"Maaf lambat, daddy mummy," kata Tharieq Haikal sambil menyalam Dato Danial Izham lalu melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Dato Danial Izham.
"Mummy, daddy," menyalam dan mencium tangan Datin Ilya Dhiya.
"Thea," senyum Datin Ilya melihat adik perempuan Tharieq bersama mereka. Terus dia menarik kerusi untuk gadis itu duduk di sebelahnya.
"Daddy, ini fail dan dokumen-dokumen yang daddy suruh Rieq buat," menghulur dua fail yang berisi dokumen-dokumen penting.
Dato Danial mengambil fail yang diberi oleh Tharieq lalu memeriksa isi kandungan dan data-data yang dibuat oleh Tharieq akan arahan yang diberinya.
"Ada apa yang kurang ke daddy?" kut, kut, kalau dia ada salah buat.
Mata hazel milik Dato Danial menatap wajah Tharieq sambil tangannya menutup fail itu. "Tiada, cukup lengkap. Cuma, dokumen ini tak bersign lagi."
"Bila majlis ini nak buat, daddy?" soal Tharieq.
"Kita tunggu tuan badan dia pulih kembali, baru kita buat," menolak fail kembali ke arah Tharieq.
"Daddy memang nak bersara dah ke?"
"Daddy ini bukan apa, Rieq. Umur sudah makin tua. Dah tak larat dah, daddy nak ke hulu, nak ke hilir, lihat tapak projek. Jadi, daddy perlukan peganti dan pewaris baru untuk Syarikat D'IK Holding. Mungkin dengan CEO baru, syarikat itu boleh berkembang lagi dengan fikiran orang muda," dia sudah lama beraksi dan bertugas di syarikat itu. Pelbagai usaha dan perkorbanan yang dia lakukan untuk mendirikan syarikat itu sehinggalah sudah terkenal di seluruh pelusuk dunia.
Kalau seperti itu, bagaimana dengan kerjanya? "jadi kalau macam itu, Rieq....."
Terus Dato Danial memegang tangan Tharieq. "Rieq tetap akan berada di tempat yang sama untuk membangunkan Syarikat D'IK Holding. Rieq akan tetap menjadi PA untuk CEO baru kita seperti mana Rieq jadi asisten daddy."
"Tapi, boleh ke Rieq nak berkerja sama dengan dia?" boleh ke dia mahu bersatu kepala dengan pewaris baru itu.
"Bukan ke, Rieq rapat dan kenal pewaris itu?" soal Dato Danial lalu mencicip hot latte dengan nikmatnya.
Tharieq hanya menatap dokumen itu dengan tatapan yang sayu. Ya, memang dia sudah kenal dan agak rapat dengan pewaris baru itu. Cuma, mampu ke dia?
Thea dan Datin Ilya yang berbual dengan mesra itu turut membincangkan hal ini dengan penuh gembira dan setujunya. Mereka sangat suka dan setuju akan CEO baru yang akan mengambil alih syarikat ini.
"Thea, yakin. Ini adalah pilihan yang terbaik sekali," penuh dengan keyakinan.
"Me too," setuju Datin Ilya.
Realiz
Oren jus dipesannya tadi, disedut sehingga separuh gelas. Tekaknya sudah kering kerana menjerik untuk mengendalikan kadet-kadet di padang. Hampir mahu tercabut anak tekaknya.
"Sorry. Aku haus sangat," kata Izrael dengan tingkah lakunya yang kurang sopan tadi.
"It's okaylah. Bukan aku tak faham kerja kau?" dia cukup faham akan kerja sahabatnya ini. Kerja yang memerlukan seluruh tenaga dan fikiran yang mantap untuk merancang strategi yang berkualiti.
"Emm. Baguslah kalau kau faham kerja aku. Aku pun faham juga kerja kau. Dah ada keserasian tu. Tapi, aku dah buktikan kerja aku kat kau. Dan kau, mana usaha kau tu?" keningnya terangkat sebelah sambil berpeluk tubuh memandang Megat Aireall.
"Oh! Ada. Jap," mengeluarkan MacBook dan fail dari beg galasnya. Sedah dia terlupa niat asal mereka ingin berjumpa setelah bersemuka dengan leftenan ini.
Terus dia membuka laptopnya dan menekan satu fail yang terkandung beberapa maklumat untuk menunjukkan kepada Izrael. Dia mengadapkan laptop itu tepat pada Izrael sambil tersenyum riak wajah yang sinih.
Izrael yang berpeluk tubuh itu segera menarik MacBook milik Aireall dan menyemak semua data-data yang dicari dan dibuat oleh lelaki itu. Selesai sahaja dia membelek, lelaki itu dipandangnya sambil menarik fail yang dikeluarkan oleh Aireall tadi.
"Kau yakin, kita boleh menang?" matanya bertumpu kepada fail itu tanpa menatap lelaki yang sudah kembang hidung akan usaha kerja kerasnya.
"Well... Ini Megat Aireall kut. Tak akan pernah kalah dalam medan makamah. Bukan medan perang, okey," penuh dengan percaya diri.
Izrael hanya mengeluh berat lalu meletakkan kembali fail itu di atas meja. "Aih!"
Aireall yang melihat Izrael keluh berat, menegur lelaki itu. Apa lagi yang tidak kena? Rasanya semuanya sudah selesai. "Kau asal?"
"Aku pun tak faham Air. Kenapalah manusia zaman sekarang ini, dah sah-sah dia bersalah. Nak juga bawa benda ini ke makamah. Bazirkan duit sahaja, mahu bayar lawyer," geleng kepala dibuatnya.
Ini semua gara-gara mak ngahnya, Datin Ilyana yang mahu menuntut bela akan tuduhan yang diberikan Izrael dan keluarganya akan kemalangan yang ditimpa Izfarni kerana apa yang berlaku itu bukan kesalahannya. Oleh disebabkan tidak berpuas hati dan takut namanya terjatuh oleh masyarakat sekeliling, dia mahu menaikkan hal ini di makamah untuk menafikan kesalahannya. Sedangkan kesalahannya itu sudah terang lagikan bersuluh, ternyata bersalah.
"Biasalah orang zaman sekarang. Demi glamour. Viral. Nama. Semuanya sanggup ditaruhkan walaupun benda itu bodoh," menyedut air minumannya.
"Itulah fasal. Dengan benda itu semua, sampai manusia zaman sekarang ini sudah lupa asal-usul mereka. Siapa Tuhan mereka?" Dia agak kesal dengan manusia zaman sekarang yang terlalu kejarkan dunia.
"Dunia dah akhir zaman, bro. Banyakkan bertaubat sahaja. Isteri kau macam mana?" bagaimana pula keadaan tuan badan yang mereka sedang pertaruhkan ini.
"Alhamdulillah, dia dah sedar," syukur terhadap Ilahi.
"Baguslah kalau macam itu. Leed? Aku ini yang nak melawat dia, sampai tiada masa dengan kerja. Dia dah sedar?" teringat pula akan sahabat sekerjanya itu yang selalu bersama-sama stress dengan kerja. Itulah teman pengubat hilang stress walaupun kadang-kadang bertambah stress dengan perangai gila Si Tengku Muhammad Khaleed Al-Qard. Namun, ketiadaan lelaki itu membuat hidupnya sunyi.
"Belum lagi, Air. Ezz bagi tahu aku, Leed tu cedera teruk dekat bahagia kepala dia. Dan Ezz bagi tahu aku juga, boleh jadi Leed lupa ingatan kalau dia dah sedarkan diri," kata-kata Ezz masih terang lagi diingatannya akan keadaan Khaleed yang masih dalam ICU.
"Banyakkan bersabar,Izrael. Aku tahu ujian kau berat. Dua orang yang kau sayang dalam satu masa timpa ujian. Aku pasti ada hikmahnya," senyum tawarnya untuk menyemangatkan lelaki bermata hazel itu.
"Aku pun harap begitu. Dan kau pun, banyakkan bersabar juga. Aku tahu, kau pun rapat juga dengan Leed dari zaman kau orang berlajar dekat Mesirkan?" bukan dia tidak kenal tentang hubungan Megat Aireall dan sahabatnya itu yang cukup akrab.
Setelah apa yang berlaku pada mereka bertiga, mereka membuat keputusan antara satu sama lain untuk mencapai impian masing-masing. Dan juga mereka nekat untuk berpisah demi kejayaan satu sama lain. Izrael pergi dengan arahan Dato Danial untul berlajar di kampung bersama opahnya. Ezz pergi berpindah ke sekolah sains agama untuk mencapai cita-citanya sebagai doktor. Khaleed tetap meneruskan pelajaran di sekolah itu dan melanjutkan pelajarannya ke Mesir untuk menjadi seorang peguam. Dan usaha mereka berjaya mencapai impian mereka dan bertemu dengan orang yang baru.
Di situ detik permulaan pengenalan Aireall dan Khaleed yang cukup ringkat tetapi ikatan mereka cukup ketat menjalinkan hubungan bersahabatan. Bagai Megat Aireall, Khaleed adalah sahabat yang cukup ceria dan suka senyum. Namun kehilangan senyuman itu, memberi kesan kepadanya.
"Aku sentisa berdoa untuk dia, Izrael. Aku harap dia cepat sembuh," senyum tawarnya lagi sambil membayangkan senyuman lelaki itu.
"Me too," ujar Izrael lalu berdiri untuk mengundurkan diri. Jam tangannya dikilas segenap lalu menatap wajah Aireall yang menatapnya itu.
"Aku kena gerak. Sekarang, break time aku dah habis. Aku chau lu," menghulurkan tangannya untuk berjabak tangan.
"Iyalah," menyatukan tangan mereka.
"Thank bro, sebab setelkan masalah aku," berkat lelaki ini sudah kurang bebannya.
"No problemlah. Ini memang kerja aku. Nanti kalau ada lagi job, just call me. Bukan senang nak makan duit anak CEO Compeny D'IK Holding," katanya basah basi.
"Manusia zaman sekaranglah ini. Gila harta," baru lagi rasanya membahaskan soal manusia zaman sekarang.
"ALLAAHUMMA QINII SYUHHA NAFSII WAJ'ALNII MINAL MUFLIHIIN!!!" Dengan kuatnya dia membaca doa itu sehingga satu cafe boleh mendengar suaranya.
"Iyalah. AAMIIN!!!" Balas Izrael yang turut sama kuat menganminkan doa.
"Aku gerak dulu," mengangkat tangan kepada Aireall lalu dia berangkat pergi kembali ke kem.
Aireall turut mengangkat tangan kepada Izrael sambil tersenyum. "Betul kata kau Leed. Dia memang ceria tetapi dia tutup seribu satu sakit yang dia rasa," jelas dari mata lelaki itu dia boleh lihat akan kata sahabatnya itu.
Raeliz
Mata yang tertutup itu, mula terbuka kembali. "Aaarr....." kepala yang terasa berat disentuhnya.
"Iz," berlari kecil Puan Dayah ke arah anak sulungnya yang sedang terbaring itu.
"Uumi?" bagaimana uminya boleh berada di sini?
"Ya, sayang. Umi ini. Kenapa?" Dia tidak mahu menganggap anaknya sedang berilusi sedangkan memang dia yang berada di pandang mata anaknya ini.
"Umi,"peluk Izfarni dengan erat akan syurganya itu.
"Iz rindu umi," tubuh Puan Dayah dierat dengan agak kemas.
"Umi pun rindu, Iz," membalas pelukan anaknya dengan air mata yang mengalir.
Mengalir air mata sang ibu apabila mengenang kata doktor kepadanya sebaik sahaja dia tiba di hospital. Niat di hati ingin memberi kejutan dan sekaligus melepas rindu akan anak sulungnya setelah dapat berita anaknya sudah sedar, tetapi dia yang mendapat kejutan sebaik sahaja tiba di hospital apabila anaknya kembali pensan dan menerima rawatan oleh doktor.
"Alhamdulillah, keadaan Iz sekarang ini sudah stabil. Cuma apa yang berlaku padanya telah memberi kesan...." terputus kata Ezz untuk meneruskan perbicaraannya.
"Kenapa Abang Ezz?" soal Dayeana Izzatie akan doktor sekaligus sahabat abangnya itu dengan risau.
"Kemungkinan, Iz akan mengalami truma dengan apa yang telah berlaku kepadanya," jelasnya apa yang telah dia kesan kepada Izfarni atas rawatannya.
"Jadi, ada jalan tak untuk hilangkan truma ini?" soal Puan Dayah dengan rasa yang risau menyelubunginya.
"Sayang, tenang," kata Encik Darfan sambil merangkul pinggang isterinya.
"Anak kita, bang," sungguh hati ibu mana yang tidak risau.
"Truma ini, dia tiada ubat. Cuma untuk pulih, dia perlu diberi sokongan daripada orang sekelilingnya. Jadi, saya sarankan jangan bagi tekanan apa-apa kepadanya kerana ini boleh memberi kesan yang lebih teruk kepadanya," nasihat dan pesanannya akan bantuan yang boleh dihulurkan olehnya. Kesemua ahli keluarga Izfarni hanya mengangguk akan pesanan yang diberi oleh Doktor Ezz
"Kalau tiada apa lagi, saya undurkan diri."
"Terima kasih, Abang Ezz," Ezz hanya mengangguk atas ucapan dari Izzatie lalu pergi.
Izfarni melepaskan pelukannya lalu menatap sang ayah. "Walid."
"Ya, sayang," menghampiri puteri sulungnya itu.
Bahu Izfarni diusap. "Anak walid kuatkan?" senyum tawarnya.
Tanpa menjawab apa-apa jawapan Izfarni terus memeluk sang ayah. Rindu. Cukup rindu untuk mengubat rasa sakit dialaminya.
Opah Izzah, Dani, Dina, Izzatie dan Dafeal hanya melihat kasih sayang dan kerisauan seorang ibu dan ayah akan anaknya yang ditimpa ujian itu. Mereka juga berdoa agar Bidadari Izfarni kembali seperti dahulu.
Selepas pelukan itu dilepaskan, Izfarni menatap mata ibu dan ayahnya sambil mengelus pipi mereka. "Tolong jangan bagi tahu Izrael yang Iz pensan. Iz tak nak dia risau," mohonnya.
"Baik, sayang,"Encik Darfan mencium lembut kepala anaknya yang berbalut itu.
Raeliz
Izfarni yang sedang bermain Instagram, ditenung oleh Izrael sambil menungkat kepalanya dengan senyuman di bibir. Tidak berkelip mata hazel itu menatap wajah cantik itu seperti mahu melahapnya.
Izfarni yang sudah sedari lama dengan pandangan itu mula berasa tidak selesa. Lain macam sungguh pandangan suaminya hari ini. "Kau apa sal?" menatap Izrael dengan tatapan tajam.
"Tak ada apa. Cuma tengah tengok cinta hati ini," senyumnya.
"Nak tengok pun, berpada-padalah. Ini tenung macam nak telan orang," seram tahu tidak.
"Habis, sayang nak abang pandang sayang macam mana? Macam ini," memandang Izfarni sambil berkelip-kelip mata.
Terus Izfarni menutup wajah Izrael. "Benda kau ini."
"Sayang," menarik tangan isterinya dengan lembut apabila menutup wajahnya.
"Kau tu. Macam orang terencat pun ada," terkelip. Kelip.
"Sayang, boleh tak mula hari ini panggil abang, abang," mintanya dengan penuh manja.
Aik! "Bukan ke kau kata dulu tak kisah,"sudah berubah hati ke?
"Itu dulu, sekarang dah lain. Bolehlah, sweetlove," membuat muka kasihan.
"Boleh pula macam itu?"
"Boleh. Cepatlah, sayang," rayunya.
Izfarni menggaru tengkuknya yang tidak gatal itu dengan wajahnya yang merah. "Earr...." kenapa terasa kaku dan janggal pula ini? Bukannya dia tidak pernah panggil Izrael dengan panggilan abang. Mungkin kali ini berbeda, kerana permintaan lelaki itu.
Izrael yang penuh dengan harapan menatap sang isteri dengan penuh senyuman. Cepatlah! Orang tak sabar ini.
Izfarni mentap Izrael. "Aaa....."
BERSAMBUNG.....
Izrael dah start minta panggil abang ni.... next
Share this novel