"Abang!"Jerik memanggil abangnya yang berada di ruang tamu bersama kakak iparnya.
Tharieq memandang ke arah adik perempuannya sambil mendukung anak lelakinya. "Thea? Kenapa?" Agak cemas nadanya.
Thea berlari kecil ke arah Tharieq. "Nah. Daddy Dan call." Menghulurkan telefon bimbit kepada abangnya.
Triesha Faqiehah yang melihat perangai adik iparnya hanya mampu tersenyum dan menggeleng. Buat orang terkejut sahaja. Anaknya yang berada di dukungan suaminya itu diambilnya agar suaminya fokus dengan panggilan itu.
"Assalamualaikum, daddy."Apabila panggilan dijawap.
"Waalaikumussalam. Rieq, daddy minta maaf kacau cuti Rieq. Walaupun memang Rieq minta cuti hari ini. Tapi, daddy nak minta tolong Rieq untuk uruskan sesuatu."Mintanya akan sesuatu kepada anak angkatnya ini.
"Uruskan apa itu, daddy?" Macam serius sahaja bunyinya.
"Pemilik baru Syarikat D'IK."
"Pemilik baru Syarikat D'IK?" Mengulang kembali ayat Dato Danial tadi.
Raeliz
"Arght! Geram betul! Kurang ajar betul perempuan itu. Tak sedar diri!"Geramnya sambil mencampak handbag mahalnya di sofa.
Ayat yang dikatakan oleh Izfarni tadi, masih bermain di fikirannya.
"Izrael yang tergila-gilakan aku."
"I marry him."
"Tak ada cincin pun. Tak laku ya."
"ARGHT!" Rambutnya digosok sehingga serabai.
Datin Ilyana yang melihat anaknya sudah hilang kendali itu segera mengambil ubat di dalam beg tangannya yang selalu dia sediakan. Takut kalau anaknya tidak dapat mengawal diri seperti sekarang.
"Illy."Memeluk tubuh anaknya.
"Lepaskan I! Abang Mien milik I. He is mine! Mine!" Merontanya.
"Ye, sayang. Miens milik Illy. But, please jangan buat mama macam ini." Mendekap tangannya yang ada ubat ke mulut Illy yang sudah hilang kawalan diri.
"Hump!"Meronta agar ubat itu tidak masuk ke dalam mulutnya. Namun dengan pasaan Datin Ilyana, akhirnya ubat itu ditelan.
Keadaan Illy mula stabil apabila ubat itu telah sebati dengan tubuhnya. "Mama, I mengantuk."Badannya mula lemah.
"Jom, mama bawa ke bilik."Mendampingi Illy hingga ke biliknya.
Namun di dalam hati Datin Ilyana masih terpahat sebuah kebencian. 'Aku akan pastikan, kau tak akan bahagia perempuan.'
Raeliz
"Kau datang sini nak jadi tentera ke nak jadi petani?! Lembik macam sayur!"Tegas Leftenan Izrael conduct kadet-kadet yang masih dalam latihan untuk menjadi seorang tentera laut sepertinya.
"Jadi tentera, tuan!"Jawab semua kadet-kadet.
"Kalau nak jadi tentera bukan lembik macam ini! Turun 100 kali!"Arah Izrael.
Semua kadet turun dan bersiap sedia untuk tekan tubi 100 kali yang diarah oleh tuan mereka. Manakala Izrael hanya melihat mereka.
Cahaya matahari yang cukup terik membuat tekaknya kering. Jam tangan dipakai di tangannya di pandang. Sudah hampir waktu asar. Waktu kadet-kadet untuk berehat dan persiapan solat asar.
Apabila melihat semua kadet-kadet selesai tekan tubi, Izrael bersuara. "Sekarang hampir waktu asar. Kita utamakan apa yang penting. Kadet! Senam diri!"Semua kadet mengikuti arahannya.
"Jaga sedia!"Serentak semua kadet jaga sedia.
"Keluar! Keluar, baris!"Semua keluar baris.
Melihat sahaja semua kadet sudah bersurai, dia keluh sedikit. Rasa mahu tercabut anak tekaknya hari ini, mengususkan kadet-kadet di darat. Selalunya, dia lebih minat menguruskan kadet-kadet ini di laut. Kalau kadet buat masalah dan langgar disiolin ,senang dia mencampak kadet itu ke dalam laut. Biar lama berendam di dalam laut.
Teringat pula isteri tercinta di rumah. "Sweetlove, Rael rindu."Membayangkan senyuman manis isterinya.
"Tuan!"Serentak Ziyat dan Taufiq yang berpangkat Leftenan Muda, pangkat bawah dari Izrael sambil bertabik.
Tabik Izrael tanda hormat.
"Kami mohon undur diri tuan."Izrael angguk.
Sepanjang Izrael menguruskan kadet-kadet tadi, Ziyat dan Taufiq yang membantunya untuk memerhati kadet-kadet jika mereka menipu atau melakukan kesilapan.
"Terima kasih untuk hari ini."Kata Izrael.
"Sama-sama, tuan!"Tabik mereka dan bersurai.
Izrael berjalan menuju ke surau sebelum waktu berkerjanya berakhir. Sebelum dia pulang, dia seharusnya memberi tazkirah kepada kadet-kadet selepas solat asar sebelum mereka meneruskan latihan mereka.
Luth Mahfuz yang melihat Izrael yang berjalan berseorangan, terus dia menghampiri lelaki itu. "Izrael!" Izrael berpaling. Luth. Dia tersenyum.
"Pak pum pak. Bau aroma penganting baru."Menepuk lembut bahu kiri Izrael.
Izrael tersenyum lebar sehingga kelihatan lesung pipitnya. "Manis masih terasa lagi. Kau, bila aku boleh merasa nasi minyak kau?"
"Aku pula? Mm... Tahu penganting baru. Janganlah sampai nak melibatkan aku."Tahu. Tahu. Darah masih manis.
"Eh! Tak payah. Tak payah. Kau jangan ingat aku tak tahu. Adik aku yang dekat rumah tu pun perasan. Siap tanya lagi, bila dia dapat merasa nasi minyak kau. IG kau tu nampak sangat, Luth."Jujur Izrael sehingga Luth tersipu malu.
"Err... Inshaallah minggu depan." Seperti yang dicadangkan oleh kedua pihak keluarga.
"Minggu depan? Kau biar betul. Kau lupa ke?" Apa sahabatnya ini lupa?
"Kenapa? Ada apa-apa ke?"Ada apa-apa yang dia terlupa ke?
"Kau lupa minggu depan kita kena turun padang. Kita kena bertapa dekat laut itu untuk beberapa minggu. Giliran kita yang awasinya pula." Seperti jadual yang telah ditetapkan. Giliran mereka pula yang menjaga keselamatan di laut.
Luth sedikit keluh."Aku lupa. Tapi, kita baru balik misi beberapa hari yang lepas. Luka kau pun masih belum kering, kan?"
Izrael berpaling ke arah bahu kanannya. "Belum. Tapi, kau tahu aku mana tahu serik." Sedalam mana pun luka yang diterimanya, dia tidak akan berputus asa dalam melindungi tanahairnya.
Izrael berpaling ke arah sahabatnya. Bahu Luth ditepuknya."Aku faham sangat apa yang kau rasa. Cuma, negara perlukan kita, Luth. Lagipun ini bukan misi pun. Just, kita pantau sahaja."
Bukan misi? Rasanya, belum tentu lagi. Sepanjang mereka menjaga keselamatan di air, mesti ada sahaja berlakunya jenayah seperti kemasukan pendatang asing secara haram, kemasukan senjata haram dan dadah, menangkap hidupan laut yang hampir pupus dan dijual pasaran gelap dan sebagainya. Semestinya, ada sahaja melibatkan senjata.
Luth keluh."Harap macam tu."
Izrael senyum untuk membangkitkan semangat sahabatnya."Lagi pula, ada pihak polis bersama kita."
"Iyalah."Pasrah Luth.
Izrael ketawa kecil manakala Luth memandang Izrael dengan binggung. "Aku faham maksud kau. Jom, solat."
Raeliz
Daripada pagi hinggalah malam, mereka menguruskan hari persandingan Izrael dan Izfarni. Akhirnya, selesai. Hanya tunggu hari yang dinantikan.
Rasa mahu patah seluruh badannya hari ini kerana perlu melayan karenah ibu mertua dan adik iparnya untuk memilih yang terbaik pada hari itu. Memilih baju sahaja sudah memerlukan tiga jam. Baju yang perlu dicuba, tidak perlulah dikatakan. Berpuluh-puluh helai perlu dicuba.
"Assalamualaikum."Mereka memberi salam.
"Waalaikumussalam."Serentak Dato Danial dan Izrael.
"Sudah balik?"Soal Dato Danial.
"Sudah. Hari ini, semua sudah setel." Semangat Izzatie.
"Orang lain nak kawin. Awak pula yang exaited."Geleng Izrael.
Mata Izrael mencari satu sosok tubuh yang dia rindui. Pulang kerja tadi, dia sangat teruja untuk pulang ke rumah dan berharap isterinya akan menyambut. Tetapi pulang sahaja, tiada sosok isterinya namun hanya Dato Danial sahaja. Kata Dato Danial isterinya masih belum pulang dari membeli untuk persiapan persandingan mereka. Sungguh di dalam hatinya kecewa sedikit namun dia lebih memahami kekuranganya yang sangat complicated dalam hal seperti ini. Lihatlah mummynya, seorang designer yang cukup terkenal untuk baju penganting. Adiknya pula adalah seorang MUA terkenal. Tidak boleh bayangkan apa yang isterinya hadapi.
"Mana Iz?"Mencari isterinya. Bagaimana keadaan isterinya.
Izfarni masuk ke dalam rumah dengan tubuhnya yang sudah lembik. Sungguh penat sekali. Kakinya berjalan pun sudah tidak stabil. Rasa mahu jatuh.
Damiens Izrael yang melihat isterinya seperti itu, segera mendapatkan isterinya lalu mendukung isterinya. "Apa yang mummy, Atie buat dekat isteri Miens ini?"Badan isterinya sudah menjadi jelly. Lembik sahaja.
"Rael, turunkan aku."Merontanya sedikit dalam keadaan lemah.
"Tidak mahu."Jangan pernah berharap. Izfarni hanya pasrah. Dia sungguh penat hari ini. Mahu pula berperang mulut dengan Izrael, tidak akan sesekali.
Datin Ilya dan Izzatie yang melihat Izfarni seperti itu agak terkejut. Tadi, Izfarni sangat semangat setiap kali mereka memberi cadangan tapi sekarang.....
"Iz, mummy minta maaf."Mengelus pipi menantunya di dalam dekapan anaknya. Mungkin hari ini dia terlaku excited.
"Tak apa,mummy. Iz, okay." Bohongnya untuk menjaga hati ibu mentuanya.
"Miens, bawa Iz naik atas. Kesian, menantu daddy." Arah Dato Danial.
Angguk Izrael."Iz, jom ki..."Terputus katanya apabila melihat isterinya tidur di dalam dekapannya.
"Kak Iz dah tidur. Erm. Nampaknya kita terlebih melampaulah hari ini, mummy." Kasihan melihat kakak iparnya yang melayan karenah mereka hari ini.
"Miens naik dulu."Angguk mereka semua lalu dia pergi membawa isterinya ke bilik.
"Kesian isteri abang hari ini."Mencium dahi isterinya.
Raeliz
Hari yang dinantikan mereka telah tiba. Cantik berseri Izfarni berpakaian gaun biru laut warna kegemarannya. Make up yang dipakaikan oleh Izzatie membuat dirinya lebih berseri. Sungguh cantik.
Dini Izfarni menatap wajahnya dicermin. "Tak terlalu berlebih ke ni, Atie?"Rasa malu dirasanya.
"Taklah. Atie make up akak, sikit sahaja. Sebab akak memang natural beauty." Dia hanya biasa-biasa sahaja menyolek kakak iparnya. Selebihnya, nikmat Tuhan kepada kakak iparnya.
Ting tong!
Mereka berpaling ke arah pintu bilik hotel. "Nampaknya Uncle Darfan nak ambil akak."Kata Dayeana Izzatie.
"Okay ke Atie? Akak pakai macam ini?"Sungguh dia tiada keyakinan diri.
"Kak Iz. Waallahi wabillahi watallahi. Akak cantik sangat. Confom, Abang Miens terpukau." Gurau Izzatie.
Bertambah merah pipi Izfarni mendengar kata-kata Izzatie. "Ada-ada sahaja Atie ini."
"Atie tak tipu."Dia kata perkara benar.
Ting tong! Ting tong!
"Jom."Mengajak Izzatie lalu mereka menuju ke pintu.
Buka sahaja pintu. Terpukau mata Dani melihat kecantikan kakaknya. Encik Darfan hanya mampu tersenyum kerana tidak dapat mengatakan kecantikan anak perempuannya sekarang. Sungguh cantik.
"Waw! Cantiknya, akak."Kagumnya.
"Dani tak payah nak perli akak." Kenal sangat perangai adiknya ini. Suka kenakan orang.
"Dani tak tipu. Sumpah, cantik." Dia jujur.
"Betul tu. Puteri walid hari ini sangat cantik."Puji Encik Darfan sambil menghulur tangannya.
"Terima kasih, walid."Malunya lalu menyambut huluran Encik Darfan dengan senyuman yang cukup manis.
"Jom, Izrael sudah tunggu Iz dekat bawah."Ajak Encik Darfan.
Izfarni hanya mengangguk. Dia tidak boleh bayangkan bagaimana dia mahu bertentang mata dengan Izrael seperti ini. Adakah lelaki itu akan menyukainya?
Izfarni hanya mengikuti jejak langkah walidnya manakala Dani dan Izzatie sedang membicarakan sesuatu.
"Ini."Memberi setangkai mawar merah jambu kepada Izzatie.
Izzatie ambil sambil menanyang wajah bingung."Ha?"
"Rayden bagi."Jawap Dani persoalan yang tidak jelas itu.
Terus tersenyum Izzatie dibuatnya apabila nama Rayden yang memberi bunga ini kepadanya.
"Jom, turun."Ajak Dani lalu dia mendahului dahulu. Orang tengah mabuk bercinta memang seperti itu.
Raeliz
Sampai di dewan sahaja sudah membuat Izfarni berdebar-debar. Nervouse. Dia berjalan sehinggalah matanya bertentangan mata hazel yang memakai baju uniform putih.
Izrael tersenyum lebar melihat kecantikan isterinya, sungguh membuat jantungnya tidak berhenti berdenyut. Dia menghampiri Encik Darfan lalu bertabik kepada sang ayah mentua.
"Jaga anak walid baik-baik, Rael."Pesan Encik Darfan lalu menyatukan tangan Izfarni dan Izrael.
"Inshaallah. Rael janji dengan izin Tuhan."Senyumnya.
Encik Darfan mengangguk lalu Izrael tabik sekali lagi dan pusing ke belakang untuk menuju ke pelaminan mereka. Semasa mereka mahu menuju ke pelamin, ada persembahan pedang oleh para tentera yang telah diuruskan oleh Izrael. Selesai persembahan, mereka tiba di pelamin lalu duduk di tempat raja sehari.
"You so pretty, my sweetlove." Bisik Izrael di telinga Izfarni membuat muka Izfarni merona.
Izfarni menatap Izrael. "Thank. You too, my angel." Apa kurang suaminya yang bergitu bergaya.
Hari yang cukup indah ini yang memberi sebuah kenangan manis buat mereka yang tidak akan mereka lupakan. Tanggalnya. Harinya. Waktunya. Tidak akan mereka lupakan. Namun, kebahagiaan mereka membuat seseorang menderita. Bertapa sakit hatinya dan kecewa melihat buah hatinya menjadi milik orang lain. Gelas yang dipegangnya digenggam dengan erat. Benci. Sakit. Dia melihat itu.
"Sayang."Panggil Datin Ilyana lembut.
Illy menghempaskan gelas itu di meja lalu dia pergi begitu sahaja. Datin Ilyana yang melihat anaknya pergi begitu sahaja diikutinya.
"Illy!"Mengejar anaknya.
Ezz dan Khaleed yang melihat Illy dan Datin Ilyana yang pergi hanya mampu tersenyum. Well. Orang gila, biarkan sahaja. Mereka langsung tidak menyukai mereka dari dulu.
Luth yang bersama mereka memandang pandangan yang dipandang mereka."Siapa tu?"
"Oh! Orang gila. Jom."Ajaknya untuk menghampiri Izrael dan Izfarni yang sedang menyambut tetamu.
"Hey, pengantin baru!"Jerik Khaleed tidak tahu malu.
BERSAMBUNG.......
siapa akan yang bakal jadi ceo Syarikat D'IK? next
Share this novel