#raeliz8 ii

Romance Series 14536

Beberapa hari yang lepas, daddynya ada menelefonya. Bagi seorang Damiens Izrael dia agak pelik daddynya menelefon dirinya. Dalam firasatnya dia yakin mesti daddynya mahu mengatakam sesuatu yang membuat dirinya memberontak.

Dato Danial memintanya untuk Izrael pulang ke Johor kembali setelah keputusan STAM keluar kerana dia mahu Izrael menyambung dan mengambil alih syarikatnya. Namun, Izrael tidak mahu semua itu. Kenapa dirinya sedangkan ada abangnya yang boleh meneruskan syarikat daddynya tetapi kenapa dirinya.

Baginya tidak adil sekiranya dia yang mengambil alih syarikat itu sedangkan Darren lebih layak ambil alih syarikat itu kerana dia anak sulung dari keluarganya. Tetapi ini tidak, hanya membiarkan Darren Iskandar meneruskan kejayaan sebagai seorang doktor. Sungguh tidak adil.

"Rael tak nak balik Johor."Sikap degil dan egonya kembali.

Sedaya upaya dia hendak lari dari semua itu dan mengambil keputusan menduduki STAM kerana tidak mahu pulang ke Johor.

"Rael..."Rambut Izrael diusap.

"Rael tetap dengan ketetapan Rael, opah. Rael tak akan balik Johor selagi apa yang Rael nak tak tercapai."Sikap keras kepala Dato Danial yang diturun kepadanya telah dibayangi oleh Opah Izzah.

"Rael minta maaf."Tangan opahnya dicium lalu dia pergi.

"Nial, anak kamu terlalu ikut kamu."Menatap Izrael yang pergi.

Raeliz

Izrael yang berada atas batu yang besar merenungi lautan biru yang luas. Cantik sangat, tak secantik suasana hatinya.

Izfarni yang bersiar-siar di pantai memandang seseorang yang berada di atas batu. "Izrael."Senyum Izfarni lalu menghampiri Izrael.

"Assalamualaikum, malaikat pencabut nyawa."Izfarni memandang laut sambil senyum.

Izrael yang mendengar orang yang memberi salam kepadanya segera berpaling ke arah itu. "Waalaikumussalam, anak itik."

Izfarni yang mendengar memandang Izrael dengan tajam."Kau ni, ada juga aku campak dalam laut."Geramnya.

Ketawa Izrael. "Campaklah, tak payah aku balik Johor."

Mendengar kata-kata Izrael, Izfarni mati kata. Terkejut dengan kata-kata Izrael. "Kau nak balik Johor?"

Izrael yang memandang Izfarni dengan tersenyum itu mengangguk. "Kenapa? Kau rindu aku?"

"Kau jangan main-main Rael."Tidak lawak kalau dibawa gurauan.

"Iya, aku akan pulang ke Johor. Tak akan aku nak buat main-main."

"Tapi, kenapa?"Kenapa begitu tiba-tiba?

"Aku dah habis belajar dekat sini. Jadi aku kena balik Johor dan teruskan kejaya daddy aku. Aku kena ambil alih syarikat."

"Oh."Itu sahaja yang mampu keluar dari bibirnya.

"Bila kau balik?"Rasa ingin tahu terpupuk di hati.

"Esok."

"Esok?"Secepat itu.

"Daddy aku kata, lepas keputusan STAM aku keluar aku boleh balik sana."

Mendengar kata-kata Izrael membuat Izfarni semakin marah dan geram. "Esok kau nak balik, kau bagi tahu aku hari ini Izrael. Aku ni siapa bagi kau Izrael. Kenapa kau tak bagi tahu aku esok sahaja Izrael? Time kau nak pergi."Sungguh dia geram dengan lelaki ini.

"Buat apa aku nak bagi tahu kau kalau aku tak nak balik Johor."Sungguh dia tidak mahu balik.

"Kalau kau tak nak balik sekalipun. Daddy kau bagi ke? Tak kan."Sudah Izrael. Sungguh tiada apa yang boleh dikata oleh Izrael.

Izfarni pergi meninggalkan Izrael dengan emosi yang yang kacau angkara lelaki yang bernama Damiens Izrael.

Izrael menatap Izfarni dengan sayu. "Aku tak akan balik Johor, Iz. Tetapi, aku nak capai cita-cita kau."

Raeliz

Tersenyum lebar Datin Ilya mengemas bilik anak terunanya seorang ini. Sungguh lama tidak berjumpa. Sangat dia rindui.

"Mummy buat apa dekat bilik Abang Miens?"Izzatie yang baru sahaja naik dari dapur melihat bilik abangnya yang sudah lama tidak dibuka, dikemas oleh mummynya.

"Esok, Abang Miens balik."Ceria Datin Ilya.

"Sumpahlah mummy?" Gembira hatinya mendengar abang kesayangannya akan pulang.

"Iya sayang."Senyum Datin Ilya kepada puterinya.

"Sini Atie tolong."Ringan sahaja tulang Dayeana Izzatie untuk menyambut kepulangan Abang Mien Kesayangan.

Namun, tidak dengan seseorang yang berada disebalik dinding yang sudah ketar lutut. "Malaikat maut tu nak balik?"Sudah tersesak nafasnya mendengar.

"Dafeal,what are you doing?" Tegur Darren Iskandar yang melihat Dafeal Isaac yang sudah basah seluar.

"You kencing dekat seluar Dafeal?"Tegur Dato Danial Izham yang baru sahaja pulang dari kerja.

Dafeal yang baru sahaja perasa dengan akan dirinya terus berlari ke dalam biliknya. Malu.

Tergeleng sambil ketawa Dato Danial melihat anaknya yang sudah berumur 13 tahun masih kencing dalam seluar.

Darren yang melihat daddy sudah lama tidak ketawa seperti itu hanya disenyum. Kali terakhir dia melihat senyuman itu ketika bersama Izrael kerana Izrael yang boleh membuat daddynya kembali bersinar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience