukan mereka
"Baru lagi. Koi pun rindu ouk juga," mencubit pipi Izfarni.
"Apa ni?! Sakitlah!" menepis tangan Mawar dari mencubit pipinya.
"Makin berisi ya ouk, semenjak dah kawin. Dah berisi ke?" menyentuh perut Izfarni pula.
Sekali lagi tangan sahabatnya itu ditepis. "Mana adalah. Buat pun belum lagi," bisik Izfarni pada ayat perakhirnya.
"Sumpahlah!! Beph...!!" terus Izfarni menutup mulut Mawar. Aih! Perempuan ini kalau tidak kecoh memang tidak sah.
Keluarga Izrael yang berada dibelakang mereka hanya dipandang mereka sambil tersenyum kerana suara Mawar yang kuat. Buat malu sahaja.
"Macam mana dia boleh tahan?" bisik Mawar.
Merah muka Izfarni dengan soalan yang keluar dari mulut Mawar. "Manalah koi tahu. Sebok sahaja," Sebuk betul kawannya ini.
"Ouk datang sini dengan siapa?"
Mawar menjulingkan matanya ke atas. Aih! Kawan bainya ini. Soalan pun agak-agaklah. Sudah ada Jibrael di sini. Mestilah datang dengan cik tunang. "Tak nampak tu," menunjuk Jibrael yang sedang tersenyum ke arah mereka.
"Eh! Hi, Jib," melambai ke arah sepupunya itu.
Jibrael membalas lambaiannya kembali dan diikuti Izrael yang turut melambainya sambil tersenyum dan mengenyit sebelah mata.
"Eh! Mamat ni. Tiber betul," kutuk Izfarni akan suaminya itu.
"Eh! Suami ouk tu," tegur Mawar.
"Doklah, dia yang tiber. Ouk ni, bila nak kawinnya?" terus dia mengubah topik apabila mengingati gadis ini datang bersama sepupunya.
"Lusa ni."
"Sumpahlah?" terkejutnya.
"Ya. Itu yang koi datang sini nak bagi tahu ouk dan tengok ouk sekali."
"Tak sangka, kawan koi dah nak kawin," mencubit pipi Mawar.
Kini, Mawar pula yang menepis tangannya. "Sakitlah."
"Macam tulah rasa dia. Dia buat orang boleh," tahu pun sakit.
"What everlah! Ha! Dah balik tu, tak reti nak salam keluarga mentua ke?" tegur Mawar.
"Tahulah koi. Nak salamlah ini. Ini sebab ouklah," berjalan menuju ke arah Datin Ilya yang bersama Dato Danial itu.
"Koi pulak?" dirinya juga disalahkan.
Terus dia menyalam kedua ibu bapa mentuanya lalu menyambut salaman Izzatie yang menghulur kepadanya.
"Iz, bawa Mawar ke tepi kolam. Boleh berborak dekat sana. Nanti mummy hidangkan air. Iz pun dah lama tak jumpa dan borak dengan Mawarkan."
Izfarni hanya tersenyum. "Mummy, tak payahlah susah-susah. Biar Iz yang buat air," tidak sopan pula kalau Datin Ilya yang buat air untuk mereka.
"Tak apalah, sayang. Iz pun baru lagi keluar dari hospital. Doktor pun suruh Iz rehatkan. So, rest. Biar mummy yang buat," senyum Datin Ilya.
"Thank, mummy," menuju ke arah Datin Ilya lalu memeluk tubuh itu.
"You're welcome, Izrael sweetlove," mencium kepala Izfarni yang berlapik tudung.
"Aih! Untungnya ada mentua yang baik hati," kata Mawar.
"Jadi, kawinlah," sambil memeluk erat Datin Ilya. Datin Ilya yang dipeluk hanya ketawa kecil.
Mawar yang melihat hanya memandang menyampah akan sahabatnya itu. "Ouk tunggu koi kawin,"
"Buktilahkan," silakan. Terus Mawar membuang wajahnya. Perli dialah itu.
"Iz, bawa Mawar," arah Datin Ilya. Makin rancak menantunya berborak di sini. Borak ke, ya?
"Baik, my. Mawar, jom," ajaknya lalu melangkah ke arah kolam.
"Saya minta diri dulu, ya aunty," Datin Ilya hanya mengangguk lalu dia mengikuti Izfarni.
Mawar berlari kecil mengejar Izfarni. Hey, kawannya ini. Tidak pandan dengan pendek. Laju betul langkahnya.
Tangan Izfarni ditarik."Lajunya ouk, pendek."
Terhenti langkah Izfarni di hadapan tangga lalu dia memaling ke arah Mawar. Amboi! Sedap betul panggil orang pendek. Tahulah tinggi kawan baiknya ini 160 cm. Tidak sepertinya yang hanya tinggi 149 cm. Terus Izfarni mencekak pinggangnya.
"Manis betul mulut cik adik," majaznya.
"Biasalah. Nak cium," memuncungkan bibirnya.
"Ish! Siapa nak cium dia. Orang ada suamilah nak cium," berlagak Izfarni. Dia tahu, hanya menggunakan perkataan suami kawannya akan boleh tumpas.
"Cis! Belagak," koyaknya.
Izfarni yang ketawa itu akan kawannya terus terdiam apabila dia melihat ke arah tangga. Kesemua kata-kata yang buruk terimbas kembali difikirannya.
" Kau tu perempuan kampung. Tak layak pun dengan Izrael."
"Kau yakin, Izrael pergi kerja. Entah-entah dia cari betina lain."
"Salah ke apa aku kata. Dah kawin. Tak mengandung-mengandung lagi. Entah-entah mandul."
"Yes, lebih baik kau bercerai sahaja dengan Izrael tu dan bagi Illy yang jaga dia."
"Arght!" Izfarni memegang kepalanya yang berdenyut itu. Sakit. Sungguh sakit apabila ayat-ayat itu terimbas kembali di benak fikirannya. Matanya sudah terasa kabur dan akhirnya, pensan.
"Iz!" terus Mawar mendapatkan Izfarni apabila badan sahabatnya itu mula lembik.
Pipi Izfarni ditepuk lembut namun, masih belum sedarkan diri. Dia mula merasa cemas lalu memanggil suami sahabatnya ini. "Izrael!!"
Izrael yang sedang berbual dengan Darren yang baru sahaja sampai ke sini bersama keluarganya, mula berpandang pelik kepada Jibrael apabila mendengar suara Mawar memanggil namanya.
"Macam suara Mawar." kata Izrael dan Jibrael mengangguknya. Benar, itu suara tunangnya.
"Iz," berlari Izrael apabila dia teringat isterinya yang bersama Mawar.
Jibrael dan Darren yang melihat Izrael berlari ke arah suara yang memanggi tadi, terus mengikutinya.
"Sayang!" terkedu dia melihat isterinya yang sudah terlantar baring di lantai. Berlari dia mendapatkan isterinya.
"Sayang," pipi isterinya ditepuk lembut namun masih tidak sedarkan diri.
Darren yang melihat adik iparnya yang terlantar di lantai. "Astaghfirullah. Adik, bawa Iz ke bilik. Biar abang yang periksa dia," arah Izrael. Terus Izrael mendukung isterinya bawa naik ke bilik mereka.
Setelah beberapa minit Darren merawat Izfarni, Darren menatap adiknya yang bermuka cemas akan isterinya itu. " Don't worry, she's fine. But, dia masih truma apa yang berlaku," bahu adiknya ditepuk agar lelaki itu sentiasa kuat.
"Thank," senyum tawar akan abangnya itu.
Izrael menatap isterinya yang terbaring di katil itu sambil melabuhkan punggungnya di birai katil. Dahi licin itu diciumnya. "I know you strong, sayang."
Jibrael, Mawar dan keluarga Izrael yang lain hanya melihat pasangan itu dengan tatapan sayu.
"Rael," menghampiri sahabatnya itu. Bahu Izrael ditepuknya.
Izrael menatap Jibrael sambil tangan Jibrael yang menyentuh bahunya dipegang.
"Aku rasa, kau kena bawa Izfarni pergi bercuti untuk tenangkan fikirannya. Mungkin dengan bercuti dia boleh hilangkan fikiran negetif tu," cadangnya.
"Aku pun, fikir macam itu juga," dia pun terfikir begitu juga.
"Kau orang pun belum lagi pergi honeymoon. So, what," cadang Jibrael lagi.
Ada benar kata Jibrael. Izrael hanya angguk.
"Jadi, aku akan bagi kau tiket ke Istanbul esok."
"Istanbul?" pandang pelik Izrael kepada Jibrael.
BERSAMBUNG......
Iz pensan lagi? next....
Share this novel